Dalam satu penyelidikan, ahli entomologi melakukan kajian untuk menentukan apakah serangga kecil ini memilih mangsanya atau hanya menghisap darah secara rawak.
Hasil dari kajian tersebut ternyata menunjukkan bahawa nyamuk memilih mangsa yang darahnya akan dihisap.
Nyamuk memilih mangsanya berdasarkan bau manusia yang nikmat iaitu yang berbau masam dan berbau kolesterol.
“Nyamuk menggunakan bau untuk menganalisa seseorang yang menarik dan yang tidak menarik untuk menemukan darah mana yang lebih sedap bagi mereka,” jelas Jerry Butler, pakar entimologi dari University of Florida.
Butler menjelaskan, nyamuk telah berevolusi dan bertahan hidup, bahkan dengan perkembangan yang pesat.
Nyamuk memiliki kemampuan untuk memilih mangsa terbaik untuk dihisap darahnya, iaitu dengan indera bau yang tajam.
Manusia dapat menarik kedatangan nyamuk yang berada jauh dari mereka hanya dengan bau nafasnya. Setiap kali manusia menghembuskan nafas, karbon dioksida dan bau lainnya bercampur untuk menghasilkan signal yang bergerak melalui udara.
Signal-signal tersebut akan memberitahu nyamuk bahawa terdapat darah yang merupakan makanan lazat.
Menurut Butler, nyamuk terbang dengan pola zigzag.
Kemudian koloni serangga kecil ini akan menemui pusat bau di udara dengan mengandalkan penglihatan dan sensor panas.
Dari kajian yang dilakukan Butler diketahui bahawa nyamuk sebenarnya memerlukan kolesterol dan vitamin B, tetapi serangga kecil itu tidak mampu menghasilkannya sendiri.
“Oleh kerana itu, nyamuk akan mencari mangsa yang kaya akan sumber-sumber tersebut. Bau-bau seperti bau masam adalah sangat menarik bagi nyamuk,” jelas Butler.
Butler mengatakan, bahan-bahan yang digunakan untuk melembutkan dan menghaluskan kulit boleh menjadi umpan yang kuat bagi nyamuk.
Bahkan, bahan-bahan dalam kosmetik tertentu dikatakan sangat menarik bagi nyamuk.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE