Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Sports > Misc Sports

Recommended Brokers

CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-11-2015, 03:19 PM
Print_Screen Print_Screen is offline
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2010
Posts: 5,923
Thanks (Received): 227
Likes (Received): 6
Active Level
Default Sukan SEA 2017

Logo:


mascot:

Nama: RIMAU

http://www.seagames2017.com.my/about.asp
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 16-11-2015, 03:23 PM
Niyang Niyang is online now
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 34,592
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 93
Active Level
My Mood:
Default

kucing ke rimau tuh....?
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #3  
Old 16-11-2015, 03:32 PM
PainKiller PainKiller is offline
Super Active

PainKiller's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Jan 2008
Location: Dok tenet dlm lokap 404
Posts: 7,913
Thanks (Received): 41
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Niyang View Post
kucing ke rimau tuh....?
mcm garfield je gaya nye
Reply With Quote
  #4  
Old 03-02-2016, 07:31 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 231,314
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 741
Blog Entries: 44
Active Level
My Mood:
Default MOM Kurangkan Jumlah Sukan Di Sukan SEA 2017 Kepada 34

KUALA LUMPUR, 3 Feb - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengurangkan jumlah sukan untuk Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur kepada 34 daripada 39 yang disenaraikan sebelum ini

Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar ketika menyatakan demikian, bagaimanapun, tidak memberitahu lima jenis sukan yang digugurkan

Beliau berkata, senarai 344 acara sukan akan diumumkan selepas Tahun Baru Cina untuk memberi masa dan peluang kepada Persatuan-persatuan Sukan Negara (PSK) dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) dari negara anggota ASEAN untuk mengemukakan rayuan

"Sudah tentu tidak semua akan berpuas hati, saya pasti bahawa banyak usaha melobi akan dijalankan dan ada pihak-pihak yang cuba memasukkan lebih banyak acara dan jenis sukan yang tidak menepati syarat. Kami bersedia untuk mendengar rayuan mereka

Kami akan mengadakan Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dan mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) pada 23 dan 24 Feb di Kuala Lumpur, yang mana mereka akan mengkaji senarai sukan dan acara," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat lembaga eksekutif majlis itu di Wisma OCM di sini, hari ini

Sebanyak 39 acara sukan yang disenaraikan sebelumnya oleh majlis ialah skuasy, kenu, hoki, badminton, karate, meluncur ais, akuatik, menembak, bola sepak, bola keranjang, bina badan, tinju, bola tampar, bola jaring, boling padang, ski air, petanque, triathlon, silat, lawan pedang, taekwondo dan ragbi

Juga disenaraikan ialah hoki ais, boling, kriket, tenis, judo, golf, wusyu, sepak takraw, memanah, ekuestrian, angkat berat, lumba basikal, ping pong, snuker dan biliard, olahraga, pelayaran dan gimnastik

Tunku Imran berkata NSA dan NOC masih berpeluang untuk merayu kepada MASOC sehingga Julai bagi memasukkan sukan atau acara sebelum senarai itu dimuktamadkan

"Kami perlu mengumumkan senarai akhir 12 bulan sebelum majlis perasmian iaitu pada Julai

"Selain memenangi emas, kriteria lain yang kami akan pertimbanghkan ialah lokasi venue dan kosnya disebabkan kemelesetan ekonomi global yang dihadapi," kata beliau

Malaysia menganjurkan Sukan SEA buat kali pertama pada 1965, yang ketika itu dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (Sukan SEAP) dan pada 1971, 1977, 1989 dan 2001

Pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah Sukan SEA ialah pada 2001 apabila kontinjen negara muncul juara selepas meraih 111 emas, 75 perak dan 85 gangsa sementara pada Sukan SEA di Singapura tahun lepas, Malaysia menduduki tempat keempat dengan 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa
Reply With Quote
  #5  
Old 14-01-2017, 06:31 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 231,314
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 741
Blog Entries: 44
Active Level
My Mood:
Default Sukan SEA: Jumlah kontijen dimuktamad Julai ini


Quote:
JUMLAH sebenar anggota kontinjen negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan dimuktamadkan selewat-lewatnya Julai ini, sebulan sebelum bermulanya acara sukan dwitahunan itu

Pemangku Pengarah Bahagian Persediaan Atlet Majlis Sukan Negara, Jefri Ngadirin berkata atlet yang tidak berada dalam program Kita Juara 2017 masih berpeluang merebut tempat dalam kontinjen negara sekiranya mempamerkan aksi cemerlang pada kejohanan tempatan atau antarabangsa

Program Kita Juara merupakan program persediaan khas atlet Malaysia bagi menghadapi Sukan SEA ke-29 itu

"Kita akan mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemilihan Atlet pada Mac ini sebelum senarai akhir diumumkan pada Julai dengan anggaran lebih 900 anggota akan dipilih ke Sukan SEA

Kita sudah beritahu persatuan sukan kebangsaan bahawa mereka boleh mencalonkan mana-mana atlet di bawah naungan mereka yang didapati lebih cemerlang berbanding atlet dalam program Kita Juara," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat kedua Pengurus Pasukan untuk Sukan SEA ke-29 di Wisma OCM, di sini hari ini

Pada sidang media itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2017 Datuk Marina Chin memaklumkan mesyuarat berkenaan berjalan lancar dengan pengurus pasukan yang hadir dimaklumkan mengenai tarikh, jadual dan venue pertandingan temasya sukan tersebut

Beliau menegaskan tiada sasaran awal diletakkan kepada atlet negara bagi memastikan mereka dapat memberi fokus sepenuhnya kepada sesi latihan

"Saya yakin dengan persiapan yang sedang dilakukan sehingga Ogos ini, kita dapat membentuk satu pasukan yang mantap bagi Sukan SEA 2017," katanya

Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang turut hadir pada sidang media berkenaan mengumumkan Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Huang Ying How dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia

Sukan SEA 2017 dijadual berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos ini melibatkan 38 jenis acara

http://www.sinarharian.com.my/sukan/...i-ini-1.611731
Reply With Quote
  #6  
Old 16-01-2017, 10:31 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 231,314
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 741
Blog Entries: 44
Active Level
My Mood:
Default Bahang baru Axiata Arena, Nama baru Stadium Putra Bukit Jalil


Quote:
Kuala Lumpur: Stadium Putra Bukit Jalil yang bakal menjadi venue utama Sukan SEA pada Ogos depan kini dikenali sebagai Axiata Arena

Penjenamaan semula stadium itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini

Pertukaran nama stadium itu adalah hasil kerjasama antara Perbadanan Stadium Malaysia serta peneraju telekomunikasi Asia, Kumpulan Axiata Berhad (Axiata)

Kerjasama itu membabitkan nilai tajaan sebanyak RM55 juta selama 10 tahun

Menerusi kerjasama korporat itu Axiata Arena bakal menjadi mercu tanda pembangunan semula Kompleks Sukan Bukit Jalil yang akan dikenali sebagai KL Sports City pada Julai depan

Axiata Arena akan menjadi tapak bagi acara sukan, hiburan dan kebudayaan bertaraf dunia seperti O2 Arena di London dan Mercedes Benz Arena di Shanghai

Dengan kapasiti lebih 14,425 kerusi dan saiz padang seluas 6925 meter, Axiata Arena bakal menjadi stadium tertutup kapasiti tempat duduk paling tinggi berbanding mana-mana stadium lain di Malaysia

http://www.hmetro.com.my/node/197792
Reply With Quote
  #7  
Old 08-03-2017, 06:54 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 231,314
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 741
Blog Entries: 44
Active Level
My Mood:
Default Sukan SEA 2017: Jurulatih, atlet kena jujur


Quote:
JURULATIH dan atlet olahraga diminta jujur dan bertanggungjawab terhadap diri masing-masing bagi mengelakkan insiden tidak diingini menjelang temasya Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur, Ogos depan

Pengurus skuad olahraga negara, Datuk Salim Parlan berkata, atlet khususnya, sentiasa diingatkan supaya tidak mengambil ubat-ubatan selain daripada yang disediakan oleh Institut Sukan Negara (ISN)

Jurulatih pula katanya, jangan terlalu ghairah untuk melihat hasil daripada atlet sehingga mengabaikan masalah kecederaan yang dihadapi mereka

"Kita masih ada banyak masa. Saya nasihatkan agar jurulatih dan atlet ikut program yang disediakan, jangan paksa diri. Sekiranya ada sedikit kecederaan segera dapatkan nasihat daripada pihak ISN

"Persediaan kita berjalan lancar dan baik. Atlet pula jangan sesekali ambil ubat dari luar sekiranya mengalami masalah kesihatan. Kita tidak mahu isu doping menghantui persediaan rapi yang telah kita buat," katanya pada sidang media program Kita Juara 2017 di Majlis Sukan Negara, hari ini

Sementara itu, Salim berkata, skuad olahraga mahu menggunakan peluang beraksi di gelanggang sendiri sebagai medan mengembalikan kegemilangan Malaysia dalam acara olahraga pada temasya Sukan SEA

"Kita melihat persiapan rapi yang berjalan lancar ini mampu untuk membuahkan hasil yang luar biasa khususnya pelari-pelari pecut lelaki dan wanita kita pada temasya kali ini," katanya

Dalam pada itu, Salim berkata atlet olahraga yang berminat untuk mewakili negara masih berpeluang terpilih ke Sukan SEA di Kuala Lumpur menerusi kejohanan olahraga tertutup April ini

"Saya tahu ramai lagi yang berminat dan juga berpotensi mewakili negara. Jadi saya harap pada kejohanan tertutup nanti mereka mempamerkan prestasi cemerlang supaya terpilih

"Kita ada 46 acara keseluruhan dan setakat ini 36 sudah diisi. Sekiranya ada mereka yang berpotensi kita akan pilih untuk mengisi kekosongan itu," katanya

http://www.sinarharian.com.my/sukan/...jujur-1.639830
Reply With Quote
  #8  
Old 08-03-2017, 07:09 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 231,314
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 741
Blog Entries: 44
Active Level
My Mood:
Default Jalan kaki mampu sumbang emas - Jurulatih



JURULATIH jalan kaki program Kita Juara, Teoh Boon Lim pada sidang media Kita Juara di CASA, Majlis Sukan Negara (MSN)


Quote:
KUALA LUMPUR: Skuad olahraga negara optimis atlet jalan kaki lelaki negara mampu menjadi penyumbang pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dijadual bermula Ogos ini

Bagi sukan ini, dua atlet lelaki - Lo Choon Sieng dan Muhammad Khairil Harith Harun - dilihat mampu melakukannya

Choon Sieng adalah pemenang emas acara 20 kilometer (km) di Sukan SEA Indonesia 2011 manakala Muhammad Khairil gangsa pada acara sama di Singapura 2015

Jurulatih kebangsaan, Teoh Boon Lim, berkata dia yakin kemampuan kedua-dua atlet itu memandangkan masing-masing mempunyai pengalaman, selain mendapat sokongan berterusan daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN)

"Kita meletakkan mereka (Choon Sieng dan Muhammad Khairil) sebagai sandaran kerana masing-masing mempunyai pengalaman, sesiapa saja boleh menang namun ia bergantung kepada keadaan dan kondisi ketika kejohanan berlangsung

"Bagi saya, tidak ada masalah buat jalan kaki untuk menjadi penyumbang pingat emas kerana kita adalah tuan rumah, sesuai dengan keadaan cuaca dan jalan kaki adalah sukan yang sentiasa menyumbangkan pingat emas sebelum ini

"Kita menyumbangkan sembilan pingat emas (1995-2011) secara berterusan dan hanya kalah dua kali saja (2013-tiada pingat; 2015-gangsa), jadi saya harap atlet Malaysia dapat meraihnya kembali di laman sendiri," kata Boon Lim pada sidang media di Casa 1, MSN dekat sini, hari ini

Mengulas mengenai persiapan atlet, Boon Lim yang juga bekas atlet kebangsaan berkata pihaknya memilih untuk mengadakan latihan di Cameron Highlands, Pahang memandangkan cuacanya yang sejuk dan membolehkan atlet negara cepat menyesuaikan diri

"Atlet akan berlatih di Cameron Highlands di mana tempat itu sejuk dan sesuai untuk atlet kita, apatah lagi Sukan SEA akan berlangsung di negara ini

"Jika ada berlaku kecederaan, kita boleh segera membawa mereka menjalani rawatan di ISN, segera pulih, dapat berlatih dengan jarak yang lebih jauh serta tidak begitu sibuk berbanding di Kuala Lumpur," katanya

Dalam perkembangan sama, Boon Lim memaklumkan atlet negara mempunyai dua kejohanan antarabangsa sebagai persiapan ke Sukan SEA iaitu Kejohanan Jalan Kaki Asia 20km di Jepun pada 19 Mac ini serta Kejohanan Jalan Kaki De La Coruna, Sepanyol pada Mei, selain dua kejohanan peringkat kebangsaan

Sementara itu, pengurus pasukan olahraga, Datuk Salim Parlan berharap sukan olahraga dapat kembali ke zaman kegemilangan seperti suatu ketika dulu, sekali gus menyeru agar rakyat di negara di dapat memeriahkan Stadium Nasional Bukit Jalil ketika acara berlangsung

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dijadual bermula pada 19 dan tamat pada 31 Ogos depan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/257481
Reply With Quote
  #9  
Old 09-06-2017, 12:51 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 231,314
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 741
Blog Entries: 44
Active Level
My Mood:
Default

Official: Skuad Sukan Sea 2017

Perseorangan Lelaki
Iskandar Zulkarnain, Soong Joo Ven, Lee Zii Jia, Lim Chi Wing

Beregu Lelaki
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

Perseorangan Wanita
Goh Jin Wei, Soniia Cheah, Lee Ying Ying, Ho Yen Mei

Beregu Wanita
Vivian Hoo-Woon Khe Wei, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean

Beregu Campuran
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, Chan Peng Soon-Cheah Yee See
Reply With Quote
  #10  
Old 09-06-2017, 12:52 PM
babyblacky babyblacky is offline
Legendary Member

babyblacky's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Feb 2011
Location: |AbStracK HinGga ke|.......................★
Posts: 18,212
Thanks (Received): 106
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default

aku apply volunteer x dapat2
__________________
사랑하는 내 여자
yesterday i love u less than today
tomorrow i love u more than today
and forever my love will never be less
★『꽃미남 남자』★
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 09:34 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you