Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 28-06-2012, 08:12 PM
balqis07 balqis07 is offline
CG Top Poster Club

balqis07's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 30,940
Thanks (Received): 244
Likes (Received): 45
Blog Entries: 6
Active Level
Post FGVH muncul hebat, rahmat untuk peneroka

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) mengakhiri dagangan pada paras kukuh dengan harga RM5.30 sesaham hari ini selepas muncul hebat dalam dagangan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39, apabila ia mencatatkan premium sebanyak 84 sen berbanding harga tawarannya, RM4.55.

Peniaga berkata, penutupan dagangan FGV pada RM5.30, dengan premium 75 sen dan 2.615 juta lot bertukar tangan, adalah di luar jangkaan.
Mereka berkata, ini adalah ganjaran yang berpadanan bagi 112,635 peneroka yang mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kerana mereka kini memiliki saham dalam satu daripada syarikat perladangan terbesar di dunia dengan prospek yang cerah berikutan permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sawit.
Meskipun sentimen di bursa global muram sahaja, namun pengusaha kelapa sawit ketiga terbesar di dunia ini menjadi tumpuan hari ini dan adalah kaunter paling cergas, sekali gus mencerminkan pasaran saham tempatan yang berdaya tahan.

Saham FGV berlegar di antara paras tertinggi RM5.46 (meningkat 20 peratus atau mencatatkan premium 91 sen berbanding harga tawaran RM4.550), dan paras terendah RM5.24.

Penyenaraian IPO kedua terbesar di dunia itu selepas pengapungan Facebook Inc mengumpul AS$16 bilion, menarik perhatian dunia dan menandakan satu pencapaian penting bagi negara, terutamanya bagi peneroka FELDA, yang akan menerima durian runtuh melalui penyenaraian ini.

Kemunculan sulung yang hebat ini mengatasi beberapa IPO global yang ditangguhkan atau dibatalkan, termasuk IPO Formula One di Singapura, yang ditangguhkan, dan IPO AS$1 bilion syarikat barang kemas mewah London, Graff Diamonds yang dibatalkan.
IPO FGVH menarik 58,526 permohonan bagi 565.40 juta saham daripada orang ramai iaitu lebihan langganan sebanyak 6.75 kali.

Ia menawarkan 72.96 juta saham bagi langganan orang ramai.

Sebanyak 49 peratus kepentingan FGVH adalah milik Felda Holdings Bhd, pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia, dan syarikat penapisan minyak sawit kedua terbesar di Malaysia.

Pada masa ini ia mengusahakan kira-kira 350,000 hektar ladang kepala sawit di Malaysia dan menghasilkan 5.2 juta tan metrik tandan buah segar tahun lalu.

Berikutan penyenaraian yang mengagumkan itu, FGVH akan menceburi perniagaan hiliran secara berpilih, termasuk lemak khusus dan oleokimia. - BERNAMA
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 28-06-2012, 08:14 PM
jejantas jejantas is offline
CG Top Poster Club

jejantas's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Sep 2007
Posts: 24,543
Thanks (Received): 916
Likes (Received): 4
Active Level
Default

Harap2 bertahan lama
Reply With Quote
  #3  
Old 28-06-2012, 08:16 PM
abedee abedee is offline
Regular

abedee's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Dec 2005
Location: kelantan
Posts: 518
Thanks (Received): 8
Likes (Received): 0
Active Level
Default

peneroka dapat 800 unit saja ..macam boleh bg rahmat kpd mereka....
Reply With Quote
  #4  
Old 28-06-2012, 08:32 PM
findemas findemas is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Sep 2007
Posts: 3,140
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 42
Active Level
Default

Macam mana peneroka dapat rahmat tu? Boleh terangkan tak? Peneroka dapat saham 800unit aje?
__________________
| THE BEST |
Reply With Quote
  #5  
Old 28-06-2012, 08:36 PM
matagas matagas is offline
Super Active

matagas's Avatar
 
Trader Rating: (16)
Join Date: Feb 2007
Location: Tg Agas ,P.Dickson--->Masjid Tanah,Melaka
Posts: 8,104
Thanks (Received): 19
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by findemas View Post
Macam mana peneroka dapat rahmat tu? Boleh terangkan tak? Peneroka dapat saham 800unit aje?
tu kena tanya isa samad
__________________
Cut My Arms Deep Into My Flesh And I Wonít Bleed The Red Of Blood But Iíll Bleed The RED OF LIVERPOOL
Reply With Quote
  #6  
Old 28-06-2012, 08:37 PM
abahmu abahmu is offline
Legendary Member

abahmu's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2007
Location: kb-kl
Posts: 17,901
Thanks (Received): 110
Likes (Received): 8
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by findemas View Post
Macam mana peneroka dapat rahmat tu? Boleh terangkan tak? Peneroka dapat saham 800unit aje?
tu le psl..yg rahmat yg beli juta2 unit
__________________
Perbincangan Mengenai Hartanah
Lembu Dan Macai Tak Dapat Dipisahkan
Reply With Quote
  #7  
Old 28-06-2012, 08:37 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,097
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9170
Active Level
My Mood:
Default

sok bole tapau lg..
Reply With Quote
  #8  
Old 28-06-2012, 08:40 PM
moazmar moazmar is offline
Active Member

moazmar's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 1,761
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

aku nak tengok ...sejauh mana permainan ini ? kita tunggu
__________________
https://www.facebook.com/groups/5632...65206/?fref=ts www.moazmarfm.blogspot.com
https://www.facebook.com/pages/Moazm...08195102528120

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan .. ]
Reply With Quote
  #9  
Old 28-06-2012, 08:41 PM
taufic taufic is offline
Legendary Member

taufic's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Feb 2008
Posts: 14,679
Thanks (Received): 690
Likes (Received): 2
Active Level
Default

jgn jadi macam facebook sudah
Reply With Quote
  #10  
Old 28-06-2012, 08:43 PM
findemas findemas is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Sep 2007
Posts: 3,140
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 42
Active Level
Default

Walau pun naik macam mana pun saham tu kalau tak jual tak ada la untungnya. Kalau jual habis la pulak. Kena beli baru lagi kalau masih mau pegang saham. Kalau tak jual tunggu aje la kalau-kalau ada diumumkan dividen nanti. Entah bila la tu. Dah la sahamnya ciput aje.
__________________
| THE BEST |
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump