Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Sports > Soccer > Sports Talk : Soccer (Locals)

Recommended Brokers

CG Sponsors



CG Updates
0 Reverting back old theme
Last Post: CariGold
Posted On: 06-05-2017
Replies: 0
Views: 1,824
0 CariGold new theme version - and more features are coming!
Last Post: niagafx
Posted On: 06-05-2017
Replies: 538
Views: 10,681
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 19,668
More...
  #5581  
Old Yesterday, 05:29 PM
juhan juhan is offline
Active Member

juhan's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2010
Posts: 2,392
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 14
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Knp guera yg ganti tmpt safiq? Tendang corner pun dia. Free kick pun dia. Semua x jadi. Takkan mora x study benda ni. Apa yg mora buat ni sbnrnya.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #5582  
Old Yesterday, 05:36 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 105,539
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 3255
Active Level
My Mood:
Default

KAFA sudah terima bayaran perpindahan Ghaddar

Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5583  
Old Yesterday, 05:37 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 105,539
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 3255
Active Level
My Mood:
Default

Ceres-Negros FC
Yesterday at 14:28

There already high ticket demand has significantly increased for the JDT match and while we would want everyone to watch, the stadium capacity has remained the same. We would like to request for your patience as we finalize the details for ticket distribution. Tickets will be given out this weekend with specific information to be announced soon.

Thank you for your continuing support in the AFC Cup and the forthcoming PFL matches.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5584  
Old Yesterday, 09:46 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 105,539
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 3255
Active Level
My Mood:
Default

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERANGKAT PULANG KE JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat pulang ke Johor pada 25hb Mei 2017. Allah Peliharakan Sultan.






Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5585  
Old Yesterday, 09:49 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 105,539
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 3255
Active Level
My Mood:
Default

MAJLIS RAMAH MESRA PEMAIN AKADEMI BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM

Satu majlis ramah mesra serta makan malam barbeku antara pemain Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama para pegawai serta barisan kejurulatihan telah diadakan pada 24hb Mei 2017 di perkarangan asrama akademi di Rumah Rakyat Iskandar Malaysia (PRISMA), Lima Kedai, Gelang Patah, Johor Bahru. Majlis ramah mesra ini merupakan acara penutup sebelum para pemain bercuti panjang sempena ketibaan bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Kapten Mohd Fahmy Bin Yahya, Setiausaha Kehormat JDT, Pegawai Pembangunan PBNJ, En K.Sukumaran, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Shaharudin Bin Sharif, Pengarah Akademi, Jovi Carrascosa Requena, Pengurus Pembangunan Bolasepak Belia, Gonzalo Sanz Zaballos, serta beberapa wakil Pegawai Pendidikan dan pengurusan PRISMA. Luaskan Kuasamu Johor.



Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5586  
Old Yesterday, 10:49 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 105,539
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 3255
Active Level
My Mood:
Default


..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5587  
Old Today, 12:49 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 105,539
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 3255
Active Level
My Mood:
Default

Apabila bersatu, kita menjadi sesuatu yang lebih hebat.
----
Together, we become something bigger.


Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5588  
Old Today, 12:50 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 105,539
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 3255
Active Level
My Mood:
Default

yela tu. ghaddar gelecek sorang2 je pecite
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5589  
Old Today, 01:00 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 105,539
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 3255
Active Level
My Mood:
Default

GHADDAR PILIH KEON SEBAGAI PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK PERNAH DIHADAPINYA



Setibanya kami di Hotel Hilton Petaling Jaya untuk membuat liputan Anugerah Pemain Liga Super Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my Bulan April 2017, Mohammad Ghaddar kelihatan sibuk.

Ditemani oleh ejen dan Benjamin Mora, Ghaddar tenang melayan satu demi satu permintaan media untuk menemuramah dan mengambil gambarnya. Sampai giliran kami Ghaddar ramah menyapa, “How are you doing, my friend?”.

Untuk berlaku jujur, ini kali pertama kami bertemu penyerang paling tajam di Liga Super ketika ini. Mungkin beliau (dan orang Arab lain) suka memanggil semua orang sebagai ‘my friend’.

Tak mahu dirakam video

Sebelum memulakan temuramah, kami memulakan perbualan kasual untuk membuatkan Mohammad Ghaddar selesa.

“Segalanya berjalan dengan lancar di sini,” jawab Ghaddar tersenyum ketika kami bertanya bagaimana transisi hidupnya dari Kelantan ke JDT berjalan. Ghaddar turut menjelaskan tawaran menyertai JDT adalah sesuatu yang sukar ditolak oleh mana-mana pemain di Malaysia.

Melihat penyerang kelahiran Lubnan ini sudah selesa, kami meminta izin penyerang Lubnan ini untuk berpindah ke set rakaman video yang kami sediakan.

“Oh tak boleh. Tak boleh,” jawab Ghaddar. Kami cuba memujuknya, “Ia (temuramah) hanya mengambil masa 5 minit. Hanya 5 minit.” Tetapi Ghaddar bertegas tidak mahu masuk dalam video.

“Bahasa Inggeris saya tak berapa bagus. Anda boleh temuramah saya begini (membuat isyarat tangan menulis). Tetapi bukan di sana (menunjukkan tangannya ke arah set kami).”

Tiada apa yang kami boleh buat. Maaf, pembaca-pembaca semua. Kami perlu hormati permintaannya.


11 idaman Ghaddar

Pada mulanya, Ghaddar memilih formasi 4-3-3 sebagai formasi pilihan pasukan idamannya. Tetapi dipertengahan temuramah, beliau menukar ke formasi 3-4-3. Semuanya gara-gara seorang pemain tengah tempatan di Kelantan.

Siapa pemain tersebut? Ikuti pilihan Ghaddar dan mengapa di bawah:

Penjaga gol

1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

“Apek mempunyai segala ramuan sebagai penjaga gol. Fizikalnya baik. Kemahirannya pun bagus. Tetapi yang paling bagus sekali tentang Apek adalah cara beliau menyusun organisasi pertahanan kami di Kelantan.”

Pertahanan tengah

2. Marcos Antonio (JDT)

“Siapa nama pemain JDT yang berjersi no.6?” tanya Ghaddar kepada kami. Ternyata beliau masih belum kenal nama semua rakan sepasukannya yang baru. “Yes. Yes. Marcos. Pemain hebat!” kata Ghaddar sebaik sahaja kami menjawab soalannya.

“Badannya dibina seperti kereta kebal. Saya beruntung Marcos kini merupakan rakan sepasukan saya. Bukan lawan saya.”

3. Mamadou Danso (Kelantan)

“Semasa di Kelantan, saya sengaja memilih untuk bermain menentang Danso dalam latihan. Danso memberi saya peluang untuk mendapat situasi perlawanan sebenar ketika dalam latihan. Sukar untuk melepasinya.”

4. Khairul Helmi Johari (Kedah)

Sama ada Ghaddar banyak minum air semut atau beliau memang tak pandai ingat nama orang, penyerang baru JDT ini sekali lagi bertanya, “Siapa kapten Kedah yang bermain di pertahanan?”

“Keon,” jawab kami.

“Oh ya. Bagi saya beliau adalah pemain pertahanan terbaik pernah saya hadapi di Malaysia. Kelebihannya adalah dia bijak mengagak strategi saya.”

Sayap kanan

5. Baddrol Bakhtiar (Kedah)

“Teknik beliau antara yang terbaik pernah saya lihat di Malaysia. Hantaran lintang, sepakan percuma, rembatan jarak jauh, hantaran pendek, hantaran jauh – semuanya dilakukan oleh beliau dengan sempurna.”

Tengah

6. Margaro Gomis (Kelantan)

“Margaro adalah sebab utama saya tak perlu risau tentang pertahanan ketika saya bermain di Kelantan. Memiliki Margaro umpama memiliki polisi insuran dalam pasukan.”

7. Safiq Rahim (JDT)

“Dalam latihan, Safiq tidak pernah menurunkan intensitinya. Apa yang anda lihat semasa perlawanan, itulah Safiq semasa latihan.”

Sayap kiri

8. Indra Putra Mahyuddin (Kelantan)

Indra adalah satu-satunya pemain yang membuatkan Ghaddar mahu bertukar dari 4-3-3 kepada 3-4-3 sebagai formasi pilihannya.

“Boleh tak saya pilih 3 pertahanan sahaja?” tanya Ghaddar kepada kami. Sudah tentulah kami membenarkannya. “Sebab saya tak boleh tinggalkan Indra dalam senarai pilihan saya,” jelasnya lagi.

“Perkara yang saya paling suka tentang Indra adalah beliau pemain lengkap. Beliau ada teknik, fizikal, laju, mempunyai kekuatan mental dan boleh menjaringkan gol dari mana-mana.”

Penyerang

9. Mohammad Ghaddar (JDT)

“Saya perlu letakkan diri saya. Siapa lagi penyerang terbaik di Malaysia selain saya,” jawab Ghaddar bangga sebelum ketawa besar.

10. Matheus Alves (Pahang)

“Pemain Pahang berjersi no.29 merupakan penyerang yang sangat berbahaya. Fizikalnya kuat, tekniknya bagus dan laju pula. Beliau adalah nama pertama yang saya fikirkan bila anda (Semuanya BOLA) mahu saya buat temuramah 11 pemain idaman.”

11. Gabby Guerra (JDT)

“Gabby boleh menggelecek bola walaupun anda kawal (man-mark) beliau selama 90 minit. Saya tak sedar kehebatannya sehinggalah saya melihat sendiri apa yang beliau lakukan semasa latihan. Menakjubkan. Sangat menakjubkan.”


Jadi inilah 11 pemain idaman Ghaddar dalam liga Malaysia selepas ditemuramah kami semalam.

Rata-rata pemain dipilihnya dari Kelantan dan JDT. Tetapi ia satu pujian terbesar buat Khairul Helmi Johari dan Matheus Alves kerana dua nama ini cukup disanjung Ghaddar.


https://semuanyabola.com/ghaddar-pilih-keon-terbaik/
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 07:43 AM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you