KENINGAU: Seorang lelaki warga negara China berbangsa Teowcho dijatuhi hukuman denda sebanyak RM900, 000 atau penjara dua tahun jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki parabola tanpa dokumen import sah.
Tertuduh Wen Dong Wu, 31, berasal dari Guangdong China mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini kelmarin.
Menurut fakta kes yang dibacakan kepada tertuduh oleh seorang jurubahasa oleh Pegawai Kastam, Pik Ensuan Cham, bahawa pada 14 Jun tahun ini lebih kurang jam 2.30 petang, sepasukan anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan Keningau diketuai oleh Winston ak Patrick telah membuat pemeriksaan di sekitar kawasan tempat penyimpanan bunga Yeo Nursery, Kampung Mottou, Jalan Masak Keningau.
Hasil pemeriksaan pasukan ini telah berjaya menjumpai 106 set parabola. Pemilik kesemua parabola tersebut, tertuduh Wen Dong Wu dan barang bukti dibawa ke pejabat Kastam Bahagian Penguatkuasaan Keningau untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sebanyak 106 set parabola (termasuk parabola dish ukuran lilit 1.5 meter, digital satellite receiver model k49A jenama DUNALS dan parabola antenna reflector C-Band Dual Polarization LNBF model PM-900 jenama PUSMART) dijumpai.
Siasatan mendapati kesemua parabola tersebut tiada dokumen import, ini bererti adalah barang larangan dan tidak berkastam yang tergolong di bawah butiran 23 dan 24, Jadual Kedua Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008.
Eksibit parabola dish, satellite receiver dan parabola antenna reflector diperjeniskan di bawah kepala dan sub kepala 8529.10.110 yang menarik kadar duti input 50 peratus dan jualan 10 peratus serta 8529.90.100 dan 8529.10.190 yang menarik kadar duti import 5 peratus dan cukai jualan 10 peratus di bawah Perintah Duti Kastam 1998.
Nilai eksibit RM84,800 melibatkan duti kastam RM39,379 gagal dibuktikan telah dibayar oleh tertuduh kepada kerajaan. Dengan demikian, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta kastam 1967 kerana dengan disedari memiliki barang-barang larangan. Dengan itu tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) Akta yang sama.
Akta ini memperuntukkan hukuman denda jika sabit kesalahan. Kesalahan pertama denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang iaitu RM848,000 dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang iaitu RM1.7 juta atau dipenjara selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya sementara set parabola dilucut hak kepada kerajaan.
Penolong Kanan Pengarah kastam Sabah, Ahmad Samad dan Penguasa Kastam Sabah, Janet S. Linggu bertindak sebagai Pegawai Pendakwa sementara tertuduh tidak diwakili.
Tertuduh yang gagal membayar denda telah dihantar ke penjara Kepayan.
__________________
"Hidup bukanlah sebuah permainan yang bisa diconteng mengikut alur nafsu dan rasa. Hidup adalah sebuah perjuangan,
yang perlu dilakar dengan taqwa dan diwarnai dengan keimanan, agar lukisan hidup indah sebagai sebuah jawapan ujian kehidupan yang ditentukan atas setiap kita."
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE