Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 06-08-2017, 07:19 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 111,129
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 6049
Active Level
My Mood:
Default Kelab Atheist KL didakwa turut dianggotai orang Islam

Quote:




Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jika perhimpunan itu menggugat soal akidah umat Islam, kerajaan mempunyai undang-undang di bawah Enakmen Jenayah Syariah di peringkat negeri-negeri dan Pusat bagi membolehkan tindakan segera diambil.
KUANTAN: Kerajaan akan menyiasat dakwaan kewujudan Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang turut dianggotai orang Islam seperti diviralkan di media sosial, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perkara itu sememangnya membimbangkan sekiranya ia benar-benar berlaku kerana ia membabitkan usaha memesongkan akidah umat Islam dan boleh menggugat kestabilan.

"Kalau ia menggugat soal akidah umat Islam, kuasa menguatkuasakan sudah ada di bawah enakmen jenayah syariah di peringkat negeri masing-masing manakala di peringkat Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Kerajaan akan memantau dakwaan ini kerana ia satu perkara serius dan membabitkan akidah seseorang umat Islam itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid, Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah dan Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim.

Beliau mengulas kebimbangan orang Islam mengenai kewujudan 'Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur' termasuk di kalangan orang Islam yang secara terang-terangan menyertai perjumpaan kumpulan itu yang viral, baru-baru ini.

Atheist adalah individu yang menyatakan diri mereka tidak bertuhan dan mengamalkan kehidupan bebas tanpa batasan.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, selain tindakan undang-undang, kerajaan juga akan menjalankan sesi penerangan dan pendidikan bagi mengembalikan semula akidah umat Islam yang terpesong dengan atheist.

"Ia dilakukan sejak dulu lagi, di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi kita ada guru mengajar mata pelajaran agama yang menjadi komponen terpenting dalam pengukuhan akidah.

"Di samping itu, bagi menangani isu-isu semasa berkaitan akidah, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi agama di peringkat Persekutuan sentiasa bekerjasama dengan agensi peringkat negeri bagi menganjurkan pelbagai program," katanya.


http://www.bharian.com.my/berita/nas...an-orang-islam
Quote:
Bangga sertai Kelab Ateis KL



KUALA LUMPUR – Selepas netizen tempatan gempar dengan program iftar gay di ibu negara pada Ramadan lalu, kali ini pengguna media sosial dikejutkan pula dengan himpunan ateis Malaysia.


Program tahunan kelab tersebut yang dikenali sebagai The Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur atau dalam bahasa Melayunya ‘Kedutaan Republik Ateis di Kuala Lumpur’ didakwa diadakan secara tertutup baru-baru ini.

Perkara itu turut disiarkan laman Facebook rasmi Atheist Republic yang mendakwa merupakan sebuah badan tanpa keuntungan dan berpangkalan di Kanada serta diasaskan oleh Armin Navabi, seorang lelaki kelahiran Tehran, Iran.

Sebuah portal tempatan, menara.my yang banyak menyiarkan artikel berkaitan isu-isu Islam di seluruh dunia ada melaporkan, antara peserta perjumpaan itu adalah terdiri daripada remaja Melayu berdasarkan raut wajah mereka.

Kisah mereka tular apabila kumpulan ini ceria memuat naik berhubung aktiviti himpunan itu pada pukul 2.30 pagi 3 Ogos lalu dengan keterangan gambar yang menceritakan kejayaan program tersebut konon sebagai satu letupan!

Keanggotaan pertubuhan rahsia ini bagaimanapun tidak terbatas kepada mana-mana bangsa atau latar belakang diri, malah hanya mengenakan satu syarat seragam iaitu mereka perlu yakin bahawa Tuhan tidak wujud di alam ini!

Paling menyedihkan ramai netizen tempatan apabila majoriti ahli kumpulan ini pula terdiri dari kalangan orang Melayu murtad yang dengan bangga menggelarkan diri mereka itu sebagai ‘bekas Muslim’ atau pun ‘ex-Muslim’.

Status gambar tersebut menerima lebih 500 tanda sokongan selain hampir 100 perkongsian serta puluhan komen netizen yang kutuk ‘keras’ kumpulan berkenaan sebagai biadab dan sudah rosak pegangan agama mereka sendiri.

Maklumat berhubung lokasi dan waktu perjumpaan itu tidak disiarkan mungkin kerana faktor keselamatan tetapi ia bakal dikongsi bersama dalam satu kumpulan tertutup khas menerusi akaun Facebook yang ditetapkan kemudian.

Menurut menara.my, organisasi itu diuruskan Armin yang sejak kecil lagi, pendedahan kepada amalan agama adalah cukup minimum kerana beliau secara kebetulan memang dilahirkan dalam sebuah keluarga Muslim liberal.

Kedua-dua ibu bapanya bahkan tidak mengamalkan ajaran Islam di dalam ibadah mahupun kehidupan harian serta langsung tidak pernah menunaikan solat. Armin kemudian aktif menerbitkan karya penulisan berbaur anti-Tuhan.

Ia berlaku setelah beberapa ketika akibat gagal dalam percubaan bunuh diri semasa usia 12 tahun. Armin semakin angkuh percaya bahawa Tuhan itu tidak wujud. Bermula pada 2011, dia telah mewujudkan satu laman Facebook.

Uniknya, ia diasaskan untuk kelompok ateis di seluruh dunia. Sekarang gerakan ini berjaya menjejaki mereka yang tolak kewujudan Tuhan dan memiliki lebih 1.7 juta pengikut tegar aktif di Facebook. – Agensi


http://www.mynewshub.cc/utama-sensas...elab-ateis-kl/

Update #9

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ateis Islam disoal siasat polis Malaysia, lapor akhbar Australia

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya seorang Islam, yang dikatakan berpandangan ateistik, disoal siasat polis dan pihak berkuasa agama.


Menurut laporan The Australian, lelaki itu disoal polis untuk tempoh yang lama dan diminta untuk menyerahkan telefon dan akaun Facebook.

Laporan mengenai penyusupan Islamisasi ke dalam masyarakat Malaysia memetik seorang Islam yang berpandangan ateis secara peribadi melaporkan pihak berkuasa memburu orang Islam yang berfikiran ateis.

Lelaki itu, yang diberi nama Zahari bagi melindungi identitinya, merupakan ahli kelab ateis yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Kelab itu terpapar di media tempatan baru-baru ini apabila sekeping gambar yang dimuat naik di Facebook menunjukkan ahli kelab atas talian itu tersenyum di suatu himpunan yang jarang berlaku.

Pada 6 Ogos, kerajaan berkata siasatan akan dilakukan terhadap mana-mana orang Islam yang menyertai Atheist Republic cawangan Kuala Lumpur. Atheist Republic merupakan pertubuhan yang diasaskan di Kanada.

Zahari memberitahu The Australian bahawa pihak berkuasa menumpukan salah seorang ahli kumpulannya dengan harapan dia “akan lemah dan melaporkan maklumat kami”.

Beliau berkata lelaki itu disoal siasat oleh polis dan anggota jabatan hal ehwal agama Islam. Zahari mendakwa jabatan itu mengancam untuk membicarakan lelaki itu di mahkamah syariah atas tuduhan murtad dan akan meyakinkan isteri untuk membatalkan perkahwinan mereka.

“Di sini tidak ada ruang untuk berbincang secara baik apabila ia bersangkut paut dengan agama. Kami bernasib baik mempunyai undang-undang sekular dan ada orang masih mempertahankan undang-undang itu. Tetapi saya tidak pasti berapa lama ia akan bertahan.

“Perkembangan ini sepintas menunjukkan bagaimana masyarakat (Islam) sederhana bertukar konservatif,” kata Zahari.

Zahari berkata beliau berhati-hati tidak diambil gambarnya tempoh hari, tetapi beliau lebih berwaspada sejak kebelakangan ini.

Menurut laporan itu, beberapa orang dalam gambar itu menerima ancaman bunuh dan menyembunyikan diri, bimbang diserang pentaksub atau ditahan pihak berkuasa agama di salah satu pusat pemulihan agama di negara ini.

Minggu lalu, Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menggemparkan media dalam dan luar negara apabila beluau berkata ateis harus “diburu”. Beliau mendakwa mereka mencabul Perlembagaan Persekutuan.

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad dilaporkan berkata Islam memperuntukkan hukuman mati terhadap orang Islam yang meninggalkan agama untuk fahaman ateisme, jika mereka “keras kepala” dan enggan bertaubat.

Channel News Asia sebelum ini memetik seorang Islam yang mengamalkan ateisme sebagai berkata: “Saya bimbang. Saya sudah menerima sesuatu mungkin berlaku kepada saya…saya mungkin dibunuh.

“Saya katakan ini kerana saya melihat bagaimana melampaunya sesetengah orang, bagaimana kawan-kawan Facebook (boleh) menjadi ancaman kepada saya dengan komen mengatakan halal (dibenarkan) membunuh ateis, murtad…bagaimana teringinnya mereka membunuh supaya dapat ganjaran di syurga.”


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...bar-australia/
Update #8

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Khalid beri amaran kepada golongan ateis



KUALA LUMPUR: Polis hari ini memberi amaran kepada kumpulan ateis agar tidak menimbulkan kegelisahan rakyat Malaysia terutama umat Islam mengenai aktiviti mereka.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perlembagaan mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi dan bukannya ateisme.

“Kalau mereka terima ancaman yang merupakan pelanggaran undang-undang, kita akan menyiasat dan ambil tindakan,” katanya.

Baru-baru ini, pihak berkuasa melahirkan kebimbangan kewujudan sebuah kelab ateis yang turut dianggotai rakyat Malaysia berbangsa Melayu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim turut mengarahkan jabatan agama Islam di setiap negeri menangkap umat Islam yang terpengaruh dengan golongan ateis.

“Saya cadangkan kita buru habis-habisan dan kenal pasti puak-puak ini. Kepada mufti dan exco negeri (perlu) beri perhatian, walaupun mereka sedikit, kita kena berhemah,” katanya.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...olongan-ateis/
Update #7

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Boleh dikenakan tindakan jika sebar ateis: Jawi

SHAH ALAM - Penyebaran ajaran ateis boleh diambil tindakan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.


Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Abdul Aziz Jusoh berkata, ini kerana mana-mana ajaran, sama ada ateis dan sebagainya bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah tertolak dan tidak diterima dalam Islam.

“Malah, ia juga bercanggah dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

"Jawi akan meneruskan pemantauan berkaitan kegiatan ini di kawasan-kawasan tertentu di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur.

“Sekiranya mereka didapati menyebarkan ajaran, yang sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam kepada masyarakat, tindakan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah boleh diambil ke atas mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Abdul Aziz berkata, sekiranya didapati ada orang Islam di Wilayah Persekutuan yang terlibat, Jawi akan memanggil mereka untuk dinasihati.

“Ia supaya mereka tahu dan sedar bahawa tindakan mereka menyertai kelab tersebut boleh menjejaskan akidah,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...-jawi-1.717570
Update #6

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pendakwah celaru, kurang agama dorong ateis - Mufti



SHAH ALAM, 8 Ogos — Pendakwah yang bercelaru tentang agama antara penyebab wujudnya kumpulan yang tidak mempercayai Tuhan di kalangan umat Islam, kata mufti Perak.


“Golongan tidak percayakan Tuhan ini wujud kerana kurang pendidikan agama, manakala keluarga atau ibu bapa tidak memainkan peranan mereka.

“Di sekolah, mereka celaru dengan ilmu diperoleh,” kata Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilapor Sinar Harian.

“Pendakwah pun bercelaru, macam-macam ajaran dan pendapat sehingga timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam itu sendiri.”

Katanya, kurang pendidikan agama dan tanggungjawab keluarga juga mendorong anak-anak terjebak dalam perkara “merosakkan akidah, kemuliaan akhlak dan maruah”.

Beliau mengulas isu sebuah kelab ateis di Kuala Lumpur yang dianggotai umat Islam.

Foto yang didakwa pertemuan golongan terbabit dimuatkan di laman Facebook Atheist Republic.

Katanya disebabkan itu tidak hairan mengapa perkara sedemikian boleh berlaku kepada umat Islam sehingga mereka “tidak tahu memilih yang antara baik dan buruk”.

Beliau turut mempertikai dakwaan segelintir pendakwah yang mengatakan bahawa ajaran Islam daripada Allah dan nabi “bercanggah dengan keadaan semasa”.

“Inilah jadinya sehingga menyebabkan orang muda keliru,” katanya.


http://www.themalaymailonline.com/pr...a-dorong-ateis
Update #5

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kajian: Ramai anggap manusia senang ‘buat jahat’ kalau tak percaya Tuhan



LEXINGTON (KENTUCKY, AS): Suatu kajian mendedahkan golongan ateis (yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan) lebih mudah disyaki melakukan kejahatan berbanding penganut Kristian, Islam, Hindu atau Buddha, malah ia juga merupakan pengakuan sesama ateis sendiri.


Kajian itu menunjukkan dalam dunia yang semakin sekular, sebilangan besar – termasuk beberapa ateis – masih berpandangan manusia lebih mudah melakukan kesalahan melainkan mereka yang takutkan hukuman Tuhan.

Hasil kajian itu menunjukkan di seluruh dunia, “kepercayaan agama dipandang secara intuitif sebagai perlindungan yang diperlukan untuk mengawal tingkah laku yang tidak bermoral,” tulis penyelidik dalam jurnal Nature Human Behavior.

Ia mendapati “ateis secara umum dilihat berpotensi melakukan kekejaman dan perkara berbahaya.”

Kajian ini mengukur sikap lebih 3,000 orang di 13 negara di 5 benua, terdiri daripada negara “sangat sekular” seperti China dan Belanda serta negara yang mempunyai sejumlah besar penganut yang percaya pada Tuhan seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat dan India.

Negara tersebut mempunyai populasi yang kebanyakannya beragama Buddha, Kristian, Hindu, Islam atau tidak beragama.

Peserta diberi gambaran situasi rekaan di mana haiwan diseksa seperi kanak-kanak, kemudian membesar menjadi guru yang membunuh dan menyeksa 5 orang gelandangan.

Separuh daripada kumpulan itu berkata pelaku itu mungkin individu yang percayakan agama dan separuh lagi menjawab individu itu mungkin ateis.

Pasukan penyelidik juga mendapati peserta 2 kali mengandaikan pembunuh bersiri itu ialah ateis.

“Ia mengejutkan walaupun ateis kelihatan memegang kecenderungan anti-ateis yang intuitif sama,” kata penyelidik Will Gervais, seorang profesor psikologi di University of Kentucky di Lexington kepada AFP.

“Saya mengesyaki ini berpunca daripada kelaziman norma pro-agama yang mendalam. Malah di rantau yang pada masa ini agak sekular, orang masih melihat secara intuitif bahawa agama sebagai pelindung moral.”


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...percaya-tuhan/
Update #4

Quote:
Originally Posted by TT View Post

KDN diminta siasat dalang aties

KOTA BHARU – Suara Minda Pondok Kelantan menggesa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat siapakah dalang di sebalik kewujudan kumpulan Aties yang dipercayai untuk memecahbelah kaum Islam.


Ketua Penerangannya, Mohd Syamsul Mohd Yusoff Al Hafiz berkata, tindakan tersebut amat penting bagi mengetahui apakah niat sebenar penubuhan kumpulan tersebut yang mungkin ditaja oleh mana-mana pihak tertentu yang menjerumuskan kepada pengganas.

“Kita perlu tahu dasar sebenar penubuhan kumpulan ini yang mungkin diketuai mereka-mereka tertentu. Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai fitrah untuk beragama.

“Orang yang mendakwa bahawa dia tidak beragama atau Aties bukan bermakna mereka ini tiada fitrah untuk beragama tetapi kerana kedegilan dan jahil, " katanya di sini.


http://www.sinarharian.com.my/nasion...aties-1.715540
Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Apa salah kami? Kami cederakan orang?


Armin Navabi, pengasas Atheist Republic, menjelaskan kumpulan itu diwujudkan untuk saling mengenali dan sokong-menyokong di kalangan ateis. ― Foto ihsan Armin Navabi

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Kelab ateis rasa pelik dengan sikap kerajaan yang bercadang bertindak pada kumpulan itu yang bertemu di sini baru-baru ini.

“Tiada kerajaan yang menangkap anggota kami semata-mata kerana mereka bertukar-tukar fikiran,” kata pengasas Atheist Republic hari ini.

Armin Navabi juga berkata kumpulan itu mempunyai cawangan di setiap negara tetapi tiada negara cuba menghukum mereka.

“Apa yang mereka buat pada orang lain? Apakah mereka mencederakan orang lain,” kata lelaki kelahiran Iran itu kepada Malay Mail Online.

Atheist Republic, yang berpangkalan di Vancouver, Kanada, menarik perhatian ramai apabila tersebar foto pertemuan sekumpulan penyokong mereka di sini.

Foto berkenaan, yang dimuatkan di Facebook kumpulan itu pada 3 Ogos, disebarkan di media sosial mereka yang condong kepada aliran Islam.

Susulan itu, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam ingin bertindak pada umat Islam yang terlibat dengan cawangan kumpulan itu.

“Kerajaan akan memantau dakwaan ini kerana ia satu perkara serius dan membabitkan akidah seseorang umat Islam itu,” kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.


http://www.themalaymailonline.com/pr...ederakan-orang
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Anak Melayu ateis dikecam

SHAH ALAM - Tindakan sekumpulan anak Melayu beragama Islam menyertai kelab yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur dikecam banyak pihak.


Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, kewujudan golongan ini bukan sahaja memesongkan akidah umat Islam, tetapi melanggar prinsip Rukun Negara - Kepercayaan Kepada Tuhan.

Rizal berkata, laporan kewujudan golongan ini sesuatu yang mengejutkan, lebih-lebih lagi ada orang Melayu Islam yang secara terang-terangan menyertainya.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya kelab ini di Malaysia. Menyokong, menyertai atau berkempen untuk kelab ini merupakan satu pelanggaran kepada prinsip Rukun Negara dan seharusnya dikenakan tindakan," katanya dalam Facebook beliau.

Program tahunan kelab itu didakwa diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Perkara itu turut disiarkan laman Facebook rasmi Atheist Republic dan berpangkalan di Kanada serta diasaskan oleh Armin Navabi, seorang lelaki kelahiran Teheran, Iran.

Apa yang lebih memeranjatkan, ada anak Melayu dengan bangganya menggelar diri mereka ‘bekas Muslim’ atau ‘ex-Muslim’.

Pada asasnya keanggotaannya tidak terbatas kepada mana-mana bangsa cuma syarat paling utama adalah, ahlinya perlu yakin bahawa Tuhan tidak wujud.

Justeru, Rizal mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan keras terhadap penggerak serta pengikut pertubuhan ini.

"Kita perlu bertindak sebelum terlewat!" katanya.

Sementara itu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Abdul Rahim berkata, isu ini melibatkan akidah umat Islam terutama generasi muda.

“Trend ini banyak berlaku di barat apabila ramai memilih tidak percaya kepada Tuhan, tetapi di rantau ini, kita tahu masyarakatnya memang kuat beragama.

“Malah Rukun Negara kita meletakkan kepercayaan kepada Tuhan. Jadi, sebarang cubaan mempromosikan sesuatu yang tidak percaya kepada Tuhan perlu dipandang secara serius,” katanya.

Menurutnya, siasatan dan tindakan perlu diambil, lebih-lebih lagi jika menular dalam kalangan orang Islam.

“Sekiranya ada usaha untuk mempengaruhi orang Islam yang diperuntukkan haknya dalam perkara 3 dan perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, siasatan harus dijalankan.

Menurutnya, Abim bersedia mengadakan dialog dengan pihak berkenaan untuk memberi kefahaman lebih jelas mengenai isu akidah.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir pula berkata, penularan fahaman ateis mungkin berpunca daripada kuasa terhad pihak berkuasa agama untuk mengekangnya.

“Sebagai orang Islam, kita setuju sangat jika pihak terlibat diambil tindakan, tetapi sejauh mana kuasa pihak berkuasa agama kita?

“Pejabat-pejabat agama mungkin tahu kewujudan aktiviti sebegini, tetapi dari sudut penguatkuasaan agak sukar. Sebab itu, golongan ini semakin berani berkempen menyebarkan fahaman mereka,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/nasion...kecam-1.714624
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kumpulan gelar diri 'bekas Muslim'



SHAH ALAM - Sebuah pertubuhan ateis, Atheist Republic yang berpangkalan di luar negara dikatakan telah mengadakan perjumpaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Gambar mereka dimuat naik di Facebook rasmi Atheist Republic pada 3 Ogos lalu dengan keterangan mengenai kejayaan penganjuran itu dan ahli berkongsi kisah masing-masing.

"Ateis dari semua latar belakang datang untuk bertemu satu sama lain, ada yang pertama kali berjumpa, setiap mereka berkongsi kisah dan membina ikatan persahabatan yang baru, diharap akan berkekalan seumur hidup," menurut keterangan gambar itu.

Menurut laporan portal menara.my, cawangan pertubuhan itu di negara ini dikenali sebagai ‘The Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur’.

Dipercayai, kumpulan itu terdiri daripada orang Melayu dan Islam yang menggelar diri mereka sebagai ‘bekas Muslim’.

Difahamkan, pertubuhan itu diasaskan warga Iran, Armin Navabi yang dilahirkan dalam keluarga Muslim liberal.

Pada usia 12 tahun, dia beberapa kali gagal dalam percubaan bunuh diri, dan sejak itu Armin percaya Tuhan tidak wujud.

Dengan adanya laman Facebook yang diwujudkan pada 2011, khusus buat Ateis seluruh dunia, gerakan ini berjaya menjejak mereka yang menolak kewujudan Tuhan dan sehingga kini telah mempunya pengikut lebih 1.6 juta di Facebook.


http://www.sinarharian.com.my/nasion...umpur-1.714627
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 06-08-2017, 07:24 PM
naimw naimw is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2017
Posts: 2,780
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 177
Active Level
Default

Macam ada yang melayu jer...
Reply With Quote
  #3  
Old 06-08-2017, 07:27 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 21,654
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 528
Active Level
My Mood:
Default

kerajaan kena siasat ni..
__________________
Reply With Quote
  #4  
Old 06-08-2017, 07:29 PM
pecot85 pecot85 is offline
CG Top Poster Club

pecot85's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jan 2009
Location: kuching
Posts: 26,822
Thanks (Received): 240
Likes (Received): 161
Active Level
Send a message via Yahoo to pecot85
Default

mati sok nak tanam mana?
__________________
Time after time
Reply With Quote
  #5  
Old 06-08-2017, 07:30 PM
jaws_am jaws_am is offline
Active Plus

jaws_am's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Location: wherever you are
Posts: 4,330
Thanks (Received): 46
Likes (Received): 190
Active Level
Default

nih muka2 kaum bkn islam sabah sarawak..
xda isu..
next..
__________________
So long, and thanks for all the fish
Reply With Quote
  #6  
Old 06-08-2017, 07:36 PM
thezul thezul is offline
Active Plus

thezul's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2010
Posts: 2,752
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 27
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to thezul
Default

Quote:
Originally Posted by naimw View Post
Macam ada yang melayu jer...
Kebanyakan rupa melayu + india

Tapi cina tak ramai pulak

Tapi kenapa sensor muka
Reply With Quote
  #7  
Old 06-08-2017, 08:06 PM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 30,510
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 364
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

saja cari pasai
__________________


Komisyen Lebih RM1,000 untuk yang rekemen pelanggan pada saya di www.rahsiafirdaus.com

dan No terbaru saya 011-50730338
Reply With Quote
  #8  
Old 06-08-2017, 08:09 PM
antarakasih antarakasih is offline
Super Active

antarakasih's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2014
Posts: 6,139
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 41
Active Level
Default

apa nak jadi la malaysia ni,,
__________________
KONSISTEN PIP VIP.SIGNAL FOREX 50-300%.REFERRAL PROMO CODE : KASIH.PROMO45%
http://konsistenpipvip.blogspot.com/

testis signal thorbaik
Reply With Quote
  #9  
Old 06-08-2017, 08:36 PM
Emy_Ezra Emy_Ezra is offline
Active Plus

Emy_Ezra's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2012
Posts: 3,983
Thanks (Received): 67
Likes (Received): 9
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by naimw View Post
Macam ada yang melayu jer...
90% muka melayu.
Moga2 mati boleh jalan sendiri ke kubo (apa2 je jenis kubo lah)
Reply With Quote
  #10  
Old 06-08-2017, 08:40 PM
oldtbone oldtbone is offline
Super Active

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: away from civilization
Posts: 6,530
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 239
Active Level
My Mood:
Default

dalam byk2 tu knp ada yg menyamar jadi haiwan? apa keistimewaan dia sorg je muka blh menjelma jd muka [email protected]?
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 03:56 AM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you