Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 13-08-2017, 04:02 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 110,974
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5956
Active Level
My Mood:
Default Gadis patah hidung dipukul pemandu GrabCar


Mangsa patah hidung selepas mendakwa dipukul seorang pemandu Grab Car akibat salah faham, semalam. - Foto Ihsan Pembaca

SERDANG: Seorang pemandu Grab Car ditahan kerana didakwa memukul penumpang sehingga patah tulang hidung selepas berlaku perselisihan faham antara mereka, semalam.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan di ibu negara jam 2 pagi tadi dan direman empat hari bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd Rosdi Daud, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 17 tahun yang tinggal di Puchong Jaya menggunakan perkhidmatan itu untuk ke sebuah pusat beli-belah.

"Remaja perempuan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah persendirian di Petaling Jaya itu bersendirian ketika kejadian.

"Suspek mengambil mangsa di kediamannya dan ketika dalam perjalanan, berlaku perselisihan faham antara kedua-duanya menyebabkan pemandu Grab Car berang lalu memukul mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, punca sebenar perselisihan faham kedua-dua pihak masih disiasat.

"Semakan mendapati suspek menjadi pemandu Grab Car sepenuh masa sejak dua tahun lalu dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan," katanya.

Quote:



http://www.bharian.com.my/berita/kes...mandu-grab-car

Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pemandu Grabcar disekat sementara dari beroperasi

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyekat seorang pemandu Grab daripada operasi e-hailing sementara menunggu hasil siasatan polis berhubung dakwaan pemandu berkenaan telah menyerang seorang penumpang remaja.


Selain menghalangnya daripada beroperasi, sekatan itu juga bertujuan mengelakkan beliau daripada berpindah ke sistem aplikasi e-hailing yang lain demi memastikan keselamatan penumpang sentiasa diutamakan, kata SPAD dalam kenyataan di sini hari ini.

"SPAD tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan jenayah atau salah laku oleh pemandu dan pengendali pengangkutan awam darat.

"Suruhanjaya akan memastikan tindakan segera diambil bagi membasmi salah laku itu," katanya. - Bernama


http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4po8V8CH9
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ditumbuk lepas tutup pintu kereta dengan kuat



PUCHONG – Seorang remaja perempuan patah tulang hidung selepas mendakwa ditumbuk seorang pemandu perkhidmatan GrabCar akibat berlaku perselisihan faham antara mereka dalam satu kejadian di kawasan Pangsapuri Sri Anggerik, Bandar Puchong di sini kelmarin.


Dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa berusia 17 tahun dikatakan menempah perkhidmatan GrabCar untuk ke pusat beli-belah Times Square di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Kakak mangsa yang ingin dikenali sebagai Felicia, 28, berkata, berlaku perbalahan antara adik bongsunya dengan pemandu lelaki tersebut apabila mangsa meminta lelaki itu menggunakan laluan tanpa tol.

Katanya, adiknya yang juga bekas pelajar sebuah sekolah persendirian di Petaling Jaya itu memberitahu akan menunjukkan laluan ke Times Square selepas lelaki berkenaan mendakwa tidak tahu laluan tanpa tol.

Bagaimanapun, dakwa Felicia, lelaki itu enggan mengikut permintaan tersebut menyebabkan berlaku perbalahan antara mereka di dalam kereta Toyota Vios yang dipandu lelaki berkenaan.

“Berlaku perbalahan antara mereka dan saya akui memang ada perkataan kasar digunakan oleh kedua-dua belah pihak. Selepas itu adik saya memberitahu mahu memba*talkan tempahan tersebut berikutan lelaki itu tidak mahu menggunakan laluan tanpa tol.

“Namun, berlaku kejadian yang tidak diingini apabila adik saya ditumbuk lelaki berkenaan pada bahagian hidung selepas didakwa menutup pintu dengan kuat ketika turun dari kereta terbabit,” ceri*tanya ketika ditemui di sini semalam.


http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4pg8IN8vN
Reply With Quote
Likes cek mek molek, ykenobi liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 13-08-2017, 04:28 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 21,580
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 514
Active Level
My Mood:
Default

uisshh ganas sungguh pemandu ni...
mangsa tu baru teenager dan bukannya lelaki, kuat sungguh pukulan tu pada mangsa
__________________
Reply With Quote
  #3  
Old 13-08-2017, 04:45 PM
abdul_ir abdul_ir is offline
Super Active

abdul_ir's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Mar 2009
Posts: 6,548
Thanks (Received): 17
Likes (Received): 9
Active Level
Default

Rider x boleh suka2 minta elak tol. elak tol kos rider kurang tapi kos driver mahal.

setiap request macam tu perlu letak di notes semasa tempahan, supaya senang deal sebelum driver datang

driver dah dtg, dah sampai, lepastu x setuju, turun tutup pintu elok2, yg g tutup kuat2 buat ape. dah tu tulis dlm report pulak tu!!

Dah tu, driver dtg pickup point tu dah rugi masa dan petrol, siapa nak gnti??

Driver plak, pukul sampai patah hidung kenapa?? mesti tengah hangin gila dipermainkan..
__________________
ruang iklan kosong>>
Reply With Quote
Likes pecot85 liked this post
  #4  
Old 13-08-2017, 04:53 PM
Gigahertz CS Gigahertz CS is offline
Regular

Gigahertz CS's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Sep 2011
Location: Ampang - Selayang
Posts: 441
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 15
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to Gigahertz CS Send a message via Skype™ to Gigahertz CS
Default

Quote:
Originally Posted by abdul_ir View Post
Rider x boleh suka2 minta elak tol. elak tol kos rider kurang tapi kos driver mahal.

setiap request macam tu perlu letak di notes semasa tempahan, supaya senang deal sebelum driver datang

driver dah dtg, dah sampai, lepastu x setuju, turun tutup pintu elok2, yg g tutup kuat2 buat ape. dah tu tulis dlm report pulak tu!!

Dah tu, driver dtg pickup point tu dah rugi masa dan petrol, siapa nak gnti??

Driver plak, pukul sampai patah hidung kenapa?? mesti tengah hangin gila dipermainkan..
Tu pasal budak budak sekolah selain daripada baraang sekolah dan gula gula jangana deal.
__________________
Dqpatkan Bateri Adapter Keyboard model model acer aspire ,hp pavillion , dell inspirion klik kat bawah ni

DEALER PRICE UNTUK CG
Reply With Quote
  #5  
Old 13-08-2017, 05:01 PM
sayasuka sayasuka is offline
Legendary Member

sayasuka's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2011
Posts: 10,964
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 18
Active Level
Default

keganasan dah merebak pada grab car pula.

Kenalah ada timbang rasa, tolak ansur. Pengguna & pemandu .... kedua-dua tak nak rugi.
Reply With Quote
  #6  
Old 13-08-2017, 05:09 PM
sweetkl sweetkl is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2012
Posts: 1,448
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 40
Blog Entries: 1
Active Level
Default

driver bengang sgt dgn penumpang ni ..
Reply With Quote
  #7  
Old 13-08-2017, 05:19 PM
agent769 agent769 is offline
Newbie

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2017
Posts: 3
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

penumpang kerek sangat ni rasanya...kalau tak takkan lah driver tu nak bedal kan...
Reply With Quote
  #8  
Old 13-08-2017, 05:39 PM
adie80 adie80 is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2012
Posts: 645
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 18
Active Level
Default

Pemandu tu kalo betul dia tumbuk memang salah tapi sebelum kita komen bukan2 baik tunggu cerita penuh dari dua2 pihak dulu kalo ada..rasanya xkan la driver tu nak tumbuk suka2 kalo x di provokasi
Reply With Quote
  #9  
Old 13-08-2017, 05:40 PM
kerkrong kerkrong is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2011
Posts: 788
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 6
Active Level
Default

Semoga jd pengajaran kepada penumpang lain...jgn byk songeh
Reply With Quote
  #10  
Old 13-08-2017, 06:07 PM
kopirait kopirait is offline
CG Top Poster Club

kopirait's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Apr 2010
Location: -- .- ...
Posts: 23,067
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 55
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

ingat kereta orang tu grab bayar ke bulan2 nak hempas pintu.
padanlah member bengang.

teruk betul budak2 skolah sekarang.
__________________
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 04:19 AM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you