Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 10-08-2017, 08:48 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,168
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8055
Active Level
My Mood:
Default Suami isteri maut dihentam tayar lori tercabut

Quote:

MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO Amran Yahya




SUAMI isteri maut apabila dua tayar lori sarat membawa pasir tercabut lalu merempuh motosikal dinaiki mereka di Kilometer 10, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, berdekatan Ladang Juasseh, hari ini.

Kejadian 10.55 pagi itu menyebabkan Azizan Sahari, 43, dan isteri Nor Baiti Awang, 44, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika pasangan terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Putra, sebaik mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Juasseh.

Sebaik tiba di lokasi, dua tayar bahagian tengah lori dipercayai seberat 150 kilogram tercabut lalu merempuh motosikal pasangan itu dari arah bertentangan.

Rempuhan itu mengakibatkan mangsa tercampak ke pagar berduri milik Ladang Juasseh manakala tayar berkenaan terpelanting ke kiri jalan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abd Wahab berkata, polis sudah mengambil keterangan pemandu lori berusia 49 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 198.

"Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk bedah siasat," katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017...-lori-tercabut

Quote:

Mangsa, Azizan Sahari (kiri) dan Nor Baiti Awang (kanan). - UTUSAN ONLINE

KUALA PILAH 10 Ogos - Sepasang suami isteri meninggal dunia dipercayai terkena hentaman dua buah tayar lori yang tercabut ketika mereka menaiki sebuah skuter di Kilometer 10 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir dekat sini hari ini.

Mangsa, Azizan Sahari, 42, dan isterinya, Nor Baiti Awang, 44, dalam perjalanan pulang dari Klinik Kesihatan Juasseh yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka di Taman Putra menaiki skuter jenis Yamaha Ego dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi.

Azizan yang bekerja sendiri di Batu Kikir dan isterinya yang merupakan pekerja pembersihan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang saksi yang enggan dikenali mendakwa, dia melihat sebuah lori yang sarat muatan pasir sedang bergerak dari arah Batu Kikir ke Kuala Pilah di jalan tersebut sebelum kemalangan itu berlaku.

"Tiba-tiba dua buah tayar sebelah kanan lori itu tercabut dan melantun ke arah mangsa yang menaiki motosikal di jalan bertentangan. Akibatnya, kedua-dua mangsa tercampak ke pagar duri sebuah ladang di tepi jalan berkenaan," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abd Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, namun siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori berkenaan dibebaskan selepas keterangannya diambil oleh pihak polis.


http://www.utusan.com.my/berita/naha...#ixzz4pM5JSb97

Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kedua-dua mangsa mempunyai tiga anak lelaki dan dua anak perempuan masing-masing berusia antara 12 hingga 22 tahun.



Ahli keluarga mangsa kemalangan tidak dapat menahan sedih di tempat sepasang suami isteri yang maut terkena lantunan tayar dari sebuah lori sewaktu mereka menaiki sebuah skuter di Kilometer 10, Jalan Kuala Pilah - Batu Kikir dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam.


Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 10-08-2017, 08:57 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 23,600
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 827
Active Level
My Mood:
Default

innalillah kesian
maut disebabkan org lain (walau akui ajal maut ditangan Allah)

ni disebabkan kurang penyelengaraan lori la ni, sampai dua tayar lori tercabut
__________________
Reply With Quote
  #3  
Old 10-08-2017, 09:46 PM
pudins70 pudins70 is offline
Active Plus

pudins70's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2011
Posts: 4,818
Thanks (Received): 8
Likes (Received): 62
Active Level
Default

Lori yang diperiksa PUSPAKOM 6 bulan sekali pun boleh tercabut tayar, hu..hu..sajalah.
Reply With Quote
  #4  
Old 10-08-2017, 10:03 PM
dloanman dloanman is offline
Legendary Member

dloanman's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2012
Posts: 10,780
Thanks (Received): 27
Likes (Received): 79
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

salam tkziah kpd keluarga simati & alfatihah
Reply With Quote
  #5  
Old 10-08-2017, 11:01 PM
kopirait kopirait is online now
CG Top Poster Club

kopirait's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Apr 2010
Location: -- .- ...
Posts: 23,682
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 108
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

driver lori pasir ni takdanya yang bawak perlahan.
mana tak punah lori.
__________________
Reply With Quote
  #6  
Old 11-08-2017, 07:05 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,168
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8055
Active Level
My Mood:
Default

Kedua-dua mangsa mempunyai tiga anak lelaki dan dua anak perempuan masing-masing berusia antara 12 hingga 22 tahun.



Ahli keluarga mangsa kemalangan tidak dapat menahan sedih di tempat sepasang suami isteri yang maut terkena lantunan tayar dari sebuah lori sewaktu mereka menaiki sebuah skuter di Kilometer 10, Jalan Kuala Pilah - Batu Kikir dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam.


Last edited by TT; 11-08-2017 at 08:31 PM..
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #7  
Old 11-08-2017, 07:11 AM
Jalapeno Jalapeno is offline
Active Plus

Jalapeno's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2015
Posts: 3,176
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 31
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
Reply With Quote
  #8  
Old 11-08-2017, 07:26 AM
sfauzie sfauzie is offline
Active Plus

sfauzie's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Dec 2007
Location: Big River
Posts: 3,790
Thanks (Received): 10
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...harap2 ahli keluarga arwah saman kecuaian pemandu dan pemilik lori...sama mcm kes kat tempat aku ni...batang shaft lori pasir tercabut kena suami isteri yg naik motor...laki bini kena potong kaki sampai paras peha...menang saman dekat 1 juta...wpon proses lama hampir setahun...paling tidak ada dana untuk sara diri.
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #9  
Old 11-08-2017, 07:27 AM
oldtbone oldtbone is offline
Super Active

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 7,160
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 349
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by kopirait View Post
driver lori pasir ni takdanya yang bawak perlahan.
mana tak punah lori.
biasalah kejar trip cari makan bos..tp x pikir keselamatan org lain..
lagi2 yg ada sticker pelik2 kat cermin..sudah kawtim byr bulan dan tonto backup..
pnh keluar beluti sbb dia memandu kurang ajar..elok singgah minum kat warung malam nya..
dtg kawan yg berkaitan dgn lori pasir tepuk bahu dan belanja minum..
dah faham lah tu maksudnya..'rileks2 dah la bang kitaorg cari makan'..

takziah ..semoga dipermudahkan segala urusan keluarga mangsa
Reply With Quote
  #10  
Old 11-08-2017, 08:09 AM
anuarul anuarul is offline
CG Top Poster Club

anuarul's Avatar
 
Trader Rating: (55)
Join Date: Jan 2009
Posts: 25,990
Thanks (Received): 76
Likes (Received): 7
Active Level
Default

allah. kesian juga keluarga...
__________________
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA!!!! PM PM PM!!
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA!!!! PM PM PM!!
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA!!!! PM PM PM!!
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA!!!! PM PM PM!!
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold