Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #441  
Old 16-06-2017, 08:25 AM
Fayafa Fayafa is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2017
Posts: 123
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4
Active Level
Default

US jugak yang untung...sana makan, sini makan...create job utk rakyat dia
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #442  
Old 16-06-2017, 08:25 AM
THX THX is offline
Active Plus

THX's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Nov 2008
Location: Melaka
Posts: 3,799
Thanks (Received): 40
Likes (Received): 5
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Amerika jual 36 jet F15 kepada Qatar



Washington: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis dan rakan sejawatannya dari Qatar, Khalid Al-Athhiyah semalam menandatangani persetujuan jual beli jet pejuang F-15 bernilai kira-kira AS$12 bilion (RM51.21 bilion).


Perjanjian itu ditangani ketika krisis di Teluk semakin serius selepas jiran Qatar menuduhnya menyokong keganasan dan memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan.

Presiden Amerika, Donald Trump menyuarakan sokongan terhadap tindakan yang diketuai Arab Saudi itu tetapi pegawai Amerika Syarikat yang lain mengambil sikap lebih berhati-hati dan mendesak krisis itu ditamatkan menerusi dialog.

“Penjualan jet itu akan memberikan keupayaan terkini kepada Qatar dan meningkatkan kerjasama pertahanan antara Amerika Syarikat dan Qatar,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Pentagon.

Mattis dan al-Attiyah juga membincangkan isu keselamatan bersama, termasuk perkembangan memerangi Daish dan kepentingan negara Teluk meredakan ketegangan bagi membolehkan negara berkenaan memberi tumpuan terhadap langkah selanjutnya bagi memenuhi matlamat bersama.

Pentagon tidak memberi maklumat lanjut mengenai penjualan itu.

Di Doha, seorang pegawai Qatar berkata, perjanjian itu membuktikan negara itu mempunyai sokongan padu daripada Amerika Syarikat sehinggakan sengketa negara itu dengan negara Arab lain tidak dapat menjejaskan hubungan kedua-dua negara itu.

Satu sumber Kementerian Pertahanan Qatar berkata, perjanjian itu membabitkan pembelian 36 Jet F-15.

November lalu, di bawah pentadbiran Barack Obama, Amerika Syarikat meluluskan penjualan sehingga 72 pesawat pejuang F-15QA.

Kontraktor utama, Boeing, enggan mengulas.

Qatar ialah pangkalan penting untuk tentera Amerika Syarikat melancarkan operasi terhadap Daish dan kumpulan militan lain di Iraq, Syria dan Afghanistan. Pangkalan udara Al-Udeid di Qatar menempatkan lebih 11,000 askar Amerika dan negara sekutunya.

Dalam pada itu, agensi berita Qatar berkata, dua kapal perang Amerika Syarikat tiba di Pelabuhan Hamad untuk menyertai latihan tentera bersama kedua-dua negara.


http://www.hmetro.com.my/global/2017...5-kepada-qatar
Perbalahan sesama negara Islam perlu diwujudkan agar Israel lebih selamat sambil memberi keuntungan kepada Amerika melalui penjualan kapal perang dan senjata.
__________________
Reply With Quote
  #443  
Old 16-06-2017, 08:47 AM
fms fms is online now
Legendary Member

fms's Avatar
 
Trader Rating: (11)
Join Date: Feb 2007
Posts: 17,879
Thanks (Received): 52
Likes (Received): 24
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Amerika jual 36 jet F15 kepada Qatar



Washington: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis dan rakan sejawatannya dari Qatar, Khalid Al-Athhiyah semalam menandatangani persetujuan jual beli jet pejuang F-15 bernilai kira-kira AS$12 bilion (RM51.21 bilion).


Perjanjian itu ditangani ketika krisis di Teluk semakin serius selepas jiran Qatar menuduhnya menyokong keganasan dan memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan.

Presiden Amerika, Donald Trump menyuarakan sokongan terhadap tindakan yang diketuai Arab Saudi itu tetapi pegawai Amerika Syarikat yang lain mengambil sikap lebih berhati-hati dan mendesak krisis itu ditamatkan menerusi dialog.

“Penjualan jet itu akan memberikan keupayaan terkini kepada Qatar dan meningkatkan kerjasama pertahanan antara Amerika Syarikat dan Qatar,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Pentagon.

Mattis dan al-Attiyah juga membincangkan isu keselamatan bersama, termasuk perkembangan memerangi Daish dan kepentingan negara Teluk meredakan ketegangan bagi membolehkan negara berkenaan memberi tumpuan terhadap langkah selanjutnya bagi memenuhi matlamat bersama.

Pentagon tidak memberi maklumat lanjut mengenai penjualan itu.

Di Doha, seorang pegawai Qatar berkata, perjanjian itu membuktikan negara itu mempunyai sokongan padu daripada Amerika Syarikat sehinggakan sengketa negara itu dengan negara Arab lain tidak dapat menjejaskan hubungan kedua-dua negara itu.

Satu sumber Kementerian Pertahanan Qatar berkata, perjanjian itu membabitkan pembelian 36 Jet F-15.

November lalu, di bawah pentadbiran Barack Obama, Amerika Syarikat meluluskan penjualan sehingga 72 pesawat pejuang F-15QA.

Kontraktor utama, Boeing, enggan mengulas.

Qatar ialah pangkalan penting untuk tentera Amerika Syarikat melancarkan operasi terhadap Daish dan kumpulan militan lain di Iraq, Syria dan Afghanistan. Pangkalan udara Al-Udeid di Qatar menempatkan lebih 11,000 askar Amerika dan negara sekutunya.

Dalam pada itu, agensi berita Qatar berkata, dua kapal perang Amerika Syarikat tiba di Pelabuhan Hamad untuk menyertai latihan tentera bersama kedua-dua negara.


http://www.hmetro.com.my/global/2017...5-kepada-qatar
mcm biasa..cipta perang lepas tu jual senjata..
__________________
Unlimited call hanya RM58 - http://carigold.com/portal/forums/sh...php?p=23976882
Pelbagai jenama kenderaan untuk dijual - http://carigold.com/portal/forums/sh...d.php?t=662918
Pewangi Kereta & Bilik - http://carigold.com/portal/forums/sh...d.php?t=656098
kad sim Power Tahan Lama - http://carigold.com/portal/forums/sh...d.php?t=650520
Reply With Quote
  #444  
Old 19-06-2017, 06:27 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 110,925
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5921
Active Level
My Mood:
Default

Qatar, Amerika tamat latihan ketenteraan bersama



DOHA - QATAR. Qatar dan Amerika Syarikat (AS) menamatkan latihan ketenteraan bersama yang diadakan di Al-Galayel pada Ahad, latihan yang diselia Menteri Negara Hal Ehwal Pertahanan Qatar, Dr Khalid bin Mohammed Al Attiyah, lapor agensi berita Qatar (QNA).


Latihan tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu latihan bersama pasukan khas tentera, operasi khas tentera laut dan operasi tentera udara yang diwakili skuadron helikopter Pasukan Tentera Udara Qatar, serta pasukan khas tentera AS.

Latihan bersama tersebut turut disertai Panglima Pasukan Khas Bersama Brigadier Jeneral Hamad Abdullah Al Fetais Al Marri, wakil Kedutaan AS Brigadier David Parr dan pegawai-pegawai kanan angkatan tentera Qatar dan AS. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/global...rsama-1.691682
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #445  
Old 20-06-2017, 06:50 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 110,925
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5921
Active Level
My Mood:
Default

Krisis Teluk rugikan dunia Islam


RAJA Arab Saudi, Raja Salman (kiri) menarikan tarian tradisional Ardha sambil diperhatikan rakan sejawatnya, Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani semasa kunjungan pemimpin itu ke Doha, tahun lalu.

TARIKH 5 Jun menyaksikan dunia terutamanya negara-negara Islam dikejutkan dengan keputusan Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yemen dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik, perdagangan dan pengangkutan dengan Qatar. Malah, langkah berkenaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, juga turut diambil oleh Maldives dan Mauritania.

Alasannya yang diberikan cukup luar biasa. Qatar didakwa menyokong seteru utama Arab Saudi di rantau Teluk iaitu Iran selain Doha dituduh menyokong rangkaian kumpulan penentang kerajaan seperti pergerakan Ikhwanul Muslimin dan Hamas, namun Doha menafikan semua dakwaan tersebut.

Lebih ironi, tindakan itu dibuat selepas 17 hari lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Arab Saudi dan lebih mengejutkan, Trump sendiri tampil menyokong langkah lima buah negara yang merupakan anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke atas Qatar yang juga menjadi pangkalan tentera AS.

Israel pula tidak berlengah-lengah mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan lagi kesatuan Arab apabila dilaporkan memuji langkah tersebut bahawa negara kecil yang kaya itu terbabit dalam bekerjasama dengan kumpulan pengganas.

Tenyata pada peringkat awal, tindakan menutup ruang udara, menghentikan import dan mengarahkan pulang ekspatriat Qatar menimbulkan suasana cemas dalam kalangan rakyat Qatar sehingga mereka membuat pembelian panik kerana bimbang kehabisan bekalan makanan dan syarikat pengangkutan Doha terpaksa menukar laluan operasi penerbangan mereka.

Malah, Jalan Salwa yang selama ini merupakan satu-satunya laluan utama penduduk dari negara Arab untuk masuk ke Qatar menjadi ‘sunyi sepi’ selepas pintu sempadan itu ditutup sepenuhnya ketika penghantaran produk dan penumpang ke Qatar disekat.

Biarpun mulanya sekatan eko**nomi oleh negara Teluk itu dijang*ka mengancam perkembangan ekonomi Qatar untuk jangka masa panjang tetapi ne*ga*ra itu yang memiliki aset di*ang*garkan sebanyak AS$335 bilion (RM1.4 trilion) dilihat berupaya mengelak krisis ekonomi daripada berlaku.

Jelas, lebih seminggu lima negara Teluk itu menguatkuasakan sekatan ke atas Qatar, tidak ba*nyak perubahan berlaku kepada Doha yang ekonominya dijana menerusi industri gas cecair asli.

Qatar Airways yang dijangka terjejas teruk dalam kenyataannya baru-baru ini menegaskan, syarikat berkenaan masih menjalankan penerbangan kira-kira 1,200 pesawat minggu lalu atau bersamaan 90 peratus daripada jet penumpang terbabit berlepas bagi setiap 15 minit.

Malah, di sebalik sokongan Trump ke atas sekatan itu, dua buah kapal milik tentera laut Amerika Syarikat masih berla*buh di Pelabuhan Hamad di Doha bagi menyertai siri latihan ketenteraan bersama negara Teluk terbabit tanpa menunjukkan tan*da-tanda bakal memindahkan pangkalan tenteranya dari Qatar.

Selain itu, Doha juga bertindak pantas dengan mula mengimport bekalan makanan dan minuman dari Turki, Iran dan negara-negara Eropah selepas ‘melupakan’ perdagangan dengan negara-negara jirannya, menyaksikan rakyat Qatar mula terdedah kepada makanan dari Turki amnya.

Pada masa sama, pemotongan bekalan minyak dari Qatar sama sekali tidak akan me*lonjakkan harga minyak global memandang*kan negara pengeluar minyak yang lain masih ber*usaha meningkatkan pengelua*ran masing-masing.

Keadaan itu sekali gus dilihat menjejaskan usaha Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengimbangi pengeluaran dan bekalan dalam pasaran minyak dunia.

Cubaan lima buah negara GCC itu mengeluarkan senarai 59 individu dan 12 kumpulan serta entiti yang didakwa ada hubu*ngan dengan Qatar dan dikaitkan dengan pengganas juga disangkal termasuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri.

Di London, Pertubuhan Hak Asasi Arab (AOHR) berpangkalan di United Kingdom mengeluarkan kenyataan mengutuk senarai dikeluarkan empat buah negara itu dan menganggapnya sebagai tidak tepat.

Pertelingkahan yang berlaku ini sebenarnya bukan merugikan Qatar semata-mata tetapi juga semua pihak yang terbabit kerana kese*mua negara mewakili satu komuniti dalam rantau ber*kenaan.

Tindakan Arab Saudi didakwa lebih kepada memenuhi keinginan Trump yang tidak menyukai Teheran, agar negara-negara Teluk bersatu menentang Iran ketika Qatar dilihat sebagai gagal berbuat demikian atas sebab kepentingannya sendiri. Jadi agak mengejut juga secara tiba-tiba Qatar mengumumkan pembelian jet pejuang F-15 dalam urus niaga yang bernilai AS$12 bilion (RM51.12 bilion).

Pemencilan Qatar sebenarnya menyebabkan ne**gara-negara Teluk juga kerugian jutaan dolar akibat industri perdagangan dan pelaburan yang menjadi perlahan dan menyukarkan rantau terbabit membuat pinjaman dana kerana bergelut dengan harga mi*nyak yang rendah.

Ternyata setakat ini, Qatar walaupun merupakan sebuah negara kecil, kerajaannya amat bijak dalam berpolitik dan menguruskan urusan hal ehwal luar negara yang jelas ditunjukkan semasa konflik yang sedang berlaku ketika ini.

Malah, kemudahan pelabuhan baharu yang diwujudkan negara kecil itu membolehkan Qatar meneruskan eksport gas cecair asli yang dijangka membawa lebihan dagangan bernilai AS$2.7 bilion (RM11.4 bilion) pada bulan April, selain import hasil laut.

Namun tidak ada kemelut tanpa penyelesaian dan kegagalan negara-negara terlibat untuk me*ngatasinya secara bijaksana akan menyebabkan pihak lain mengambil peluang sehingga me*rugikan mereka.

Apakah negara Arab ini tidak belajar daripada sejarah selepas kelemahan mereka hanya me*nyaksikan Palestin terus diza*limi rejim Zionis yang semakin lama terus rakus menduduki ta*nah penduduk Palestin.

Apa yang pasti, negara-negara GCC ini perlu mengetepikan ego masing-masing demi memastikan perpaduan negara-negara Islam di Asia Barat terus kuat terutamanya dalam mempertahankan hak Palestin dan mengeratkan kerjasama dalam mendepani ancaman keganasan termasuk pengaruh Iran yang semakin meluas.

Kembalilah ke meja rundi*ngan anjuran Kuwait dan Turki yang dilihat bersungguh-sungguh mahu melihat dunia Islam terus kuat kerana persengketaan yang berlanjutan itu hanya mengakibatkan negara-negara ini dipandang ‘hina’.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz4kUWtUfKo
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #446  
Old 20-06-2017, 07:56 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 110,925
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5921
Active Level
My Mood:
Default

Qatar, Amerika bincang isu Teluk minggu depan


SHEIKH Mohammed Abdulrahman al-Thani. - Foto Reuters

DOHA: Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani, berkata beliau akan mengunjungi Amerika Syarikat minggu depan bagi membincangkan kesan perselisihan dengan negara Teluk terhadap ekonomi serta usaha menentang keganasan.

Bercakap kepada pemberita di sini, Sheikh Mohammed berkata, Qatar bersedia untuk mengadakan dialog dengan negara-negara Teluk lain untuk menyelesaikan krisis itu.

Bagaimanapun, katanya, ia perlu dilakukan mengikut prinsip yang jelas, malah Doha percaya penyelesaian akan dicapai menerusi Kuwait yang dilantik sebagai orang tengah. - Reuters


http://www.bharian.com.my/node/294874
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #447  
Old 20-06-2017, 08:16 AM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 21,549
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 512
Active Level
My Mood:
Default

negara negara islam berbalah sama sendiri, tapi semua sepakat bersandar dengan US. US jugak la yg untung..
Reply With Quote
  #448  
Old 21-06-2017, 06:37 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 110,925
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5921
Active Level
My Mood:
Default

Qatar minta sekatan dibatalkan



DOHA – Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani meminta jiran-jiran Qatar membatalkan sekatan mereka sebelum Doha boleh mengambil bahagian dalam mana-mana rundingan untuk menamatkan krisis diplomatik di rantau Teluk.


Sheikh Mohammed menyifatkan langkah memulaukan Qatar oleh Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan beberapa negara lain sebagai ‘tindakan agresif’, sambil menambah, pembatalan sekatan itu menjadi prasyarat untuk rundingan diadakan.

“Kami perlu menjelaskan kepada semua orang bahawa rundingan harus dilakukan dengan cara bertamadun dan bukannya di bawah tekanan atau sekatan.

“Qatar dikenakan sekatan. Tiada ada rundingan. Mereka perlu membatalkan sekatan ini,” katanya kepada pemberita di Doha.

Pada 5 Jun lepas, Arab Saudi dan sekutunya memutuskan semua hubungan dengan Qatar, memanggil pulang duta masing-masing dan mengarahkan rakyat Qatar untuk pulang ke negara asal mereka sebelum 19 Jun lalu.

Langkah itu termasuk menutup sempadan darat Qatar, mengharamkan pesawat negara itu menggunakan ruang udara mereka dan melarang transit rakyat Qatar di lapangan terbang masing-masing.

Arab Saudi, UAE, Mesir, Bahrain dan beberapa negara lain menuduh Qatar menyokong dan membiayai ‘keganasan’ serta bekerjasama dengan musuh serantau, Iran, tuduhan yang oleh dinafikan oleh Doha. – AFP


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4kaKLorhm
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #449  
Old 21-06-2017, 07:57 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 110,925
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5921
Active Level
My Mood:
Default

Qatar tuduh negara jiran dalang krisis diplomatik


PEGUAM Negara, Ali bin Fetais al-Marri. - Foto AFP

DOHA: Qatar menuduh negara jiran yang memutuskan hubungan diplomatik menjadi dalang di sebalik serangan siber terhadap media kerajaan sehingga mencetuskan krisis diplomatik di rantau itu.

Peguam Negara, Ali bin Fetais al-Marri, berkata 'sudah jelas' bahawa serangan itu dilakukan oleh penggodam berasal dari negara yang melaksanakan 'kepungan diplomasi'.

Ia adalah kali pertama Qatar menuduh mana-mana negara menjalankan serangan itu.

Serangan penggodam di laman web agensi berita Qatar pada 24 Mei lalu memaparkan kenyataan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani yang kemudian mencetuskan beberapa insiden sehingga membawa kepada krisis diplomatik di rantau itu.

Kenyataan itu menyentuh mengenai isu politik yang dianggap sensitif, termasuk Iran, kumpulan Islam Palestin Hamas, Israel dan Amerika Syarikat.

Namun, Doha memaklumkan ia adalah palsu, selepas beberapa pertubuhan media di luar Qatar, melaporkan kenyataan itu.

"Kami mempunyai bukti bahawa iPhones dari negara asal yang menjalankan serangan digunakan untuk penggodaman ini.

"Kami mempunyai cukup bukti yang menyokong dakwaan membabitkan beberapa negara ini," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan mana-mana negara, namun selepas didesak, al-Marri memaklumkan serangan itu berasal dari negara jiran dan ia dilakukan oleh lebih dari sebuah negara.

Pada 5 Jun lalu, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Mesir dan beberapa lagi sekutu mereka memutuskan hubungan dengan Qatar, atas dakwaan Doha menyokong pelampau, namun mereka menafikan tuduhan itu.

Selain pemulauan diplomatik, langkah lain, termasuk menutup sempadan darat Qatar, melarang pesawat negara itu daripada menggunakan ruang udara serta menyekat warga Qatar dari transit di lapangan terbang negara terbabit. - AFP


http://www.bharian.com.my/node/295178
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #450  
Old 21-06-2017, 08:29 AM
HelangPutih HelangPutih is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2015
Posts: 1,577
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 56
Active Level
My Mood:
Default

pak arab ni dari dulu suka bergaduh. sama jer cam melayu. haih.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Tags
krisis diplomatik qatar, qatar, qatar breaking news, qatar diplomatic crisis, qatar dipulau, qatar isolated

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 12:52 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you