Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 02-06-2017, 02:45 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,081
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 7996
Active Level
My Mood:
Default UPDATE: Penuntut UPNM mati ditekap seterika, 36 ditahan, 5 didakwa bunuh


Gambar daripada akaun Facebook ibu Allahyarham Zulfarhan (baju biru) bersama keluarga.

SEORANG penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pegawai kadet laut tahun tiga dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Mengesahkan kejadian itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Twitternya menyatakan rasa sedih dengan berita kematian mangsa.

“Innalillah... sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.

“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah, " katanya.

Quote:
'Allahyarham pernah mengadu dipukul rakan'

“Arwah adalah anak harapan keluarga ini dan tidak sangka dia meninggalkan kami dalam keadaan begini.”


Itu yang diluahkan Zulkarnain Idrus, 53, bapa kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Menurut bapanya, dia melihat kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya pada jenazah anaknya sebelum dibedah siasat.

Katanya, kali terakhir dia bercakap dengan Allahyarham dua hari sebelum Ramadan dan mangsa ada mengadu dengan ibunya, Hawa Osman yang dia dipukul rakan-rakan di universiti namun mereka menyangka ia tidak serius.

“Dia adalah harapan kami sekeluarga. Saya harap dia boleh bimbing adik-adiknya selepas dia berjaya.

“Kami reda dengan pemergiannya namun meminta pengurusan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyiasat kejadian ini dengan telus dan adil,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...-dipukul-rakan
Quote:
Siasat segera kematian Zulfarhan Osman - Hishammuddin



KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) diarah menjalankan siasatan segera kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang ditemui di sebuah apartmen di Sepang, semalam.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam twitternya berkata, tiada siapa yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah.

Katanya, beliau sedih menerima berita kematian pegawai kadet laut berkenaan.

"Innalillah...sedih dan pilu dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain. Al Fatihah," katanya.

Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Pegawai kadet laut, tahun ketiga UPNM itu dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Sementara itu, polis menahan 36 individu terdiri daripada penuntut UPNM dan orang awam berhubung kematian seorang pelajar yang ditemui mati di sebuah apartmen di Sepang, malam tadi.

Siasatan awal polis mendapati wujud unsur penderaan hingga menyebabkan kematian.


http://www.bharian.com.my/node/288983
Quote:
Seorang pelajar tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) maut, didakwa akibat didera oleh pelajar lain.

Pegawai Kadet (Laut) Zulfarhan Osman Zulkarnain mengalami kecederaan sehingga 80% melecur akibat dibuli menggunakan seterika wap oleh kadet lain universiti berkenaan pukul 10 malam semalam.

Kejadian berlaku dipercayai akibat tuduhan kes kecurian.

Memberi reaksi kepada peristiwa itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam muat naik di Twitter melahirkan rasa sedih dan pilu diatas kematian siswa berkenaan.

Pihaknya juga telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia dan pihak Universiti menjalankan siasatan dalam kadar segera.

Tegasnya, tiada siapa yang akan terlepas daripada tindakan jika didapati bersalah.

Ibu bapa siswa terbabit telah dimaklumkan dan dalam proses menuntut jenazah.

Polis sedang membuat siasatan lanjut, beberapa penahanan telah dibuat dan situasi dalam kampus UPNM dilapor tenang.



Update #40

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kes UPNM disebut di Mahkamah Tinggi 10 November


AHLI keluarga kepada mangsa buli, Zulkarnain Idrus bersama isteri, Hawa Osman dan anak perempuan, Zunfaiqah Lyana hadir pada sebutan kes membabitkan lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain yang akan disebut semula pada 10 November di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Kes membabitkan lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain disebut kali pertama di Mahkamah Tinggi pada 10 November depan.

Tarikh itu diputuskan Penolong Kanan Pendaftar Nur Ain Mustapa ketika pengurusan kes itu, di sini, hari ini.

Lima tertuduh yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri didakwa membunuh Zulfarhan.

Turut dipindahkan ialah kes ke atas Abdoul Hakeem Mohd Ali yang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat membunuh mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Farhan Aziz ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata pihaknya telah menyerahkan sebahagian dokumen berkaitan kes itu termasuk laporan bedah siasat kepada pihak pembelaan.

Pada 14 Jun lalu, semua tertuduh yang berumur 21 tahun itu didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, pada 21 dan 22 Mei lalu.

Mohd Fadly Hashim, Nurul Syuhada Abdullah, Zamri Idrus dan Joshua Tay bertindak sebagai peguam bela semua tertuduh.

Sementara itu, ibu Zulfarhan, Hawa Osman, 54, berkata bahawa beliau yang hadir ke mahkamah setiap kali kes disebut akan terus mengikuti kes berkaitan anaknya itu sehingga selesai.

"Ini satu tanggungjawab saya sebagai seorang ibu bagi mendapatkan pembelaan untuk arwah anak saya," katanya.

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa yang membabitkan enam tertuduh itu bersama-sama 13 yang lain akan disebut semula pada 27 Oktober ini.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...gi-10-november
Update #39

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Representasi ditolak


REPRESENTASI lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 22 Mei lalu ditolak oleh Jabatan Peguam Negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nordin Ismail pada sebutan kes di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Lima penuntut yang menghantar representasi itu ialah Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Muhammad Akmal Akif Alias, dan Muhamad Ashraf Abdullah masing-masing berusia 21 tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 September ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan keseluruhan termasuk laporan perubatan mangsa.

Selain lima penuntut terbabit, lapan yang lain turut didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Zulfarhan.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain,Luqman Hakim Shamsuri, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa, semuanya berusia 21 tahun.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Semua 13 tertuduh itu dibebaskan dengan jaminan RM7,000 oleh mahkamah.

Datuk Sri M Ramachelvam, Datuk Ranjit Singh Dhillon, Datuk Hazizah Kassim, Ariff Amirul Abdul Jani, A G Kalidas, Mohd Fadly Hashim, Zamri Idrus dan Joshua Tay bertindak sebagai peguam bela semua tertuduh.

Sementara itu, 14 Jun lalu, enam penuntut UPNM yang lain dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan bersubahat dan membunuh Zulfarhan.

Lima daripadanya Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berusia 21 tahun didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Zulfarhan.

Kelima-lima mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan, dengan tujuan memeras daripada mangsa bagi maksud mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, pada 21 dan 22 Mei lalu.

Sementara seorang lagi tertuduh, Abdoul Hakeem Mohd Ali, 21, pula didakwa bersubahat dengan kelima-lima tertuduh untuk melakukan perbuatan itu di tempat sama pada 22 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...itolak-metrotv
Update #38

Quote:
Originally Posted by TT View Post

5 kemuka surat representasi minta kaji semula pertuduhan

KUALA LUMPUR 14 Ogos: Lima daripada 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain telah mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan yang dihadapi mereka.


Timbalan Pendakwa Raya Nordin Ismail memaklumkan Majistret Siti Radziah Kamarudin bahawa jabatan berkenaan telah menolak surat representasi itu pada Isnin.

Lima penuntut berkenaan ialah Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Amirul Asraff Mala, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Sufi Mohd Mustapha dan Muhamad Ashraf Abdullah, yang kesemuanya berumur 21 tahun.

Peguam Datuk Hazizah Kassim, yang mewakili kelima-lima penuntut UPNM itu berkata anak guamnya telah menghantar surat representasi pada 9 Julai lepas sebelum beliau dilantik sebagai peguam bagi mewakili mereka.

Mahkamah menetapkan 15 September ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan berkaitan kes itu termasuk bedah siasat dan laporan kimia.

Pada 14 Jun lepas, kelima-lima lelaki itu bersama 14 lagi tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan Osman bagi maksud hendak memeras mangsa untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Empat belas tertuduh ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Luqman Hakim Shamsuri, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Tertuduh lain ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik 03-05 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi antara pukul 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei lepas dan di bilik 04-10, asrama sama, antara pukul 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei lepas.

Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh masing-masing diwakili peguam Datuk Seri M. Ramachelvam, Datuk Ranjit Singh Dhillon, Ariff Amirul Abdul Jani, A. G Kalidas, Mohd Fadly Hashim, Zamri Idrus dan Joshua Tay.

Mahkamah turut menetapkan tarikh yang sama (15 Sept) untuk sebutan semula kes lima pelajar yang dituduh membunuh Zulfarhan Osman manakala seorang lagi tertuduh iaitu Abdoul Hakeem berdepan dengan pertuduhan bersubahat membunuh.

Lima tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin dan Mohamad Shobirin.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di bilik 04-10, asrama sama antara pukul 4.45 pagi dan 5.45 pagi pada 22 Mei lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka tidak dibenarkan diikat jamin kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan lima daripada mereka ditahan di Penjara Sungai Buloh dan seorang lagi di Penjara Kajang.

Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan.

Mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap. - BERNAMA


http://www.mstar.com.my/berita/berit...5p6fsdbiqXS.99
Update #37

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kes cederakan penuntut UPNM 14 Ogos


SEBAHAGIAN daripada 19 penuntut UPNM dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur, semalam atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mei lalu. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 18 Julai – Mahkamah Majistret di sini menetapkan 14 Ogos ini sebutan semula kes 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa sengaja mencederakan Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua bulan lalu.

Tarikh tersebut ditetapkan Majistret Siti Radziah Kamarudin selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, K. Vasugi untuk tarikh lain sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Pada 14 Jun lalu, 19 penuntut institusi pengajian tinggi itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md. Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Mereka yang lain ialah Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd. Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd. Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Perbuatan tersebut di*dak*wa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara pukul 2.30 pagi dan pukul 5.30 pagi, 21 Mei lalu dan di bilik 04-10, antara pukul 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap kesemua penuntut itu yang kesemuanya berusia 21 tahun dikemukakan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Semua tertuduh masing-masing diwakili peguam Mohd. Fadhly Hashim, Datuk Ranjit Singh Dhillon, Zamri Idrus, A.G. Kalidas, Datin Hazizah Kassim, Joshua Tay, Ariff Amirul Abdul Jani, dan Datuk Seri M. Ramachelvam.

Sementara itu, Muhammad Akmal Zuhairi, Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem turut menghadapi tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori. Kes bunuh itu sebelum ini ditetapkan untuk sebutan pada 14 Ogos ini.

Zulfarhan Osman, 21, Pegawai Kadet Laut UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang kira-kira pukul 10 malam, 1 Jun lalu dengan kesan lebam dan melecur pada badan dipercayai didera dengan seterika wap selepas dituduh mencuri komputer riba.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/mahk...#ixzz4nEACJDkS
Update #36

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Zulfarhan tolak surat rujukan ke hospital, bantuan ambulans
Jaga reputasi sebagai tentera katanya



KUALA LUMPUR – Doktor swasta yang pernah merawat Pegawai Kadet, Zulfarhan Osman Zulkarnain didakwa pernah dua kali menawarkan surat rujukan ke hospital dan bantuan ambulans tetapi enggan diterima oleh pesakit.


Surat rujukan itu ditawarkan apabila penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu datang kali pertama dan membuat rawatan cuci luka kali kedua lima hari kemudian di klinik berkenaan.

Mangsa mendakwa beliau tidak ke hospital kerana menjaga reputasi sebagai tentera dalam latihan, selain keadaan luka yang semakin pulih.

Sumber memaklumkan kepada MalaysiaGazette, kali pertama mangsa datang untuk mendapatkan rawatan cuci luka diiringi oleh empat rakannya yang mengaku dari Kem Tentera Port Dickson.

Mangsa yang berjalan sendiri ke klinik berkenaan mendakwa beliau terkena wap panas ketika menjalani latihan.

Allahyarham meminta doktor berkenaan mencuci lukannya bagi memudahkan pergerakan ke hospital.

“Allahyarham ke klinik untuk mencuci luka kerana mendakwa berlaku letupan ketika menjalani latihan ketenteraan lima hari sebelum datang ke klinik berkenaan,” kata sumber.

Mangsa memaklumkan sudah membuat rawatan susulan di Klinik Kesihatan Port Dickson tetapi tidak ada rujukan hospital kerana protokol tentera.

Doktor di klinik berkenaan tidak ada prasangka buruk kerana mendapati luka-luka pada badan mangsa menunjukkan telah dirawat sebelum ini.

Sumber berkata, doktor yang merawat Zulfarhan juga menawar untuk menghubungi keluarganya tetapi ditegah pesakit atas alasan ibunya sedang dirawat di hospital.

Beliau tidak mahu kesihatan ibunya terganggu nanti.

Doktor yang merawat Zulfarhan tidak mengesyaki apa-apa kerana kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh mangsa dan rakan-rakannya tidak bercanggah.

Mangsa meminta doktor berkenaan mencuci luka-luka pada tubuhnya bagi memudahkan pergerakan ke hospital.

Sumber berkata, bil rawatan Zulfarhan di klinik berkenaan dibayar oleh kawan-kawannya.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...tuan-ambulans/
Update #35

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kecederaan Zulfarhan mungkin lain ketika dirawat dan bedah siasat



PETALING JAYA: Apa yang doktor nampak ketika merawat pesakitnya mungkin sangat berbeza dengan kecederaan yang dikesan ketika bedah siasat dilakukan, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) merujuk kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.


“Jika kecederaan adalah konsisten dengan sejarah diberikan mangsa, doktor itu mungkin tidak mengesyaki wujud tindakan menyalahi undang-undang,” kata Presiden MMA, Dr Ravindran Naidu dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan Kementerian Kesihatan akan memanggil doktor yang merawat Zulfarhan kerana tidak melaporkan kes itu kepada polis, sebelum pegawai kadet laut UPNM itu meninggal dunia akibat didera pada 1 Jun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam dipetik BH Online sebagai berkata, doktor terbabit sepatutnya tahu membezakan kesan kecederaan akibat didera atau sebaliknya, termasuk segera melaporkan kepada polis jika kecederaan pesakit mencurigakan.

Mengulas lanjut, Dr Ravindran berharap Kementerian Kesihatan akan mendengar penjelasan doktor yang merawat Zulfarhan dengan adil, sebelum mengeluarkan garis panduan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Kami juga berharap Kementerian Pendidikan Tinggi proaktif dalam menyiasat bagaimana tindakan kejam itu berlaku tanpa dikesan mereka yang berkuasa di universiti itu.

Beliau turut menyuarakan rasa simpati terhadap mangsa dan mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Pada 14 Jun lalu, 5 pelajar UPNM dituduh membunuh Zulfarhan, manakala seorang lagi dituduh bersubahat.

Siasatan awal polis mendapati individu terbabit memaklumkan doktor kecederaan dialami Zulfarhan disebabkan latihan ketenteraan dijalani mereka di UPNM.

Doktor terbabit juga didakwa mengeluarkan surat rujukan untuk mangsa mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, tetapi mangsa dan rakannya menolak dengan alasan timbul masalah dengan pihak universiti.

Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik swasta di Bangi, pada 27 Mei lalu dan sekali lagi pada 31 Mei untuk rawatan susulan, sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang sekitar 8 malam pada 1 Jun lalu dengan kesan lebam dan lecur hampir 80% di badannya dan meninggal dunia kira-kira 2 jam kemudian.

Pada 3 Jun lalu, The Star memetik sumber sebagai mendakwa penuntut tahun ke-3 jurusan kejuruteraan elektrik itu diseksa selama 2 hari dengan seutas tali pinggang, paip getah, batang besi dan penyangkut baju oleh rakan universitinya pada 20 dan 21 Mei lalu kerana dituduh mencuri sebuah komputer riba.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...-bedah-siasat/
Update #34

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Bapa Zulfarhan bimbang pembuli UPNM kembali ke universiti



PETALING JAYA: Langkah membenarkan 13 pelajar meneruskan pembelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), walaupun selepas didakwa menyerang rakan universiti sehingga mati, menyinggung perasaan bapa mangsa yang khuatir mereka akan menyeksa pelajar lain.


Zulkarnain Idros, bapa kepada kadet tentera laut Zulfarhan Osman, berkata penyerang yang didakwa dalam kes buli ganas itu sepatutnya dibuang universiti.

“Mereka ada rekod membuli orang…kemudian nanti mereka buat hal lagi?” katanya.

“Hak university untuk bagi kaunseling. Saya tak boleh halang tapi yang anak saya bukan boleh hidup balik walau dengan kaunseling yang mereka bagi itu,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau menjawab kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh kelmarin, yang mengatakan 13 pelajar yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga sebutan semula kes sengaja menyebabkan kecederaan dibenarkan menyambung pelajaran mereka di universiti.

Semalam Idris menjelaskan beliau merujuk kepada 13 pelajar yang disiasat dalam kes kematian Zulfarhan tetapi tidak didakwa dengan sebarang kesalahan.

Zulkarnain bagaimana berkata mereka semua akan dibuang universiti kalau beliau seorang menteri pendidikan tinggi.

Bapa yang sedang hiba itu bagaimanapun menerima hakikat beliau tiada kuasa untuk melakukannya.

“Kesian orang lain kalau ada yang menjadi mangsa mereka,” katanya.

Beliau percaya sikap agresif mereka yang terlibat sukar dipulihkan walaupun dengan bantuan kaunseling.

Zulfarhan, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun selepas didakwa didera kerana mencuri komputer riba.

Beliau didakwa diikat dan dipukul kerana pertikaian mengenai sebuah komputer riba dan dilaporkan didera dengan tali pinggang, hos getah, seterika dan penyangkut baju.

Pelajar terbabit, semua berusia 21, dibawa ke mahkamah pada 14 Jun untuk berdepan tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34, di mana mereka boleh dipenjarakan sehingga 7 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Lima pelajar UPNM lain didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. Mereka berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Walaupun berasa khuatir 13 pelajar dibenarkan kembali ke universiti, Zulkarnain bimbang akan keadaan mental mereka yang dituduh membunuh Zulfarhan.

“Saya pun takut dia akan trauma sebab nama dah tersenarai dalam kes. Kawan-kawan mungkin akan pulaukan dia…takut nak kawan dengan dia.

“Kalau saya pun saya akan takut. Bukan apa…nanti silap cakap ke, silap apa ke, saya dipukulnya karang,” katanya.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...ke-universiti/
Update #33

Quote:
Originally Posted by TT View Post

13 yang dibebas, jadi saksi kes dibenar sambung pengajian
13 yang diikat jamin digantung pengajian




PUTRAJAYA: Semua pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang sedang berdepan pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan (KK) kerana pembabitan dalam kes penderaan hingga menyebabkan kematian rakan sekampus mereka, digantung daripada pengajian masing-masing.

Kementerian Pendidikan Tinggi menjelaskan, 13 pelajar UPNM yang dibenarkan kembali menyambung semula pengajian adalah mereka yang dibebaskan dengan bon mahkamah tanpa dikenakan sebarang pertuduhan.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kekeliruan timbul dalam kalangan orang awam terhadap kenyataannya kelmarin, mengenai keputusan membenarkan 13 pelajar UPNM yang sebelum ini ditahan polis, menyambung pengajian semula.

"Ada dua kumpulan pelajar dimaksudkan di sini. Pertama, 13 pelajar UPNM dikenakan tuduhan mengikut Kanun Keseksaan. Mereka dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah sementara menanti perbicaraan. Kumpulan pelajar ini sudah digantung pengajian dan UPNM sedang memproses penggantungan mengikut prosedur ditetapkan.

"Kumpulan kedua, membabitkan seramai 13 lagi pelajar UPNM yang dibebaskan dengan bon mahkamah tanpa dikenakan sebarang pertuduhan oleh pihak berkuasa. Mereka yang saya maksudkan dibenar sambung belajar, seperti keputusan dibuat UPNM. Mereka juga akan diberi kaunseling dan sokongan psikososial oleh UPNM," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Idris berkata, seperti yang dinyatakan sebelum ini, kementeriannya memandang serius isu itu dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Mangsa, Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, dipercayai akibat didera oleh sekumpulan rakan sekampusnya pada 22 Mei lalu, selepas dituduh mencuri komputer riba.

Pegawai Kadet Laut di bawah Akedemi Latihan Ketenteraan UPNM itu dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap.

Susulan kejadian itu, polis menahan 32 pelajar UPNM, sebelum 6 daripada mereka dituduh membunuh dan bersubahat dalam pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 KK, tanpa sebarang ikat jamin.

Seramai 13 pelajar UPNM lagi berdepan tuduhan memeras mangsa sama bagi mendapatkan pengakuan palsu mengikut Seksyen 330 KK dan dibenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan selesai.


http://www.bharian.com.my/node/294092
Update #32

Quote:
Originally Posted by zanthrax View Post

UPNM Naval cadet's murder: 'Didn't they feel anything when they tortured my son?'


By Ahmad Fairuz Othman - June 15, 2017 @ 11:42am Ahmad Fairuz Othman
“I WISH I could be there in court to look at their faces. I want them to know the anger and resentment I feel.”

These were the words of the mother of murdered National Defence University of Malaysia (UPNM) naval cadet Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, upon hearing about the charges against those accused of killing the eldest of her four children.

Hawa Osman, 54, is still coming to terms with the loss of her son. But, all she wants right now is justice.

“Let those responsible for my son’s murder receive fair punishment. Didn’t they feel anything when they tortured my son that way?

“I hope they receive the punishment they deserve,” she said when asked about the five university students who were charged at the Kuala Lumpur magistrate’s court yesterday with the murder of Zulfarhan.

The third-year UPNM student died on June 1 at 9pm in Serdang Hospital due to injuries he sustained from being assaulted by a large group of students, who were said to have suspected him of stealing a laptop computer.

Zulfarhan had been brought to hospital after suffering severe injuries, including second- and third-degree burns on 80 per cent of his body.

Police arrested 36 people, including 32 UPNM and four Universiti Tenaga Nasional (Uniten) students, aged between 20 and 21, to assist with investigations into the murder.

Hawa, who is an administrative assistant at SMK Aminuddin Baki here, said she accepted the tragedy as God’s will. But, she questioned the circumstances which led to the brutal assault and murder of her son.

She said it was difficult for her and her family to not know about the incidents that led to her son’s death.

Hawa said the family had no inkling of what happened to her son, adding that her family was kept in the dark about the incident and was only informed when Zulfarhan had died.

“What was the cause of it? Why was he tortured in such a way without any sympathy? His burns ran all the way from the front part of his body to his back.”

Hawa said she could not accept the barbaric way in which her son was abused.

“I can accept the tragedy (of losing my son), but the way that they hurt him was inhumane. He sustained 80 per cent of second-and third-degree burns. Don’t they have any sympathy?

“At the least, if something like that happened to a person, they should have sent the person to hospital for treatment. Ni langsung tak berhati perut (They had no mercy whatsoever).

“I hope they maintain the charge under Section 302 of the Penal Code (for murder). My family wants justice for my son’s death,” she said.

In describing Zulfarhan, Hawa said he had never disturbed anyone and always lent a hand when people asked for help.

She added that she had harboured a lot of hope for her eldest son as he wanted to become a sailor and dreamt of becoming an engineer.

“He was the family’s hope. I wanted to see him succeed. I wanted to see him get married.”

Zulfarhan’s father, Zulkarnain Idros, 53, said he was relieved that the five had been charged, but he was not happy.

“I am relieved (but) I am not happy... Nothing can bring my son back. I am glad police investigated it quickly,” he said.

Hawa said her three other children, Zulhelmie Idros, 19, Zulfaiqah Lyana, 17, and, Zulhelyna Fatimah, 15, were reeling from the loss.

“I pray for (Zulfarhan) every day. With Hari Raya coming soon, my husband and I think of him more often. His brother and sisters miss him.”

https://www.nst.com.my/news/exclusiv...-they-tortured
Update #31

Quote:
Originally Posted by fuhgeddaboudit View Post


Every part of the body..
Dari chest sampai ke peha (kaki) ada kesan seterika...!!!
Update #30

Quote:
Originally Posted by TT View Post


..
Update #29

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Keluarga menangis dengar pertuduhan anak membunuh


Suasana dimana sebahagian keluarga penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam kes bunuh seorang Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 22 Mei lalu menunggu prosiding kes diluar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 14 JUN 2017.


Kelihatan enam pelajar daripada 32 pelajar penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam kes bunuh seorang Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 22 Mei lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017.


Suasana dimana sebahagian keluarga penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam kes bunuh seorang Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 22 Mei lalu menunggu prosiding kes diluar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 14 JUN 2017.

KUALA LUMPUR – Suasana tegang, sesak dan air mata menyelubungi Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini hari ini kerana perbicaraan bagi kes bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Kawasan dalam, perkarangan dan lobi mahkamah dipenuhi keluarga dan saudara lima pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa bagi siasatan kes tersebut.

Setiap ruang di dalam kamar mahkamah di bahagian tempat duduk awam dipenuhi ibu bapa, saudara mara tertuduh yang sudah menunggu sejak dari pukul 9 pagi tadi.

Pertuduhan bagi kes itu yang sepatutnya berlangsung jam 11 pagi namun lewat ekoran berlaku gangguan sistem di bahagian pendaftaran mahkamah.

Bagaimanapun pertuduhan itu hanya berlangsung kira-kira jam 2.45 petang dan kesemua tertuduh di bawa masuk ke dalam kamar mahkamah dengan masing-masing tangan bergari dan digandingkan bersama tertuduh bagi kes-kes lain.

Berdasarkan pemerhatian MalaysiaGazette, ada beberapa wanita dipercayai ibu kepada tertuduh yang menangis teresak-esak selepas mendengar pertuduhan yang dibacakan.

“Kesian diorang, meskipun bukan anak kita tapi dia budak lagi. Kenapalah sampai jadi macam ini,” bisik seorang wanita kepada suaminya yang duduk disebelah wartawan MalaysiaGazette sambil menangis teresak-esak.

Suasana para pelajar yang ditahan memandang ke arah orang yang hadir bagi mencari-cari ibu dan bapa mereka sambil bergenang air mata juga menambah suasana pilu dalam mahkamah.

Lima penuntut UPNM hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Zulfarhan pada Mei lalu.

Seorang lagi penuntut universiti berkenaan didakwa bersubahat dengan lima tertuduh terbabit.

Mereka didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu.

Arwah Zulfarhan, 21, merupakan penuntut tahun ketiga jurusan kejuruteraan elektrik UPNM.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun, selepas dihantar untuk mendapatkan rawatan oleh beberapa rakan.

Mangsa memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di dada, tangan dan kakinya, dipercayai didera.

Kesemua yang ditahan reman berusia antara 20 dan 21 tahun.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...rtuduhan-anak/
Update #28

Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post

Quote:
Lega tetapi tidak gembira, kata bapa Zulfarhan

"Saya lega tetapi tidak gembira... tiada apa yang boleh mengembalikan anak saya tetapi lega kerana polis menjalankan tugas dengan pantas," kata Zulkarnain Idros, 53, bapa kepada Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 ketika dihubungi di Johor Bahru, hari ini.

Zulfarhan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia 1 Jun lalu akibat didera menggunakan seterika wap dan dipukul menggunakan pelbagai objek dipercayai akibat dituduh mencuri komputer riba.
A.Lima penuntut UPNM
-Muhammad Akmal Zuhairi Azmal,
-Azamuddin Md Sofi,
-Muhammad Najib Mohd Razi,
-Muhammad Afif Najmudin Azahat dan
-Mohamad Shobirin Sabri
>Mahkamah Majistret Kuala Lumpur
>di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
>didakwa membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 22 Mei lalu.
>seksyen 302 KK

B.seorang lagi penuntut UPNM
-Abdoul Hakeem Mohd Ali
>didakwa bersubahat dengan lima tertuduh terbabit.
>sek 109 KK


C.Sebutan akan datang: 14 Ogos


D.13 lagi penuntut UPNM
-Mohd Hafiz Fauzan Ismail,
-Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain,
-Ahmad Shafwan Berdal,
-Muhammad Amirul Asraff Mala,
-Luqman Hakim Shamsuri,
-Muhammad Sufi Mohd Mustapha,
-Noriznan Izzairi Noor Azhar,
-Muhamad Ashraf Abdullah,
-Muhammad Danial Firdaus Azmir,
-Muhammad Hasif Ismail,
-Muhammad Akmal Akif Alias,
-Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan
-Mohamad Syazwan Musa.

>didakwa di mahkamah sama
>atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas Zulfarhan
-bagi maksud hendak memeras mangsa
-untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba
.


E.Zulkarnain berkata, terdapat tiga kategori pendera dalam kes anaknya itu.
1.mereka yang memukulnya, menggunakan senjata dan sebagainya.
2.mereka yang memegangnya, menambah pukulan sama ada menumbuk atau menendang
3.mereka yang menyaksikan kejadian itu tetapi takut untuk tampil.
pada masa sama bersubahat hingga arwah meninggal dunia
Update #27

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Lega tetapi tidak gembira, kata bapa Zulfarhan


Seorang lelaki mendepakan tangan di hadapan sebahagian penuntut UPNM yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini berhubung kematian Zulfarhan. FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA

"Saya lega tetapi tidak gembira... tiada apa yang boleh mengembalikan anak saya tetapi lega kerana polis menjalankan tugas dengan pantas," kata Zulkarnain Idros, 53, bapa kepada Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 ketika dihubungi di Johor Bahru, hari ini.

Zulfarhan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia 1 Jun lalu akibat didera menggunakan seterika wap dan dipukul menggunakan pelbagai objek dipercayai akibat dituduh mencuri komputer riba.

Lima penuntut UPNM didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan membunuh Zulfarhan 22 Mei lalu.

Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri kesemua berusia 21 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Sementara itu, seorang lagi, Abdoul Hakeem Mohd Ali, 21, didakwa dengan pertuduhan bersubahat dengan lima tertuduh itu untuk melakukan perbuatan itu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Seramai 13 lagi penuntut UPNM yang juga berusia 21 tahun turut didakwa di mahkamah sama dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas Zulfarhan bagi maksud hendak memeras mangsa untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Zulkarnain berkata, selepas berbincang dengan peguam dan rakan, dia percaya terdapat tiga kategori pendera yang terbabit dalam kes anaknya itu.

"Yang pertama sudah pastilah mereka yang memukulnya, menggunakan senjata dan sebagainya.

"Kedua adalah mereka yang memegangnya, menambah pukulan sama ada menumbuk atau menendang dan ketiga, mereka yang menyaksikan kejadian itu tetapi takut untuk tampil.

"Kategori ketiga ini, mereka tahu tetapi takut dan pada masa sama bersubahat hingga anak saya meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, sebagai bapa dia lega apabila suspek kes berkenaan dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, dia juga sedar bukan semua 32 orang yang ditahan sebelum ini didakwa namun berpendapat tempoh tahanan reman 14 hari sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk mengenal pasti semua dalang yang mendera anaknya.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak dan yakin dengan kemampuan polis menjalankan siasatan dengan tepat dan telus.

"Cuma saya berharap tempoh lebih lama (reman) bagi mengelak kesilapan manusia dan mungkin tekanan kerana kes ini berprofil tinggi.

"Saya tidak mahu mereka tergesa-gesa hingga ada di antara mereka yang turut mendera terlepas," katanya.

Menurutnya, pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan datang ke rumahnya untuk menguruskan beberapa perkara termasuk berkaitan pencen arwah.

Seramai 36 suspek terdiri daripada 32 penuntut UPNM dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) direman tujuh hari bermula 2 Jun hingga 8 Jun lalu.

Empat penuntut UNITEN itu kemudian dibebaskan manakala tempoh tahanan reman 32 penuntut UPNM disambung lima hari lagi sehingga hari ini dan sebahagian daripada mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...-tidak-gembira
Update #26

Quote:
Originally Posted by TT View Post

5 penuntut UPNM didakwa bunuh

KUALA LUMPUR - Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 22 Mei lalu.


Sementara itu seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat dengan lima tertuduh terbabit.

Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri kesemua berusia 21 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Sementara itu, seorang lagi, Abdoul Hakeem Mohd Ali, 21, didakwa dengan pertuduhan bersubahat dengan lima tertuduh itu untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Arwah Zulfarhan Osman, 21, adalah penuntut tahun ketiga jurusan kejuruteraan elektrik UPNM.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun, selepas dihantar untuk mendapatkan rawatan oleh beberapa rakan.

Mangsa yang memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di dada, tangan dan kakinya, dipercayai didera.

Pada 2 Jun lalu, 36 penuntut, terdiri 32 dari UPNM dan empat Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) direman tujuh hari bagi bantu siasatan kes kematian Allahyarham Zulfarhan, dipercayai akibat didera dengan seterika wap.

Bagaimanapun, empat penuntut UNITED kemudian dibebaskan dengan jaminan polis makanala perintah reman terhadap 32 penuntut UPNM dilanjutkan sehingga hari ini.

Kesemua mereka yang ditahan reman adalah berusia antara 20 dan 21 tahun.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...-didakwa-bunuh
Update #25

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kertas siasatan kematian Zulfarhan di peringkat akhir



IPOH - Kertas siasatan mengenai kematian mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai akibat didera pada awal Jun lalu kini berada di peringkat akhir.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, siasatan terhadap kes tersebut sedang berjalan dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara selepas siasatan lengkap dijalankan.

"Sudah tentu polis mengetahui sebab di sebalik kejadian tersebut, namun saya tidak akan mendedahkan kerana pihak mahkamah yang akan menentukannya.

"Pihak kami masih menjalankan siasatan dan kita akan menyerahkannya kepada Jabatan Peguan Negara dalam masa terdekat," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program Singgah Sahur Warga Polis Diraja Malaysia Perak bersama Ketua Polis Negara di Balai Polis Pekan Baru di sini awal pagi tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pads 1 Jun lalu dengan kesan lebam dan melecur pada badan dipercayai didera menggunakan seterika wap.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4jfXEO5u0
Update #24

Quote:
Originally Posted by TT View Post


Sebahagian anggota keluarga mendaftar di pondok pengawal Ibu pejabat Polis Daerah Sepang semalam untuk bertemu pelajar yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.



Majistret Sharifah Muhaymin Abd. Khalib semalam mengeluarkan perintah lanjutan reman terhadap 32 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia manakala empat lagi pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dibebaskan dengan jaminan polis.
Update #23

Quote:
Originally Posted by TT View Post

32 dilanjut reman, 4 penuntut Uniten dibebas



TEMPOH reman terhadap 32 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berhubung kes kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain dilanjutkan lima hari bermula esok.


Bagaimanapun, empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dibebaskan dengan jaminan polis.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan Majistret Sharifah Muhaymin Abd Khalib di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang hari ini.

Berikutan itu, tempoh reman penuntut UPNM terbabit akan tamat pada 14 Jun.

Pada 2 Jun lalu, 36 orang direman bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Allahyarham Zulfarhan Osman, pegawai kadet laut tahun tiga, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 10 malam, 1 Jun lalu, selepas dibawa beberapa rakannya untuk rawatan akibat kecederaan pada badannya.

Mangsa yang memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di dada, tangan dan kakinya, dipercayai didera.


http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...eman-4-dibebas
Update #22

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Bapa Zulfarhan buat laporan polis hari ini



JOHOR BAHRU - Bapa penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera rakan dengan seterika wap, Khamis lalu, membuat laporan polis hari ini.


Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Katanya, laporan polis itu dibuat oleh Zulkarnain Idrus di Balai Polis Nusa Bestari dekat Iskandar Puteri, Johor Bahru, pada 10.25 pagi.

"Bapa arwah Zulfarhan Osman membuat laporan polis di Balai Polis Nusa Bestari, Iskandar Puteri pagi tadi.

"Laporan itu dibuat kerana tidak puas hati dengan kematian anaknya," katanya.

Zulkarnain bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen, namun sebelum ini memaklumkan keluarganya sudah melantik peguam bagi membela kematian Pegawai Kadet Laut UPNM itu.

Zulfarhan Osman disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 10 malam Khamis lalu, dipercayai didera rakan dengan seterika wap, selain terdapat kesan melecur di dada, tangan dan kakinya, selepas dituduh mencuri komputer riba milik seorang penuntut.

Polis yang mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh menahan 36 penuntut berusia antara 20 dan 21 tahun bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.


http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...polis-hari-ini
Update #21

Quote:
Originally Posted by xantiang View Post


Update #20

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Bekas pensyarah UPNM dedah buli amalan biasa termasuk liwat



KUALA LUMPUR – Kes penderaan di kalangan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bukan suatu yang luar biasa cuma ia tidak didedahkan, dedah sumber kepada MalaysiaGazette, cuma berbeza kali ini ia melibatkan kematian dalam keadaan yang kejam.


Sumber yang juga bekas pensyarah universiti tersebut berkata, kes buli atau raging sememangnya sudah menjadi budaya tentera yang diwarisi semasa zaman era British dan ia kemudiaan diteruskan sehinggalah hari ini.

“Ini sudah menjadi budaya tentera, budaya buli dan raging yang dibawa oleh British diwarisis sehingga hari ini dalam tentera kita.

“Budaya ini kononnya untuk mengajar setiap anggota tentera itu menjadi seorang yang menurut perintah dan taat kepada ketua mereka atau orang yang lebih lama dalam perkhidmatan,” terang sumber.

Dalam kes penderaan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, ia merupakan kesan daripada budaya tentera yang masih diwarisi dan ia kini diterapkan pula dalam universiti yang melatih bakal-bakal tentera ini, kata sumber.

“Zulfarhan ini menjadi mangsa kepada budaya tentera yang ditinggalkan oleh penjajah dan akibatnya seorang bakal parajurit negara terkorban hanya kerana tuduhan yang tidak mempunyai bukti,” katanya.

Sumber yang pernah berkhidmat selaku tenaga pengajar dalam UPNM itu juga memberitahu, sepanjang khidmatnya, pelbagai aduan dan kes buli yang didengarnya berlaku dalam universiti tersebut seperti kes liwat, oral seks, pukul dan banyak lagi tetapi ia banyak disembunyikan daripada pengetahuan umum.

“Aduan-aduan pelajar kena liwat, oral seks dan banyak lagi itu sudah menjadi perkara biasa.

“Cumanya perkara ini disembunyikan dan tidak didedahkan,” katanya.

Menceritakan pengalaman peribadi, sumber mendakwa, salah seorang pelajarnya pada 2014 menjadi OKU (Orang Kurang Upaya) akibat penderaan yang dialaminya semasa dalam universiti tersebut.

“Seorang pelajar saya, budak cerdik memiliki CGPA yang tinggi hampir 3.8, berlaku begini dia sudah tidak boleh belajar apabila saraf otaknya tidak berfungsi,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kebanyakan kes ini tidak dilapor dan didedah kerana pelajar sudah diasuh supaya taat kepada perintah dan tidak menceritakan apa yang berlaku walaupun kepada ibu bapa mereka sendiri.

“Budak-budak ini sudah diberitahu supaya jangan bercerita itulah budayanya, sampai ibu bapa sendiri pun budak-budak ini takut nak beritahu,” katanya lagi.

Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, 10 malam kelmarin dengan kesan lebam dan melecur pada badan.

Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis mereman 36 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...si-pengalaman/
Update #19

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ibu yakin Zulfarhan tak curi laptop



PETALING JAYA: Ibu kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia Khamis lalu, terkejut dengan alasan anaknya didera kerana dipercayai mencuri komputer riba.


Hawa Osman, 54, yang dipetik Sinar Harian yakin anak sulungnya tidak mencuri kerana beliau mempunyai komputer riba sendiri, sebaliknya banyak barang miliknya yang hilang.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi membersihkan nama Zulfarhan.

“Baru-baru ini, telefon bimbit dia hilang ketika dia menjalani latihan berbasikal dan terpaksa menghubungi kami menggunakan telefon rakannya.

Sebelum ini juga dia pernah kehilangan tab.

“Guru dan rakan-rakan sekolah juga tidak percaya dia dituduh mencuri, saya yakin dia tidak bersalah dan berharap siasatan menyeluruh dijalankan untuk membersihkan namanya,” katanya kepada akhbar itu.

Semalam, sumber yang dipetik The Star mendakwa pegawai kadet laut berusia 21 tahun itu diikat dan dipukul selama 2 hari dengan seutas tali pinggang, paip getah, batang besi dan penyangkut baju oleh rakan universitinya pada 20 dan 21 Mei lalu, disebabkan pergaduhan mengenai sebuah komputer riba.
Penuntut tahun ke-3 jurusan kejuruteraan elektrik itu meninggal dunia kira-kira 2 jam selepas beliau dikejarkan ke Hospital Serdang dengan 80% kesan lebam dan melecur di badannya, sekitar jam 8 malam Khamis lalu.

Mengulas lanjut, Hawa yang dipetik Sinar Harian reda dengan kematian anaknya, tetapi terkilan dengan cara “pemergiannya”.

“Dia terseksa, hampir keseluruhan badan dipenuhi kesan melecur daripada seterika wap, termasuk di dada dan belakang badan.

“Selalu saya baca berita anak orang didera, tetapi kali ini anak saya. Saya tidak boleh terima cara dia pergi.”

Polis mengesahkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Seramai 32 penuntut UPNM dan 4 lagi dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) direman 7 hari sehingga Khamis depan.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...riba-kata-ibu/
Update #18

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pengawal apartment tak sangka bunyi bising rupanya Zulfarhan sedang didera


SEBUAH unit di Apartmen De Centrum di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi tempat Zulfarhan dipercayai didera pada Rabu lalu.

BANGI – Seorang pengawal keselamatan di Apartmen De Centrum di sini mendakwa, dia terdengar bunyi bising dari sebuah unit di tingkat 25 apartmen tersebut, tempat sekumpulan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyewa pada malam 31 Mei lalu.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan warga asing yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak berbuat apa-apa kerana tidak menyangka bunyi bising itu merupakan kejadian dera ke atas Zulfarhan Osman Zulkarnain oleh sekumpulan pelajar lain.

"Saya cam beberapa pelajar yang menyewa di tingkat 25 apartmen tersebut kerana pernah menegur mereka supaya tidak membuat bising sebelum itu.

"Namun begitu, semasa ditegur, pelajar berkenaan memberitahu mereka merupakan pelatih polis dan tahu akan peraturan yang ditetapkan," katanya ketika ditemui di apartmen tersebut semalam.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4iyr9Y0Py
Update #17

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kematian penuntut UPNM: Siasatan berjalan lancar

SHAH ALAM - Polis Selangor menjalankan siasatan secara teliti dan menyeluruh berhubung kes kematian seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia disyaki didera.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, proses siasatan berjalan dengan baik.

"Kita mengambil kira pelbagai sudut dan teliti pelbagai aspek agar siasatan berjalan dengan baik dan akan selesaikan kes ini secepat mungkin," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Dalam pada itu, Fadzil memberitahu, tiada tangkapan terbaharu dibuat setakat ini, namun ia bergantung kepada siasatan.

"Sekiranya perlu ada penahanan lagi dibuat, kita akan laksanakannya untuk membantu siasatan," katanya.

Bagaimanapun, beliau eggan mendedahkan sama ada terdapat rampasan terhadap barang yang dipercayai digunakan dalam insiden terbabit kerana ia masih dalam siasatan.

Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain berusia 21 tahun merupakan mahasiswa tahun akhir UPNM disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Serdang kira-kira jam 10 malam semalam.

Terdahulu, seramai 36 mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...ancar-1.683774
Update #16

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Bapa luahkan kemusykilan


ZULKARNAIN menunjukkan gambar terakhir bersama arwah anaknya, Zulfarhan Osman, di rumahnya di Bandar Uda Perdana, Johor Bahru. FOTO Ibrahim Isa

ZULKARNAIN Idros, 53, mengutarakan beberapa kemusykilan terhadap kejadian sedih dan kejam yang menimpa anaknya, Allahyarham Zulfarhan Osman, 21.

"Arwah sudah didera beberapa hari, saya tidak faham mengapa dia tidak dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan?

“Saya juga hairan mengapa doktor yang merawatnya sebanyak dua kali tidak membuat laporan polis," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Uda Perdana, Johor Bahru, hari ini.

Selain itu, Zulkarnain turut tertanya-tanya mengapa bomoh yang kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan menamakan individu tertentu.

"Saya tidak pasti benar atau tidak...tetapi kalau bomoh itu benar-benar bagus, dia tidak sepatutnya menamakan mana-mana individu,” katanya.

Zulkarnain berkata, sebelum ini dia difahamkan arwah anaknya itu dibelasah menggunakan pelbagai benda kerana kononnya mencuri komputer riba.

“Arwah bukan begitu orangnya. Hari ini, saya diberitahu ada bomoh menamakan arwah mengambil komputer riba suspek yang membawakan kepada kejadian itu.

"Jikalah bomoh tu power (berkuasa), dia sepatutnya pergi mendapatkan barang yang hilang dan bukannya menamakan individu dan dalam kes ini hingga menyebabkan kematian.

"Sebagai umat Islam kita kena percayakan Allah dan berusaha mengikut perintahNya," katanya.

Sementara itu, katanya, keluarga belum membuat laporan polis kerana sibuk menguruskan jenazah arwah dan hanya akan berbuat demikian dalam masa beberapa hari lagi.

"Kami akan mendapatkan bantuan guaman sebelum membuat laporan polis kerana mahu bentuk laporan secara menyeluruh.

"Walaupun kami reda, saya tetap ambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan buat arwah.

“Sekurang-kurangnya tindakan undang-undang itu nanti dapat bantu tambah baik pentadbiran UPNM sendiri supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...i-hati-si-ayah
Update #15

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Keluarga terkejut arwah dituduh mencuri


Hawa menunjukkan baju Melayu teluk belanga bewarna kelabu yang dibeli untuk Allahyarham Zulfarhan bagi Aidliftri akan datang.

JOHOR BAHRU - “Selalu saya baca berita anak orang didera tetapi kali ini anak saya, saya tidak boleh terima cara dia pergi,” luah ibu Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia dipercayai didera rakan.

Hawa Osman, 54 berkata, dia berasa terkejut apabila mendapat tahu alasan anak sulungnya didera kerana dipercayai mencuri komputer riba sedangkan Zulfarhan memiliki komputer riba sendiri malah sebelum ini banyak barang miliknya turut hilang.

“Baru-baru ini telefon bimbit dia hilang ketika dia menjalani latihan berbasikal dan terpaksa menghubungi kami menggunakan telefon rakannya. Sebelum ini juga dia pernah kehilangan tab.

“Guru dan rakan-rakan sekolah juga tidak percaya dia dituduh mencuri, saya yakin dia tidak bersalah dan berharap siasatan menyeluruh dijalankan untuk membersihkan namanya.

“Saya redha dengan kematian Along tetapi terkilan dengan cara ‘pemergiannya’ kerana dia tersiksa, hampir keseluruhan badan dipenuhi kesan melecur dari seterika wap termasuk pada bahagian dada dan belakang badan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Hawa yang bekerja sebagai pembantu tadbir berkata, dia menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan berharap kematian Zulfarhan yang lebih selesa dipanggil Along, akan terbela.

Kelmarin, Zulfarhan yang merupakan pelajar tahun tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan meninggal dunia di Hospital Serdang dipercayai akibat didera oleh rakannya menggunakan seterika wap.

Susulan kejadian itu, 32 pelajar UPNM dan empat pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berusia antara 20 dan 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...ncuri-1.683768
Update #14

Quote:
Originally Posted by Panji hitam putih View Post

Kdv8:
*Makluman awal menyebabkan kematian Pelatih Tentera*

1) DABB rpt: 2511/17
Tarikh : 01/06/2017
Masa : 2130 Hrs
Klasifikasi: 302 KK
Sio : Asp Wan Azirul

2) Pengadu:
Nama : Muhamad Rizuan Fio Bin Mohamad Foo
Kpt : RF/ 158333
Alt : Balai Polis DABB, Sepang.

3) Tempat Kejadian:
Apartment Blok B D'Centrum

4) Fakta kes:
Pada 01/06/2017 jam l/krg 2110 Hrs semasa pengadu bertugas di pejabat pertanyaan Balai Polis DABB telah terima panggilan daripada En. Husin ( 017-2663441 ) Security D'Centrum memaklumkan ada (1) Lelaki Melayu nama : Zulfarhan Osman Bin Zulkarnain (961129-01-6517)
Telah meninggal dunia dengan kesan terbakar ditubuh badan di Apartment Blok B D'Centrum.

5) Mangsa:
Nama : Zulfarhan Osman B. Zulkarnain
Kpt : 961129-01-6517
No.Tentera : N/405761
Umur : 21
Pelajar : UPNM – Ijazah Sarjana Muda Kej Elektrik & Elektronik (Kuasa)

6) Hasil siasatan awal :

6.1 Siasatan mendapati kejadian sebenar berpunca dan berlaku di Asrama Pelatih Tentera Sg Besi UPNM. Mangsa mengalami kecederaan dibahagaian badan dan tangan kerana ada kesan lecur/bakar dan juga kesan lebam di bahagian badan.

6.2 Mangsa telah dipukul oleh l/krg 20-30 orang di dalam Asrama Pelatih Tentera Sg Besi. Mangsa telah dibawa ke rumah rakan saspek di De Centrum DABB untuk diberikan rawatan dan berehat. Tetapi telah meninggal dunia semasa di rumah rakan saspek pada 01.06.2017.

6.3 Saspek yang bawa mangsa ketempat tersebut dikenali dengan nama Zul merupakan rakan setugas di UPNM Tentera di Sg. Besi. Saspek adalah salah seorang saspek diantara seramai 32 org pelatih tentera yang telah ditahan dalam kes ini.
6.4 Punca kejadian disyaki kerana mangsa terlibat dalam kejadian curi laptop milik rakannya sebelum ditahan oleh rakannya di UPNM Sg Besi.

6.5 Dalam kejadian itu seramai 20-30 orang pelatih lain yang tidak berpuas hati terhadap mangsa bertindak mengikut dan memukul mangsa untuk mendapatkan kembali laptop yang telah dicuri oleh mangsa.

6.6 Kejadian tersebut berlaku pada 20.05.2017 @ 0300 hrs dan kemudiannya berterusan pada 21.05.2017 @ 1100 hrs dimana tindakan lebih drastik telah dilakukan oleh kumpulan pelatih tersebut dengan menggunakan pengosok baju berwap (Iron Steamer) keatas mangsa bagi mendapatkan pengakuan mangsa.

7) Hasil Siasatan Forensik Di Tempat Kejadian.

7.1> 04-07 Asrama Blok Jebat UPNM Kem Perdana Sungai Besi:
# (1) Seterika Wap (Steam Iron)
# (1) Sampul berisi swabing peluh

7.2> 04-10 Asrama Blok Jebat UPNM Kem Perdana Sungai Besi:
# (1) Sampul berisi (1) helai tali pinggang jenis kain

7.3> B-25-2 Centrum Residence Jln Ikram-Unit Tmn Unipark Suria, 43000 Kajang:
# (1) Sampul berisi (1) toto
# (1) Sampul berisi (1) helai kain cadar tilam
# (1) Sampul berisi (1) helai sarung bantal
# (1) Sampul berisi (1) beg plastik bertulis 'TESCO'
# (1) Sampul berisi (1) helai baju batik
# (1) Sampul berisi (1) beg plastik warna putih bertulis 'CONSTANT'

7.4> Bilik Seroja 3, Hotel Lanai Bangi:
# Beberapa helai disyaki Bulu.
# Potongan pada tilam yg disyaki terdapat kesan darah.
# Potongan pada tilam yg disyaki terdapat kesan darah.
# Turut dirampas salinan resit hotel yg menunjukkan kehadiran saspek menginap di hotel tersebut.


8) Tangkapan pertama

DABB rpt : 2513/17

Pada 01/06/17 jam l/krg 2330 Hrs, Team Ops Jsj Ipd Sepang telah tangkap (2) (L) Melayu di kawasan Wad Kecemasan Zon Merah Hospital Serdang.

8.1 Butir-butir tangkapan :

(B1)
Nama : Muhammad Akmal Zuhairi Bin Azmal
Kpt : 960609-11-5173
No. tentera : 3014556 ( tentera Darat )
Umur : 20 Tahun
Pekerjaan : Kadet tentera Kem Sg. Besi
Alt : No. 2, Lrg Teja 6, Tmn Teja, 31800 Tg. Tualang, Perak.

(B2)
Nama : Muhammad Azamuddin Bin Mad Sofi
Kpt : 960704-08-5451
No. Tentera : 3014567 ( Tentera Darat )
Umur : 20 Tahun
Pekerjaan : Kadet Tentera Kem Sg. Besi
Alt : No. 2, Lrg Aman 7, Tmn Aman, Kg. Bahagia, 36000 Teluk Intan, Perak.


9) Tangkapan kedua

DABB rpt : 2514/17

Pada 01/06/17 jam l/krg 2300 Hrs, Team Ops Jsj Ipd Sepang telah tangkap (4) (L) Melayu di perkarangan Balai Polis DABB.

9.1 Butir-butir tangkapan.

(B3)
Nama: Afiq Nur Azmeer Bin Abd Aziz
Kpt: 960321-10-5339
Umur: 2

1
Kerja: Pelajar Uniten
Alt: 1053 Jalan Datuk Abu Samah Hulu Kelang Ampang Selangor.

(B4)
Nama: Mohamed Firdaus Bin Mohamed Iqbal
Kpt: 960105-07-5489
Umur: 21
Kerja: Pelajar Uniten
Alt: No 17 Tingkat Kikik 8 Taman Inderawasih Perai Pulau Pinang.

(B5)
Nama: Muhammad Nazrin Bin Mohd Radzuan
Kpt: 960512-08-5983
Umur: 21
Kerja: Pelajar Uniten
Alt: No 305 Laluan Meru 25 Taman Meru 1B Ipoh Perak.

(B6)
Nama: Muhammad Azim Shah Bin Badli Shah
Kpt: 961111-10-5335
Umur: 20
Kerja: Pelajar Uniten
Alt: No 13 Jalan Paduka Setia RPT Paduka Kampung Boyan Perak.

10) Tangkapan ketiga

Sg Besi Rpt: 4069/17

Sepasukan Polis dari Jsj Ipd Sepang diketuai KBSJ Dsp Mohd Fairus tangkap 30 lelaki di Bilik Gerakan Banggunan Jebat Alk UPNM Kem Perdana Sg Besi Kuala Lumpur.

10.1 Butir-butir tangkapan.

(B7)
Nama: Abdoul Hakeem bin Mohd Ali
No Tentera: 3014422
Kpt: 960919-01-6429
Umur: 20
Alt: Johor

(B8)
Nama: Mohd Hafiz Fauzan bin Ismail
No Tentera: 3014531
Kpt: 960219-02-5543
Umur: 21
Alt: Kedah

(B9)
Nama: Mohamad Lukhmanul Hakim Bin Mohd Zin
No Tentera: 3014500
Kpt: 961010-06-5135
Umur: 20
Alt: Pahang

(B10)
Nama:Muhammad Najib bin Mohd Razi
No Tentera: 3014608
Kpt: 960108-08-5455
Umur: 21
Alt: Perak

(B11)
Nama: Muhammad Izzul Akhtar bin Rosli
No Tentera:3014602
Kpt: 960923-14-5493
Umur: 20
Alt: Kuala lumpur

(B12)
Nama: Muhammad Hasif bin Ismail
No Tentera: 375501
Kpt: 961213-14-5485
Umur: 20
Alt: Kuala lumpur

(B13)
Nama: Hari Krishna Rau A/l Subbarao
No Tentera: 3014471
Kpt: 961101-10-5315
Umur: 20
Alt: Selangor

(B14)
Nama: Muhammad Aiman Aufa bin Asmadi Affendi
No Tentera: 3014552
Kpt: 960721-02-5565
Umur: 20
Alt: Kedah

(B15)
Nama: Muhammad Akmal Akif bin Alias
No Tentera: 3014555
Kpt: 960622-02-5375
Umur: 20
Alt: Kedah

(B16)
Nama: Ahmad Shafwan bin Berdal
No Tentera: 3014431
Kpt: 961215-12-6181
Umur: 20
Alt: Sabah

(B17)
Nama: Muhammad Sufi bin Mohd Mustapha
No Tentera: 375508
Kpt: 960608-14-5469
Umur: 20
Alt: Kuala lumpur

(B18)
Nama: Muhammad Ilham bin Zamree
No Tentera: 405731
Kpt: 960717-01-6869
Umur: 20
Alt: Johor

(B19)
Nama; Mubin Mustaza bin Iskandar
No Tentera: 375485
Kpt: 961018-02-5424
Umur: 20
Alt: Kedah

(B20)
Nama: Muhammad Syafiq bin Abdullah
No Tentera: 375509
Kpt: 961121-14-5541
Umur: 20
Alt: Kuala lumpur

(B21)
Nama: Muhammad Afif Najmudin bin Azahat
No Tentera: 405739
Kpt: 960410-05-5389
Umur: 21
Alt: Kuala Lumpur

(B22)
Nama: Ahmad Senabil bin Mohamad
No Tentera: 3014429
Kpt: 960128-08-5831
Umur: 21
Alt:Perak

(B23)
Nama: Mohamad Nor Fitri Sukarno
No Tentera: 405763
Kpt: 961204-03-5567
Umur: 20
Alt: Kelantan

(B24)
Nama: Muhammad Adib Iman bin Fuad Adi Sany
No Tentera: 405723
Kpt: 960611-26-5015
Umur: 20
Alt: Kedah

(B25)
Nama: Noriznan Izzairi bin Noor Azhar
No Tentera: 405683
Kpt: 960118-03-5435
Umur: 21
Alt: Kelantan

(B26)
Nama: Noramizan bin Bedul
No Tentera: 375519
Kpt:960318-08-5621
Umur: 21
Alt: Perak

(B27)
Nama: Luqman Hakim bin Shamsuri Agus
No Tentera: 375463
Kpt: 960423-08-6819
Umur: 21
Alt: Perak

(B28)
Nama: Mohamad Syazwan bin Musa
No Tentera: 405764
Kpt: 961213-26-5225
Umur: 20
Alt: Kedah

(B29)
Nama:Muhamad Ashraf bin hj Abdullah
No Tentera: 3014535
Kpt: 960112-04-5069
Umur: 21
Alt: Melaka

(B30)
Nama: Mohamad Syafiq Muhaimin bin Zakaria
No Tentera: 3014510
Kpt: 960613-02-5939
Umur: 20
Alt: Kedah

(B31)
Nama: Mohamad Shobirin bin Sabri
No Tentera: 3014508
Kpt: 960304-08-6439
Umur: 21
Alt: Perak

(B32)
Nama: Muhammad Amirul Asraff bin Mala
No Tentera: 3014558
Kpt: 961123-04-5069
Umur: 20
Alt: Melaka

(B33)
Nama:Muhamad Danial Firdaus bin Azmir
No Tentera: 375489
Kpt: 961114-02-5939
Umur: 20
Alt: Kedah

(B34)
Nama:Muhammad Alif Farhan bin Aeros Ni
No Tentera: 3014557
Kpt:960828-10-5119
Umur: 20
Alt:Selangor

(B35)
Nama: Muhamad Qarnur Ashraf bin Zulkiflee
No Tentera: 3014505
Kpt: 960518-10-5885
Umur: 21
Alt: Selangor

(B36)
Nama: Mohammad Fittri bin Che Daud
No Tentera: 3014496
Kpt: 960228-07-5323
Umur: 21
Alt: Pulau pinang

11) Hasil Bedah Siasat,

11.1 Bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Sedang oleh Dr.Salmah pd 02/06/2017 @ 0900 Hrs dan berakhir pd 1245 Hrs.

11.2 Hasil p

emeriksaan luaran jasad mendapati terdapat kesan lebam pd kelopak mata kiri dan kesan calar yg mngalami penyembuhan pd kening kiri, kesan lecur terbakar di seluruh badan depan, tangan kanan & kiri, kemaluan, kedua2 belah kaki depan dan belakang badan yg konsisten dengan corak permukaan seterika wap.

11.3 Hasil pemeriksaan dalaman terdapat 3 kesan lebam pd kulit kepala, 2 rusuk kiri patah akibat CPR oleh pengamal perubatan. Lain2 dalam keadaan normal.

11.4 Kesan lecur pada permukaan badan mangsa meliputi 80% terbakar.

11.5 Punca kematian adalah *"80% Second & Third degree Burned"*
Update #13

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Cari bomoh yang 'petik' nama arwah



POLIS akan mengambil keterangan doktor klinik swasta di Bangi bagi bantu siasatan kes buli penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata pihaknya akan menyiasat segala kemungkinan berhubung kes itu.

Katanya, klinik swasta di Bangi iaitu tempat arwah dibawa untuk menerima rawatan, pada 27 dan 31 Mei lalu.

"Selain doktor itu, kami juga akan menjejaki dan merakam keterangan bomoh yang didakwa menyebut nama arwah sebagai individu yang mencuri komputer riba.

“Suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa Allahyarham mengaku tindakannya (mencuri laptop).

"Sehingga ini, tiada penahanan dilakukan namun jika perlu berdasarkan bukti hasil siasatan, kami akan membuat penahanan lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan kes itu kemungkinan mengambil masa yang lama berikutan membabitkan ramai suspek namun ia akan dilakukan secara telus.

Harian Metro melaporkan rakan Allahyarham ada berkongsi mesej dengan keluarga arwah yang mendakwa Zulfarhan dipukul sebelum Ramadan kerana dituduh mencuri.

Rakan arwah dipetik berkata, Allahyarham diperlakukan demikian oleh suspek selepas bomoh menyatakan arwah adalah individu yang mencuri komputer riba suspek.

Zulfarhan - Pegawai Kadet Laut tahun tiga UPNM meninggal dunia pada kira-kira 9 malam semalam, selepas didera rakan universiti dengan seterika wap.

Selain itu, Allahyarham juga dikatakan dibelasah dengan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju pada 20 dan 21 Mei.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...tik-nama-arwah
Update #12

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Penuntut UPNM maut jadi tumpuan muka depan akhbar

Harian Metro, The Malay Mail, Kosmo! dan New Straits Times antara yang memilih untuk memaparkan kesengsaraan yang terpaksa dilalui Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, di saat-saat akhir hidupnya.



Update #11

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Bapa redha namun berharap pesalah dihukum


HAWA OSMAN kelihatan sedih sewaktu duduk bersebelahan jenazah anaknya sebelum berlepas ke Johor Bahru di Hospital Serdang, Selangor, semalam. UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR

SERDANG 2 Jun – Biarpun reda menerima hakikat anak sulungnya meninggal dunia akibat didera, bapa kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, mahu suspek terlibat segera dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal.

Zulkarnain Idrus, 53, berkata, beliau tidak menyangka perbuatan kejam itu boleh berlaku terhadap anaknya sedang*kan Zulfarhan Osman seorang pen*diam dan tidak mempunyai musuh baik dalam kalangan rakan dan keluarganya.

Malah beliau tidak dapat membayangkan keperitan yang dialami oleh anaknya itu apatah lagi melihat kesan melecur di anggota badan arwah akibat ditekap seterika wap sebelum dibedah siasat.

“Memang saya reda dengan pemergian anak saya cuma saya tidak boleh terima perbuatan mendera yang melam*pau itu boleh berlaku kepada arwah. Sebagai bapa saya mahu pihak bertanggungjawab siasat perkara ini segera.

“Saya harap individu terlibat dikenakan tindakan setimpal dengan apa yang dilakukan kepada anak saya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Serdang di sini hari ini.

Turut berada di Jabatan Forensik ialah ibu mangsa, Hawa Osman dan ahli keluarga terdekat.

Tambah Zulkarnain, jenazah anak*nya akan dibawa ke Masjid Jamek Kampung Kurnia untuk disembahyangkan sebelum di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor malam ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz4itHnhPDJ
Update #10

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Sementara itu, satu maklumat yang tular menyatakan mangsa dipercayai didera hanya kerana disyaki mencuri komputer riba milik rakan seuniversiti.

Berdasarkan maklumat itu, selain dicederakan dengan seterika wap, mangsa turut dipukul dengan getah paip, penyangkut baju dan tali pinggang.

Mangsa dikatakan didera pada 20 dan 21 Mei lalu di asrama UPNM dan akibat kecederaan teruk yang dialaminya dia telah dibawa ke sebuah klinik di sekitar Bangi, Selangor sebanyak dua kali oleh rakan-rakannya pada 27 Mei dan kelmarin.

Maklumat itu turut menyebut, selepas dibawa ke klinik kelmarin, mangsa dan rakan-rakannya tidak pulang sehinggalah dia dibawa ke Hospital Serdang malam tadi dipercayai dari sebuah apartmen di Kajang dan disahkan meninggal dunia di sana kira-kira pukul 10 malam.

Ketika diminta mengulas mengenai maklumat yang tular itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat menjelaskan, maklumat itu bukan daripada polis dan pihaknya akan menjalankan siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz4itBXzYKR
Update #9

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Dibelasah dengan tali pinggang, getah paip
Mangsa dipaksa mengaku curi laptop



PENUNTUT Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, dikatakan dibelasah menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan seterika wap di seluruh badan sehingga parah sebelum meninggal dunia.


Bukan itu saja, Zulfarhan yang juga pegawai kadet laut tahun tiga UPNM dipaksa mengaku mencuri komputer riba.

Betapa kejam perbuatan pelaku itu seperti diceritakan rakannya yang memaklumkan mangsa diperlakukan sedemikian rupa pada 21 Mei lalu.

Menurut rakannya yang enggan dikenali, kejadian berkenaan berlaku selepas Zulfarhan dituduh mencuri komputer riba.

Katanya, selepas dibelasah, Zulfarhan dibiarkan sehinggalah pada 27 Mei keadaannya semakin parah.

"Dia mengadu badan sakit (selepas dibelasah dan ditekap dengan seterika wap) dan memaklumkan dia dipaksa mengaku mencuri 'laptop' (komputer riba) walhal bukan dia yang lakukan.

“Lukanya semakin parah sebelum dibawa oleh dua penuntut ke klinik pada 27 Mei dan kemudian ke klinik semula pada 31 Mei sebelum dirujuk ke hospital dan meninggal dunia pada malam tadi (semalam)," katanya ketika ditemui, hari ini.

Penuntut UPNM, Mohd Afiq Mohd Yusof,23, berkata, Zulfarhan seorang yang periang dan mudah bergaul.

"Tak sangka kejadian itu berlaku kepadanya. Allahyarham periang dan mudah bergaul," katanya.

Bapa saudara Zulfarhan, Hamzah Osman,54, berkata, dia tidak menyangka anak saudaranya didera sehingga meninggal dunia hanya kerana dituduh mencuri komputer riba.

"Jika Allahyarham ada berhutang dengan sesiapa sila datang jumpa saya, termasuklah yang menuduh anak saudara saya mencuri komputer ribanya," katanya.

Setakat ini 36 individu berusia 20 hingga 21 direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, 32 daripada mereka adalah penuntut UPNM dan empat lagi dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...erikemanusiaan
Update #8

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Baju raya Allahyarham dah siap


Zulkarnain Idrus, 53, dan Hawa menyiram air bunga mawar di pusara anak mereka. FOTO Mohd Azren Jamaludin

IBU penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, memberitahu arwah anaknya tidak dapat pulang pada bulan puasa kerana mempunyai tugasan.

Malah, baju raya kelabu yang diminta arwah untuk dipakai tahun ini yang sudah dibeli tidak dapat ditunjukkan kepadanya.

“Arwah minta baju raya warna kelabu tahun ini dan saya sudah sediakan untuk saya, dia dan ayahnya, tetapi dia tidak sempat untuk melihatnya kerana katanya tidak dapat balik bulan puasa kerana ada kerja,” kata Hawa Osman, 54, ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh di sini, malam tadi.

Hawa memberitahu arwah ada menelefonnya seminggu lalu, namun tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

Katanya, arwah sempat menasihatinya supaya menjaga diri, namun apabila ditanya kenapa suaranya seperti tidak sihat, arwah berkata dia dalam keadaan baik.

“Saya tidak tahu dia demam atau dimasukkan ke hospital kerana kali terakhir saya berjumpa dengannya pada tiga minggu lalu apabila dia pulang ke rumah.

“Alhamdulillah, semua rakan arwah memberitahu dia anak yang baik dan memang dia seorang yang sangat mengambil berat terhadap adik-beradik dan rakannya,” katanya.

Pada masa sama, Hawa berterima kasih kepada pihak UPNM dan Latihan Ketenteraan (LK) yang menghantar pegawai serta kakitangan bagi menguruskan jenazah anaknya itu.

“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang membantu dari hospital hinggalah selesai proses pengebumian,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...arham-dah-siap
Update #7

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Jenazah penuntut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, JB
Quote:





Update #6

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Jenazah Zulfarhan selamat dikebumikan


Jenazah Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Jenazah Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia dipercayai didera selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh di sini, jam 9.30 malam ini.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi, Selangor sebelum disembahyangkan sekali lagi di Masjid Jamek Kampung Kurnia di sini, selepas solat Isyak.

Lebih 100 ahli keluarga dan kenalan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang berasal dari Bandar Uda Utama, Skudai, di sini.

Pelajar tahun tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu dipercayai didera rakan dengan seterika wap, selain terdapat kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Setakat ini, polis menahan 36 penuntut berusia antara 20 dan 21 tahun bagi membantu siasatan kejadian berkenaan dan kesemua mereka ditahan reman selama seminggu bermula hari ini.


http://www.bharian.com.my/node/289117
Update #5

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tentera, universiti tubuh jawatankuasa siasat kematian pelajar



KUALA LUMPUR: Tentera dan Universiti Pertahanan Awam Malaysia (UPNM) menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat kematian seorang pegawai kadet laut UPNM semalam.


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata pihaknya bermesyuarat bersama bahagian pengurusan tertinggi tentera susulan kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21.

“Dalam mesyuarat tersebut, tentera dan UPNM bersetuju menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat kematian allahyarham,” katanya kepada Bernama.

Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas ATM, Zulfarhan Osman berasal dari Johor Bahru dan merupakan penuntut tahun ke-3 jurusan kejuruteraan elektrik.

Penuntut UPNM itu meninggal dunia di Hospital Serdang dekat sini malam semalam dengan kesan lebam dan melecur di badan, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

“Tentera memandang serius kejadian ini dan akan melaksanakan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian,” kata kenyataan Markas ATM itu.

Ia menegaskan tiada kompromi akan ditunjukkan ke atas mereka yang terlibat dalam apa jua pelanggaran undang-undang dan peraturan serta mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang berkenaan.

Ia seterusnya berkata polis turut melaksanakan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mereka yang terlibat dalam kejadian itu.

“Proses bedah siasat sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kematian,” kata kenyataan itu.

Tentera menyediakan bantuan bagi membawa jenazah ke kediaman waris di Johor Bahru dan menguruskan urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Kurnia, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian itu dan menyerahkan kepada pihak berkenaan melaksanakan siasatan.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...atian-pelajar/
Update #4

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kenyataan media ATM


Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Bapa Zulfarhan tenang urus jenazah anak


Zulkarnain tenang ketika ditemui pemberita.


Suasana hiba menyelubungi perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.

SERDANG - Bapa mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, Zulkarnain Idrus dilihat tenang ketika menguruskan jenazah anaknya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.

Menurutnya, dia pasrah akan pemergiannya anak sulungnya itu.

"Perasaan saya ketika ini sedih dengan pemergiannya. Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk siasat perkara kejadian yang menimpa anak saya," katanya ringkas kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mengulas tentang peribadi anaknya, Zulkarnain, 53, berkata, dia (Zulfarhan) seorang yang pendiam.

"Saya tidak lihat dia mempunyai masalah dengan kami sekeluarga dan saudara-saudara," katanya.

Sementara itu, ibu saudara mangsa yang ditemui berkata, dia yang terkejut dengan insiden yang menimpa anak saudaranya itu memerima berita tersebut melalui WhatsApp keluarganya.

"Memang itu sangat mengejutkan sebab kita bayangkan institusi itu selamat dan tidak sepatutnya berlaku di situ.

"Sepanjang saya kenal arwah (Zulfarhan), dia sangat baik. Perkara yang berlaku ini sangat mengejutkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, seramai 36 mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berusia lingkungan 20 dan 21 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian mangsa malam, semalam.

Jenazah allahyarham Zulfarhan Osman akan disembahyangkan di Masjid Kampung Kampung Kurnia, Johor Bharu, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Kebun Teh.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...-anak-1.683439
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Hishammuddin zahir kesedihan kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan



KUALA LUMPUR 2 Jun - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan perasaan sedih atas kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 yang dipercayai akibat dibuli.


Berikut kenyataan Hishammuddin yang dipetik dari Facebook rasmi beliau:

"Sedih dan pilu mendengar berita kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman bin Zulkarnain pagi ini. Terutama tatkala kita sedang fokus menjalani ibadah puasa dan ada sebilangannya pula sudah membayangkan persiapan menyambut hari lebaran.

"Tidak terbayang di benak saya keadaan keluarga arwah ketika menerima berita duka ini. Jauh di sudut hati saya berdoa agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Allah SWT atas kehilangan insan tersayang. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul.

"Insiden kematian arwah Zulfarhan mengimbau peristiwa pahit ketika saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 2004 dahulu. Ketika itu seorang pelajar di Negeri Sembilan meninggal dunia akibat dibuli rakan sekolah. Peristiwa itu masih segar di fikiran saya dan memberi kesan yang besar. Kerana selepas kejadian itu, saya dan Kementerian Pelajaran bertungkus-lumus membanteras gejala buli di sekolah.

"Barangkali peristiwa pada tahun 2004 berbeda dengan insiden yang menimpa arwah Zulfarhan. Namun, atas apa jua alasan, siapalah kita untuk mengambil tindakan melampau sehingga mengakibatkan kematian. Saya sama sekali tidak boleh menerimanya.

"Sehubungan itu, saya telah mengarahkan pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk menjalankan siasatan dengan kadar segera bagi mengetahui punca sebenar sekali gus mengenal pasti siapa yang terlibat.

"Saya konsisten sejak dulu bahawa tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah dalam kejadian seperti ini. Marilah kita sama-sama doakan semoga roh adik Zulfarhan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang diredhai Allah SWT. Al Fatihah."


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/terk...#ixzz4ipRMt9TU
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

36 penuntut ditahan bantu kes bunuh pegawai kadet

SHAH ALAM: Polis menahan 36 penuntut bagi membantu siasatan kejadian bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang ditemui di sebuah apartmen di Sepang, semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata 32 penuntut adalah mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan empat lagi mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Katanya, semua suspek berusia antara 20 tahun dan 21 tahun itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini.

"Malam tadi, mangsa yang juga pelajar tahun akhir disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Serdang.

"Terdahulu, mangsa yang berusia 21 tahun dihantar beberapa rakan ke hospital itu selepas mengalami kecederaan, termasuk melecur dan lebam di badan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


http://www.bharian.com.my/node/288997
Update #1

Quote:
Originally Posted by zanthrax View Post



tak tau nk cakap ape...sampai kemaluan arwah pn dorang tekap ngan iron..ape jenis manusia la ni...

korang bayangkan dari 21 mei sampai 1 jun arwah tahan sakit kene iron tu..hospital ckp arwah mengalami 2nd & 3rd degree burn..aku kene ekzos moto kt kaki pn dh menggelupur ni pulak 1 badan kene tekap iron..
Update #0

Quote:
Originally Posted by TT View Post


..

Last edited by TT; 14-06-2017 at 02:57 PM..
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 02-06-2017, 02:48 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 23,547
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 816
Active Level
My Mood:
Default

innalillah, kenapa sampai sebabkan kematian ni, seksa sungguh ni...
Reply With Quote
  #3  
Old 02-06-2017, 02:48 PM
3gunHell 3gunHell is online now
Active Member

3gunHell's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2011
Posts: 2,274
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 11
Active Level
My Mood:
Default

salam takziah
__________________
sedangkan lidah lagi tergigit dengan gigi. apatah lagi dalam perhubungan.
Reply With Quote
  #4  
Old 02-06-2017, 02:49 PM
antarakasih antarakasih is offline
Super Active

antarakasih's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2014
Posts: 6,148
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 41
Active Level
Default

nk buli pn agk2 la,,
mmg hukum gantung smpai mati la ni,,
jgn kes ni snyap je sudh la
__________________
KONSISTEN PIP VIP.SIGNAL FOREX 50-300%.REFERRAL PROMO CODE : KASIH.PROMO45%
http://konsistenpipvip.blogspot.com/

testis signal thorbaik
Reply With Quote
  #5  
Old 02-06-2017, 02:50 PM
m0mo~ m0mo~ is offline
CG Top Poster Club

m0mo~'s Avatar
 
Trader Rating: (39)
Join Date: Oct 2012
Location: ||ONEXOX||||Out There|_____|We Are ONE|||ONEXOX|||
Posts: 33,423
Thanks (Received): 41
Likes (Received): 124
Blog Entries: 5
Active Level
My Mood:
Default

huhu sedihnya mak ayah dapat berita camni
__________________

Data/Voice ONEXOX SUPERJIMAT versi m0mo~ *HARGA BARU*
DATA WAR!! RM50 DAPAT 20GB!||KLIK SINI||
VPN UNLIMITED [TELCOBIRU]
KEMPEN MERAKYATKAN TOPUP~TOPUP 1MALAYSIA|KLIK SINI|
Reply With Quote
  #6  
Old 02-06-2017, 02:50 PM
onewafer onewafer is offline
Super Active

onewafer's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2014
Posts: 9,890
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 125
Active Level
My Mood:
Default

Ada lagi kes dera mcm ni di IPT???

Ingatkan sekolah rendah, sekolah menengah jer.



.
__________________
Biar kecil asalkan berhasil,
Biar sedikit, lama-lama berbukit...
Reply With Quote
  #7  
Old 02-06-2017, 02:53 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,081
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 7996
Active Level
My Mood:
Default

36 penuntut ditahan bantu kes bunuh pegawai kadet

SHAH ALAM: Polis menahan 36 penuntut bagi membantu siasatan kejadian bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang ditemui di sebuah apartmen di Sepang, semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata 32 penuntut adalah mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan empat lagi mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Katanya, semua suspek berusia antara 20 tahun dan 21 tahun itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini.

"Malam tadi, mangsa yang juga pelajar tahun akhir disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Serdang.

"Terdahulu, mangsa yang berusia 21 tahun dihantar beberapa rakan ke hospital itu selepas mengalami kecederaan, termasuk melecur dan lebam di badan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


http://www.bharian.com.my/node/288997
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #8  
Old 02-06-2017, 02:56 PM
johor1976 johor1976 is online now
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2016
Posts: 6,620
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 261
Active Level
Default

Ambik. 302 tu.
Sabun jatuh jgn kutip
Reply With Quote
  #9  
Old 02-06-2017, 02:59 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 23,547
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 816
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
36 penuntut ditahan bantu kes bunuh pegawai kadet

SHAH ALAM: Polis menahan 36 penuntut bagi membantu siasatan kejadian bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang ditemui di sebuah apartmen di Sepang, semalam.


"Malam tadi, mangsa yang juga pelajar tahun akhir disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Serdang.

"Terdahulu, mangsa yang berusia 21 tahun dihantar beberapa rakan ke hospital itu selepas mengalami kecederaan, termasuk melecur dan lebam di badan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

36 org direman untuk siasatan bwh 302 kk
32-UPNM, 4 Uniten
Reply With Quote
  #10  
Old 02-06-2017, 02:59 PM
buncai buncai is online now
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2011
Posts: 304
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 6
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by onewafer View Post
Ada lagi kes dera mcm ni di IPT???

Ingatkan sekolah rendah, sekolah menengah jer.



.
betul tu.. ingatkan semua dah besar dan matang
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold