Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Gossip, Celebrities

Gossip, Celebrities Right place for paparazzi :) . Share your info with our celebrities and gossip fans.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-07-2017, 03:44 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,417
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8214
Active Level
My Mood:
Default Tunku Aminah, Dennis Muhammad sah suami isteri

Quote:
Semoga kekal sehingga akhir hayat


TUNKU Tun Aminah Maimunah Iskandariah bersama Dennis Muhammad selepas Istiadat Nikah. FOTO ihsan Royal Press Office


MOHD Tahrir (kanan) memulakan istiadat akad nikah Dennis Muhammad. FOTO ihsan Royal Press Office


DENNIS Muhammad mencium dahi Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah selepas Istiadat Nikah. FOTO ihsan Royal Press Office


CINCIN pernikahan pada jari Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah pada Istiadat Akad Nikah. FOTO ihsan Royal Press Office

ANAKANDA Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz, hari ini.

Dennis Muhammad menyempurnakan lafaz nikah itu dalam bahasa Malaysia pada Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini.

Puteri tunggal Sultan Johor dan suaminya itu dinikahkan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin yang diperkenankan oleh Sultan Ibrahim Iskandar untuk menjadi wakil rasmi baginda di majlis itu.

Dalam kenyataan media Pejabat Media Diraja (RPO) Johor, keluarga pengantin wanita yang diwakili Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki yang diwakili Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.

Keluarga pengantin wanita dan lelaki bertukar hantaran itu yang dibawa masuk oleh anggota Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN).

Antara hadiah yang disampaikan keluarga Diraja Johor buat pengantin lelaki adalah cincin emas,al-Quran, sejadah, persalinan Baju Melayu Teluk Belanga dan sampin, sirih junjung, kek, bunga rampai dan halwa maskat.

Terdahulu, berlangsungnya Istiadat Pertunangan dan majlis itu disaksikan Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, ahli keluarga dan rakan terdekat.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda.

Menurut RPO Johor, selesai Istiadat Akad Nikah, pengantin lelaki kemudian dibawa ke bilik tingkat atas istana bagi menyempurnakan Istiadat Menyarung Cincin.

Dennis Muhammad kemudian menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis tangan kanan Tunku Tun Aminah serta memberikannya mas kahwin sebanyak RM22.50.

Pasangan Diraja itu kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana tradisional Johor, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih.

Dennis Muhammad mengenakan songkok dengan dua keronsang yang sama digunakan oleh Almarhum Sultan Iskandar pada hari perkahwinannya, yang diberikan oleh bondanya, Sultanah Aminah Ungku Ahmad.

Mereka kemudian mencium tangan ibu bapa masing-masing dan juga ahli keluarga yang lain.

Istiadat perkahwinan itu berlangsung dengan menampilkan segala keunikan, kekayaan warisan serta tradisi dan adat istiadat Diraja Johor.

Malam ini, pasangan Diraja itu akan diraikan dalam Istiadat Persandingan di Bilik Singgahsana Istana Besar, Johor Bahru.

Kira-kira 1,200 tetamu akan menghadiri majlis ringkas penuh bermakna itu yang turut dipancarkan secara langsung kepada orang ramai menerusi skrin digital gergasi di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017...ga-akhir-hayat
Quote:
Originally Posted by TT View Post
Sultan Johor puas hati


ISMAIL (kiri) dan isteri, Zawiah Mohamed (kanan) melihat Dennis Muhammad membaca al-Quran. FOTO ihsan Pejabat Media Diraja.

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam Dennis Muhammad Abdullah yang juga bakal suami puteri tunggal baginda Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.

Perkara itu dinyatakan Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim kepada Pejabat Media Diraja yang juga pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, hari ini.

Ismail berkata, Dennis Muhammad diberi bimbingan serta pengajaran Islam oleh sekumpulan ustaz dari Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sejak awal Mac lalu.

Malah, Ismail bersama isterinya, Datin Zawiah Mohamed dilantik sebagai keluarga angkat Dennis Muhammad pada awal Februari lalu selepas mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan dan Permaisuri Johor.

Katanya, Dennis Muhammad yang berasal dari Belanda memeluk Islam pada 31 Mei 2015 dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos ini.

“Satu modul pembelajaran agama Islam yang intensif dan sistematik dirangka dengan dibimbing ustaz dari JAIJ bagi memberikan pengajaran secara sempurna kepada Dennis Muhammad,” katanya.

Beliau berkata, ia termasuk pembelajaran al-Quran, fardu ain selain pengajaran Bahasa Melayu, protokol dan istiadat Diraja Johor, penulisan Jawi serta penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri Johor.

Ismail berkata, pada 5 Julai lalu, beliau mempersembahkan laporan pembelajaran Dennis Muhammad kepada Tuanku Sultan dan baginda berpuas hati dengannya.

"Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis Muhammad dapat mengikuti segala pembelajaran dengan baik dan cemerlang, termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir daripada al-Quran, doa Qunut serta ayat Kursi,” katanya.

Dennis Muhammad turut diberikan pengajaran fardu ain merangkumi tertib solat, rukun iman dan rukun islam, puasa, zakat dan haji.

"Selain tidak pernah lupa menunaikan solat Jumaat, beliau juga tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Tarawih sepanjang Ramadan," katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017...ohor-puas-hati
Istana Johor siar gambar-gambar rasmi
Quote:


ISTANA Johor melalui Pejabat Media Diraja menyiarkan gambar Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama bakal suaminya, Dennis Muhammad Abdullah.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan, malam tadi, Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad bakal melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos ini.

Gambar yang disiarkan itu diambil minggu lalu dengan pasangan berkenaan berpakaian tradisi Melayu dan pakaian kasual di Istana Bukit Serene.

Majlis perkahwinan mereka diumumkan 15 Julai lalu dengan istiadat pertunangan bakal diadakan di Istana Bukit Serene, pada kira-kira 10 pagi, 14 Ogos.

"Ia diikuti istiadat nikah dan upacara bersanding yang akan diadakan pada kira-kira 8 malam, hari sama, di Bilik Singgahsana, Istana Besar.

Tunku Tun Aminah yang lahir pada 8 April 1986 adalah anakanda kedua daripada enam beradik.

Tunku Tun Aminah juga satu-satunya anak perempuan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Menurut kenyataan itu, bakal suami Tunku Tun Aminah atau nama asal Dennis Verbaas dilahirkan pada 1 Mei 1989, di Lisse, berhampiran Amsterdam, Belanda.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017...ng-dibelah-dua
Quote:



KUALA LUMPUR - Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, 31, bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Abdullah, 28, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, 14 Ogos ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat persandingan pasangan Pengantin Diraja akan diadakan di Bilik Singahsana Istana Besar Johor Bahru pada 8 malam, pada tarikh tersebut.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi perkenan untuk Tunku Puteri Johor melangsungkan perkahwinannya.

"Perkahwinan Tunku Tun Aminah akan berlangsung penuh istiadat Melayu dan Budaya Istana Johor," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru sebentar tadi.

Beliau menambah, istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi pada 14 Ogos dia Istana Bukit Serene diikuti Istiadat Nikah.

Katanya, Sultan Johor berkenan mewakilkan Sahibus Samahah Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin yang juga Mufti Negeri Johor sebagai wali.

Jelasnya, majlis perkahwinan dilangsungkan secara tertutup. - Bernama


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4myHSdCbP

Quote:
Dennis Muhammad pilihan hati Tunku Tun Aminah

JOHOR BAHRU - Anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim yang bakal melangsungkan perkahwinan memilih jejaka dari Belanda, Dennis Muhammad Abdullah sebagai pasangannya pada 14 Ogos nanti.


Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas pula dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Beliau berkata, anak pasangan Martin dan Henriette Varbaas itu menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.

Katanya, gemar bermain bola sepak, Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Cafe dan selepas itu sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.

Menurut Abdul Rahim, Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajianal-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

"Mulai tahun ini, Dennis Muhammad diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan.

Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal," kata Abdul Rahim. - Bernama


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4myHhilMD
Quote:
Johor princess to marry Tampines Rovers Football Club marketing manager

JOHOR BARU (THE STAR/ASIA NEWS NETWORK) - Johor Princess Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim will marry Dennis Muhammad Abdullah on Aug 14, the state Royal Council announced on Sunday (July 16).


Its president Datuk Abdul Rahim Ramli said that Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar and Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah have consented and given their blessings to the wedding.

He said that the betrothal ceremony would be held at 10am on Aug 14 at Istana Bukit Serene followed by the solemnisation ceremony.

"His Royal Highness has consented for the state Mufti Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin to conduct the ceremony as his official representative," he told reporters during a press conference here.

He added that the bersanding ceremony will be held at 8pm on the same day at the throne room of the Istana Besar.

Tunku Aminah, who was born on April 8, 1986, at Hospital Sultanah Aminah here is second of six siblings and the only daughter to Sultan Ibrahim and Raja Zarith.

Her soon-to-be husband was born as Dennis Verbaas on May 1, 1989, in Lisse, a town near Amsterdam, Holland.

Dennis was a semi-professional footballer and served as the JDT Concept Store and Cafe manager before becoming the marketing manager of Tampines Rovers Football Club in Singapore.


http://www.straitstimes.com/asia/se-...ager-on-aug-14

Last edited by TT; 14-08-2017 at 03:06 PM..
Reply With Quote
Likes cek mek molek, eday84 liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 16-07-2017, 03:51 PM
alpine_star alpine_star is offline
Legendary Member

alpine_star's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Oct 2010
Posts: 12,996
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 40
Active Level
My Mood:
Default

Ok...jgn bersedey hati yg lain..
__________________
Reply With Quote
  #3  
Old 16-07-2017, 09:11 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,417
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8214
Active Level
My Mood:
Default


..
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #4  
Old 16-07-2017, 09:13 PM
Niyang Niyang is online now
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 35,103
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 156
Active Level
My Mood:
Default

exec. staff JDT mamat ni kan...
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #5  
Old 16-07-2017, 11:28 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 23,698
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 848
Active Level
My Mood:
Default

dalam sebulan lagi
__________________
Reply With Quote
  #6  
Old 16-07-2017, 11:38 PM
makcikcomei makcikcomei is offline
Active Member

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Dec 2010
Posts: 1,278
Thanks (Received): 6
Likes (Received): 23
Active Level
Default

Sultan Johor ambil masa 2 tahun untuk groom dia jadi Islam yang berilmu. Harap kelak dia mampu membimbing isteri
Reply With Quote
  #7  
Old 16-07-2017, 11:43 PM
pecot85 pecot85 is offline
CG Top Poster Club

pecot85's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jan 2009
Location: kuching
Posts: 27,092
Thanks (Received): 240
Likes (Received): 256
Active Level
Default

ingat kahwin melayu
__________________
Time after time
Reply With Quote
  #8  
Old 17-07-2017, 12:01 PM
zahidin80 zahidin80 is online now
Active Member

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Sep 2011
Posts: 2,465
Thanks (Received): 14
Likes (Received): 26
Active Level
Default

Alhamdulillah. Semoga bahagia
Reply With Quote
  #9  
Old 17-07-2017, 03:33 PM
qassam qassam is offline
Regular

qassam's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Nov 2008
Location: tanah melayu
Posts: 872
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

mcmana la si dennis ni dididik kenali islam..

pengajar dia x ajar bab aurat ker?
__________________
jom daftar mengundi,tolak parti taghut
PM utk ubat resdung herba]
Say no to syiah,israel
Reply With Quote
  #10  
Old 17-07-2017, 03:53 PM
sayasuka sayasuka is offline
Legendary Member

sayasuka's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2011
Posts: 11,327
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 35
Active Level
Default

dia belajar islam secara intensif.

Semoga pasangan ini berbahagia.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold