Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Entertainments, Interests, Lifestyle > Apple, Android, Smartphone, Tablets

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #81  
Old 13-09-2017, 04:19 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,047
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9166
Active Level
My Mood:
Default

Model lama iPhone dijual murah

Selari dengan pengenalan iPhone 8, 8 Plus dan X awal pagi tadi, stor Apple Malaysia menurunkan harga tiga model lama dengan potongan harga sehingga RM500.


Antara yang menerima potongan harga termasuk iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6S, 6S Plus, iPhone 7 dan 7 Plus.

iPhone SE berkapasiti 32GB dan 128GB kini masing-masing berharga RM1,749 serta RM2,249.

Sementara tu, iPhone 6 32GB dan 128GB berharga RM2,249 dan RM2,749 manakala iPhone 6 Plus 32GB atau 128GB masing-masing berharga RM2,749 serta RM3,249.

iPhone 7 32GB dan 128GB masing-masing berharga baru, RM2,749 serta RM3,249.

Model iPhone 7 Plus 32GB dan 128GB pula berharga RM3,349 serta RM3,849.



https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...e-dijual-murah
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #82  
Old 13-09-2017, 04:23 PM
tomi tomi is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2015
Posts: 1,054
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 282
Active Level
Default

memang tak dinafikan chip apple betul2 power dan fully optimized. snapdragon 835 nak lawan chip dalam ip7 pun tak lepas lagi ni dah keluar chip baru yang jauh lagi power.

cumanya, berapa kerat je owner iphone ni yang betul2 guna power dalam chip tu. samela juga dengan flagship android. mostly guna untuk social media, amik gambar, rekod video, layan youtube dan browsing.
Reply With Quote
  #83  
Old 13-09-2017, 04:25 PM
3gunHell 3gunHell is offline
Active Member

3gunHell's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2011
Posts: 2,315
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 14
Active Level
My Mood:
Default

mahal camne pun orang sanggup berhutang untuk beli
__________________
sedangkan lidah lagi tergigit dengan gigi. apatah lagi dalam perhubungan.
Reply With Quote
  #84  
Old 13-09-2017, 08:10 PM
Kbyne Kbyne is online now
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2011
Location: KL
Posts: 8,180
Thanks (Received): 14
Likes (Received): 64
Active Level
My Mood:
Default

Jual 7plus,tambah 1.5K beli X...
Reply With Quote
  #85  
Old 22-09-2017, 09:43 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,047
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9166
Active Level
My Mood:
Default

Sambutan iPhone 8 di Asia sangat hambar



SYDNEY/TOKYO: Pelancaran iPhone8 di Asia kurang meriah berbanding kemunculan sulung model lain sebelum ini, apabila peminatnya menunggu model premium iPhone X awal November ini.


Ratusan pembeli kebiasaannya berkumpul di gedung Apple Sydney dengan barisan terbentuk di jalan utama bandar itu, George Street, apabila pelancaran produk baharu.

Namun, kurang 30 orang berbaris sebelum gedung itu dibuka semalam, menurut Reuters.

Walaupun jumlah pembeli yang beratur di luar gedung Apple merosot sejak beberapa tahun lalu dengan ramai memilih membeli secara dalam talian, sambutan lemah terhadap iPhone terbaru sebahagiannya adalah disebabkan ulasan yang kurang menarik.

Mazen Kourouche, yang menjadi orang pertama dalam barisan selepas beratur 11 hari di luar gedung supaya beliau boleh membeli dan membuat ulasan produk di YouTube, berkata wujud penambahbaikan sederhana sahaja.

"(Ia) hampir sama dengan iPhone 7, namun dapat merakam 60 bingkai sesaat dan mempunyai kaca baharu di belakang berbanding logam, yang menjadikannya lebih tahan lama.

"Tidak ada banyak ciri baharu pada model ini," katanya kepada Reuters.

Di China, pelanggan setia Apple berkata, kamera yang bertambah baik adalah antara sebab beliau membeli peralatan baharu berkenaan.

"Saya menunggu sehingga tengah malam untuk menyaksikan acara pelancaran bersama teman lelaki bagi mengetahui apa yang baharu dengan iPhone ini.

"Fungsi fotografinya agak bagus. Jadi, saya rasa perlu menukarnya tanpa ragu lagi," kata Ta Na, 29, di Shanghai.

Perhatian terhadap iPhone dan iPhone X di platform media popular China, Weibo kurang berbanding seperti yang disaksikan dalam dua pelancaran sebelum ini.

Ulasan buruk terhadap iPhone 8 yang dilancarkan 10 tahun selepas Apple mengeluarkan versi pertama telefon revolusi itu, menyebabkan saham syarikat jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua bulan AS$152.75 semalam, apabila pelabur bimbang pratempahan bagi peralatan itu jauh berada di bawah pelancaran terdahulu.

iPhone 8 hanya disasarkan kepada mereka yang mahukan versi baharu, namun tidak mahu membayar sehingga AS$999 bagi iPhone X, kata Pengarang Teknologi iTWire.com, Alex Zaharov-Reutt, yang tidak beratur pada pelancaran berkenaan.

iPhone X adalah peralatan kaca dan keluli tahan karat dengan paparan hujung ke hujung yang dikatakan oleh Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook sebagai lonjakan terbesar ke hadapan sejak iPhone pertama.

"Saya rasa ia menjadi lebih menarik dengan lebih ramai orang menunggu iPhone X," kata Ray Yokoyama, selepas membeli iPhone 8 di Tokyo. - Reuters


https://www.bharian.com.my/bisnes/te...di-asia-hambar
Reply With Quote
  #86  
Old 04-10-2017, 12:41 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,047
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9166
Active Level
My Mood:
Default

iPhone 8, 8 Plus dijual 20 Oktober



APPLE mengesahkan 20 Oktober ini sebagai tarikh penjualan iPhone 8 dan 8 Plus secara rasmi di Malaysia.


Dalam laman rasmi syarikat terbabit, iPhone 8 dan 8 Plus boleh ditempah bermula 13 Oktober ini.

Empat syarikat telekomunikasi utama di Malaysia turut bakal memperkenalkan pakej iPhone baru masing-masing dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, syarikat e-dagang 11Street menjadi syarikat pertama menerima pratempahan iPhone 8 dan 8 Plus bagi pasaran Malaysia.

iPhone 8 dijual pada harga RM3,649 dan RM4,399 masing-masing untuk storan 64GB serta 256GB.

Ia boleh didapati melalui warna perak, kelabu dan emas ros.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...us-di-malaysia
Reply With Quote
  #87  
Old 04-10-2017, 12:53 PM
gandaduit gandaduit is offline
Super Active

gandaduit's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Mar 2008
Posts: 8,429
Thanks (Received): 27
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

Reply With Quote
Likes TT liked this post
  #88  
Old 04-10-2017, 02:14 PM
balang balang is offline
Super Active

balang's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Aug 2009
Location: Jay Bee
Posts: 7,104
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 4
Active Level
Default

den pun tunggu Iphone X, memang ip8 memang nampak hambar kalau nak dibandingkan dengan ipX.
__________________
GEMPAR! TEKNIK JANA PENDAPATAN TERHEBAT ABAD INI!
http://www.pendapatanmudah.com
Reply With Quote
  #89  
Old 04-10-2017, 02:31 PM
Jackhalid Jackhalid is offline
Active Plus

Jackhalid's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: May 2008
Location: Shah Alam, Setapak, Georgetown, Melaka dll
Posts: 4,915
Thanks (Received): 331
Likes (Received): 91
Active Level
My Mood:
Default

lah, lain rupanya?

ingatkan ip8 tu juga dikenali sbg ipX.

dah tu beza sangat ke isk isk...

saya masih pakai iphone 6 plus 1st generation. iphone 7 punya button tak best langsung. tekan tak puas sebab dia macam tak tenggelam walaupun dah adjust "kedalaman" nya tu.

Reply With Quote
  #90  
Old 04-10-2017, 02:37 PM
flyfm flyfm is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2010
Posts: 761
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

sebenarnye otak manusia semakin bijak n pandai..sebelum ni apple hanya keluarkan keluaran dua tahun sekali sbb takde idea..tahun ni dia kasi kuar bebnyak sbb idea mencurah curah canggihnye...hahahahahaha
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump