BTC USD 62,702.1 Gold USD 2,302.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa pas menjadi tunggang langgang...

hj_maikel

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,952
Joined
May 19, 2010
Messages
29,952
Reaction score
2,471
Points
251
Awards
1
Dua berita dibawah ini adalah dua berita yg berbeza sumber dan tarikh serta tahunnya tp yg nk diperlihatkan disini adalah isi berita yg disampaikan.. sila baca dgn teliti dan lihat apakah perbezaan isi beritanya... key words dia “keputusan”

Keputusan Hadi putus hubungan dengan DAP pandangan peribadi
31 Mei 2015 2:00 AM

TUMPAT 30 Mei – Calon Presiden Pas, Ahmad Awang menyifatkan keputusan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia memutuskan hubungan dengan DAP dalam pakatan pembangkang hanya sekadar pandangan peribadi beliau.

Ahmad yang juga bekas Naib Presiden Pas menegaskan, seba*rang ketetapan mengenainya ha*nya boleh diputuskan melalui muktamar, bukan melibatkan keputusan individu.

Beliau berkata, setakat ini, Pas masih kekal dalam pakatan pembangkang sehingga terdapat cadangan baharu mengenainya pada muktamar nanti.

“Siapa sahaja pemimpin tertinggi kata nak keluar pakatan hanya pendapat individu, malah bercanggah dengan muktamar. Kuasa tertinggi dalam parti adalah muktamar.

“Kekal dalam pakatan pembangkang bergantung pada keputusan muktamar, kalau saya hen*dak macam itu (kekal) tetapi keputusan yang lain terserahlah,” katanya kepada pemberita selepas me*nyampaikan cera*mah Kukuhkan Pakat*an Pembangkang, Tum*bangkan BN di sini malam tadi. Yang turut sama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

Sebelum ini Abdul Hadi membayangkan persoalan sama ada Pas akan terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya ba*kal terjawab selepas Muktamar Tahunan parti itu yang berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini.

Krisis antara Pas dengan DAP timbul apabila wujud pertikai*an membabitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Malah pemimpin-pemimpin DAP, Setiausaha Agungnya yang belum disahkan, Lim Guan Eng secara berterusan mengkritik Presiden Pas itu termasuk mendakwa hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan, seba*liknya hati bersama UMNO.

Sementara itu Ahmad ketika berceramah sebelum itu berkata, beliau mengakui pada mulanya Pas bersama DAP memang terdapat masalah tetapi hasil daripada perbincangan selain saling memahami di antara kedua-dua parti tersebut, segala percanggahan itu dapat diatasi.

“Kita berpakat, itulah jadi pakatan, tetapi masalahnya ada sesetengah pemimpin itu tidak mahu bincang, datanglah masalah lain. “Sebabkan itu juga menyebabkan ada gaduh (tidak bersefahaman). Ketika-tiga pemimpin tertinggi Pas juga perlu bijak merungkai masalah ini agar Pas kekal dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu Ahmad berkata, Pas perlu kekal dalam pakatan pembangkang sekiranya mahu me*lihat parti itu terus maju ke hadapan.

http://m.utusan.com.my/berita/polit...ubungan-dengan-dap-pandangan-peribadi-1.97509


'PAS ambil pandangan Hadi selaku pemimpin tertinggi
19 Mac 2017, 2:03 tengahari (Dikemaskini 19 Mac 2017, 2:21 tengahari)


Selepas kenyataan bercanggah di antara timbalan presiden dan presiden PAS mengenai hubungan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), seorang lagi pemimpin PAS tampil menjelaskan kekeliruan.

Mesejnya adalah jelas: PAS hanya akan menerima pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi parti Islam itu.

"Saya rujuk kepada kenyataan presiden semalam. Kita kena pakai kenyataan presiden. Tidak ada percanggahan," kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

"Presiden mesti sudah ada pendiriannya kerana kepimpinan dia selaku presiden parti.

"Kalau tidak, apa guna jadi presiden," kata Idris pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Titiwangsa ke-32 di auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita mengenai kenyataan Abdul Hadi dan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat bercanggah berhubung kerjasama dengan BERSATU.

Menurut Idris, tidak timbul sebarang kekeliruan memandangkan kenyataan Tuan Ibrahim dikeluarkan sebelum kenyataan dibuat Hadi.

"Kenyataan Tuan Ibrahim adalah sebelum apa yang dikeluarkan oleh presiden. Pandangan presiden kita kena pakai sebab ada pemberat (kelebihan) sebagai pimpinan dan presiden parti.

"Sebagai prinsip kita, apa yang dikeluarkan oleh presiden ada kelebihan, tidak perlu kita pertikaikan.

"Sebab keputusan muktamad adalah di tangan PAS pusat," katanya.

Rabu lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS tidak lagi mempunyai hubungan dengan BERSATU ekoran keputusan parti berkenaan menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).

Berikutan itu, Tuan Ibrahim berkata pandangan Mohd Amar itu bukan pendirian rasmi parti, sebaliknya bersifat peribadi.

Katanya, setakat ini PAS belum membuat keputusan rasmi berhubung kerjasama parti itu dengan BERSATU.

Bagaimanapun, Abdul Hadi kemudian menyatakan PAS telah membuat keputusan tidak akan mengadakan kerjasama rasmi dengan BERSATU seperti mana disebut Mohd Amar.


Read more at https://m.malaysiakini.com/news/376250#4urjckeR2wePpfU0.99

Cuba lihat bagaimana era atgna membuat keputusan dlm parti..

http://m.youtube.com/watch?t=301s&v=MGygufmgIlI



http://m.youtube.com/watch?t=619s&v=ruWO-b9-LKU

Sbb tu pas kucar kacir.. lihat perwakilan ni berang sbb gara2 keputusan yg tidak dibincangkan..

http://m.youtube.com/watch?t=13s&v=NwnR8gJUR5Q
 
Sponsored Post

Mcm mana penyokong pas boleh mempertahankan pemimpinnya yg boleh membuat keputusan tnpa dimesyuaratkan terlebih dahulu ye yg mana selama ini tak pernah diamalkan pun..

Even pada era atgna pun meletakkan dewan2 dlm pas adalah yg tertinggi..

Penyokonh pas ni jenis malas membaca ke dan main pakai angguk je ke..??
 
zaman haji hadi...

meeting pas haji hadi xdtg.. bila keluar hasil keputusan dari mesyuarat..

haji hadi guna kuasa veto... bwat keputusan sndiri

tu sbb ahli pas berpecah..bergaduh dengan parti laen sebab nie laaa..

Pendapat peribadi bkn keputusan parti tp hari ini pendapat peribadi dah jd keputusan rasmi parti...

Parti pas dah jd milik peribadi...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register