Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!



Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 18-07-2016, 03:07 PM
azrulazman azrulazman is offline
CG Top Poster Club

azrulazman's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Feb 2010
Location: puncak gunung kinabalu
Posts: 29,627
Thanks (Received): 111
Likes (Received): 1
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to azrulazman
Default Mavcom Kaji Setiap Penumpang Udara Dikenakan Caj

PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) yang ditubuhkan pada Mac, sedang melihat kemungkinan mengenakan kadar RM1 bagi setiap penumpang untuk membiayai operasinya, menurut beberapa eksekutif penerbangan.


Selain mengenakan caj kepada penumpang syarikat penerbangan, sumber pendapatan lain yang diterima suruhanjaya ini termasuklah melalui pembayaran lesen.

Menurut sumber, caj sedia ada iaitu caj perkhidmatan penumpang (PSC) untuk pelancong juga sedang dalam kajian.

"Pada peringkat ini ia masih diperiksa dan pada satu ketika, satu keputusan perlu dibuat. Sejak mula beroperasi, ia telah dibiayai oleh kerajaan,'' kata seorang eksekutif syarikat penerbangan.

Seramai 83.5 juta penumpang membuat perjalanan di lapangan terbang di negara ini tahun lepas dan tahun ini bilangannya akan menjadi lebih tinggi kerana permintaan bagi perjalanan udara di rantau ini masih memberangsangkan.

"Jika mereka mengenakan bayaran RM1 bagi setiap penumpang, mereka dengan mudah akan mendapat RM83.5 juta setahun, dan ini tidak termasuk yuran pelesenan lain yang mereka akan pungut daripada syarikat penerbangan," katanya.

Walaupun para penumpang telah membiayai operasi pihak berkuasa penerbangan awam di negara-negara seperti Singapura, Australia, Hong Kong, UAE, England dan Jerman, negara-negara lain, termasuk Malaysia, setakat ini telah menolak cubaan untuk mengenakan caj ke atas penumpang yang sudah dibebani dengan caj lapangan terbang.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Suruhanjaya Tenaga dan Suruhanjaya Sekuriti adalah pengawal selia yang tidak bergantung kepada pengguna dalam mendapatkan pembiayaan.

"Mereka mengenakan fi dan menguruskan operasi mereka daripada yuran-yuran. Mungkin Mavcom perlu melihat ke arah itu, bukannya meminta pelancong mengeluarkan wang untuk memastikan mereka kekal beroperasi,'' kata seorang lagi eksekutif industri.

Mavcom mengawal perkara-perkara ekonomi dan komersial berkaitan penerbangan awam di negara ini. Ia akan memperkenalkan satu set peraturan bagi industri dan membantu kerajaan dalam menentukan masa depan industri.

Ia juga akan mengeluarkan beberapa lesen kepada syarikat penerbangan, pengendali daratan dan operasi aerodrome, di mana ia boleh mengutip yuran untuk mengekalkan operasinya.

Bagaimanapun jumlah yang dikumpul mungkin tidak mencukupi, oleh itu, ia mengintai satu lagi pilihan iaitu pelancong.

"Mengenakan sebarang bayaran akan memberi kesan kepada industri pelancongan dan pengguna walaupun dengan bayaran yang mungkin kecil. Ia hanya menambah jumlah yang perlu dibayar oleh pelancong.

"Dengan kenaikan PSC, ia hanya akan meningkatkan kos perjalanan,'' kata eksekutif itu, sambil menambah pelancong bukan sahaja perlu membayar PSC, tetapi juga yuran pentadbiran, bayaran sampingan dan juga insurans perjalanan selain tambang udara.

Beliau berkata beberapa syarikat penerbangan tidak memansuhkan surcaj bahan api yang dikenakan beberapa tahun lalu.

Buat masa ini caj bahan api kekal munasabah, tetapi jika harga bahan api meningkat lagi, syarikat penerbangan boleh mengenakan surcaj bahan api, di mana penambahan caj dikenakan ke atas pengguna.

"Tidak dinafikan perjalanan melalui udara adalah mewah tetapi jangan kenakan cukai kepada pengguna untuk menghalang pertumbuhan permintaan, '' tambah beliau.

PSC semasa di KLIA2 bagi destinasi antarabangsa dan domestik masing-masing adalah RM32 dan RM6 bagi setiap penumpang, manakala di KLIA, adalah RM65 dan RM9.


http://www.mstar.com.my/berita/berit...caj-penumpang/
__________________
siggy utk disewa
siggy utk disewa
azrulazman.com
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 18-07-2016, 03:13 PM
hellspermaster hellspermaster is offline
Active Plus

hellspermaster's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2013
Posts: 2,584
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 19
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

gomen oh gomen...bila la nak hancur kera jaan malaysia ni. Hancurkan sekali pekerja2 atasan gomen yg tidak amanah.
__________________
NKay E. Dept.
Reply With Quote
  #3  
Old 18-07-2016, 03:22 PM
Jejaka Kedekut Jejaka Kedekut is offline
Legendary Member

Jejaka Kedekut's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2007
Posts: 11,086
Thanks (Received): 15
Likes (Received): 4
Active Level
Default

nasib baik jalan kaki takde caj.perlu bangga nih.
Reply With Quote
  #4  
Old 18-07-2016, 03:31 PM
TyCo86 TyCo86 is offline
Regular

TyCo86's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2013
Posts: 224
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

teruk la byk sgt cukai malaysia nie..
__________________
JOM TOLAK SYIAH & WAHABI!!
Reply With Quote
  #5  
Old 18-07-2016, 03:31 PM
oden oden is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2011
Posts: 223
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Lps ni setiap warganegara pulak akan di caj rm1 setahun sbb menjadi rakyat Malaysia..kos pengurusan rakyat menambah beban kerejaan b..n..
Reply With Quote
  #6  
Old 18-07-2016, 03:40 PM
myroadtax.com myroadtax.com is offline
CG Top Poster Club

myroadtax.com's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2014
Posts: 25,233
Thanks (Received): 258
Likes (Received): 217
Active Level
My Mood:
Default

Perah selagi boleh.

Semua agensi kerajaan yang tiada fungsi dan manfaat kepada rakyat.

Bidang kuasa kerja semua bertindih.

Kerja mesyuarat sahaja siang malam... lepas tu kutip gaji, elaun dan bonus sambil makan derma bila ada peluang.
Reply With Quote
  #7  
Old 18-07-2016, 03:57 PM
maxpda maxpda is offline
Super Active

maxpda's Avatar
 
Trader Rating: (30)
Join Date: Jan 2007
Posts: 6,342
Thanks (Received): 16
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Dibiayai oleh kerajaan..kerajaan sape biaya??

Nak mencekik je kejanye..
__________________
Buat Uber Jom!! Waktu free je santai2..
https://partners.uber.com/i/djmbquqbue
Reply With Quote
  #8  
Old 18-07-2016, 04:33 PM
puyol puyol is offline
Legendary Member

puyol's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Jun 2011
Posts: 14,829
Thanks (Received): 725
Likes (Received): 95
Active Level
Default

banyak sangat agensi kerajaan ni. DCA dah ada apa pasal pulak nak ada MAVCOM?
Reply With Quote
  #9  
Old 18-07-2016, 06:42 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 111,243
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 6134
Active Level
My Mood:
Default

mtk la singgit tu kt sykt pnerbangan tu. tu pun susah ke. singgit pun nk bedal
Reply With Quote
  #10  
Old 18-07-2016, 10:48 PM
kopirait kopirait is offline
CG Top Poster Club

kopirait's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Apr 2010
Location: -- .- ...
Posts: 23,114
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 57
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Jejaka Kedekut View Post
nasib baik jalan kaki takde caj.perlu bangga nih.
tunggu suruhanjaya pejalan kaki malaysia ditubuhkan.
pengerusi dia paling jauh jalan kaki pun daripada kereta ke ofis. lain semua naik Mercedes Benz.
__________________
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold
Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
Disclaimer: All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you.