Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #11  
Old 13-10-2017, 07:36 AM
imatheonlyone imatheonlyone is offline
Legendary Member

 
Trader Rating: (20)
Join Date: Mar 2009
Posts: 10,220
Thanks (Received): 29
Likes (Received): 30
Active Level
Default

Mst tgh cuak gila driver Lori tu
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #12  
Old 13-10-2017, 07:44 AM
johor1976 johor1976 is offline
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2016
Posts: 6,719
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 266
Active Level
Default

harap polis polis terengganu dapat cuti depavaali
Reply With Quote
  #13  
Old 14-10-2017, 02:39 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,186
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8059
Active Level
My Mood:
Default

TPM ziarah keluarga Sarjan Mejar Abdul Hakim


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi Zarina Abdul Rahman, 37 (dua kanan) balu kepada Allahyarham Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan di kediamannya Kampung Darat, Rajawali, Dungun. FOTO Ghazali Kori

KELUARGA anggota trafik yang maut selepas motosikalnya dirempuh lori, Khamis, 12 Oktober, terharu diziarahi Timbalan Perdana Menteri, di Taman Rajawali, Dungun, hari ini.

Zarina Abdul Rahman, 37, iaitu balu Allahyarham Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, berkata walaupun masih bersedih, kehadiran Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi semangat buatnya.

“Beliau berpesan agar saya kuatkan semangat untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak-anak hingga berjaya," katanya.

Menurutnya, segala pesanan dan kata-kata semangat itu akan dijadikan sebagai pembakar semangat buat.

Katanya, dia memang bagaikan hilang semangat untuk meneruskan hidup terutamanya membesarkan tiga anaknya, Muhammad Hilman, 9; Ariff Zakwan, 7, dan Muhammad Hazim, 3.

"Apa yang merisaukan saya ialah membesarkan dan memberi pendidikan kepada Muhammad Hilman yang juga OKU iaitu lembam dalam pelajaran.

"Ketika arwah masih ada, dia banyak membantu saya menjaga dan mengajar Muhammad Hilman,” katanya.

Zarina berkata, anak bongsunya, Muhammad Hazim pula sangat rapat dengan arwah bapanya dan lengan arwah adalah bantal tidurnya.

Menurutnya, anaknya itu sukar tidur selepas ketiadaan suaminya dan asyik teringatkan bapanya itu.

"Pagi tadi (pagi Sabtu, 14 Okt) dia mula dapat tidur selepas saya selimutkannya dengan kain pelikat arwah," katanya.

Arwah Abdul Hakim dari Bahagian Siasatan dan Penguatkusaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun maut di KM139 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Teluk Kalong, petang kelmarin.

Turut maut rakan setugasnya, Koperal I Suresh, 36, dalam kemalangan pada 2.55 petang, 12 Oktober.

Kedua-dua anggota trafik berkenaan bersama tujuh pegawai dan 18 anggota lain konvoi menjalani latihan dalam perkhidmatan menunggang jarak jauh motosikal berkuasa besar dari Mersing, Johor.

Tiba di tempat kejadian, lori dipercayai memasuki laluan konvoi terbabit lalu merempuh dua motosikal yang ditunggang kedua-dua mangsa.

Rempuhan berkenaan menyebabkan kedua-dua anggota terbabit tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017...a-resah-zarina
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #14  
Old 14-10-2017, 02:43 PM
Supreme Supreme is online now
Super Active

Supreme's Avatar
 
Trader Rating: (13)
Join Date: May 2012
Posts: 5,397
Thanks (Received): 9
Likes (Received): 75
Active Level
Default

Kalau dgr berita mcm lori salah..ade x citer dari side lain?
Reply With Quote
  #15  
Old 17-10-2017, 07:43 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,186
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8059
Active Level
My Mood:
Default

Pemandu lori didakwa sebabkan kematian



KEMAMAN - Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua anggota polis trafik pada Khamis lalu.


Ahmad Sufi Ismail, 29, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Sufi didakwa memandu secara berbahaya sehingga memasuki laluan bertentangan yang menyebabkan kemalangan maut membabitkan

Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal Suresh Itchang, 36.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Kosmo! 13 Oktober lalu melaporkan dua anggota polis trafik termasuk seorang berketurunan Siam yang sedang berkonvoi dengan 23 anggota lain maut selepas dirempuh oleh sebuah lori di Kilometer 139, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dekat sini.


http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4vlU82ABb
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold