Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Religious Talk

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 25,321
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 56,047
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 43,199
More...
  #3201  
Old 22-07-2012, 02:12 AM
abgaci abgaci is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2011
Posts: 197
Poster Rank: #9957
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default terlebih pandai

org sekarang terlebih pandai.
Allah dah jelaskan Al-quran ni turun dlm bahasa Arab maka
kita sebagai orang bukan arab memahami bahasa arab termasuk komponennya sprt nahu balaghah sorof dan sebagainya.
tetapi kita cenderung memahami guna terjemahan je pulak.
bahkan terjemah tu translate, tafsir pulak lain.

dlm alquran ada menyatakan (ayat carik sendiri)
"org yg buta di dunia akan buta juga di akhirat, dan mereka masuk neraka"
so amacam kita nk paham direct melalui terjemahan saja.
kalau kita terima sebijik terjemahan diatas maka penuhlah neraka dengan org buta tu...
kesimpulan
1.alquran dlm bahasa Arab, maka kena faham komponen bahasa tersebut.
2.paling paham ttg alquran kan nabi kita, baginda menerangkan melalui hadith, kenapa tinggal hadith? xnk dengar nabi ke?

ada lagi, benda ni kena ada disiplin ilmu, klu ikut suke je, sesat kita, klupandai lg cube teragkan makna sesat?
sesat tu dalam bahasa melayu jer..
k, cube terangkan makna sesat sebelum nk berbalah pasal makna dlm bahasa Arab..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #3202  
Old 22-07-2012, 05:26 AM
jumatmajid jumatmajid is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2012
Posts: 4,620
Poster Rank: #822
Thanked 0 Times
Active Level
Default

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Quote:
Originally Posted by BlueDream View Post
Penyampaian saudara jumatmajid mungkin sukar sket nak difahami oleh orang yg tak belajar Nahu bahasa Arab

Ini... cara penyampaian yg boleh difahami oleh orang awam (insya Allah)

Yang di sisinya terletak Jannatul-Makwa
(An-Najm 53:15)

Dari ayat di atas, Makwa ditafsir sebagai tempat tinggal. Antara perkataan 'Jannah' dan 'Al-Makwa' takde 'Conjunction' iaitu kata penghubung

Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,
(Asy-Syu'araa' 26:57)

Dari ayat di atas, perkataan 'Jannah' dan 'Uyun' dihubungkan oleh Conjunction "Wa" yg bermaksud "DAN"

Jadi kesimpulannya

53:15 ---> Jannnatul Makwa... taman itu diberi nama sebagai 'Al-Makwa'. Dan Jannatul-Makwa merupakan nama khas bagi tempat yg tidak perlu ditranslate.

26:57 ---> Jannah... taman secara umum yg tak diberi nama khas baginya kerana setelah perkataan Jannah perkataan seterusnya adalah conjuction "WA". Jadi taman yg secara umum itu dirujuk sebagai taman2 biasa saja.
Terima kasih saudara Blue Dream, krn berusaha menjlskan hujah sy. Mmg sy dah agak glgan anti-hadis nih takkan fhm hujah berdsrkan Nahu Arab nih atau pon mmg ada sbb2 tertentu yg menybbkan mrk sengaja x mahu fhm. Sbb tuh dr awal lg sy x nak gunakan hujah dr sudut Nahu. Bg glgan ni, Quran HANYA blh ditafsirkan menggunakan satu kaedah shj [Nota: "hanya" & "shj" merupakan penekanan berganda], iaitu "persamaan dr segi terjemahan kalimah" [Nota: Ditekankan terjemahan kalimah secara satu persatu atau individual], krn ayat Quran yg dijlskan dgn ayat Quran jg dianggap sbg tafsiran yg terbaik. X kisahlah sama ada kalimah itu dr kata dasar Arab yg bebeza atau kalimah itu sepatutnya diterjemahkan secara berkait dgn kalimah seterusnya. Cthnya;
  1. jika jumpa kalimah "sentuh" dlm dua ayat & kaitan pula dgn wanita, maka serta-merta ditafsirkan sbg "jimak" semata2 spt Al-Maidah, 6 & Al-Mujadalah, 2 [post #3032] tanpa mengambil kira kata dasar yg berbeza bg kalimah "sentuh" dlm kedua2 ayat itu dr segi Nahu Arab.
  2. jika berjumpa kalimah "jannah" serta-merta diterjemahkan sbg "kebun/taman" semata2 spt An-Najm, 15 & As-Shuara, 57, [Post #2832] tanpa mengambil kira hubungan kalimah "jannah" itu dgn kalimah seterusnya dlm kedua2 ayat itu dr segi Nahu Arab.

Bg mrk, menjlskan Quran dgn kaedah lain semuanya x blh diterima pakai, wlupon dgn kaedah kajian Nahu & Balaghah ke atas ayat2 Quran itu sendiri spt yg sy lakukan atas An-Najm, 15 bg kalimah "jannah" & Al-Maidah, 6 bg kalimah "sentuh". Apabila kita bg petikan2 luar Quran utk memudahkan kefhman mrk, diputarbelitkan sbg bergantung kpd sumber selain Quran. Hmmm, ntah lah, klu ular yg lidahnya bercbg dua pandai baca posting glgan mrk nih pon mgkn dah geleng2 kepala, kepeningan & merasa takjub dgn keblhan mrk memutar belitkan hujah pihak lwn. Rasanya x perlu disebutkan pendirian mrk ttg kaedah menjlskan Quran melalui kajian sejarah.

Bgimana pon apa yg penting, para pembaca skrg dah jls ttg ciri2 glgan mrk ini & kaedah tafsiran yg mrk gunakan. Dua perkara ini shj rasanya dah cukup utk menjdkan para pembaca berhati2 dgn pendpt2 mrk. Semoga kita semua mendpt pentunjuk & hidayah-Nya di bln Ramadhan yg mulia ini.
__________________
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Adz-Zariyat, 56
Koleksi Fatwa Syiah yg memualkan/melucukan/jahat
Sila pastikan kebenaran/kesilapan pendapat saya dengan mereka yang lebih berilmu berhampiran anda. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah-Nya.

Last edited by jumatmajid; 22-07-2012 at 05:38 AM..
Reply With Quote
  #3203  
Old 22-07-2012, 06:55 AM
papabaik papabaik is offline
Super Active Member

papabaik's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 4,229
Poster Rank: #892
Thanked 140 Times
Active Level
Default

Kupasan terbaik oleh bro Lime Juice. Alhamdulillah....
__________________
"Quran Is Easy. Do You Not Want To Learn?"
Bacalah Terjemahan Al-Quran Agar Anda Mendapat Petunjuk Dari Allah
Reply With Quote
  #3204  
Old 22-07-2012, 08:13 AM
jumatmajid jumatmajid is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2012
Posts: 4,620
Poster Rank: #822
Thanked 0 Times
Active Level
Default

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Quote:
Originally Posted by Lime Juice View Post
Allah faham semua bahasa.
Cakap ajer bahasa aper,English,French,Spanish,German,Russian, Thai,Tamil,Melayu semua Allah faham.
Bahasa binatang dan semut pun Allah faham.

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut:
"Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari"
.
(An-Naml 27:18
agak bahasa apa yg digunakan semut itu?
Utk mengelakkan hilangnya mukjizat & kehebatan Quran krn membaca bergantung kpd terjemahan semata2, buktikan dgn HANYA MENGGUNAKAN TERJEMAHAN AYAT DI ATAS, DR DALIL YG SAH & BKN ANDAIAN SEMATA siapakah sebenarnya "seekor semut" yg disebutkan dlm ayat tersebut. Jika saudara jujur & yakin saudara berada dlm kebenaran dgn disaksikan oleh الله di bln Ramadhan yg mulia ini, jwb soalan sy tanpa merujuk kpd mana2 sumber lain selain terjemahan ayat yg saudara berikan di atas.
__________________
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Adz-Zariyat, 56
Koleksi Fatwa Syiah yg memualkan/melucukan/jahat
Sila pastikan kebenaran/kesilapan pendapat saya dengan mereka yang lebih berilmu berhampiran anda. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah-Nya.
Reply With Quote
  #3205  
Old 22-07-2012, 09:27 AM
jumatmajid jumatmajid is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2012
Posts: 4,620
Poster Rank: #822
Thanked 0 Times
Active Level
Default

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Quote:
Originally Posted by papabaik View Post
Saya tak paksa sapa pun. Saya cuma mengajak dengan baik utk kembali fokus kepada Quran.
Saudara, dll kalau tak suka, boleh je jgn masuk thread saya ni.
Masing2 ada pilihan. Yg saya nampak disini, Jumatmajid, bluedream, dsb yg
sedang memaksa saya sayang hadith sahih mereka itu.

Jadi saya pun boleh kata, jumatmajid, bluedream, dll xboleh memaksakan
kepercayaan kamu kpd pemahaman org lain...terimalah hakikat itu....
kamu nak kata hadits tu 100% sunnah ke,ape ke...itu terpulanglah...
kami dah jelaskan apa yg sepattnya bg kamu untuk memahami dan
memikirkannya tanpa ebarang paksaan...diharap kamu juga tidak
memaksa kami utk mempercayai apa yg kamu percaya...terima kasih...
Ishk !!!Mcm mana blh x nampak posting nih. X psl2 nama kita naik jd tukang paksa lak. Isu dah lapuk & bln puasa lak nih. X pyh respon la.

p/s: Sabar...sabar...sabar...x pyh respon isu dah lapuk. Istighfar byk
__________________
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Adz-Zariyat, 56
Koleksi Fatwa Syiah yg memualkan/melucukan/jahat
Sila pastikan kebenaran/kesilapan pendapat saya dengan mereka yang lebih berilmu berhampiran anda. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah-Nya.
Reply With Quote
  #3206  
Old 22-07-2012, 11:32 AM
Lime Juice Lime Juice is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2012
Posts: 1,582
Poster Rank: #2415
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by jumatmajid View Post
بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Utk mengelakkan hilangnya mukjizat & kehebatan Quran krn membaca bergantung kpd terjemahan semata2, buktikan dgn HANYA MENGGUNAKAN TERJEMAHAN AYAT DI ATAS, DR DALIL YG SAH & BKN ANDAIAN SEMATA siapakah sebenarnya "seekor semut" yg disebutkan dlm ayat tersebut. Jika saudara jujur & yakin saudara berada dlm kebenaran dgn disaksikan oleh الله di bln Ramadhan yg mulia ini, jwb soalan sy tanpa merujuk kpd mana2 sumber lain selain terjemahan ayat yg saudara berikan di atas.

kalau bukan kerengge, mesti semut api ataupun semut hitam ataupun ..... berapa byk lagi dah?
yg nak disampaikan bukan semut apa tetapi bahasanya yg Allah juga faham.

ok lah, kita lihat tejemahan ayat itu dalam konteknya;

Surat An-Naml (The Ant - Si Semut)


Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, 27;16

Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung;
27;18

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari". 27;19
ٱلنَّمۡلِ
l-namli (of) the ants, (play safe! takut nnti dikata tidak tahu huruf Arab)

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu
27;20

Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? 27;21

Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. 27;22

bukan semut sahaja, bahasa burung, jin pun Allah faham.
kepada jawapan yg ditanya, answernya SEMUT senang kan macam title nya juga Si Semut.

ok,kalau bukan semut yg dimaksudkan, cuba kongsi sama siapa/apa dia?
nak tahu juga.. harap dapat belajar sesuatu kat sini? dan terangkan macam kat bawah ni juga

DR DALIL YG SAH & BKN ANDAIAN SEMATA siapakah sebenarnya "seekor semut" yg disebutkan dlm ayat tersebut. Jika saudara jujur & yakin saudara berada dlm kebenaran dgn disaksikan oleh الله di bln Ramadhan yg mulia ini, jwb soalan sy tanpa merujuk kpd mana2 sumber lain selain dari kefahaman Quran yg saudara tahu
Reply With Quote
  #3207  
Old 22-07-2012, 11:52 AM
Lime Juice Lime Juice is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2012
Posts: 1,582
Poster Rank: #2415
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Atie Yolanda View Post
saya nak tahu, adakah ni hadis sahih atau palsu bekenaan :

pada 15 Ramadhan akan berlakunya huru hara (pd perkiraan akan berlaku pada tahun ni..)


tolong pencerahan samada benar atau tidak..

Waallahualam..


kesian adik ni, tunggu lama maseh blm dapat jawapannya

Abg (ehem) tolong tanyakan k,

Pro hadis,
org tanya jawab lah
buat org tertunggu jer
tak baik tau

kirim salam kat emak
dan jgn lupa minum limejuice buka nnti
Reply With Quote
  #3208  
Old 22-07-2012, 12:49 PM
jumatmajid jumatmajid is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2012
Posts: 4,620
Poster Rank: #822
Thanked 0 Times
Active Level
Default Tempoh minimum dlm neraka

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mukaddimah

Post ini hanya utk berkongsi serba sedikit ttg tazkirah Ramadhan yg disampaikan oleh Ustaz Subki Abd. Rahman kat masjid kariah sy semlm. Slh satu isi kandungannya yg menarik perhatian sy adalah ttg tempoh minimum umat Islam akan dicampakkan dlm neraka. Tempoh minimum bermaksud tempoh plg singkat org Islam akan dicuci di dlm neraka sblm di masukkan ke dlm syurga. Beliau x menerangkan secara terperinci siapakah umat Islam yg cuma perlu melalui tempoh minimum ini, tp andaian sy mrk mestilah terdiri drpd para sahabat Nabi Muhammad yg x dijanjikan syurga, para tabi'in, tabi' tabi'in, para ulama' muktabar & wali2 الله . Klu setkt iman org awam mcm sy nih mmg confirm x lyk mendpt anugerah nih.

Isu sama ada umat Islam akan kekal di dlm neraka sekali mrk dimasukkan ke sana atau akan dikeluarkan slps tempoh tertentu tlh dibincangkan dgn pjg lebar antara saudara BlueDream, Papabaik, RastamanRastaman & MyDesk dr page 278 - 295. Oleh sbb itu sy rasa terpanggil utk mengulas semula isu ini slps mendgr tazkirah dr Ustaz Subki sbg tambahan bg ilmu yg tlh sedia ada.

Post ini bknlah nak menolak pendpt glgan anti-hadis dlm thread ini, krn sy pasti mrk x akan menerima pendpt yg diambil selain drpd Quran. Ttp, post ini hanyalah perkongsian ilmu dgn mrk2 yg sependpt dgn sy & kpd mrk2 yg msh mencari hala tuju mana yg sesuai dgn mrk. Tiada maksud utk memaksa sesiapa melainkan jika diri sendiri merasa terpaksa. Hujah2 dlm post ini jg x akan sy dipertahankan jika ada dr para pembaca yg ingin memberikan respon [Nota: Melainkan jika sy lihat mmg ada keperluan yg mendesak].

Huraian Surah An-Naba', 23

Ustaz Subki dlm tazkirahnya merujuk kpd Surah An-Naba', 23, spt berikut;
لَّابِثِينَ فِيهَا أَحْقَابًا

"Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya."
Ustaz Subki memberikan tafsir terperinci bg kalimah أَحْقَابًا yg dlm ayat di atas bermaksud "berkurun-kurun lamanya". Kalimah أَحْقَابًا ini sebenarnya adalah jama' [plural] bg kalimah حُقُبًا yg disebut dlm surah Al-Kahfi, 60. Dlm kajian Bahasa Arab klasik ada dinyatakan bhw حُقُبًا itu merujuk kpd satu tempoh masa yg pjg iaitu di antara 70-80 thn [Lihat Arabic-English Lexicon bg kata dsr "ح ق ب"]. Dlm tafsir Ibnu Katsir jg di bawakan bbrp hadis yg menerangkan dr hal istilah ini [Lihat Tafsir Ibnu Katsir].

Hari di alam dunia X y = Hari di alam akhirat

Sblm kita mula mengira kita rujuk terlbh dhl bbrp ayat Quran yg menunjukkan sehari di akhirat sama dgn brp thn di dunia ini. Perkara ini diterangkan dlm ayat2 berikut;
Ayat 1

تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam satu masa yang kadarnya limapuluh ribu tahun., Al-Ma’arij, 4

Ayat 2

يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu masa yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu, As-Sajjadah, 5

Ayat 3

وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu, Al-Hajj, 47
Dua ayat di atas menyatakan 1000 thn & satu ayat menyatakan 50,000 thn. Oleh krn bkn tujuan post ini utk menerangkan ayat mana yg lbh tepat, oleh itu sy memilih sehari akhirat sama dgn 1000 thn di dunia, utk mendptkan tempoh minimum tersebut [Nota: Jika ada pertanyaan mengapa ada percanggahan ini, sy akan terangkan dlm post lain].

Kiraan tempoh minimum dlm neraka

Baiklah skrg kita tlh dpt semua pemblh ubah yg diperlukan utk memulakan pengiraan kita spt berikut;
حُقُبًا [singular] dr Al-Kahfi, 60 = 80 thn

أَحْقَابًا [jama' / plural] dr Surah An-Naba', 23 = حُقُبًا X 3 = 240 thn akhirat [Nota: Jama' / plural dlm Bahasa Arab bermula dr 3]

240 thn akhirat X 355 hari sethn hijriah = 85,200 hari akhirat [Nota: Mengikut Ustaz Subki thn hijriah lbh 10 hr berbanding thn masihi]

1 hari akhirat = 1000 thn dunia dr Surah Al-Maarij, 4 & Al-Hajj, 47

85,200 hari akhirat X 1000 thn dunia = 85,200,000 thn dunia [Nota: Nak sebut pon dah tahu, sape tahu tlg bg ejaannya ye]
Maka jika tempoh minimum itu shj sdh hampir2 billion thn, bgimana pula kita yg byk sgt dosa ini. Mmg patutlah jika الله dlm byk ayat spt yg dipetik oleh glgan anti-hadith menyatakan jika masuk ke dlm neraka kekal mrk di dlmnya "selama2nya" krn tempoh yg sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt....pjg ini.

Akhirnya pasti akan ke syurga jg

Wlu bgimana sy tetap percaya bhw wlu betapa lama pon org Islam dlm neraka mrk tetap akan dimasukkan ke dlm Syurga akhirnya berdsrkan dalil2 berikut;
  1. Merujuk kpd pendpt glgan anti-hadis mrk mengatakan hanya taubat semasa didunia shj yg akan diterima oleh الله , jika x sempat bertaubat maka kekallah kita di dlm neraka selama2nya [Post #2784 & #2783]. Dlm Surah an-Nisa’, 48; 116 dan Surah Luqman, 13 pula الله berfirman bhw Dia mengampunkan [Nota: Menerima taubat] semua dosa melainkan dosa syirik. Jika kita sandarkan hujah glgan anti-hadis ini dgn ayat2 tersbt, bermaksud semua taubat semasa didunia akan diterima/diampunkan melainkan dosa syirik. Implikasinya ialah sesorg yg tlh mensyirikan الله & ingin bertaubat maka taubat mrk x akan diterima/diampunkan oleh-Nya. Ia bknlah satu pendpt yg logik pd pandangan sy. Surah An-Nisa’, 48; 116 dan Surah Luqman ini hanya akan menjd logik jika ia diaplikasikan utk kehidupan semasa di akhirat, iaitu الله mengampunkan semua dosa sama ada sempat bertaubat atau x kecuali dosa mensyirikkan-Nya.
  2. Ayat pertama di dlm Quran adalah بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ menunjukkan betapa besarnya kasih & syg الله kpd hamba-Nya. Adakah kasih & syg ini hanya semasa di dunia shj. Pendpt sy tentulah tidak, oleh itu dlm Surah An-Nisa', 40 الله berfirman x akan dia menganiaya hamba-Nya wlu pon sebesar zarah bermaksud manusia akan dihukum setimpal dgn keslhan mrk. Mlh dlm ayat yg sama الله berfirman jika ada amal kebaikan sebesar zarah akan dilipatgandakan pula bermaksud الله lbh rela melihat hamba-Nya keluar dr neraka drpd tersiksa di dlmnya dgn melipatgandakan pahala bg amal baik wlupon sekecil mana amal itu.
  3. Hamba-Nya yg tlh dibersihkan jiwa2 mrk di dlm neraka & dimasukkan ke dlm syurga maka kekallah mrk disana selama2nya. Ini bkn shj atas dsr kasih syg الله spt yg tlh ditrgkan di atas, ttp jg krn jiwa mrk tlh bersih tanpa segala kekotoran maka tiada tempat lain yg plg layak bg mrk selain syurga2-Nya. Tlh diterangkan bhw di alam akhirat cuma ada tujuan akhir cuma ada 2, iaitu sama ada syurga atau neraka. Al-'Araf pula hanyalah persinggan sementara shj spt yg ditrgkan oleh saudara BlueDream dlm post #2900

Kesimpulan

Pd pendpt sy [Nota: Yg pastinya byk keslhan ini] berdsrkan tazkirah yg disampaikan oleh Ustaz Subki, jls bhw umat Islam yg x mensyirikkan الله pasti akan mendpt keampunannya slps dibersihkan jiwa2 mrk [Nota: Termasuk sy] di dlm neraka. Persoalannya adakah mampu kita menempuh siksaan yg amat dahsyat selama jutaan thn itu. Bg mrk yg berkata "takpe masuk neraka kejap je, lps tu akan masuk syurga gak", bermuhasabahlah sebyk mgkn spjg bln Ramadhan ini.

Sebenarnya ada baiknya jg pendpt glgan anti-hadis dlm hal ini [Nota: Sy katakan "ada baiknya" bkn "ada benarnya"]. Krn dgn pendpt spt ini akan menjdkan mrk lbh waspada & jika semua umat Islam waspada spt mrk sdh tentulah akan jd lbh aman dunia ini. Atas dsr itu sy x byk berhujah dgn mrk dlm pages yg awal spt yg sy berikan di atas.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya utk kita semua. Berdoalah semoga kita semua sentiasa di bwh petunjuk & hidayah-Nya sehingga akhir hayat. Salam Ramadhan Al-Mubarak. Selamat berpuasa.
__________________
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Adz-Zariyat, 56
Koleksi Fatwa Syiah yg memualkan/melucukan/jahat
Sila pastikan kebenaran/kesilapan pendapat saya dengan mereka yang lebih berilmu berhampiran anda. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah-Nya.

Last edited by jumatmajid; 22-07-2012 at 03:50 PM..
Reply With Quote
  #3209  
Old 22-07-2012, 12:56 PM
lautbiru lautbiru is offline
Active Member

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Jun 2010
Posts: 1,630
Poster Rank: #2367
Thanked 334 Times
Active Level
My Mood:
Default

Alhamdullillah..


Saya cuba mengambil tempat sebagai seorg yg cuba mengikut saranan Tuan Papabaik...kiranya,...jadi anak murid la...makanya saya hormati sebagi Ustaz Papabaik...malangnya ...dikatakan "menyindir"..

So...saya hormati guru saya..saya panggil Tuan papabaik sja...munkin itu yg Tuan papabaik suka?


Memandangkan Tuan papabaik kata dah "last post" kat thread ini....kalau saya ke Thread Papabaik o.klah kot...boleh la Tuan papbaik ajar saya di sana...(patut la anak murid dtg tempat guru ).. Cumanaya thread tu panjang & saya tak cukup luxury masa..so...saya bertawakal agar ada juga manafaatnya..insyaallah..



BAIKLAH....KEYWORD yg saya harap Tuan Papabaik & sesiapalah terutama yg sealiran Tuan Papabaik faham..."ANGGAP SAYA SEORANG YG SEDANG CUBA MEMAHAMI & MENGIKUTI AJARAN /SARANAN/DAKWAH TUAN PAPABAIK "...

So...Harap soalan soalan saya dijawab berdasarkan skop niat tersebut...O.K....Boleh ya..?





So...perlu nampaknya saya bawakan soalan saya ke thread Tuan...



pecahan soalan 1...:


Balik ke soalan 1 tadi...so Tuan kata..

Saudara boleh beli terjemahan Abdullah Yusuf Ali antara lain. Dia antara penterjemah yg menterjemah
dari bahasa arab kepada bahasa melayu/english yg terbaik, dan paling kurang memberi pendapat peribadinya
didalam terjemahannya. Dan kalau nak beli yg kedua ketiga, beli je mana2 kat kedai buku ikut kemampuan.
Baca serentak yer. Dan jgn lupa minta perlindungan Allah dari syaitan sebelum membaca Quran.




- Abdullah Yusuf Ali terjemah ke bahasa MELAYU?....English je kot.. ...tapi kalau Tuan kata ALLAH YG KATA gitu..O.k sja lah..


- katakan SAYA (personally saya si lautbiru )..mempunyai krisis/ tak sealiran fahaman agama dgn fahaman agama Abdullah Yusuf Ali....Adakah saya patut juga memakai terjemahan Al Quraan dia?...


- bagaimana Tuan membuat kesimpulan membaca terjemahan Al Quraan Abdullah Yusuf Ali tidak menyesatkan...(sebab kata "Taman" tu ke?



Pelan pelan Tuan ya...santai santai....jangan marah soalan soalan saya tahap budak tadika.....


p/s : Tuan tolak IMAM BUKHORI R.A ....Imam Abdullah Yusuf Ali Tuan boleh terima pulak...boleh terangkan resionalnya.






SOALAN 2 :



Boleh Tuan berikan terjemahan Tuan (atau terjemahan yg Tuan terima) untuk Ayat 116 surah Al Baqarah.....





YG SEDANG MENUNGGU TUNJUKAJAR TUAN PAPABAIK...
Reply With Quote
  #3210  
Old 22-07-2012, 12:58 PM
lautbiru lautbiru is offline
Active Member

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Jun 2010
Posts: 1,630
Poster Rank: #2367
Thanked 334 Times
Active Level
My Mood:
Default

Alhamdullillah..


Saya cuba mengambil tempat sebagai seorg yg cuba mengikut saranan Tuan Papabaik...kiranya,...jadi anak murid la...makanya saya hormati sebagi Ustaz Papabaik...malangnya ...dikatakan "menyindir"..

So...saya hormati guru saya..saya panggil Tuan papabaik sja...munkin itu yg Tuan papabaik suka?


Memandangkan Tuan papabaik kata dah "last post" kat thread saya....kalau saya ke Thread Papabaik o.klah kot...boleh la Tuan papbaik ajar saya di sana...(patut la anak murid dtg tempat guru ).. Cumanaya thread tu panjang & saya tak cukup luxury masa..so...saya bertawakal agar ada juga manafaatnya..insyaallah..



BAIKLAH....KEYWORD yg saya harap Tuan Papabaik & sesiapalah terutama yg sealiran Tuan Papabaik faham..."ANGGAP SAYA SEORANG YG SEDANG CUBA MEMAHAMI & MENGIKUTI AJARAN /SARANAN/DAKWAH TUAN PAPABAIK "...

So...Harap soalan soalan saya dijawab berdasarkan skop niat tersebut...O.K....Boleh ya..?




So...perlu nampaknya saya bawakan soalan saya ke thread Tuan...



pecahan soalan 1...:


Balik ke soalan 1 tadi...so Tuan kata..

Saudara boleh beli terjemahan Abdullah Yusuf Ali antara lain. Dia antara penterjemah yg menterjemah
dari bahasa arab kepada bahasa melayu/english yg terbaik, dan paling kurang memberi pendapat peribadinya
didalam terjemahannya. Dan kalau nak beli yg kedua ketiga, beli je mana2 kat kedai buku ikut kemampuan.
Baca serentak yer. Dan jgn lupa minta perlindungan Allah dari syaitan sebelum membaca Quran.




- Abdullah Yusuf Ali terjemah ke bahasa MELAYU?....English je kot.. ...tapi kalau Tuan kata ALLAH YG KATA gitu..O.k sja lah..


- katakan SAYA (personally saya si lautbiru )..mempunyai krisis/ tak sealiran fahaman agama dgn fahaman agama Abdullah Yusuf Ali....Adakah saya patut juga memakai terjemahan Al Quraan dia?...


- bagaimana Tuan membuat kesimpulan membaca terjemahan Al Quraan Abdullah Yusuf Ali tidak menyesatkan...(sebab kata "Taman" tu ke?



Pelan pelan Tuan ya...santai santai....jangan marah soalan soalan saya tahap budak tadika.....


p/s : Tuan tolak IMAM BUKHORI R.A ....Imam Abdullah Yusuf Ali Tuan boleh terima pulak...boleh terangkan resionalnya.






SOALAN 2 :



Boleh Tuan berikan terjemahan Tuan (atau terjemahan yg Tuan terima) untuk Ayat 116 surah Al Baqarah.....





YG SEDANG MENUNGGU TUNJUKAJAR TUAN PAPABAIK...
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 03:56 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE