Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Local Investments > Saving Investments

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 02-04-2014, 06:58 PM
En. Rhoma Irama En. Rhoma Irama is offline
Super Active

 
Trader Rating: (5)
Join Date: Nov 2007
Posts: 7,565
Thanks (Received): 707
Likes (Received): 1
Active Level
Default Kad Kredit Tips & Tricks

Kita senaraikan apa kebaikan kad kredit selain dari keburukan penggunaannya yang kerap kita dengar.

Kenapa thread ini kawan letak dalam "Saving Investment"? - Sebab penggunaan kad kredit secara betul dan berdisiplin, kita akan menjana pendapatan pasif tanpa kita sedari.

Sebagai permulaan, kawan akan senaraikan apa kebaikan yang akan kita perolehi
  1. Ia akan membina credit rating
    Jika bayaran kad kredit cantik setiap bulan, mudah bagi tuan-tuan untuk berurusan dengan pihak bank. Kredit kad akan menjadi pengantara antara kita dengan pihak bank bagi tujuan rujukan sejarah dan pola cara kita melangsaikan kredit kita.
  2. Cepat dan mudah
    Tak perlu nak pergi ATM untuk keluarkan duit tunai jika tunai dalam tangan tak mencukupi. Swipe dan tandatangan. Cukup mudah
  3. Khidmat akauntan profesional percuma
    Setiap bulan kita akan dapat statement penggunaan kad kredit dari pihak bank. Tak perlu susah payah buat lejar untuk track expenses selama sebulan. Sekarang pun semua boleh check melalui internet banking. Tak perlu tunggu sebulan untuk periksa akaun kad kredit kita. Pihak bank pun menggalakkan electronic statement. Gunakannya
  4. Tak perlu duit tunai
    Berapa tebal duit RM50 berjumlah RM10,000? Guna kad kredit untuk bayar downpayment kereta. Tak perlu menakutkan diri sendiri dari menjadi mangsa rompakan jika bawak duit tunai yang banyak.
  5. Pembayaran bil secara automatik
    Tak perlu keluar rumah, start motor, redah jalan raya dalam panas terik, beratur di kaunter untuk membuat pembayaran bil. Buang masa je semua tu.
  6. Dapat pinjaman kecil secara pantas
    Tak perlu pegi bank dan mohon untuk pinjaman peribadi. Cucuk ATM terus dapat duit. Tapi perlu diingat, caj untuk cash advance agak tinggi. Gunakan hanya masa terdesak saja.
  7. Tabung ketika kecemasan
    Nak beli barang, tapi duit tunai takde dalam tangan. Ataupun perlu buat sebarang pembayaran ketika kecemasan tanpa tunai. Gunakan kad kredit yang ada.
  8. Point untuk ditebus
    Kumpul point setiap kali menggunakan kad kredit. Point boleh ditebus untuk barangan, servis, baucer dan rebat tunai. Janakan pendapatan pasif melalui kaedah ini
  9. Rebat tunai
    Ada sesetengah bank yang menawarkan rebat tunai melalui penggunaan kad kredit. rebat tunai tak perlu ditebus. Ia akan didebitkan ke dalam akan tuan-tuan setiap bulan. Kaedah ini juga akan menjana pendapatan pasif.





    Kawan akan sambung lagi kemudian

    Quote:
    Originally Posted by En. Rhoma Irama View Post
    Panduan tambahan:

    1. Batalkan kad kredit yang anda tak pernah apply , tiba-tiba sampai ke tangan anda. Jangan biarkan. Walaupun tanpa kita aktifkan kad tersebut, annual fee masih dikenakan.

    2. Batalkan kad kredit berlebihan (idle) yang tak diperlukan untuk mengelakkan annual fee percuma untuk bank.

    3. Untuk musnahkan kad yang telah dibatalkan, pastikan cabut cip mikro, pecahkan dan flush ke dalam toilet. Potong kad bahagian magnetic strip beberapa bahagian dan flush juga ke dalam toilet. Walaupun kad tersebut tidak pernah diaktifkan.

    4. Sayangi kad kredit dari bank yang menghargai anda dengan memberikan berbagai kemudahan seperti menaikkan had kredit anda, memberikan keahlian VIP, memberikan rebate yang tinggi kerana credit rating anda cantik. Bagi bank yang tak pernah hargai anda, lebih baik anda batalkan kad kredit dari bank tersebut.

    5. Sentiasa window shopping kad kredit yang ditawarkan oleh semua bank.



    Nanti kawan sambung lagi...


Quote:
Originally Posted by irsyadpenang View Post
Apabila permohonan mendapatkan kad kredit diluluskan oleh pihak bank dan baru pertama kali memegang kad itu, ada yang tersenyum sampai ke telinga seolah-olah bangga dan puas.

Satu kebanggaan kerana berjaya memiliki kad kredit kerana ia dianggap lambang status peribadi. Kadang-kadang korang sendiri tanya kenapa mesti ada kad kredit.

Malahan ada yang dengan bangganya memiliki lebih daripada satu kad kredit.

Memilik berapa banyak kad kredit tidaklah menjadi kesalahan. Cuma, fikirkan setiap tahun akan dikenakan yuran tahunan. Tidak termasuk dengan perbelanjaan menggunakan kad kredit.

Ada orang kata, kad kredit boleh menjadi teman disayangi tetapi boleh juga menjadi musuh yang dibenci. Ia disayangi kerana membantu anda di saat memerlukan, terutama untuk kecemasan, tetapi dibenci kerana jumlah kredit atau hutang yang perlu dibayar balik.

Kalau sikit tak apalah, tetapi kalau sudah mencecah belasan ribu ringgit, ia boleh mempengaruhi emosi anda.

Memiliki kad kredit seperti yang dijelaskan tadi, tidaklah menjadi kesalahan. Cuma, menggunakan kad kredit perlulah bijak untuk memastikan kedudukan kewangan kita sentiasa sihat dan terkawal.

Kad kredit macam menyimpan pisau yang ada banyak faedahnya kalau bijak menggunakannya tetapi boleh membawa padah kalau disalahgunakan.

Berfaedah kalau berhemah penggunaannya

Sudah banyak diperkatakan mengenai kebaikan dan keburukan kad kredit ini. Kad kredit ialah alat pembayaran secara elektronik yang membolehkan kita membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Kad ini menjadi alat berguna kalau kita tahu menggunakannya dengan bijak.

Antaranya:

Menjadi kaedah pembayaran yang mudah dan cekap

Boleh membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian (online)

Menggunakan penyata bulanan untuk mengesan perbelanjaan bagi tujuan merancang perbelanjaan atau bajet.

Ada kad kredit yang menyediakan perlindungan insurans kemalangan peribadi dan insurans perjalanan secara percuma, bergantung kepada jenis kad yang ditawarkan.

Menikmati skim menarik seperti skim bayaran ansuran tanpa faedah, skim bayaran fleksibel dan pemindahan baki pada kadar 0 peratus untuk memaksimumkan pembelian

Dapat mata ganjaran untuk menebus barangan dan perkhidmatan yang biasanya tidak boleh diperolehi kalau bayaran dibuat secara tunai

Selalu ingatkan diri sendiri

Secara umumnya, kita mahu memiliki kad kredit kerana faktor yang sudah disenaraikan di atas. Dalam bahasa yang mudah, dengan kad kredit, senanglah untuk berhutang kerana beberapa faktor seperti tidak cukup wang tunai sedangkan kita memang amat memerlukan perkhidmatan atau barang berkenaan pada waktu itu.

Namun, sebelum menandatangani dan menyerahkan borang permohonan mendapatkan kad kredit, fahami terlebih dahulu terma dan syarat yang ditetapkan.

Kalau korang sudah memiliki kad kredit, apa salahnya membelek semula terma dan syarat itu. Manalah tahu ia boleh mengingatkan diri sendiri supaya kita lebih berhemah apabila menggunakan kad kredit.

Antaranya ialah had maksimum bagi setiap kad. Kalau had ini habis diguna, kita tidak boleh menggunakan kad sehingga menjelaskan sebahagian daripada bayarannya.

Lazimnya, had kad kredit ini adalah dua hingga tiga kali ganda pendapatan bulanan kita. Kalau kita menggunakan had maksimum, ini bermakna kita sudah membelanjakan dua hingga tiga bulan pendapatan masa depan kita!

Bukan percumaMemiliki kad kredit juga sebenarnya tidaklah percuma. Ada yuran dan caj yang dikenakan dan kita perlu fahami, seperti:
Yuran penyertaan
Pengeluar kad kredit mungkin mengenakan yuran penyertaan sekali sahaja. Yuran ini mungkin berbeza antara satu pengeluar kad dengan yang lain

Yuran tahunanYuran yang perlu dibayar apabila kita menerima kad kredit. Terdapat juga pengeluar kad kredit yang mengecualikan yuran ini jika kita memenuhi syarat penggunaannya. Rujuk kepada pengeluar kad kredit anda.

Caj kewanganIni adalah caj yang dikenakan ke atas baki yang belum diselesaikan selepas tarikh akhir pembayaran dan dikira berdasarkan baki harian.

Pada masa ini, pemegang kad kredit dikenakan faedah secara bertingkat. Tujuannya untuk menggalakkan penggunaan kad kredit secara berdisiplin.

Yuran pendahuluan wang tunaiDikenakan setiap kali pendahuluan wang tunai dilakukan dan biasanya antara tiga hingga lima peratus. Yuran ini adalah caj kewangan tambahan dan dikira dari tarikh wang tunai itu diambil.

Caj bayaran lewatCaj ini dikenakan kerana kita gagal menjelaskan jumlah minimum bulanan sebelum tarikh akhir pembayaran yang ditetapkan. Kalau kita membayar selepas tarikh ini, kita akan dikenakan caj kewangan (faedah ke atas baki belum jelas) dan juga caj bayaran lewat.

Cukai perkhidmatanIngat! Bermula tahun 2010, setiap kad kredit akan dikenakan cukai perkhidmatan tahunan sebanyak RM50 ke atas pemegang kad utama dan RM25 ke atas pemegang kad sampingan (supplement). Bayaran ini akan dimasukkan dalam penyata kad kredit kita.

Last edited by En. Rhoma Irama; 21-07-2017 at 08:45 AM..
Reply With Quote
Thanks ayip, NEMO, yongyap, durai20, nsr7777 and 76 others thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 03-04-2014, 06:58 AM
En. Rhoma Irama En. Rhoma Irama is offline
Super Active

 
Trader Rating: (5)
Join Date: Nov 2007
Posts: 7,565
Thanks (Received): 707
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Syarat-syarat wajib untuk dapatkan semua di atas:
  1. Berdisiplin
  2. Langsaikan segala hutang sebelum DD & SD
  3. Gunakan kad kredit untuk segala perbelanjaan
    Pembelian barangan runcit
    Setiap kali mengisi minyak kenderaan
    Pembayaran bil
    Shopping
    Pembelian tiket kapal terbang
    Makan di luar
    Penginapan di hotel
    Pembelian tiket taman tema
    Sewa kereta
    Membeli barang kemas
    Rawatan perubatan
    Pembelian ubat-ubatan
    Bayaran muka kenderaan
    Pembelian doo dads
  4. Ukur baju di badan sendiri. Pembelanjaan menggunakan kad kredit mestilah mengikut bajet masing-masing
  5. Jangan carry forward hutang bulan lepas ke bulan-bulan berikutnya
  6. Cukup sekadar punyai 2 atau 3 kad kredit. Terminate kad yang idle atau tidak digunakan. Perlu diingat, setiap tahun RM50 untuk cukai wajib dibayar bagi setiap keping kad kredit yang kita ada.
Reply With Quote
Thanks vespa_rangga, murahla, eday84, unggas24, xe-a203 thanked for this post
  #3  
Old 03-04-2014, 11:01 AM
En. Rhoma Irama En. Rhoma Irama is offline
Super Active

 
Trader Rating: (5)
Join Date: Nov 2007
Posts: 7,565
Thanks (Received): 707
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Kawan bagi contoh apa yang kita dapat dengan point sebanyak 150,000 bagi pemegang kad kredit Maybank



Berapa pula nilai 150,000 point?

Kawan beri contoh jika ditebus dengan FujiXerox DocuPrint M205F



Not bad .... RM699 harga di Lelong.my

Sharp Air Purifier FUZ31EW



RM650.00
Reply With Quote
  #4  
Old 03-04-2014, 11:09 AM
En. Rhoma Irama En. Rhoma Irama is offline
Super Active

 
Trader Rating: (5)
Join Date: Nov 2007
Posts: 7,565
Thanks (Received): 707
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Berapa perbelanjaan kita setahun untuk dapatkan point sebanyak 150,000?

Bergantung pada jenis kad yang dipegang. Kawan berikan nilai purata yang kawan dapat.

RM1=2 point. Jadi nak dapatkan point sebanyak 150,000, kita perlu berbelanja sebanyak RM75,000 menggunakan kad kredit.
Reply With Quote
  #5  
Old 03-04-2014, 11:21 AM
m0mo~ m0mo~ is offline
CG Top Poster Club

m0mo~'s Avatar
 
Trader Rating: (39)
Join Date: Oct 2012
Location: ||ONEXOX||||Out There|_____|We Are ONE|||ONEXOX|||
Posts: 33,434
Thanks (Received): 41
Likes (Received): 125
Blog Entries: 5
Active Level
My Mood:
Default

salam tuan rhoma..
ada tak cc untuk orang berpendapatan kasar kurang 2k/month?
__________________

Data/Voice ONEXOX SUPERJIMAT versi m0mo~ *HARGA BARU*
DATA WAR!! RM50 DAPAT 20GB!||KLIK SINI||
VPN UNLIMITED [TELCOBIRU]
KEMPEN MERAKYATKAN TOPUP~TOPUP 1MALAYSIA|KLIK SINI|
Reply With Quote
  #6  
Old 03-04-2014, 11:35 AM
zalnet zalnet is offline
Super Active

zalnet's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Feb 2006
Posts: 5,106
Thanks (Received): 282
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by En. Rhoma Irama View Post
Kita senaraikan apa kebaikan kad kredit selain dari keburukan penggunaannya yang kerap kita dengar.

Kenapa thread ini kawan letak dalam "Saving Investment"? - Sebab penggunaan kad kredit secara betul dan berdisiplin, kita akan menjana pendapatan pasif tanpa kita sedari.

Sebagai permulaan, kawan akan senaraikan apa kebaikan yang akan kita perolehi
  1. Ia akan membina credit rating
    Jika bayaran kad kredit cantik setiap bulan, mudah bagi tuan-tuan untuk berurusan dengan pihak bank. Kredit kad akan menjadi pengantara antara kita dengan pihak bank bagi tujuan rujukan sejarah dan pola cara kita melangsaikan kredit kita.
  2. Cepat dan mudah
    Tak perlu nak pergi ATM untuk keluarkan duit tunai jika tunai dalam tangan tak mencukupi. Swipe dan tandatangan. Cukup mudah
  3. Khidmat akauntan profesional percuma
    Setiap bulan kita akan dapat statement penggunaan kad kredit dari pihak bank. Tak perlu susah payah buat lejar untuk track expenses selama sebulan. Sekarang pun semua boleh check melalui internet banking. Tak perlu tunggu sebulan untuk periksa akaun kad kredit kita. Pihak bank pun menggalakkan electronic statement. Gunakannya
  4. Tak perlu duit tunai
    Berapa tebal duit RM50 berjumlah RM10,000? Guna kad kredit untuk bayar downpayment kereta. Tak perlu menakutkan diri sendiri dari menjadi mangsa rompakan jika bawak duit tunai yang banyak.
  5. Pembayaran bil secara automatik
    Tak perlu keluar rumah, start motor, redah jalan raya dalam panas terik, beratur di kaunter untuk membuat pembayaran bil. Buang masa je semua tu.
  6. Dapat pinjaman kecil secara pantas
    Tak perlu pegi bank dan mohon untuk pinjaman peribadi. Cucuk ATM terus dapat duit. Tapi perlu diingat, caj untuk cash advance agak tinggi. Gunakan hanya masa terdesak saja.
  7. Tabung ketika kecemasan
    Nak beli barang, tapi duit tunai takde dalam tangan. Ataupun perlu buat sebarang pembayaran ketika kecemasan tanpa tunai. Gunakan kad kredit yang ada.
  8. Point untuk ditebus
    Kumpul point setiap kali menggunakan kad kredit. Point boleh ditebus untuk barangan, servis, baucer dan rebat tunai. Janakan pendapatan pasif melalui kaedah ini
  9. Rebat tunai
    Ada sesetengah bank yang menawarkan rebat tunai melalui penggunaan kad kredit. rebat tunai tak perlu ditebus. Ia akan didebitkan ke dalam akan tuan-tuan setiap bulan. Kaedah ini juga akan menjana pendapatan pasif.





    Kawan akan sambung lagi kemudian
Menarik perbincangan ni...

Ok bos..skang ni ada sesetengah cc bagi rebet contoh untuk pembelian petrol etc...

Skang ni nak tau mcm mana pengiraan dia utk optimize penjimatan tu...

Katalah bulan ni belanja 400 utk petrol..Dan katakan ada rebet 5% untuk pembelian petrol melalui cc...

Adakah kita perlu terus membayar balik 400 dan akan dapat rebet 5% tu dihujung bulan...Atau kita perlu tunggu dapat rebet baru kita bayar rm400 tu..? Mohon pencerahan
Reply With Quote
  #7  
Old 03-04-2014, 11:37 AM
En. Rhoma Irama En. Rhoma Irama is offline
Super Active

 
Trader Rating: (5)
Join Date: Nov 2007
Posts: 7,565
Thanks (Received): 707
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by m0mo~ View Post
salam tuan rhoma..
ada tak cc untuk orang berpendapatan kasar kurang 2k/month?
kawan kurang pasti gaji minimum untuk mohon kad kredit sekarang

masa kawan pertama kali mohon kad kredit, gaji kasar kawan RM1,100

tapi itu pada tahun 90an

tuan boleh cuba mohon dari mana-mana bank dan mintak nasihat dari pegawai bank bertugas

untuk pertama kali mohon memang agak sukar disebabkan kita takde credit rating

pihak bank akan rekod CTOS atau CCRIS. Jika segala pembayaran hutang kita selain dari kad kredit cantik, sepatutnya takde masalah bank nak approve permohonan tuan. Yang membezakan cuma credit limit yang akan kita dapat nanti.
Reply With Quote
  #8  
Old 03-04-2014, 12:40 PM
En. Rhoma Irama En. Rhoma Irama is offline
Super Active

 
Trader Rating: (5)
Join Date: Nov 2007
Posts: 7,565
Thanks (Received): 707
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by zalnet View Post
Menarik perbincangan ni...

Ok bos..skang ni ada sesetengah cc bagi rebet contoh untuk pembelian petrol etc...

Skang ni nak tau mcm mana pengiraan dia utk optimize penjimatan tu...

Katalah bulan ni belanja 400 utk petrol..Dan katakan ada rebet 5% untuk pembelian petrol melalui cc...

Adakah kita perlu terus membayar balik 400 dan akan dapat rebet 5% tu dihujung bulan...Atau kita perlu tunggu dapat rebet baru kita bayar rm400 tu..? Mohon pencerahan
kawan mintak maaf... kawan takde jawapan untuk rebat petrol sebab kad kredit yang kawan gunakan takde rebat petrol

satu masa dulu kawan ada kad kredit yang memberikan rebat petro, tapi kawan terminate sebab kad tersebut idle. Ditambah pula masa tu baru implement cukai RM50 setahun bagi setiap kad kredit.

Mungkin sahabat lain pemegang kad kredit rebat petrol boleh berikan jawapan.
Reply With Quote
  #9  
Old 03-04-2014, 12:49 PM
General Juhziz General Juhziz is offline
Super Active

General Juhziz's Avatar
 
Trader Rating: (13)
Join Date: Apr 2010
Location: Kuala Selangor
Posts: 8,666
Thanks (Received): 239
Likes (Received): 5
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by En. Rhoma Irama View Post
Kawan bagi contoh apa yang kita dapat dengan point sebanyak 150,000 bagi pemegang kad kredit Maybank



Berapa pula nilai 150,000 point?

Kawan beri contoh jika ditebus dengan FujiXerox DocuPrint M205F



Not bad .... RM699 harga di Lelong.my

Sharp Air Purifier FUZ31EW



RM650.00
bang ni bila punye?? xjumpa air purifier sharp tu lah. kat kategori mane ye??
__________________
Rafidah Rahim
CIMB Uni Malaya..013-4305669
(ASB & Home financing CIMB islamic)
Service Berdesup Door to Door !!
Reply With Quote
  #10  
Old 03-04-2014, 12:49 PM
m0mo~ m0mo~ is offline
CG Top Poster Club

m0mo~'s Avatar
 
Trader Rating: (39)
Join Date: Oct 2012
Location: ||ONEXOX||||Out There|_____|We Are ONE|||ONEXOX|||
Posts: 33,434
Thanks (Received): 41
Likes (Received): 125
Blog Entries: 5
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by En. Rhoma Irama View Post
kawan kurang pasti gaji minimum untuk mohon kad kredit sekarang

masa kawan pertama kali mohon kad kredit, gaji kasar kawan RM1,100

tapi itu pada tahun 90an

tuan boleh cuba mohon dari mana-mana bank dan mintak nasihat dari pegawai bank bertugas

untuk pertama kali mohon memang agak sukar disebabkan kita takde credit rating

pihak bank akan rekod CTOS atau CCRIS. Jika segala pembayaran hutang kita selain dari kad kredit cantik, sepatutnya takde masalah bank nak approve permohonan tuan. Yang membezakan cuma credit limit yang akan kita dapat nanti.
bnm dah naikkan limit untuk apply cc..
saya pun taktau gaji bawah 2k boleh apply ke tak..
tapi saya ada asb loan, rekod ccris & ctos cantik..

kalau boleh nak jugakla belajar cara2 pengurusan dan dapat benefit dari cc ni..
__________________

Data/Voice ONEXOX SUPERJIMAT versi m0mo~ *HARGA BARU*
DATA WAR!! RM50 DAPAT 20GB!||KLIK SINI||
VPN UNLIMITED [TELCOBIRU]
KEMPEN MERAKYATKAN TOPUP~TOPUP 1MALAYSIA|KLIK SINI|
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold