Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #51  
Old 15-06-2017, 08:34 AM
alimcb4 alimcb4 is offline
Regular

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2009
Posts: 349
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

nk optimumkan ape bende klu LHDN bawah CEO baru ni asyik menipu staf LHDN? Jenis wat keputusan utk syok sendiri.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #52  
Old 12-07-2017, 02:35 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,194
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9180
Active Level
My Mood:
Default

Lebih RM56 bilion cukai dikutip setakat awal Julai

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip cukai berjumlah lebih RM56 bilion hingga awal Julai tahun ini, mengatasi kutipan RM55 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.


Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata pencapaian itu sekali gus memberi keyakinan LHDN mampu mencapai sasaran RM127.7 bilion kutipan cukai yang ditetapkan kerajaan tahun ini.

"Melalui rekod yang dicatatkan ini, sekali gus menidakkan kata-kata yang sebelum ini mengatakan hasil negara kita makin berkurangan dan ia adalah tidak berasas," katanya.

Mohd Irwan berkata, perkembangan ekonomi negara juga menunjukkan peningkatan dari segi pelaburan manakala aliran masuk dana luar ke dalam pasaran saham serta bon kerajaan semakin mengukuh.

Malahan, katanya, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) juga meningkat dan kini berjumlah lebih AS$98 bilion (RM420.95 bilion).

Beliau berkata, Malaysia turut mendapat banyak pengiktirafan indeks dan penarafan baik yang meletakkan negara sebagai antara destinasi pelaburan terpenting atau pilihan utama.

"Malahan banyak lagi syarikat antarabangsa yang datang merisik untuk melabur di negara kita.

"Sehubungan itu, kita harus membuat pilihan yang tepat terutamanya syarikat yang mampu membawa teknologi tinggi tanpa kebergantungan tenaga kerja yang banyak dari segi pekerja migran (pekerja asing)," katanya. - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/301405
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #53  
Old 12-07-2017, 02:57 PM
bdkkg bdkkg is offline
Regular

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2012
Posts: 593
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 22
Blog Entries: 1
Active Level
Default

Kutip cukai ratus billion.. rizab negara ratus billion. Apa yg rakyat dpt rasa selain makin ditekan dgn kos sra hidup?.. apa yg diorg nk banggakan? pelik aku la.. hmmmmm
Reply With Quote
  #54  
Old 12-07-2017, 03:13 PM
jom jom is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2012
Posts: 2,259
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 29
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by alimcb4 View Post
nk optimumkan ape bende klu LHDN bawah CEO baru ni asyik menipu staf LHDN? Jenis wat keputusan utk syok sendiri.
Ape benda dia buat bro..gossip skit..
Reply With Quote
  #55  
Old 12-07-2017, 03:34 PM
Penbiru Penbiru is online now
Legendary Member

Penbiru's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jan 2008
Posts: 13,092
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 154
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by akudotcom View Post
"elemen takot perlu ada dalam kalangan pihak yang cuba mengelak dripada membayar cukai..."

elemen takot tak perlu ada dalam kalangan pihak yang melesapkan duit negara....
melesapkan duit dan menggunakan dana negara untuk peribadi mcm tak ingat esok ada Hari Pengadilan
Reply With Quote
  #56  
Old 12-07-2017, 03:43 PM
midi2020 midi2020 is offline
Active Plus

midi2020's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Feb 2012
Posts: 2,577
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 0
Active Level
Default

kutipan cukai meningkat tahun ni.. kalau takde bijan, kutipan cukai pasti meningkat lebih banyak
__________________
Gadis comel nyanyi lagu #AWAY
Reply With Quote
  #57  
Old 12-07-2017, 03:50 PM
naimw naimw is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2017
Posts: 2,772
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 179
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by faris_sn View Post
tu satu...kat Seri Perdana pun apa bendul la letak gambo rosmah sorg2...dia bkn pemimpun negara pun...
Yang ni memang ada ke.
Reply With Quote
  #58  
Old 12-07-2017, 05:19 PM
Liamsi_378 Liamsi_378 is offline
Active Member

Liamsi_378's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2012
Posts: 2,486
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

bertabahlah..
Reply With Quote
  #59  
Old 12-07-2017, 07:17 PM
a2zextra a2zextra is offline
Legendary Member

a2zextra's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Sep 2013
Posts: 14,532
Thanks (Received): 78
Likes (Received): 92
Active Level
Default

Hasil zakatpun tak diagihkan dengan sempurna kepada yang berhak, ini nak pulun tarik hasil cukai. Bagi aku ini semua tak berguna langsung.
__________________
Doa - Usaha - Istiqamah - Tawakkal
BIMB 080590 2004 8153 MBB 55818 100 2814 :MAAHAD TAHFIZ QIAM
MBB 55829 360 6057 :KOMPLEKS AT-TAALIM
Reply With Quote
  #60  
Old 17-07-2017, 09:25 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,194
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9180
Active Level
My Mood:
Default

LHDN buru hampir 3,500 pengelak cukai

KOTA BHARU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melancarkan Operasi Patuh (Op Patuh) serentak di seluruh negara bagi melakukan audit terhadap 3,445 pembayar cukai ingkar yang dikesan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan melebihi 3 tahun taksiran.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDN, Datuk Noor Azian Abdul Hamid berkata operasi yang dilakukan selama 5 hari bermula hari ini hingga 21 Julai membabitkan 1,279 pegawai dari 37 cawangan LHDN.

“Fokus operasi melibatkan Audit Luar dan Audit Meja bagi 1,687 pembayar cukai syarikat dan 1,758 individu yang dikesan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan mereka di seluruh negara,” katanya kepada pemberita pada majlis Kunjungan Mesra Hasil Berfokus Peringkat Nasional di LHDN Cawangan Kota Bharu, hari ini.

Memberikan contoh, Noor Azian berkata 1 operasi siasatan cukai yang dilaksanakan ke atas sebuah kumpulan syarikat yang didapati gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan sejak 2010 hingga 2016.

“Anggaran cukai yang ditaksir gagal diisytiharkan oleh kumpulan syarikat ini berjumlah RM20 juta. Kes ini dikesan hasil kerjasama strategik antara LHDN dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam usaha menangani ketirisan cukai,” katanya.

Beliau berkata dalam operasi membabitkan 330 pegawai siasatan, LHDN akan melakukan aktiviti siasatan cukai terhadap 91 kes pembayar cukai yang dipercayai mengelak cukai.

Op Patuh adalah sebahagian aktiviti penguatkuasaan LHDN bagi meningkatkan pematuhan cukai serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai tanggungjawab mengisytiharkan cukai pendapatan.

Beliau berkata kegagalan untuk melaporkan semua punca pendapatan dengan lengkap adalah satu kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...engelak-cukai/
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump