Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Gossip, Celebrities

Gossip, Celebrities Right place for paparazzi :) . Share your info with our celebrities and gossip fans.

Recommended Brokers

CG Sponsors



CG Updates
0 Reverting back old theme
Last Post: CariGold
Posted On: 06-05-2017
Replies: 0
Views: 5,240
0 CariGold new theme version - and more features are coming!
Last Post: niagafx
Posted On: 06-05-2017
Replies: 538
Views: 15,972
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 21,797
More...
  #1  
Old 08-02-2013, 07:36 AM
Luqmanul Hakim Luqmanul Hakim is offline
CG Top Poster Club

Luqmanul Hakim's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Mar 2010
Location: GP (Kampung) BM (Bandar) PP (Negeri) M (Negara)
Posts: 23,319
Thanks (Received): 4841
Likes (Received): 2
Dislikes (Received): 0
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to Luqmanul Hakim Send a message via Skype™ to Luqmanul Hakim
Default Episod ketiga Dai punya pengisian, mesej

Episod ketiga Dai punya pengisian, mesej



Selepas tiga minggu, program agama terbitan Media Prima, Dai: Pendakwah Milenia dilihat semakin membara.

Masih mengekalkan 12 peserta iaitu Nasaruddin Samsudeng, Che Faizal Amir Che Mat, Mohd Taqwudin Mohd Yazid, Noraida Jamlie, Mohamad Azamudin Zainal, Mohamed Hazwan Padzil, Muhammad Haizat Kamaruddin, Khairul Amar Samsuri,
Mohamad Shazwan Zakaria, Ahmad Kahirul Ikhwan Abdullah, Nor Adibah Razain dan Muhammad Tajdid Hadhari Romli, program ini belum menyaksikan penyingkiran.

Mengangkat tema Mengimarahkan Masjid, Penerbit Dai, Shukri Ibrahim, berkata, peserta dipecahkan kepada dua kumpulan dan diminta menjalankan satu program yang bersesuaian dalam mengimarahkan masjid.

“Dua masjid dipilih adalah Masjid Kota Damansara dan Masjid At–Taqwa Taman Tun Dr Ismail.

“Setiap kumpulan juga diberi dana sebanyak RM200 untuk menjalankan program yang dirancang,” katanya.

Menyentuh dari segi penilaian pula, Shukri memberitahu, ia dilihat kepada pelbagai sudut termasuklah pengurusan, kepimpinan serta penglibatan masyarakat setempat.

“Keberhasilan program juga dinilai sama ada adakah ianya memberi manfaat kepada jemaah yang hadir atau hanya sekadar 'tin kosong' yang mana tidak mempunyai mesej dan pengisian.

“Penilaian kepada setiap peserta ini akan dilakukan oleh seorang panel jemputan semasa di lokasi dan penilaian akhir akan dilakukan oleh juri tetap berdasarkan kepada penilaian panel jemputan,” katanya.

Peserta masih di tahap sederhana

Mengulas mengenai prestasi peserta pula, ujar Shukri, masih banyak perkara dan aspek penting perlu diberi perhatian oleh mereka.

“Melihat kepada kemampuan mereka, boleh dikatakan ia masih di tahap yang sederhana.

“Menerusi tugasan minggu lalu misalnya, mereka diberi tanggungjawab untuk menyampaikan ceramah dan tazkirah di masjid.

“Meski pun tiada yang gagal melakukannya, namun untuk mencapai matlamat mereka sebagai pendakwah adalah masih jauh,” katanya kepada Zass.

Dalam pada itu, jelasnya, dia berbangga kerana dua peserta perempuan terpilih membuktikan tiada sempadan bagi mereka dalam mencapai matlamat sebagai pendakwah milenia.

“Meski pun pergerakan dan perbuatan mereka terbatas, namun tugasan yang diberikan dijalankan dengan baik.

“Mereka tidak kekok meski pun terpaksa berhadapan dengan 10 lagi peserta lelaki dan bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Ditanya siapakah peserta yang dilihat paling menyerlah, ujar Shukri, setakat ini dia telah melihat empat peserta yang mampu pergi jauh.

“Tidak perlu saya sebutkan siapa, tetapi mereka ini mempunyai potensi dan kredibiliti untuk bergelar pendakwah milenia.

“Apa pun, ia masih di peringkat awal dan siapa tahu pada peringkat seterusnya mereka tidak berjaya sebaliknya peserta lain akan lebih menonjol pula,” katanya setiap peserta akan berpeluang menjadi ketua setiap kali tugasan bertukar.

Cari pendakwah, bukan Imam

Dalam mencapai matlamat melahirkan pendakwah milenia, setiap tugasan yang diberikan perlulah tepat dan mempunyai ciri-ciri yang baik untuk diserap oleh peserta.

Mengulas mengenai perkara ini, kata Shukri, setiap tugasan yang disusun dan diberikan kepada mereka pasti mempunyai sebab tersendiri.

“Kita mahu melahirkan pendakwah, bukannya Imam, jadi tugasan yang diterima haruslah bersesuaian sebagai seorang pendakwah.

“Tempat mereka bukan di masjid semata-mata, mereka juga perlu keluar dan bertemu masyarakat dalam menyampaikan amanat seorang Dai.

“Di sinilah setiap tugasan yang dipilih menekankan pelbagai sudut yang dilihat dari segi kepentingan seorang Dai itu,” katanya.

Bercakap mengenai tugasan akan datang pula, bicara Shukri, untuk tugasan seterusnya, peserta akan diminta ke Pasar Seni (CM) untuk mengutip derma yang akan diserahkan kepada sebuah rumah anak yatim yang terletak di Rawang, Selangor.

“Saya harap mereka dapat melakukan yang terbaik kali ini, bagi kumpulan yang mengutip derma tertinggi, mereka akan dikira sebagai pemenang.

“Cuma, saya minta mereka tidak tertekan memandangkan minggu depan adalah minggu penyingkiran,” katanya.




Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #2  
Old 23-07-2016, 08:22 PM
SmileAlways SmileAlways is offline
Super Active

SmileAlways's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2014
Posts: 5,906
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 48
Dislikes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Da'i musim terbaru mula Ahad ni
__________________
Jangan tenggelam di dalam air yang jangkat
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #3  
Old 17-07-2017, 09:08 PM
SmileAlways SmileAlways is offline
Super Active

SmileAlways's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2014
Posts: 5,906
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 48
Dislikes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Da/i musim ke5 dah start
__________________
Jangan tenggelam di dalam air yang jangkat
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #4  
Old 17-07-2017, 09:27 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 109,188
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5141
Active Level
My Mood:
Default

ustaz zarifi tu jd juri komen ntah pape. komen skema. yg xperlu pun komen. ilang mood ak nk tgk
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5  
Old 17-07-2017, 09:46 PM
tomie tomie is offline
CG Hardcore

tomie's Avatar
 
Trader Rating: (31)
Join Date: Dec 2006
Location: Sedaka, Yan
Posts: 70,812
Thanks (Received): 7806
Likes (Received): 74
Dislikes (Received): 1
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by SmileAlways View Post
Da/i musim ke5 dah start
sorg setazah tu org kg ceq
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 06:42 AM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you