Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 12-08-2015, 08:35 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,226
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8084
Active Level
My Mood:
Default Ibarat kisah Beauty & The Beast, jejaka Indon berjaya takluk hati wanita Inggeris





Indonesia – Perkahwinan seorang pemuda Indonesia, Bayu Kumbara dengan pasangannya, Jennifer Brocklehurst dari Britain ibarat kisah dongeng ‘Beauty and The Beast’.

Perkahwinan pasangan ini mula mendapat perhatian warga media sosial khususnya dalam kalangan masyarakat Indonesia bukan kerana majlis persandingan mereka ini dihiasi dengan kemewahan, sebaliknya kerana kehebatan Bayu berjaya mencuri hati gadis Inggeris tersebut.

Apa yang menambah kekaguman dalam kalangan pengguna media sosial apabila Bayu disifatkan mempunyai paras rupa “lucu” bertemu jodoh dengan gadis cantik seperti Jennifer.

Memetik laporan portal Dream.co.id menyatakan pertama kali Jennifer bertemu Bayu yang juga merupakan pelajar lulusan Antropologi dari Universiti Andalas itu ketika melancong ke Sumatera sekitar Januari lalu .

Sejak itu, mereka saling jatuh cinta. Malah, kisah pernikahan mereka terus mendapat perhatian apabila Jennifer dikatakan meminta sumbangan dana secara atas talian menerusi laman tilt.com untuk menampung kos perkahwinan mereka.

Menurut Jennifer yang meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2,500 pound (RM15,000) antaranya untuk digunakan membeli tiket penerbangan untuk kedua ibu bapanya bagi menghadiri majlis perkahwinannya di Indonesia.

Bagaimanapun, Jennifer hanya berjaya mengumpul dana sebanyak 1,000 pound (RM6,184) sahaja.

Namun, ia tidak menghalang hasrat Jennifer untuk meneruskan perkahwinannya bersama Bayu.

Pasangan tersebut melangsungkan majlis perkahwinan pada 8 Ogos lalu.

Difahamkan, laman tilt.com merupakan platform yang mana memboleh seseorang individu untuk meminta sumbangan daripada mana-mana individu untuk sebarang tujuan.

Setakat ini, laman tersebut hanya boleh digunakan warga Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada.


http://www.suara.tv/2015/08/12/jejak...nita-inggeris/

Update #1

Quote:
Originally Posted by mazri_2008 View Post



EJAKA kelahiran Padang, Sumater Barat, Bayu Kumbara yang menjadi viral gara-gara menikahi seorang wanita cantik dari Britain Jennifer Brocklkehurst pada 2015 kembali menjadi bualan hangat netizen.

Kali ini netizen memuji anak pasangan itu, Olivia Azzahra Kumbara yang dilahirkan pada Oktober tahun lalu.

Meskipun pasangan itu diibaratkan seperti 'Beauty and The Beast', Olivia dilahirkan dengan wajah mirip Jennifer.

Bayi comel itu memiliki rambut hitam dan bermata bulat.



Malah, Jennifer menerusi Instagram turut berkongsi gambar terbaharu Olivia yang kini berusia 10 bulan.

Menariknya Jennifer dan bayinya langsung tidak kekok menjalani kehidupan di kampung.

Sebelum ini gambar perkahwinan pasangan ini tular di media sosial termasuk di Malaysia apabila Bayu, jejaka lulusan Universiti Andalas, Padang ini berjaya memikat hati Jennifer



Jennifer melancong ke Padang dan Bayu menjadi pemandu pelancongnya.

Dia terpikat dengan keramahan Bayu hingga akhirnya bercinta dan seterusnya mendirikan rumah tangga.

Menurut Jennifer, Bayu merupakan seorang lelaki yang baik dan dia selesa bersama dengan lelaki itu hingga sanggup berkahwin dengannya.

Sumber : mstar
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 12-08-2015, 08:37 PM
imzza imzza is offline
Active Plus

imzza's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Apr 2014
Location: ملايا
Posts: 3,231
Thanks (Received): 23
Likes (Received): 0
Blog Entries: 42
Active Level
My Mood:
Default

Kalau dah jodoh tak kemana ..
__________________
Reply With Quote
  #3  
Old 12-08-2015, 08:37 PM
susah2je susah2je is offline
Legendary Member

susah2je's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2006
Posts: 16,588
Thanks (Received): 33
Likes (Received): 236
Active Level
Default

Tahniah..
Best kalau berbini mat salleh ni
__________________
senyum itu sedekah
Reply With Quote
  #4  
Old 12-08-2015, 08:39 PM
oldtbone oldtbone is offline
Super Active

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 7,180
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 350
Active Level
My Mood:
Default

Kalau dah jodoh...tapi ok jugak lagi masih dapat suami yang educated...oversea plak tu..
Reply With Quote
  #5  
Old 12-08-2015, 08:40 PM
matfx matfx is offline
Active Member

matfx's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Sep 2007
Location: Seri Kembangan, Malaysia
Posts: 1,743
Thanks (Received): 95
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Takpe walau digelar "the beast" janji bini lawa, kau ado?
Reply With Quote
  #6  
Old 12-08-2015, 08:40 PM
SmileAlways SmileAlways is offline
Super Active

SmileAlways's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2014
Posts: 6,419
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 89
Active Level
My Mood:
Default

ok ja mamat tu. blh dikategorikan rupa sederhana
Reply With Quote
  #7  
Old 12-08-2015, 08:40 PM
antarakasih antarakasih is offline
Super Active

antarakasih's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2014
Posts: 6,148
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 41
Active Level
Default

orang indo ada ilmu dia,,,pandai2 la hahaha
__________________
KONSISTEN PIP VIP.SIGNAL FOREX 50-300%.REFERRAL PROMO CODE : KASIH.PROMO45%
http://konsistenpipvip.blogspot.com/

testis signal thorbaik
Reply With Quote
  #8  
Old 12-08-2015, 08:41 PM
onewafer onewafer is offline
Super Active

onewafer's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2014
Posts: 9,934
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 134
Active Level
My Mood:
Default

Tahniah Bayu.

Takziah Jennifer...
__________________
Biar kecil asalkan berhasil,
Biar sedikit, lama-lama berbukit...
Reply With Quote
  #9  
Old 12-08-2015, 08:42 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,226
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8084
Active Level
My Mood:
Default

sementara itu, forumer cg ramai yg masih single & layan faketaxi
Reply With Quote
  #10  
Old 12-08-2015, 08:42 PM
Jeb Jeb is offline
CG Top Poster Club

Jeb's Avatar
 
Trader Rating: (17)
Join Date: Jan 2007
Location: Rumah
Posts: 39,522
Thanks (Received): 111
Likes (Received): 10
Active Level
My Mood:
Default

tak nampak pulak tang mana lawa bini dia tu. secocok je aku tgk
__________________
siggy untuk disewa
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold