Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Santai, Others

Santai, Others Santai, perngkongsian info, minta pertolongan ahli lain dan semua perbincangan yang tidak bersangkutan dengan forum lain. NO OFFTOPIC.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



View Poll Results: anda kidal @ kanan?
kidal 85 85.86%
kanan. saje je nak tengok tred ni 14 14.14%
Voters: 99. You may not vote on this poll

Reply
 
Thread Tools
  #121  
Old 13-08-2017, 04:13 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,391
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8193
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by d_conan View Post
dh dpt jawapan ke, blum?


yg kidal2 ni malu nak jawab
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #122  
Old 13-08-2017, 11:56 PM
bahas18 bahas18 is offline
Active Plus

bahas18's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Nov 2007
Location: sandakan
Posts: 2,667
Thanks (Received): 25
Likes (Received): 55
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by juweialhaj View Post
aku macam tak suka/pandang serong/pandang pelik dengan orang kidal yg makan tangan kiri. tak tau kenapa.

tapi ada je yg kidal tp makan normal je sudu garpu tu.

geng kidal cuba komen.
Abg aku kidal..
tp elok je mkn tgn kanan..
ramai aku tgk org kidal mkn tgn kiri...
xpe guna sudu jugak katanya
__________________
Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam: “Barangsiapa yang berbohong dengan menggunakan namaku maka dia telah menempah tempat duduknya dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 1291 dan Muslim – no: 4]
Reply With Quote
  #123  
Old 15-08-2017, 10:59 AM
stuck stuck is offline
Active Member

stuck's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Apr 2007
Location: Tepen-Kuale-Putrajaya
Posts: 2,284
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by bahas18 View Post
Abg aku kidal..
tp elok je mkn tgn kanan..
ramai aku tgk org kidal mkn tgn kiri...
xpe guna sudu jugak katanya
kalau makan pakai tangan mmg kanan la tp kalau sudu garfu mmg aku prefer kidal jgk walaupun blh je sbnrnya guna tangan kanan,
pegang raket semua kidal tp main bola so far blh kiri kanan sepak xde mslh kdg2 rasa sepak kaki kanan lagi kuat kot..
__________________
Anda mencari HP ori? AP set pun ada depends model..!!

Berminat boleh call/sms/whatsapp:
012-2758544
Sudi2 la singgah: http://carigold.com/portal/forums/sh...d.php?t=564986
Reply With Quote
  #124  
Old 04-09-2017, 11:07 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,391
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8193
Active Level
My Mood:
Default

Susahnya jadi orang kidal

Quote:


“BAIK-BAIK kupas buah tu. Orang kupas buah ke depan, awak ke belakang,” itu antara ayat yang biasa diterima si kidal setiap kali menggunakan pisau pengupas kulit buah.

Mana tidaknya, orang melihat si kidal memegang pisau, seolah-olah sedang membahayakan dirinya.

Kidal adalah panggilan untuk mereka yang banyak menggunakan tangan kiri berbanding tangan kanan.

Si kidal ini juga dilihat begitu ‘aneh’ di mata mereka yang menggunakan tangan kanan sepenuhnya.

Orang kidal banyak mengalami kesukaran dalam membuat pekerjaan seharian. Ini kerana kebanyakan barang-barang harian adalah dibuat untuk mereka yang menggunakan tangan kanan.

Gunting, pisau pemotong, buku nota, telefon pintar antara barang-barang yang dibuat khusus untuk mereka yang menggunakan tangan kanan.

Bagi si kidal, biarpun sukar, ia tetap digunakan. Adakala tangan sakit dan luka kerana penggunaan barang-barang ini tidak sesuai dengan mereka.

Telefon pintar misalnya, skrin sesentuh dan gaya penggunaannya lebih terarah kepada mereka yang menggunakan tangan kanan. Kerana itu, jika digunakan secara sebelah tangan sahaja, kebanyakan si kidal akan menjatuhkan telefon pintar ini tanpa sengaja ketika sedang menaip mesej.

Kerana inilah, si kidal ini begitu unik sekali. Tidak kisah menggunakan pelbagai barangan yang tidak ‘ngam’ dengannya.

Menurut Aqma Mustaza, pengalamannya sebagai orang kidal agak sukar lebih-lebih lagi ketika pengajian di kolej beberapa tahun lalu.

“Kami duduk di kerusi yang ada tempat tulis di bahagian kanan. Setiap kali dalam kelas, saya akan duduk secara menyenget ke kanan hanya untuk menulis nota. Tidak seperti kawan-kawan yang memang guna tangan kanan, mereka dapat menulis sambil bersandar.

“Saya akan rasa sakit bahagian belakang dan pinggang kerana terpaksa duduk begitu setiap kali di kelas. Belum pernah lagi saya jumpa kerusi yang tempat notanya ada untuk si kidal macam saya,” katanya kepada Sinar Online.

Katanya lagi, tidak hanya itu, malah ketika tulis juga tulisan di buku jadi comot kerana tangan akan tertindih dengan nota yang siap ditulis.

“Kalau tangan kanan, tangan mereka bersih kerana jari gerak baru tulisan, kami ni tulis dulu, baru jari gerak. Tu yang kotor bahagian tepi jari kiri ni,” ceritanya.

Lisa Kamal turut berkongsi kepayahan ketika menulis sesuatu di buku nota lebih-lebih lagi buku yang mempunyai spring di bahagian tepi buku tersebut.

“Sukar saya nak mulakan perkataan pertama kerana ruang yang agak sempit di situ. Lagipun, tangan saya akan bertindih di spring berkenaan ketika menulis.

“Kalau nota sikit, tak apalah, kalau berhelai-helai muka surat, memang sakitlah,” ujarnya.

Katanya lagi, selain menulis, tangannya kerap sakit apabila mengunting sesuatu.

“Gunting yang ada sekarang memang khusus untuk orang tangan kanan. Kami akan masukkan ibu jari kami dalam lubang besar dan dua jari kami di lubang kecil.

“Biasanya bahagian ibu jari akan sakit dan kadang-kadang boleh melecet,” katanya.

Bagi Yna Aizat, kesukaran berlaku setiap kali dia ingin memakai tudung.

“Nak pakai tudung tak ada masalah. Cuma, bila nak mengenakan brooch.

“Selalu terbalik. Kalau beli bentuk rama-rama, sesungut tu akan ke bawah sebab pin brooch tu bukan di tengah tetapi di bahagian atas sikit, agak sukar nak pakai,” ceritanya.

Nazrol Jamaludin berkata, ketika makan menggunakan sudu antara kesukaran yang sering dialaminya.

“Biasa susah bila pakai pisau dan garpu. Tangan kiri nak potong, kemudian nak masuk ke mulut tu susah sikit.

“Kena main tukar-tukar tangan la. Ada yang boleh guna tangan kanan untuk menyuap, ada yang susah dan terbiasa dengan tangan kiri, jadi agak payahlah,” ceritanya.

Keunikan orang kidal ini juga ketika menulis di mana kebanyakan akan menyengetkan bahagian buku itu lebih daripada yang kanan.

Jangan tidak tahu, setiap tahun pada tarikh 13 Ogos adalah Hari Kidal Sedunia. Kidal bukan bererti aneh jauh sekali cacat.

Ramai sudah memperkatakan mengenai kelebihan mereka yang kidal ini. Antaranya kidal adalah mereka yang lebih menggunakan otak kanan.

Sebagai contoh, Albert Einstein, Charles Darwin, Benjamin Franklin dan Isaac Newton adalah orang-orang kidal di mana lebih banyak menggunakan otak kanan dalam kehidupan seharian.

Terdapat juga kajian menunjukkan orang kidal lebih artistik dan lebih cenderung kepada bidang seni.

Sinar Harian Online senaraikan beberapa orang ternama yang menggunakan tangan kidal.

Pemimpin dunia kidal: Barack Obama, Bill Clinton, George H.W. Bush dan Gerarld Ford.

Selebriti: Justin Bieber, Adam Levine,Tom Cruise, Whoopi Goldberg, Paul McCartney, Oprah Winfrey, Celine Dion, Jennifer Lawrence, Brad Pitt dan Angelina Jolie, Marilyn Monroe, Kurt Cobain, dan Jimi Hendrix.


http://www.sinarharian.com.my/rencan...kidal-1.727910
Reply With Quote
  #125  
Old 04-09-2017, 11:37 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 23,680
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 847
Active Level
My Mood:
Default

dikalangan adik beradik kami, sapa yg tangan kidal dianggap genius, lagi bijak dari yg tangan kanan ni hehe

tu yg dikalangan anak anak sedara, kami bergurau, sapa yg tangan kidal tu lagi genius dari anak anak sedara yg lain haha
terasa anak anak sedara yg tgn kanan hehe
__________________
Reply With Quote
  #126  
Old 05-09-2017, 12:33 PM
silasroon silasroon is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2016
Posts: 884
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 78
Active Level
My Mood:
Default

Saya right handed,
isteri pun right handed.

Tapi anak sulung saya left handed.
Anak kedua pulak right handed.

Kidal ni dari kecik dan boleh perasan. Masa bayi tu pegang makanan, kemudian pegang pen masa conteng dinding.

Sekarang ni, isteri saya sedang ajar anak makan tangan kanan.

Tapi, oklah jugak... dia dah tahu mana tangan kanan, mana tanagn kiri.
__________________
"Terletak di antara dua perbezaan adalah KENIKMATAN"

"Bukan salah orang yang mengajak, tetapi salah diri yang berkehendak"
Reply With Quote
  #127  
Old 05-09-2017, 12:37 PM
drab drab is offline
Active Member

drab's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2011
Posts: 2,005
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

kidal tang menulis je
lain semua kanan
Reply With Quote
  #128  
Old 05-09-2017, 12:57 PM
stillFX stillFX is offline
Active Member

stillFX's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2016
Posts: 1,945
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 90
Active Level
Default

dulu dulu... pengupas buah di istana adalah orang kidal. Cuba teka kenapa?
__________________
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold