Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > CG MARKETPLACE > Classifieds & Advertisements > Insurance Offers, Agents

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #21  
Old 02-12-2015, 05:09 PM
im755 im755 is offline
Active Plus

im755's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2006
Posts: 4,175
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 52
Active Level
My Mood:
Default

Tips 7

Manfaat Elaun Hospital: Perlu Atau Tidak?

1. Sekiranya kita perhatikan start tahun 2010 dan keatas tiada lagi manfaat elaun hospital swasta diberikan kepada klien baru.

2. Adakah anda perasan perkara ini?

3. Tetapi kepada yang sudah ada medical card sebelum thn 2010 mereka mendapat manfaat tambahan ini.

4. Namun manfaat elaun hospital gov masih diteruskan.

5. Bagi ejen yang gunakan stail sales-appoach, akan mengalami masalah kerana elaun hospital merupakan daya penarik utk pelanggan dan kini diletakan sebagai rider tambahan dimana terdapat kos yang perlu ditambah.

6. Tapi bagi ejen yang menggunakan pendekatan khidmat nasihat kewangan berdasarkan keperluan, dalam konteks takaful sebagai income protection, manfaat elaun hospital bukan prioriti.

7. Jadi fikir-fikirkan. Dan pastikan agen anda menerangkan dengan detail setiap butir didalam polici anda.

[IMG][/IMG]

Daily cash allowance at Gov Hospital = RM50 per day max 200days.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #22  
Old 03-12-2015, 11:07 AM
im755 im755 is offline
Active Plus

im755's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2006
Posts: 4,175
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 52
Active Level
My Mood:
Default

]Sambungan TIP 7

1. Elaun hospital sebagai sebagai kehendak (bukan keperluan), jika ada bajet lebih. Saya jarang cadangkan manfaat ini utk klien.

2. Walaupun syarikat takaful / insurans agen ada yang mempromosi atau menampah tanpa kesedaran cliant, tapi bukan cara beretika utk seseorang ejen melakukan hal ini.

3. Maka agen wajib memberitahu dan terpulang kepada peserta untuk membuat keputusan.
Reply With Quote
  #23  
Old 04-12-2015, 04:42 PM
im755 im755 is offline
Active Plus

im755's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2006
Posts: 4,175
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 52
Active Level
My Mood:
Default

Tips 8


TEMPOH MENUNGGU,

Ia ini adalah tempoh permulaan polisi berkuat kuasa sepenuhnya. Ia mungkin 30 hari hingga 120 hari.
Tapi sebenarnya ialah 180 hari.

adakah anda percaya???terpulang
Reply With Quote
  #24  
Old 08-12-2015, 10:14 AM
im755 im755 is offline
Active Plus

im755's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2006
Posts: 4,175
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 52
Active Level
My Mood:
Default

Sambungan Tips 8.

1. Kenapa saya berkata sedemikian...perkara ini telah terjadi kepada diri saya sendiri. Dimana genap 121hari saya mengunakan medical kad terbabik.. Bukan MAA... syarikat lain.

2. Namun kita nie nak sakit bukan boleh tangguh2... betul tak. Benda nak jadi yang menarik ngam-ngam perkara ini terjadi pada hari yang ker 121.

3. Di pendekkan cerita.. medical card saya decline. Jeng..jeng...jeng...

4. Saya dah call agen.. agen nasihat bayar dulu dan claim kemudian...saya sendiri call syarikat insurance terbabik.. perkara yang sama dinyatakan...bayar dulu claim kemudian...

5. Agak2 la.. boleh dapat ker claim tu... saya dengar byk cerita claim susah nak dpt... last2 lesap jer duit..

6. adakah tujuan kita ambil medikal card untuk bayar dulu dan claim kemudian...... Tanya diri anda sendiri...

7. Tapi perkara diatas itu bukan saya.. tujuan saya ambil medical card untuk dpt GL dan tak perlu bayar guna duit saya sendiri...

8. jadi kes di atas.. saya mengunakan GL company tempat saya bekerja. Alhamdullah settle...

9. Saya pun contact dan slow talk dgn agen.. sebenarnya untuk card anda betul2 active dan boleh guna GL dari company insurace masa bertenang adalah 180 hari keatas...

9. Alhamdullah agen tersebut mendedahkan perkara ini..

10. Kami di MAA Takaful juga diberitahu perkara yang sama. Namun tidak ada sesiapa yg reveal perkara ini... Biarla saya dan MAA Takaful reveal perkara ini...

11. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya.

12. Insaallah saya akan memberi maklumat yang tepat.
Reply With Quote
  #25  
Old 09-12-2015, 01:26 PM
im755 im755 is offline
Active Plus

im755's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2006
Posts: 4,175
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 52
Active Level
My Mood:
Default

Tips 9

Medical card utk sekeluarga


Kebaikan

1. Harga lebih murah.
2. Sesuai utk keluarga yg mempunyai bajet ketat.


Keburukan
1. Jika pembayar (selalunya ibu atau bapa) meninggal dunia,
2. SEMUA polisi medical card akan tamat.
3. Terpaksa melanggan polisi medical card baru.
4. Jika pernah claim akan mengalami kesukaran melanggan baru.
Reply With Quote
  #26  
Old 10-12-2015, 11:26 AM
im755 im755 is offline
Active Plus

im755's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2006
Posts: 4,175
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 52
Active Level
My Mood:
Default

Tips 10


KO-TAKAFUL,
1. bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan sekiranya dimasukkan ke hospital. Mungkin ada, mungkin tiada.
2. Pergantung kepada policy.
tapi di MAA tiada Ko-takaful


KO-PAYMENT,
3. bayaran yang perlu dibayar sekiranya pelanggan upgrade bilik ke bilik yang melebihi kadar medical card.
4. Jangan terkeliru dengan Ko-Takaful, Dua istilah berbeza.
Reply With Quote
  #27  
Old 15-12-2015, 12:38 PM
im755 im755 is offline
Active Plus

im755's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2006
Posts: 4,175
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 52
Active Level
My Mood:
Default

http://www.majalahniaga.com/saya-tah...am-tetapi.html

Sharing info dari Majalah niaga


Saya Tahu Insurans dan Riba Itu Haram, Tetapi…

Tatkala saya menerangkan tentang perbezaan kontrak insurans konvensional yang menggunakan kontrak jual beli, dan kontrak takaful yang menggunakan kontrak derma, beliau bertanya beberapa soalan untuk penjelasan.

Dari bahasa badannya, nampak beliau begitu bersungguh-sungguh inginkan penjelasan tentang perkara tersebut. Ternyata soalan-soalan yang beliau kemukakan menunjukkan kematangannya berfikir, sesuai dengan statusnya sebagai seorang bisnesman.

“Ya Encik Afyan, saya pun pernah membaca tentang perkara ini”, kata beliau merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang hukum insurans konvensional.

Nampaknya sebelum menemui saya, beliau sudah pun membuat sedikit kajian dan pembacaan. Ia memudahkan kerja saya untuk menerangkan perkara tersebut. Tambahan lagi, kafeteria tempat kami bertemu tidak ramai pelanggan mengunjunginya memudahkan saya membuat penerangan dengan jelas.

“Ada sebarang persoalan yang Tuan ingin tanyakan lagi?”, saya bertanya kepada beliau selepas penjelasan terakhir tentang perkara ini.

“Setakat ini tiada”, kata beliau sambil menyandarkan badan ke kerusi.

“Jika begitu, kita boleh berpindah ke topik seterusnya iaitu keperluan kewangan Tuan sebelum saya cadangkan mana-mana produk takaful yang sesuai”, kata saya.

“Sebenarnya saya sudah memiliki beberapa polisi sebelum ini”, kata beliau.

“Alhamdulillah, suka saya mendengarnya kerana Tuan sudah mengambil keputusan yang bijak untuk masa hadapan Tuan”, balas saya, menyanjungi kesedarannya untuk memiliki plan perlindungan kewangan.

“Tetapi…”, beliau membiarkan ayatnya tergantung.
Reply With Quote
  #28  
Old 16-12-2015, 01:35 PM
im755 im755 is offline
Active Plus

im755's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2006
Posts: 4,175
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 52
Active Level
My Mood:
Default

sambungan......

Ingin Berhijrah, Tetapi…

Saya diam seketika memberi peluang beliau menghabiskan kata-kata.

Saya cuba meneka. Mungkin dia tidak berpuas hati dengan polisi sedia ada, atau beliau hanya ingin berjumpa saya sekadar ingin mengetahui perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional, kerana beliau mengetahui saya selepas membaca blog saya tentang isu ini.

“Sebenarnya, saya sudah melanggan dengan insurans konvensional”, kata beliau agak perlahan.

“Oh, begitu rupanya”, kata saya di dalam hati. Agak jauh dari tekaan saya sebelum ini.

“Saya sudah mengambil polisi insurans konvensioanal kira-kira sepuluh tahun lalu ketika baru berkahwin. Ketika itu saya tidak tahu insurans konvensional ini haram hukumnya. Dan saya pun baru tahu dalam setahun dua ini bahawa insurans konvensional ini haram”, jelas beliau panjang lebar.

“Alhamdulillah, selain daripada mempunyai kesedaran untuk memiliki perlindungan kewangan, Tuan juga mempunyai kesedaran tentang aspek halal haram. Tahniah saya ucapkan”, tambah saya lagi, menyanjung tinggi kesedaran beliau. Kali kedua saya ucapkan tahniah kepada beliau.

“Tetapi, kalau saya batalkan polisi insurans konvensional saya, saya akan rugi”, kata beliau lagi.

Saya diam sebentar.

Saya dapat meneka apa yang bermain di benak fikirannya; beliau bercadang untuk berpindah kepada takaful tapi beliau memikirkan kerugian yang beliau akan alami sekiranya membatalkan polisi insurans konvensional sedia ada.

“Tuan, menjadi tanggungjawab saya untuk mengajak Tuan berhijrah daripada insurans konvensional kepada takaful yang bebas daripada riba, sebagaimana yang saya kongsikan di awal tadi tentang bahaya riba. Jika Tuan sudah mengambil pelan perlindungan takaful dari syarikat lain, saya tidak akan menasihat Tuan untuk batalkan polisi-polisi Tuan”, jelas saya panjang lebar.

Kemudian, saya menyambung lagi, “Tetapi memandangkan Tuan mengambil pelan insurans konvensional, maka adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab saya untuk mengajak Tuan keluar daripada sistem kewangan riba dan berhijrah kepada sistem takaful”.
Reply With Quote
  #29  
Old 17-12-2015, 11:25 AM
im755 im755 is offline
Active Plus

im755's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2006
Posts: 4,175
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 52
Active Level
My Mood:
Default

Sambungan.....

Untung Rugi Berpindah-pindah Polisi

Beliau mengangguk-angguk perlahan sambil berkata “Ya Encik Afyan, saya tahu bahawa insurans konvensional adalah riba dan riba itu haram hukumnya, tetapi saya akan rugi banyak jika saya membatalkan polisi yang sudah saya langgan lebih 10 tahun ini”.

Saya tersenyum, apa yang diperkatakannya benar. Membatalkan polisi lama yang sudah diambil bertahun-tahun semata-mata untuk mengambil polisi baru bukanlah satu tindakan bijak.

Malah, adalah satu perbuatan yang tidak beretika mana-mana ejen insurans atau takaful yang menasihati pelanggan untuk membatalkan polisi sedia ada dengan tujuan supaya pelanggan mengambil polisi baru dengannya.

Sebagai perunding kewangan dan takaful, menjadi prinsip saya untuk menasihati pelanggan untuk kekalkan polisi sedia ada kerana membatalkan polisi sedia ada yang lama, dan melanggan polisi baru akan melibatkan kos dan kerugian tertentu yang terpaksa ditanggung oleh pelanggan atas dua faktor, iaitu;

1. Umur; usia pelanggan semakin hari semakin meningkat, justeru kos untuk melanggan polisi baru hari ini secara logiknya akan lebih tinggi berbanding polisi yang sama tahun lalu atas faktor umur, dan

2. Kesihatan; kesihatan pelanggan hari ini tentu tidak sama ketika beliau melanggan polisi lama dahulu. Situasi akan lebih teruk untuk melanggan polisi baru jika beliau pernah membuat tuntutan.

Atas kedua-dua faktor ini, berpindah daripada polisi lama kepada polisi baru lebih banyak merugikan pelanggan. Tetapi yang paling untung dalam situasi ini adalah ejen.

Itu sebabnya, adalah sesuatu yang tidak beretika bagi mana-mana ejen atau wakil takaful menasihati pelanggan untuk membatalkan polisi sedia ada, kerana ia hanya menguntungkan ejen, bukan pelanggan.

Tidak dapat dinafikan terdapat segelintir ejen yang tidak beretika yang mengamalkan cara ini untuk memperbanyakkan bisnes mereka. Tetapi selalunya mereka tidak kekal lama dalam industri.

Namun yang menyedihkan, perbuatan mereka sedikit sebanyak merosakkan industri. Bak kata Karam Singh Waliya;

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Atas dasar prinsip, ejen-ejen yang beretika tidak sekali-kali menasihati pelanggan untuk membatalkan polisi sedia ada hanya semata untuk bisnes. Pengalaman saya, selalunya saya akan mencadangkan untuk menambah jumlah perlindungan yang baru bersesuaian dengan keperluan kewangan semasa.

Contohnya polisi lama yang diambilnya dahulu adalah ketika bujang, mungkin bersesuaian ketika polisi tersebut dilanggan. Namun sekarang prospek sudah berkahwin dan beranak pinak sudah tentu keperluan perlindungan kewangannya bertambah berbanding dahulu.

(Namun, dalam situasi ini, pelanggan yang ditemui sudah pun lama menjadi pelanggan insurans konvensional.
Jadi, juga atas dasar prinsip yang lebih utama iaitu prinsip Islam yang saya pegang, saya akan menasihati pelanggan untuk berhijrah daripada institusi riba kepada alternatif yang bebas riba dan patuh syariah.

Ya, atas dasar prinsip juga kerana insurans konvensional adalah instrumen riba, justeru itu adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menerangkan bahawa insurans yang dilanggan selama ini adalah riba dan alternatifnya adalah takaful.) Tetap menghasut..

Kemudian, keputusan terletak di tangan pelanggan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya, di dunia dan akhirat.

“Berapa caruman yang Tuan ambil dengan insurans sebelum ini?”, tanya saya.

“Saya mengambil tiga polisi untuk saya dan anak sulung saya, jumlahnya dalam RM500 sebulan. Saya ambil pada tahun 1999, ketika awal perkahwinan dan setahun kemudian selepas mendapat anak sulung”, jawab beliau sambil menghulurkan satu fail yang terisi polisi-polisi insurannya.

Saya mencongak-congak jumlah caruman yang sudah beliau bayar selama ini. Sebulan RM500 maka setahun RM6,000. Congakan awal saya, polisi-polisi tersebut sudah lebih 10 tahun maka sekurang-kurangnya sudah RM60,000 yang sudah dibayar selama ini.

Ia satu jumlah yang besar. Jadi tidak hairanlah beliau agak ralat untuk membatalkan polisi sedia ada dan berhijrah kepada takaful.

Sambil membelek polisi-polisi insurannya, beliau berkata kepada saya “Encik Afyan, saya sudah pun membuat kiraan sebelum saya bertemu dengan Encik. Jumlah caruman yang saya bayar untuk kesemua polisi adalah RM524.40 sebulan dan jumlah keseluruhan yang saya bayar berjumlah RM71,463.96. Dan saya sudah pun hubungi syarikat berkenaan, nilai tunai insurans saya adalah RM34,356.14. Rugi kalau saya batalkan sekarang”.

Perkataan “rugi” diulang lagi, kali ini dengan lebih ditekankan. Sambil itu beliau menunjukkan satu kertas yang bertulisan tangan tertulis jumlah-jumlah yang disebutkannya tadi.

Saya tersenyum, sambil mempelawa beliau minum minuman yang kami pesan di awal pertemuan tadi, “Minum dulu Tuan, nanti sejuk pula”.
Beliau turut tersenyum, sambil menyedut air minumannya.

Sambil minum, sempat beliau berkata “Jika saya batalkan, saya rugi 50% daripada jumlah caruman yang saya sudah bayar, kira-kira RM40,000. Memang rugi.”

panjang cerita.. tapi apa-apa pun jangan tukar polisi... susah senang kita yang tanggung sendiri

Takaful hukum nya HARUS bukan HALAL...jadi...jangan terpengaruh...
Reply With Quote
  #30  
Old 23-12-2015, 10:52 AM
im755 im755 is offline
Active Plus

im755's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2006
Posts: 4,175
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 52
Active Level
My Mood:
Default

Sambungan.............

Mari Berhijrah! Hapuskan Riba ...Perlu ke????

Beliau menyambung lagi “Sebenarnya saya sudah lama memikirkan alternatif terbaik untuk menggantikan polisi insurans saya ini selepas mengetahui tentang hukum haramnya kira-kira dua tahun lalu. Namun, selama ini saya buntu memikirkan kerugian yang bakal saya alami jika membatalkan insurans tersebut”.

“Alhamdulillah, hari ini saya sudah nampak jalannya”.

Beliau nampak begitu ceria sekali.

Seterusnya saya mencadangkan agar beliau tidak terus membatalkan polisi insurans konvensionalnya selagi mana polisi takafulnya berkuatkuasa sepenuhnya. Ini kerana setiap polisi baru akan mempunyai tempoh menunggu sebulan sehingga tiga bulan bagi memastikan perlindungan-perlindungan untuk kematian, lumpuh, serta sakit kritikal berkuatkuasa sepenuhnya.

Tempoh menunggu ini ada kaitan dengan tahap kesihatan peserta.

Jika polisi lamanya terus sahaja dibatalkan sebelum polisi baru berkuatkuasa sepenuhnya, risiko kepada pelanggan seandainya ditimpa musibah pada waktu itu. Jika ia berlaku, maka tiada perlindungan kewangan diberi dan saya adalah orang yang paling terkilan seandainya ia berlaku kepada pelanggan saya. (kalu boleh dinasihatkan jgn sesekali batalkan terus polisi lama... terus kan sahaja...dan ambil polisi baru... polisi akan berkuat kuasa 6 bulan selepas diambil. Polisi lama selalu nya lebih baik berbanding dangan polisi baru.).

Justeru itu, saya mengesyorkan agar polisi lama dibatalkan hanya selepas polisi takaful yang baru dilanggan melepasi tempoh menunggu yang selalunya mengambil masa 90 hari atau 3 bulan. Sebaiknya selepas setahun untuk memastikan keadaan kesihatan peserta benar-benar sihat.

“Alhamdulillah, tahniah kerana Tuan berani mengambil keputusan untuk BERHIJRAH!”, kata saya. Kali ketiga saya ucapkan tahniah, dan yang paling bermakna kerana dalam masa sama saya bersyukur kerana menyelamatkan seorang lagi muslim daripada bahaya dan bahana riba.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold