Kes Jenayah Di Pusat Beli-belah Tidak Banyak Seperti Dilapor Media Sosial - KPN
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kes jenayah di pusat beli-belah sebenarnya tidak banyak seperti dilapor media sosial kerana sehingga kini hanya enam kes berlaku di Selangor dan dua di Kuala Lumpur, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata kes tersebut kelihatan serius apabila kejadian-kejadian yang berlaku dilaporkan secara berlebihan di media-media sosial.
"Bila masyarakat mula menyebut mengenai kes itu kami segera memberi respon terhadapnya dengan turun bertemu pemilik pusat beli-belah dan masyarakat bagi menerangkan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil polis," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes jenayah di pusat beli-belah, dalam sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) Bhd di Bukit Aman di sini Isnin.
Ismail berkata beliau juga telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis negeri dan daerah bagi mencari mekanisme terbaik mengurangkan jenayah terutamanya di pusat beli-belah.
Khamis lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan berjumpa dengan empat Ketua Polis negeri iaitu Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan membincangkan langkah yang perlu diambil bagi mencegah jenayah di kawasan tumpuan penjenayah termasuk di kawasan letak kereta pusat membeli-belah.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE