Quote:
Originally Posted by fatah
Bagaimana nak upload font baru ke blog? Kerana bila saya guna setengah font di word kemudian paste ke blog, dia tak support font tersebut.
|
umang aih...
komputer orang ada tak font tu?
kalau font yang generic macam Arial, Times, semua orang yang pakai windows ada font tu.
Kalau orang tu pakai Mac, dan kau pulak set font Arial, dekat Mac tak ada Arial. Tapi sebab kat Mac ada font yang serupa dengan Arial bernama Helvetica, maka browser di Mac faham dan gantikan sebarang perujukan kepada Arial dengan perujukan kepada Helvetica.
Kalau font yang hang specify tu tak ada dalam sistem orang lain, hang sorang je nampak content dirender dalam font tu.
Dah tu computer nak render macam mana, dia mana tau font tu macam mana rupa.
Kalau zaman dulu, kita boleh embed font apa-apa ke dalam website, tapi kita kena upload font tu ke server.
Setiap kali browser orang capai site kita, dia akan download font tersebut secara automatik.
Tapi benda ni melecehkan sebab kalau kita dah visit 1000 website yang pakai font berbeza, dalam OS kita akan ada 1000 font.
gila la, lembab la komputer.
Lagi pun, sebelum browser download dia akan tanya kita dulu, nak layan ke tak instruction dari website tersebut yang suruh kita download font.
Leceh, orang tak suka.
Sekarang benda ni dah tak boleh buat... Dah dipangkas dari spec HTML.
Sekarang orang pakai teknologi webfont.
Google ada buat servis webfont.
Gi google pasal Google Webfont.
Kalau nak buat webfont sendiri boleh, tapi kena convert font dari Open Type atau True Type kepada beberapa format font untuk webfont.
Setiap browser guna standard format font berbeza.
biasanya orang embed sampai 4 format font kat dalam CSS untuk webfont...
Kau google la sendiri.
Atau kalau buat design, guna apa font yang "websafe".
Seberapa baguskah pengetahuan anda dalam Typography?
Tidak semua font sesuai untuk semua benda.
Ada font yang sesuai hanya untuk title.
Ada yang sesuai hanya untuk teks yang padat.
Ada yang hanya diguna sebagai elemen grafik.
Do you know what is kerning? lead?
In a non monospace font, macam mana kita nak kata font itu font yang di-design dengan baik atau font sampah?
Banyak font percuma di internet yang bugged, penuh kesilapan dalam typography yang membuatkan teks jadi illegible.
Aku cakap panjang-panjang ni sebab ramai orang baru yang suka pakai font macam-macam dalam design yang sebenarnya counter-intuitive kepada misi keberadaan dokumen yang hendak dihasilkan.
ie. Guna font sedia ada adalah lebih baik kerana font-font tersebut adalah teruji dan popularnya ia adalah kerana ia sempurna.
contoh, Arial tu sendiri ciplakan dari Helvetica.
Helvetica famous sedunia kerana ia menyelesaikan banyak masalah typography.
So kenapa nak lari dari Helvetica/Arial?
Kalau nak on jugak guna font custom, sila google "Google Webfont" atau "Webfont" itu sendiri.