Sebenarnya imvest kat mana2 unit trust pon ok asalkan paham konsep.
Ada orang takut untuk melabur dalam unit trust kerana takut risiko. Ya, melabur dalam unit trust memang ada risiko. Ada 3 jenis profil risiko dana-dana unit trust:
Dana Profil Risiko Aggresive*(Growth Fund yang banyak melabur ke ekuiti): Risikonya tinggi, tapi pulangannya pun tinggi, 12-16% setahun.
Dana Profil Risiko Moderate*(Balanced Fund: Risikonya moderate, pulangan nya pun moderate, biasanya 8-11% setahun). Sesuai jika anda ingin melabur dalam jangka masa 3-5 tahun.
Dana Profil Risiko Conservative*(Bond/Money Market Fund): Risikonya rendah , maka pulangan nya pun rendah, biasanya 3-6% setahun.
Adil, kan?
Orang yang masih muda biasanya di bawah 40 tahun, dicadangkan untuk mengambil dana aggresive. Ini kerana anda mempunya masa yang sangat panjang sebelum bersara. Jika berlaku apa-apa kerugian, anda masih ada masa untuk membetulkan keadaan untuk memaksimumkan keuntungan anda. Jika anda terlalu takut atau risau dengan risiko, anda boleh mengamalkan dua cara untuk kawal risiko iaitu melalui Ringgit Cost Averaging dan Asset Allocation. Saya akan explain kemudian tentang dua perkara ni nanti. Tak pun, pilih saja dana yang moderate.*
DCuba bagitahu apa yang kita buat dalam hidup kita yang tak ada risiko..makan ada risiko..iaitu risiko dapat penyakit..tidur ada risiko..risiko rumah dimasuki pencuri, memandu juga ada risiko..risiko kemalangan jalan raya..simpan wang di bank ..ada risiko tak?
Melabur dengan syarikat insurans..adakah mereka menjamin 100% dapat memberi wang kepada kita jika berlaku musibah kepada kita?
Kalau tak ada risiko, kenapa ada*PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)*yang menjamin wang selamat di bank dan syarikat penginsurans jika kita menyertai skim insurans PIDM. PIDM, siapa pula yang akan menjamin mereka..kata penceramah tersebut, syarikat insurans juga boleh bankrap. Sejarah yang lalu telah membuktikan bank dan syarikat insurans boleh bankrap, tetapi syarikat unit amanah belum ada yang pernah bankrap.
Sebabnya, bank bagi pinjaman kepada orang ramai, insurans juga bagi duit kepada orang ramai bila berlaku musibah, tetapi syarikat unit amanah hanya tolong laburkan duit orang ramai. Jika ada syarikat unit amanah bankrap sekali pun, wang kita masih selamat kerana duit kita dijaga oleh trustee (pemegang amanah), iaitu Amanah Raya, bukan bank yang simpan duit pelaburan kita tu.
Walaubagaimana pun, pelaburan di unit trust tetap ada risiko terutama jika kita melabur dalam jangka masa yang singkat kurang dari 3 tahun. Ini kerana pelaburan di unit trust bermain dengan masa dan bergantung kepada turun naik harga pasaran setiap hari. Ada hari yang harga unit turun, masa tersebut adalah masa yang sesuai untuk beli atau tambah pelaburan, kerana anda akan dapat banyak unit. Masa harga tinggi, itulah masa yang sesuai untuk menjual unit-unit kita tu.
Tapi, kebanyakan orang amalkan yang terbalik..sebab tu ramai yang komplen pelaburan di unit trust merugikan.*Sebab tu dalam apa-apa pelaburan pun anda kena faham konsep dan strateginya dahulu.*
Pointnya di sini ialah jangan takut untuk melabur di dalam unit trust, untuk long term. InsyaAllah…berbaloi-baloi untuk kita dan pelbagaikanlah pelaburan kita.
Contact saya @ 0125089234 (Nasir) utk penjelasan lebih lanjut.
Kalau nak invest dalam UT untuk EPF scheme, boleh ushar sini. Harap membantu.
Morningstar
->click dekat Local Representative (down key)
-> pilih sendiri unit trust mana yang berkenan
-> select fund yang anda cari dan bandingkan sendiri
Kalau nak invest dalam UT untuk EPF scheme, boleh ushar sini. Harap membantu.
Morningstar
->click dekat Local Representative (down key)
-> pilih sendiri unit trust mana yang berkenan
-> select fund yang anda cari dan bandingkan sendiri
Melabur dalam UT ni sama macam jalankan perniagaan.
Ade risiko untung dan rugi. Itu pasti. Macam meniaga, ade yang untung banyak dan cepat, ade yg lambat, ade yang breakeven je. Dan ade yang rugi.
Tak perlu salahkan terus industri UT kalau dana kita sedang rugi. Cuba fahamkan situasi kenapa rugi. Ade potensi untuk untung tak atau memang takkan untung.
Dah buat analisa, boleh dah buat sebarang keputusan.
Normal, kita sebagai manusia akan sentiasa highlight benda buruk dari benda baik. Ramai je yang sedang untung berlipat kali ganda dalam pelaburan UT ni. Kena ade strategi. Agent mungkin cuma boleh advise, tapi pelabur sendiri yang perlu buat keputusan.
Berbalik kepada topik, UT mana yang berbaloi sekarang? Bergantung pada situasi semasa. Macam skrg kita tau industri O&G tengah out, ramai je pelabur UT cari dana berkaitan O&G. Tapi tetap terpulang pada strategi masing2.
Tapi UT tetap salah satu kaedah untuk jana keuntungan yang tinggi dalam pasaran kewangan.
betul tu,..melabur unit trust perlu ada pengetahuan dan Strategi,..jika tidak sila cari agen yg mampu guide dan memilih fund yg tepat...utk 1st quarter 2017 ada dana2 yg sudah mencapai return 7-8%. ada dana yg perlu dijauhi...Bakal2 pelabur kalo nk tahu boleh wa sy..
__________________ Ingin melabur? -> Kembangkan KWSP acc1 & Saving anda dengan kadar 10~18% setahun (patuh syariah, free insurans)
Whatsapp 018 7914909