Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1091  
Old 14-09-2017, 07:42 PM
maxpda maxpda is offline
Super Active

maxpda's Avatar
 
Trader Rating: (30)
Join Date: Jan 2007
Posts: 6,359
Thanks (Received): 16
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

baru nak menyesal ke dik..xpayah la...masa kau buli kawan kau tu xpikir pulak..
__________________
Buat Uber Jom!! Waktu free je santai2..
https://partners.uber.com/i/djmbquqbue
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #1092  
Old 14-09-2017, 08:03 PM
exboy exboy is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2013
Posts: 4,793
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 27
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post
tuan, sebagai menjawab soalan tuan, saya lampirkan dibawah ni senarai group beserta nama pelajar.

-group A: yg didakwa bawah s302kk = 5 org
>langsung tak boleh dijamin, dan digantung pengajian

-group B: yg didakwa bawah s105kk + s302kk = 1 org
>langsung tak boleh dijamin, dan digantung pengajian

-group C: yg didakwa bawah s330kk = 13 org
>boleh dijamin, dan digantung pengajian

-group D:
>yg dibebaskan tetapi akan menjadi saksi pihak pendakwa = 13 org
>yg dibenarkan sambung belajar tu



tuan boleh cek kat list bawah ni:-


Bagus la cek mek ni.. Sume soalan org dia jawab
Reply With Quote
  #1093  
Old 15-09-2017, 12:03 PM
neutrons neutrons is offline
Newbie

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Posts: 12
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3
Active Level
Default

Hari ni sebutan kes 302, 109 & 330 di mahkamah majistret setelah beberapa kali ditangguhkan.

Semoga mendapat pembelaan sewajarnya..
Reply With Quote
Likes TT, cek mek molek, dausbiz liked this post
  #1094  
Old 15-09-2017, 02:37 PM
warnapelangi warnapelangi is offline
Newbie

warnapelangi's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2017
Posts: 12
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

Kes bunuh kadet UPNM, bicara dipindah ke mahkamah tinggi

KES enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh dan bersubahat membunuh rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur di badan, dipindahkan ke mahkamah tinggi untuk perbicaraan.

Majistret Siti Radziah Kamarudin memindahkan kes itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nordin Ismail supaya kes tersebut dipindahkan ke mahkamah tinggi. Bagaimanapun, tarikh untuk sebutan kes itu di mahkamah tinggi belum ditetapkan.

Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang kesemuanya berumur 21 tahun.

Lima daripada tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin dan Mohamad Shobirin didakwa bersama-sama membunuh Zulfarhan Osman, 21, di Bilik 04-10, Blok penginapan asrama Jebat UPNM, Kem Perdana Sungai Besi, Cheras, di sini antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Abdoul Hakeem pula dituduh bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Keenam-enam tertuduh turut menghadapi pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap pegawai kadet itu bersama 13 tertuduh yang lain dan mahkamah menetapkan 27 Oktober untuk sebutan semula kes.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar,Muhamad Ashraf Abdullah,Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias,Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa, kesemuanya berumur 21 tahun.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di dalam bilik 03-05 Blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei lepas dan di bilik 04-10, asrama sama, antara 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei lepas.

Pendakwaan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh masing-masing diwakili peguam M. Ramachelvam, Ranjit Singh Dhillon, Hazizah Kassim, Ariff Amirul Abdul Jani, A. G Kalidas, Mohd Fadly Hashim, Zamri Idrus dan Joshua Tay.

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan dan mangsa dilaporkan mengalami kesan lecur pada bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap. – Bernama, 15 September, 2017.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/14767/
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #1095  
Old 15-09-2017, 02:45 PM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 31,454
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 430
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by maxpda View Post
baru nak menyesal ke dik..xpayah la...masa kau buli kawan kau tu xpikir pulak..
kes nie betul betul kejam

Moga jatuh hukuman setimpal atas perbuatan
__________________


Komisyen Lebih RM1,000 untuk yang rekemen pelanggan pada saya di www.rahsiafirdaus.com

Call/whatsapp/telegram 016-4650338
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply Share This Thread

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold