Aku bukan menyebelahi perompak & bukan juga kerana politik. Cuma dalam semua perkara, sebagai org islam kita jgn langgar undang2 Islam dgn memandai2 buat undang2 sendiri seolah2 kita lebih pandai dari Allah s.w.t. Tengok kenyataan berikut :-
Quote:
Originally Posted by susah2je
Mati lagi baik.. Perompak memang patut ditembak mati jer
Statement ni generalised semua perompak patut di tembak mati je. Perompak juga ada hak beladiri di mahkamah. Ikut Islam kalau dia tak membunuh, sekadar merompak, mana boleh kita bunuh. Mungkin kemudian dia menyesal, bertaubat & dapat melakukan banyak kebajikan mengikut Islam...
Hukuman Hudud Ke Atas Perompak
Hukuman hudud ke atas perompak atau penyamun dapat dibahagikan kepada empat keadaan jika sabit kesalahan.
1)Perompak yang hanya membunuh dan tidak mengambil harta rompakan maka harus dibunuh dan digantung.
2)Perompak yang mengambil harta dan membunuh maka harus dibunuh dan digantung.
3)Perompak yang mengambil harta dan tidak membunuh maka harus dipotong tangan dan kakinya secara bersilang (tangan kanan dan kaki kiri).
4)Jika hanya menakut-nakut orang yang lalu lintas, tetapi tidak pula merompak atau membunuh, maka ditawan dan dibuang negeri.
Maksudnya:"Hanyasanya balasan orang-orang Yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah Dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja Dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). hukuman Yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa Yang amat besar. (al-Maidah : 33)
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE