Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Gossip, Celebrities

Gossip, Celebrities Right place for paparazzi :) . Share your info with our celebrities and gossip fans.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 13-07-2017, 06:30 PM
sekam padi sekam padi is offline
Super Active

sekam padi's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Dec 2006
Posts: 8,777
Thanks (Received): 45
Likes (Received): 145
Active Level
My Mood:
Default Rosyam Nor buka pasaraya



KUALA LUMPUR 13 Julai - Selama tiga dekad melibatkan diri dalam gelanggang seni, pelbagai pengiktirafan sudah diraih oleh seniman Datuk Rosyam Nor sekali gus menjadikan beliau antara anak seni yang sangat disegani ramai.

Pada usia separuh abad, Rosyam kekal di barisan senarai artis gred A dan terus menjadi buruan rumah produksi yang berminat dengan bakat lakonannya yang cemerlang itu.

Ketika kerjaya seninya berada di kedudukan yang paling kukuh, Rosyam menggunakan ruang dan kesempatan yang ada untuk meluaskan lagi pengaruh dan jenama namanya dalam bidang perniagaan pula.

Menjelang bulan depan, Rosyam bakal memiliki rangkaian pasaraya berjenama ST Rosyam yang akan beroperasi di sekitar Lembah Kelang.

Cawangan pertama pasaraya ST Rosyam merangkumi 13 lot unit kedai, kata beliau, akan menemui pelanggan-pelanggan di kawasan perniagaan Setiawangsa, di sini.

“Ini merupakan percubaan pertama saya membuka sebuah pasaraya yang menjual secara borong dan runcit.

“Insya-Allah, ia akan beroperasi bermula Ogos ini. Pasaraya ini mensasarkan kepada pembeli dari barangan basah hinggalah barangan kering,” jelasnya kepada wartawan.

Menurut Rosyam, persetujuan untuk menceburi perniagaan runcit dibuat beliau sebagai perancangan masa depannya selain menyedari terdapat tuntutan terhadap bidang berkenaan dalam kalangan masyarakat.

“Sebagai anak seni yang sudah lebih 30 tahun dalam dunia seni, peranan saya lebih kepada pemasaran dan promosi kepada pembeli.

“Ada lebih daripada 10,000 jenis barangan dapur,basah dan kering dijual di dalam pasar raya terbabit. Kami juga sasarkan untuk membuka dua lagi cawangan sebelum penghujung tahun ini,” kongsinya.

Sementara itu, kata Rosyam lagi, sejajar dengan kemajuan zaman teknologi masa kini, pihaknya juga akan turut menawarkan perkhidmatan pembayaran secara kad debit.

“Sebagai peniaga kita perlu memudahkan pengguna bukan menyukarkan lagi keadaan. Istimewanya pasaraya ini, pembeli tidak perlu lagi membawa wang tunai setiap kali mahu membeli keperluan asas.

“Hanya dengan penggunaan kad debit sahaja, pembayaran akan jadi lebih mudah dan cepat. Selain itu juga, kami juga sudah merancang untuk beroperasi secara atas talian dan juga perkhidmatan penghantaran kepada pembeli,” jelasnya lagi. - UTUSAN ONLINE


http://www.utusan.com.my/hiburan/ros...araya-1.502430
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 13-07-2017, 06:39 PM
dauskupang dauskupang is offline
Active Plus

dauskupang's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Sep 2012
Location: ..................................................
Posts: 4,374
Thanks (Received): 94
Likes (Received): 52
Active Level
My Mood:
Default

"Dia ni memang kurang ajar Dato Seri"

LOLOLOL
Reply With Quote
  #3  
Old 13-07-2017, 06:43 PM
syamsoulcc syamsoulcc is offline
Active Plus

syamsoulcc's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2014
Posts: 4,683
Thanks (Received): 15
Likes (Received): 600
Active Level
My Mood:
Default

pergh..moga dpt bersaing dgn Giant dan Tesco...
__________________
Ku teringat kata ayahku
"Segala apa di bumi ini, Allah punya, jadi tak perlu kita kedekut dan tamak"
Reply With Quote
  #4  
Old 13-07-2017, 06:59 PM
kopirait kopirait is online now
CG Top Poster Club

kopirait's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Apr 2010
Location: -- .- ...
Posts: 23,424
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 80
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

dia punya ke atau jv dengan orang lepastu pakai nama rosyam?
__________________
Reply With Quote
  #5  
Old 13-07-2017, 06:59 PM
d_conan d_conan is offline
CG Top Poster Club

d_conan's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Aug 2011
Posts: 21,133
Thanks (Received): 110
Likes (Received): 122
Active Level
My Mood:
Default

wah.. artis pun dh digredkn.. mcm beras la..
Reply With Quote
  #6  
Old 13-07-2017, 07:15 PM
Jackhalid Jackhalid is offline
Active Plus

Jackhalid's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: May 2008
Location: Shah Alam, Setapak, Georgetown, Melaka dll
Posts: 4,792
Thanks (Received): 331
Likes (Received): 62
Active Level
My Mood:
Default

oic. patutlah nampak dia kat NSK selayang tahun lepas. tengah study market lah agaknya.

P/S - jangan jadi macam zizan sudah... bukak market pastu kejap je dah tutup


Reply With Quote
  #7  
Old 13-07-2017, 07:19 PM
jaws_am jaws_am is offline
Active Plus

jaws_am's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Location: wherever you are
Posts: 4,441
Thanks (Received): 47
Likes (Received): 218
Active Level
Default

artis bagus utk publisiti, marketing value..
should go for something like butik branding sendiri .long sleve,batik, jeans,t shirt, kasut, sliper etc etc.. exculisive tailored branding

bukak kt tmpt2 exclusive..
cari add on produk yg baik utk rebranding..
jual mahal..

n then gayakan produk sendiri..
__________________
So long, and thanks for all the fish
Reply With Quote
Likes syamsoulcc liked this post
  #8  
Old 13-07-2017, 07:20 PM
magnesium magnesium is offline
Super Active

magnesium's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Apr 2010
Posts: 9,879
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 62
Active Level
Default

giler apa 13 pintu

4 pintu pun dah besar giler
Reply With Quote
  #9  
Old 13-07-2017, 07:22 PM
syamsoulcc syamsoulcc is offline
Active Plus

syamsoulcc's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2014
Posts: 4,683
Thanks (Received): 15
Likes (Received): 600
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jaws_am View Post
artis bagus utk publisiti, marketing value..
should go for something like butik branding sendiri .long sleve,batik, jeans,t shirt, kasut, sliper etc etc.. exculisive tailored branding

bukak kt tmpt2 exclusive..
cari add on produk yg baik utk rebranding..
jual mahal..

n then gayakan produk sendiri..
betul2...jgn jadi artis yang bila populariti tinggi berjaya,,
bila populariti dah down, terus miskin mcm org biasa (ataupun lagi teruk dari org biasa)...



kalau nak jadi artis,, masa tgh up tu, mase tu fikir nak bukak business apa...
__________________
Ku teringat kata ayahku
"Segala apa di bumi ini, Allah punya, jadi tak perlu kita kedekut dan tamak"
Reply With Quote
  #10  
Old 13-07-2017, 07:36 PM
QIPIDELANA QIPIDELANA is offline
Active Plus

QIPIDELANA's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2012
Posts: 4,293
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 1
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by dauskupang View Post
"Dia ni memang kurang ajar Dato Seri"

LOLOLOL
Apani??xphm
__________________
LUASKAN KUASAMU
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply Share This Thread

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold