Kerajaan tanggung 90% belanja pendidikan tinggi: Saifuddin
Kerajaan tanggung 90 peratus belanja pendidikan tinggi: Saifuddin
TEMERLOH: Kerajaan menanggung 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat negara ini, sekali gus menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang menyediakan peruntukan besar untuk kos pendidikan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata subsidi itu meliputi pengajian di dalam dan luar negara. "Sebenarnya, pelajar di peringkat pengajian tinggi hanya menanggung kos sebanyak 10 peratus saja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 832 pelajar kawasan Parlimen Temerloh, di sini.
Beliau berkata, komitmen itu menunjukkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional bersungguh-sungguh untuk memajukan bidang pendidikan bagi melahirkan lebih ramai rakyat berilmu untuk mewarisi kepimpinan negara.
"Menerusi PTPTN misalnya, kerajaan memberikan pinjaman pendidikan dan biasiswa kepada kira kira 1.94 juta pelajar pelbagai kaum membabitkan peruntukan lebih RM44 billion setakat ini," katanya.
- BERNAMA
__________________
“Saya masih yakin kami akan berjaya melakukannya, saya yakin kami akan melakukannya sekali lagi. Dulu saya pernah berkata, apabila kami kalah 1-5 kepada Indonesia, saya berharap kami akan jumpa Indonesia di final, jadi saya mahu katakan di sini, saya berharap kami akan jumpa Singapura di final,” - K Rajagobal
tahniah la....
aku tunggu PR bagi pendidikan percuma...
__________________ AKHIRNYA
Quote:
CPS-GOLD
Semua share kita sama ada 2 lot atau 100 lot atau lebih akan di apungkan ke IPO sehingga Dec 2013 yang mana akan di terajui oleh PCEF... Tiada kena mengena untuk tambahan 10lot CPS-PLATINUM... ia akan kekal seadanya tak BURN tak HANGUS tak HILANG
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE