Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 18-01-2016, 07:58 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 110,974
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5956
Active Level
My Mood:
Default Tiada lagi senyuman gadis-gadis tol selepas ini




KELIBAT jurutol memulangkan baki seperti yang dirakamkan di Lebuhraya Damansara Puchong (Litrak) baru-baru ini akan dirindui pengguna lebuh raya.


Pengguna lebuh raya hanya perlu menyentuh kad Touch n Go mereka untuk melakukan pembayaran tol menerusi pelaksanaan sistem ETC.

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kerjaya sebagai jurutol bukan kerja mudah kerana perlu melakukan transaksi pantas lebih-lebih lagi ketika berlaku kesesakan di plaza tol.

Bukan itu sahaja, jurutol yang kebanyakannya adalah wanita perlu mengatasi rasa mengantuk apabila ditugaskan pada syif waktu tengah malam hingga pagi, selain terpaksa bekerja pada musim perayaan.

Namun tidak lama lagi tiada lagi wajah-wajah dengan senyuman menerima wang bayaran tol dan memulangkan baki berikutan pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) secara meluas.

Kebanyakan plaza tol di Lembah Klang dijadual menggunakan ETC sepenuhnya penghujung tahun ini, manakala selebihnya tidak lagi menggunakan sistem manual menjelang 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata, pelaksanaan ETC di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dimulakan September ini dan Sprint dalam tempoh dua bulan lagi.

Menurutnya, pengumuman rasmi berhubung tarikh sebenar akan dibuat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM).

“Dengan ETC, pengguna tidak lagi perlu beratur dan menunggu lebih lama kerana pembayaran tol secara elektronik menerusi kad Touch ‘n’ Go atau Smart Tag melancarkan pergerakan serta menjimatkan masa perjalanan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sazally tidak menafikan berlaku kesesakan di kaunter tambah nilai berkait rapat dengan pengguna yang gemar menunggu di saat akhir untuk membeli kad Touch ‘n’ Go atau peranti Smart Tag.

Justeru, dia menasihatkan pengguna lebuh raya untuk membeli atau menambah nilai kad prabayar masing-masing lebih awal dengan jumlah bersesuaian di lokasi-lokasi terpilih sebelum memulakan perjalanan.

“Kadar peratusan penggunaan ETC dari 2012 hingga tahun lalu meningkat dari 65 peratus ke 80 peratus di Lebuhraya Sprint, manakala LDP turut mencatatkan peningkatan dari 59 peratus ke 73 peratus dalam tempoh sama.

Sementara itu, Pengarah Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Zakaria Shaffie pula berkata, ETC dilaksanakan sepenuhnya di lebuh raya tersebut sejak September lalu.

ETC katanya, merupakan langkah penting bagi mengurangkan kesesakan di plaza tol selain mengurangkan masa transaksi pengguna di lorong tol memandangkan keupayaannya menampung lebih banyak jumlah trafik berbanding lorong tunai.

“ETC mampu menampung sehingga 1,200 buah kenderaan dalam tempoh satu jam untuk lorong Smart Tag dan 550 buah kenderaan bagi lorong Touch ‘n Go berbanding lorong tunai,” katanya.

Menurut Zakaria, operasi lorong tambah nilai akan dihentikan sementara waktu pada waktu sesak dan pengguna yang mahu menambah nilai ketika itu perlu ke Pusat Khidmat Pelanggan untuk beruat demikian ketika itu.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wila....8igCIwGe.dpuf

Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kutipan tol elektronik sepenuhnya di LPT esok



KUANTAN - Bemula detik 12 tengah hari esok, kesemua 19 plaza tol di lebuh raya yang menghubungkan Karak dan Kuala Terengganu akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya, sekali gus mencipta sejarah baharu negara apabila tiada lagi kutipan tunai tol di lebuh raya di negara ini.


Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 merupakan dua lebuh raya paling akhir melaksanakan ETC di negara ini.

Bagi syarikat pemegang konsensi LPT1, Anih Berhad (Anih), persediaan rapi telah dibuat sejak awal lagi untuk memastikan semua sembilan plaza tol di lebuh raya tersebut iaitu Karak, Lanchang, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan dan Jabor bersedia dengan sistem kutipan baharu itu. "Kesemua 57 laluan di plaza tol terbabit sudahpun dilengkapi sistem ETC sama ada Touch 'n Go mahupun SmartTAG," kata Naib Presiden II dan Timbalan Ketua Pengurusan Tol Anih, Ismaliza Ibrahim kepada Bernama.

Menurutnya, sebagai pengendali lebuh raya antara yang paling sibuk di negara ini, Anih turut memastikan kesemua warga kerjanya bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan termasuk golongan pengguna jalan raya yang 'alah' dengan penggunaan teknologi baharu itu. - Bernama


http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4pdk12JA0
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tiada lagi bayaran tunai mulai hari ini


Pengguna yang melalui plaza tol di seluruh Malaysia menggunakan transaksi tanpa tunai atau 100 peratus elektronik yang berkuat kuasa bermula hari ini. FOTO Rasul Azli Samad

Kuala Lumpur: Sebanyak 94 plaza tol di semua lebuh raya kendalian Plus Malaysia Berhad (PLUS) beroperasi secara elektronik sepenuhnya dan tiada lagi bayaran tunai bermula hari ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, tiada lagi transaksi tol secara tunai akan dikendalikan dan orang ramai hanya boleh membayar tol secara elektronik dengan menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch' n Go ataupun Smart Tag yang lebih pantas dan mudah.

"Pelaksanaan fasa terakhir inisiatif transaksi tol 100 peratus elektronik ini yang membabitkan laluan Juru hingga ke Skudai di Lebuhraya Utara-Selatan dilaksanakan pada 12 tengah hari tadi.

"Langkah ini dapat membantu orang ramai membuat transaksi tol dan melalui plaza tol dengan mudah dan lebih selasa," katanya ketika ditemui pada sidang media di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Menurutnya, sistem pembayaran tol secara elektronik adalah 300 peratus lebih pantas daripada pembayaran secara tunai.

"Satu lorong Smart Tag berupaya mengendalikan kira-kira 16 kenderaan dalam tempoh satu minit atau 1,000 kenderaan setiap jam.

"Satu lorong Touch 'n Go pula boleh mengendalikan kira-kira 10 kenderaan setiap minit atau 600 kenderaan setiap jam manakala lorong tunai hanya mampu mengendalikan tiga kenderaan dalam satu minit atau 180 transaksi satu jam," katanya.

Katanya, inisiatif transaksi tol secara elektronik sepenuhnya sudah dilaksanakan secara berperingkat sejak 2008 dan ia mendapat reaksi positif daripada orang ramai.

Menurutnya, lorong jualan dan tambah nilai di plaza tol akan dibuka bagi membantu orang ramai yang tidak mempunyai kad elektronik untuk memasuki lebuh raya dan membayar tol.

"Ketika ini, terdapat lebih 9,000 lokasi tambah nilai disediakan di seluruh negara membabitkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), stesen minyak, kedai serbaneka 24 jam dan pasar raya," katanya.

Azman berkata, orang ramai yang mempunyai kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go dinasihatkan supaya menambah nilai kad masing-masing sebelum memasuki lebuh raya untuk menikmati perjalanan lebih selesa.


http://www.hmetro.com.my/node/224598
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Transaksi elektronik sepenuhnya di 94 plaza tol Bukit Kayu Hitam-Johor Bahru mulai 26 April



BAGAN SERAI 17 Feb. - Semua transaksi tol di 94 plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan di antara Bukit Kayu Hitam-Johor Bahru akan dikendalikan secara elektronik sepenuhnya bermula 26 April ini.


Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail berkata, selain plaza tol PLUS, perlaksanaan itu turut melibatkan semua transaksi termasuk di tol Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara -Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas taklimat bersama media mengenai perlaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol dekat sini hari ini.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...april-1.445573
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 18-01-2016, 08:01 AM
myhana myhana is offline
Active Member

myhana's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2012
Posts: 1,746
Thanks (Received): 67
Likes (Received): 3
Active Level
Default

Teringat crite toll gate girl .
Reply With Quote
  #3  
Old 18-01-2016, 08:05 AM
myroadtax.com myroadtax.com is offline
CG Top Poster Club

myroadtax.com's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2014
Posts: 25,154
Thanks (Received): 258
Likes (Received): 204
Active Level
My Mood:
Default

Tiada lagi ulat bulu di plaza toll.
Reply With Quote
  #4  
Old 18-01-2016, 08:07 AM
afshaman afshaman is offline
Active Member

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Nov 2013
Posts: 1,993
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 15
Active Level
Default

kalau touch n Go ni kita boleh reload online lagi bagus kot...sbb kdg byk tempat bila tiba musim cuti je...habis top up...
Reply With Quote
  #5  
Old 18-01-2016, 08:08 AM
dual dual is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2016
Posts: 47
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Takde la terpegang tangan bila amek baki. Hihihi
Reply With Quote
  #6  
Old 18-01-2016, 08:08 AM
dual dual is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2016
Posts: 47
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by afshaman View Post
kalau touch n Go ni kita boleh reload online lagi bagus kot...sbb kdg byk tempat bila tiba musim cuti je...habis top up...
Watson/guardian/atm kan boleh topup...
Reply With Quote
  #7  
Old 18-01-2016, 08:09 AM
cre8tive cre8tive is offline
Legendary Member

cre8tive's Avatar
 
Trader Rating: (21)
Join Date: Oct 2008
Posts: 14,041
Thanks (Received): 24
Likes (Received): 74
Active Level
My Mood:
Default

aku tak setuju! ini akan mengurang'n pahala jihad bila byr tol.
__________________
LOGO | BUSINESS CARD | FLYERS | FB TIMELINE | STICKADZ
Reply With Quote
  #8  
Old 18-01-2016, 08:10 AM
copy left copy left is offline
CG Top Poster Club

copy left's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2008
Location: PERANG BESAR,
Posts: 24,803
Thanks (Received): 71
Likes (Received): 25
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by afshaman View Post
kalau touch n Go ni kita boleh reload online lagi bagus kot...sbb kdg byk tempat bila tiba musim cuti je...habis top up...
kan,masalah ni aku selalu hadap,
g petronas sistem down katanya,reload kat tol kekadg tutup,mase baki byk bukak plak.
__________________
Kalau nak tora2 jangan kat sini.
“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun.”
Reply With Quote
  #9  
Old 18-01-2016, 08:11 AM
fredo fredo is offline
Active Plus

fredo's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Nov 2007
Location: EURO/JAPAN
Posts: 4,552
Thanks (Received): 8
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

baki Rm10 gabra ooo nk lalu 2 3 tol masa tengah memandu pagi2.
dah la stesen minyak, 7e paking susah nk berenti waktu pg
__________________
FREDO
12CS4H HUNTER.

***ﺳﺒﺤﺎﻥﷲ *** ﺍﻠﺤﻤﺪﷲ*** ﷲﺃﻜﺑﺭ***
Reply With Quote
  #10  
Old 18-01-2016, 08:14 AM
RekaSeni RekaSeni is offline
Active Member

RekaSeni's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2014
Posts: 1,546
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 17
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by afshaman View Post
kalau touch n Go ni kita boleh reload online lagi bagus kot...sbb kdg byk tempat bila tiba musim cuti je...habis top up...
touch & go bule tolak duit dari bank secara autimatik bila sampai level balance minumum dalam kad.
takyah nak online, takyah gi kedai,

hahahahaha
__________________
RekaSeni - contemporary | Philosophy www.rekaseni.com ..... لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 04:18 AM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you