Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!

Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) > Stock Counters

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 10-10-2014, 03:29 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 128,961
Active Level
My Mood:
Default Kaunter MBSB (1171) aktif selepas berita penggabungan

Quote:
as at 3:28pm RM2.63 (+26sen), low 2.55, high 2.65, vol 42juta

KUALA LUMPUR: Saham Malaysia Building Society Bhd (MBSB) meningkat 9.7 peratus atau 23 sen kepada RM2.60 berikutan berita penggabungan tiga hala.

Kaunter diniagakan aktif dengan 32.97 juta saham bertukar tangan sehingga pada 12.06 tengah hari.

Mengenai penggabungan mega CIMB Group Holdings Bhd (CIMB)-RHB Capital Bhd. (RHB)-MBSB, penganalisis berpendapat pemanfaat utama ialah MBSB, dengan potensi pilihan tunai pada RM2.82 sesaham selepas ia dijadikan syarikat persendirian.

Ketiga-tiga pihak semalam mengumumkan bahawa permohonan telah dibuat kepada Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan kelulusan bagi penggabungan tiga hala melibatkan pertukaran saham antara CIMB Group dan RHB Capital, manakala MBSB dijadikan syarikat persendirian pada RM2.82 sesaham.

Pemegang saham MBSB akan mempunyai pilihan untuk menerima tunai atau saham CIMB Islamic Bank (CIB) sebagai pertimbangan.

Maybank Investment Bank Research, dalam kenyataan, berkata cadangan itu adalah positif bagi MBSB dan ia mempunyai kenaikan 19 peratus kepada harga saham semasa atau saham tidak disenaraikan dalam CIB.

Firma penyelidikan itu turut menaikkan saranannya bagi RHB kepada "beli" daripada "pegang", dan meningkatkan harga sasaran kepada RM10.45 dan melihat perjanjian itu sebagai neutral bagi CIMB.

Kenanga Research berkata, MBSB merupakan pemanfaat utama dalam perjanjian itu apabila RM2.82 nilai saksama kepada sahamnya mengatasi harga sasaran ringgit RM2.65 sebanyak 6.4 peratus dan 19 peratus melebihi harga pasaran semasa.

CIMB Islamic, RHB Islamic dan MBSB akan bergabung untuk membentuk sebuah bank Islam mega, kata Kenanga Research.

"Risiko utama pada ketika ini ialah kelulusan kawal selia, hak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengundi berhubung perjanjian itu dan penerimaan dana pelaburan yang berpangkalan di Abu Dhabi, Aabar Investments (Aabar)," kata Maybank Investment Bank Research.

Setakat pada 12.06 tengah hari, saham CIMB Group Holdings Bhd dan saham RHB Capital, masing-masing diniagakan pada RM6.725 (susut 25 sen) dan RM8.87 (naik 17 sen).

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/...lisis-45725?cp
Reply With Quote
Thanks dzul thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 11-10-2014, 02:50 PM
m_radd m_radd is offline
Active Plus

m_radd's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2013
Posts: 2,519
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 42
Active Level
Default

tade siapa nak komen ke....aku beli kaunter ni....sampai TP 2.82...aku blah jual....syarikat MBSB sudah lama bertapak dlm negara...akan rasa kehilangan jika MBSB bergabug dgn bank2 tu...mcm tak logik pun ada sebab aku rasa MBSB bukanlah berstatus bank sepenuhnya
Reply With Quote
  #3  
Old 11-10-2014, 05:25 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 128,961
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by m_radd View Post

TP mana bro? tgk isnin ni klo dpt 2.70 ak blah jela

Attached Images
File Type: jpg mbsb.jpg (52.2 KB, 147 views)
Reply With Quote
  #4  
Old 11-10-2014, 05:34 PM
m_radd m_radd is offline
Active Plus

m_radd's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2013
Posts: 2,519
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 42
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by TT View Post
TP mana bro? tgk isnin ni klo dpt 2.70 ak blah jela

TARGET PRICE 2.82...itu harga terakhir rasanya lepas tu mungkin kaunter mbsb delist kot...2.70 mcm rendah sgt...beribu org q lg tue...aku tunggu declare dividen samada dpt atau tidak...kalau ada dibayar pada bulan 11...aku dah lama pegang kaunter MBSB....dekat 3tahun...byk untung kaunter ni...harap2 tak jadi gabung tapi tak mungkin....last step aku mungkin jual (lepas dpt dividen, jika ada)...dan beli kaunter [email protected] pilih CIB tu...tak phm sgt aku call tanya Remisier aku nti
Reply With Quote
  #5  
Old 11-10-2014, 05:40 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 128,961
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by m_radd View Post
TARGET PRICE 2.82...itu harga terakhir rasanya lepas tu mungkin kaunter mbsb delist kot...2.70 mcm rendah sgt...beribu org q lg tue...aku tunggu declare dividen samada dpt atau tidak...kalau ada dibayar pada bulan 11...aku dah lama pegang kaunter MBSB....dekat 3tahun...byk untung kaunter ni...harap2 tak jadi gabung tapi tak mungkin....last step aku mungkin jual (lepas dpt dividen, jika ada)...dan beli kaunter [email protected] pilih CIB tu...tak phm sgt aku call tanya Remisier aku nti
jadi merge. let say klo nk let go, jual jgn lepas div, sebelum exdate or hari last exdate. lepas div price drop

klo 3tahun lepas harga 1.xx la.

div stock ni kecik. bape sen sgt. target price appreciation
Reply With Quote
Thanks m_radd thanked for this post
  #6  
Old 11-10-2014, 05:42 PM
lantana lantana is offline
Active Plus

Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2012
Posts: 4,036
Thanks (Received): 24
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by m_radd View Post
tade siapa nak komen ke....aku beli kaunter ni....sampai TP 2.82...aku blah jual....syarikat MBSB sudah lama bertapak dlm negara...akan rasa kehilangan jika MBSB bergabug dgn bank2 tu...mcm tak logik pun ada sebab aku rasa MBSB bukanlah berstatus bank sepenuhnya
Aku pun berkongsi rasa dgn hang.Tp,apa nak buat,jerung2 tu semua tak berkongsi rasa dgn kita.Sob...sob.
Reply With Quote
  #7  
Old 11-10-2014, 05:46 PM
m_radd m_radd is offline
Active Plus

m_radd's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2013
Posts: 2,519
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 42
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by TT View Post
jadi merge. let say klo nk let go, jual jgn lepas div, sebelum exdate or hari last exdate. lepas div price drop

klo 3tahun lepas harga 1.xx la.

div stock ni kecik. bape sen sgt. target price appreciation
ye betul sebelum exdate...samada ambil cash @ tukar ambil CIB tu @ beli kaunter lain...kalo drop pun sikit je tak jejas pun sebab harga pertama aku beli MBSB sangat rendah hehe tq
Reply With Quote
  #8  
Old 11-10-2014, 05:50 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 128,961
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by m_radd View Post
ye betul sebelum exdate...samada ambil cash @ tukar ambil CIB tu @ beli kaunter lain...kalo drop pun sikit je tak jejas pun sebab harga pertama aku beli MBSB sangat rendah hehe tq
tp news merge dh keluar ni mmg esok2 xkan dpt harga mcm ni lg

2.80 buang je
Reply With Quote
  #9  
Old 11-10-2014, 05:56 PM
m_radd m_radd is offline
Active Plus

m_radd's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2013
Posts: 2,519
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 42
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by lantana View Post
Aku pun berkongsi rasa dgn hang.Tp,apa nak buat,jerung2 tu semua tak berkongsi rasa dgn kita.Sob...sob.
negara akan kehilangan sebuah bank berlogo rumah biru tak lama lagi
Reply With Quote
  #10  
Old 11-10-2014, 05:59 PM
m_radd m_radd is offline
Active Plus

m_radd's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2013
Posts: 2,519
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 42
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by TT View Post
tp news merge dh keluar ni mmg esok2 xkan dpt harga mcm ni lg

2.80 buang je
risau pulak aku karang dah SELL no turning back pulak...tunggu market open nanti lah bro
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump