Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #301  
Old 23-06-2017, 04:07 PM
stillFX stillFX is offline
Active Member

stillFX's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2016
Posts: 1,753
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 73
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by onewafer View Post
Semoga nasib anak2 & warisnya terbela.



.
harap cam tu la tuan... kot kot arwah ada amik insurance... ada la jugak bekalan untk anak.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #302  
Old 23-06-2017, 05:51 PM
sepek sepek is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2009
Posts: 4,740
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 6
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by azam74 View Post
STRIDE ni pun ada kekangan budget. PGM Tamingsari pun masih lum dgr citer, dh masuk servis ke
PGM Tamingsari belum dengar lagi sama ada sudah masuk perkhidmatan atau belum.
Reply With Quote
  #303  
Old 23-06-2017, 05:53 PM
sepek sepek is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2009
Posts: 4,740
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 6
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by janggut_X View Post
dalam lubang air tu ke ada pesawat? kalau iya mcm kecik sgt plak pesawat tu. kalau iya gak terbongkah tanah tu mcm takde daya hentakan kuat. muskil lagi ni. mohon pencerahan
mungkin fiuslaj yang terbenam, manakala sayap menjadi serpihan.
Reply With Quote
  #304  
Old 29-06-2017, 07:59 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 112,707
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 7150
Active Level
My Mood:
Default

Teringat arwah suami di pagi raya


Noor SHAFORA bergambar bersama enam anak lelakinya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – “Sukar untuk saya gambarkan beraya pertama kali tanpa suami di sisi keluarga.”

Demikian luahan ha*ti Noor Shafora Izwa Mohd. Hilmi, 39, yang kehilangan suaminya, Mejar Yazmi Mohd. Yusof, 39, yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Chukai, Terengganu pada 15 Jun lalu.

Noor Shafora yang menyambut Aidilfitri bersama keluarga di sini berkata, dia se*patutnya menyambut raya di kampung halamannya di Teluk Intan, Perak namun terpaksa membatalkan hasratnya kerana ketiadaan suami.

Dia merindui gelagat suami*nya yang suka menikmati juadah kuah kacang dan nasi impit yang dimasak ibu arwah yang menjadi kegemarannya semasa musim perayaan.

“Arwah memang sukakan kuah kacang yang dibuat ibunya namun tahun ini tiada ke*sempatan untuk menghidangkan juadah itu ke*padanya,” katanya ke*tika ditemui di kediamannya di Jalan Air Malok, Taman Tasik Titiwangsa di sini baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4lLQzsG1i
Reply With Quote
  #305  
Old 29-06-2017, 08:49 AM
mantoya454 mantoya454 is offline
Regular

mantoya454's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2008
Posts: 483
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 5
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by silasroon View Post
Kalau tengok pada lubang air tu, rasanya pesawat menjunam seperti orang terjun 'TIRUK' tu. Sebab tak nampak landing crashes.
mungkin sebab kadar kelajuan masa jatuh sangat laju 1000km/h
faktor tanah paya
Reply With Quote
  #306  
Old 12-07-2017, 05:23 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 112,707
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 7150
Active Level
My Mood:
Default

Panglima Tentera Udara akan maklum hasil siasatan


MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa sidang media pada majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bertema "[email protected]" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Hasil siasatan insiden pesawat Hawk 108 yang terhempas di Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu pada 15 Jun lalu yang mengorbankan dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dimaklumkan Panglima Tentera Udara (PTU).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau percaya siasatan dijalankan dengan baik, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Yang itu (hasil siasatan) kena tanya pada pihak yang terbabit, boleh tanya pada PTU (Jeneral Datuk Seri Affendi Buang).

"Saya bukan individu yang patut memaklumkannya buat masa sekarang," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bertemakan '[email protected] di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil siasatan dan perkembangan terkini insiden berkenaan.

Dalam kejadian berkenaan, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terkorban apabila pesawat dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.

Kejadian berlaku ketika kedua-duanya menjalani latihan menggunakan pesawat itu sebelum terputus hubungan pada jam 11.30 pagi.

Jasad kedua-dua mangsa ditemui pada 2.30 petang hari sama, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan TUDM Kuantan, Pahang.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, beliau akan berada di Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi Isnin ini bagi bertemu dengan pemimpin di negara itu untuk membincangkan mengenai ancaman Daesh.

"Selain itu, kita juga melihat situasi krisis antara beberapa negara Teluk sama ada kita boleh membantu mereka atau sebaliknya, saya akan bertemu dengan semua pemimpin di sana," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/301449
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #307  
Old 29-07-2017, 10:46 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 112,707
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 7150
Active Level
My Mood:
Default

Laporan siasatan 3 minggu lagi



BUTTERWORTH: Laporan awal siasatan insiden pesawat Hawk 108 yang terhempas di Chukai, Terengganu pada 15 Jun lepas dan mengorbankan 2 juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dikeluarkan dalam tempoh 2 hingga 3 minggu lagi.


Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, siasatan insiden itu memerlukan masa kerana pihaknya perlu menjalankan kajian serta penyelidikan secara rapi dan terperinci bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung kejadian tersebut.

“Kami telah menghantar beberapa sampel, iaitu alatan pesawat berkenaan kepada syarikat pembuat pesawat tersebut untuk dibuat uji kaji dan penelitian rapi bagi menentukan punca sebenar insiden tersebut serta laporan saintifik daripada mereka,” katanya selepas sambutan Hari Ulang Tahun ke-20 bagi No 18 Skuadron (pesawat FA-18D Hornet) di pangkalan udara hari ini.

Dalam insiden itu, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terkorban apabila pesawat dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.

Kejadian berlaku ketika kedua-duanya menjalani latihan menggunakan pesawat itu sebelum terputus hubungan kira-kira 1.30 pagi. Jasad 2 mangsa ditemui pada 2.30 petang hari sama, kira-kira 53km dari Pangkalan TUDM Kuantan, Pahang.

Sementara itu, Affendi yang tiba dari Pangkalan Udara Subang 11.25 pagi menaiki FA-18D Hornet dipandu Pegawai Pemerintah No 18 Skuadron, Kolonel Koey Tang Chai berkata, pesawat tempur berkenaan masih relevan dan diyakini boleh beroperasi sekurang-kurangnya 18 tahun lagi.

“Semua pesawat ini dinaik taraf secara konsisten, termasuk pemasangan sistem senjata baharu Joint Direct Attack Munition (JDAM) dan peluru berpandu AMRAAM C7,” katanya.

Affendi berkata, pesawat tempur serba guna buatan Amerika Syarikat itu mula digunakan pada 1997 selepas diserahkan secara rasmi kepada TUDM dan ia turut digunakan ketika operasi menangani pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

“Memang TUDM ada cadangan untuk menambah beberapa pesawat tempur, termasuk FA-18D Hornet, tetapi semua itu bergantung kepada kerajaan pusat dan saya percaya mereka mempunyai perancangan berhubung perkara berkenaan,” katanya.

Ditanya perkembangan di Marawi, Filipina yang menyaksikan pertempuran tentera negara itu dengan pengganas yang masih berlarutan, Affendi berkata, TUDM sudah mengambil langkah segera dan berjaga-jaga.

“TUDM memang mempunyai pangkalan tentera di Labuan, malahan kami turut mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengawal perbatasan negara dan pemantauan ruang udara dengan beberapa aset kita, termasuk pesawat Sukhoi dan FA 18D Hornet turut ditempatkan di Labuan,” katanya.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...3-minggu-lagi/
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Sponsored Links
Reply Share This Thread

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold