Sejarah bertulis yg sdh dikaji kian tidak dipercayai
Sejarah khabar angin n skdr dengar2 cerite org or blog tnpe kajian mnyeluruh kian mndapat tmpt
sejarah yang tertulis dalam buku akademik sekarang banyak yang telah touch-up supaya nampak cantik. bila banyak touch-up maka ianya sudah tidak lagi asli.
banyak pihak yang membuat kajian sendiri dan ada juga yang menyalin kedalam blog. tetapi bagi pembaca, mereka haruslah minat mengkaji sejarah, barulah mendapat tahu bagaimana untuk menilai sesuatu bahan yang dipersembahkan itu sama ada berasas atau tidak.
kini ramai yang keliru tentang sejarah tanah air sendiri kerana hasil touch-up mereka yang terdahulu.
Contoh:
Datuk Maharajalela dianggap pengkhianat kerana membunuh JWW Birch. Era tahun 80-an barulah sejarah tersebut ditukar.
Begitu juga, Tok Janggut Kelantan, dianggap penderhaka kepada sultan kerana menentang Inggeris. Sejarah tersebut juga ditukar pertengahan tahun 80-an.
dan banyak lagi...
Banyak manuskrip2 sejarah melayu lama yg dah ada di Malaysia dah hilang tapi sejarah2 melayu lama masih ada di negara lain, negara Thai contohnya dan juga negara barat dan Cina di mana penemuan dgn bangsa Melayu ada disebutkan.
Tapi mungkin ahli sejarah tahu di mana boleh dapat manuskrip2 ni di Malaysia.
Rupa manuskrip Hikayat Merong Mahawangsa. Bukti sejarah bertulis kewujudan Kerajaan Melayu Kedah atau Kedah Tua
Dari Wiki:
Quote:
Catatan pusaka Hikayat Merong Mahawangsa masih disimpan dalam beberapa salinan manuskrip yang diterbitkan pada zaman pendudukan Barat di Nusantara sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20 sebagai panduan. Antaranya:[2]
Hikayat Merong Mahawangsa versi Ms. Maxwell 21 yang merupakan koleksi pertama milik W. Maxwell. Naskhah ini ditulis sepanjang 149 halaman tanpa nombor di setiap halamannya, dan telah diserahkan ke Perpustakaan Royal Asiatic Society, London. Di dalamnya terdapat tanda tangan Maxwell dan catatan Singapore, 1884 M.
Hikayat Merong Mahawangsa versi Ms. Maxwell 16 oleh W. Maxwell. Naskhah ini tersimpan di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London. Naskhah ini disalin oleh Muhammad Nuruddin bin Ahmad Rajti pada 2 September 1889 M di Pulau Pinang dengan panjang 207 halaman.
Sjadjarah Negeri Kedah atau Hikayat Merong Mahawangsa, yang dikenali sebagai versi von de Wall, No. 201. Naskhah salinan ini ditemukan oleh von de Wal ketika ia di Riau.
Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Negeri Kedah. Naskhah ini ditulis di Kampung Sungai Kallang, Singapura. Di dalamnya tercatat tahun 1876 M. Salinan manuskrip ini disimpan di Perpustakaan Bodleian, Universiti Oxford, England.
Hikayat Merong Mahawangsa versi R.J. Wilkinson, dicetak batu dalam tulisan Jawi berukuran fulskap oleh Kim Sik Hian Press, No. 78, Penang Street. Versi ini disalin pada 16 November 1898 oleh Muhammad Yusuf bin Nasruddin di Pulau Pinang.
Hikayat Merong Mahawangsa versi Sturrock yang diterbitkan dalam Journal of The Royal Asiatic Society, Straits Branch (JRASSB) No. 72, Mei 1916 M di halaman 37-123, yang dicetak menggunakan tulisan Rumi (tulisan romawi).
Hikayat Merong Mahawangsa versi Logan yang merupakan koleksi J.R Logan, kini tersimpan di Perpustakaan Nasional Singapura dengan nombor arkib qMR 8999, 2302 HR.
Hikayat Merong Mahawangsa turut dirakam dalam bentuk ulasan historiografi oleh Siti Hawa Haji Salleh, terbitan Universiti Malaya pada tahun 1991.[3] Buku ulasan ini memetik ceritanya dari tiga manuskrip, iaitu Maxwell 16, Maxwell 21, dan Von de Wall 201.[4]
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE