BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyebaran fahaman bercanggah dengan ASWJ adalah melanggar Perlembagaan Malaysia

Hakim wanita mesti suka dengan hadis ini..

Wanita setaraf anjing dan keldai

Disampaikan oleh Aisyah: Perkara-perkara yang membatalkan solat telah disebutkan kepada saya. Mereka berkata, "Solat menjadi batal oleh anjing, keldai dan wanita (jika menerusi di hadapan orang yang bersolat)." Saya berkata, "Kamu menyamakan kami (wanita) seperti anjing. Saya melihat Nabi bersembahyang ketika berbaring di katil di antara beliau dan kiblat. Apabila saya memerlukan sesuatu, saya akan lalu berjauhan kerana tidak suka melalui hadapan beliau."; Sahih Bukhari Volume 001, Buku 009, No 490
 
Al-Quran mengajak kepada perpaduan ummah
Hadis (dongeng) mengajak kepada perpecahan ummah

Bacaan lanjut << Klik

Penulis siap rujuk kes ini

Hakim Raja Azlan Shah dalam kes Public Prosecutor v Ooi Kee Saik: "....Tidak boleh terdapat keadaan mengiakan kebebasan mutlak atau tanpa kawalan yang keseluruhannya bebas dari sekatan; kerana ini akan menjurus kepada anarki dan kacau-bilau. Pemilikan dan penikmatan semua hak adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang munasabah yang dianggapkan sebagai penting kepada keselamatan, kesihatan, keamanan dan ketenteraman awam dan moral masyarakat. Apa yang cuba dilakukan oleh Perlembagaan dalam mengisytiharkan hak-hak rakyat ialah mengimbangkan antara kemerdekaan individu dan kawalan sosial...."

Prinsip yang dipakai:

1. menjurus kepada anarki dan kacau-bilau

2. penting kepada:
(a) keselamatan;
(b) kesihatan;
(c) keamanan dan ketenteraman awam; dan
(d) moral masyarakat.

Maksudnya, tidak boleh terdapat kebebasan penyebaran agama bagi mana-mana agama yang mempunyai kesemua elemen di atas. Ini termasuklah penggunaan cerita-cerita dongeng, iaitu penyebarannya untuk bacaan umum.

alhaqqa.png

So siapa yang patut kena sekat? Cerita dongeng?
Kesan daripada penggunaan cerita dongeng (hadis) oleh Penulis Novel imam-imam Persia:

Huru hara apabila orang kafir menggunakan cerita dongeng untuk menghina Islam

pakistan_protest.jpg
islamic-boy-rage.jpg

Remaja merasa rendah diri dengan agama dan menjadi murtad

murtad+malaysia.jpg
wuzara.jpg

b._minggu_15_april.jpg

Dakwah orang kafir menjadi mudah

Jalan kebenaran itu jelas berbez daripada jalan kesesatan dan melalui cerita dongeng yang tidak masuk akal serta bercanggah dgn al-Quran, Islam jelas berada di dalam jalan kesesatan. Orang kafir gagal menggunakan al-Quran untuk merosakkan umat Islam, tetapi mereka berjaya melakukannya melalui "cerita dongeng."

Bible%2BAl%2BKitab.jpg
_gereja_selangor.jpg

melayu+murtad.jpg

Unsur-unsur lucah dan kekejaman di dalam cerita dongeng yang didedahkan melalui hinaan orang kafir di Youtube, Facebook, blog etc akan merosakkan pemikiran dan rasa rendah diri remaja sekolah rendah apabila melayari internet

Pada masa ini remaja sekolah rendah merasa rendah diri apabila melayari internet dan menonton video-video yang menghina Islam. Selanjutnya, remaja juga dengan mudah membaca hadis yang membanjiri dunia internet. Oleh itu dan dalam tempoh 10-20 tahun, adalah dijangkakan lebih ramai remaja akan menjadi atheist atau bertukar agama kerana malu dengan agama Islam.

018komputer.jpg

Perpecahan umat Islam kerana pelbagai tafsiran hadis

Berbeza dengan al-Quran, tafsiran tanpa menggunakan hadis akan mengakibatkan perintah Allah menjadi jelas dan seluruh umat berhimpun serta berpegang kepada satu tafsiran. Selainnya umat Islam juga akan bersifat lebih terbuka kerana Allah memberikan kebebasan agama.

fabrication.jpg

Namun itu dan melalui hadis, terdapat pelbagai tafsiran sehingga umat berpecah belah. Bukan setakat itu, malahan fatwa di Malaysia sendiri berbeza daripada negeri dengan negeri lain. Jika pada zaman Rasulullah saw agama Islam itu luas dan boleh diterima oleh bangsa daripada pelbagai latarbelakang serta nilai kemasyarakatan, sebaliknya pada hari ini, agama Islam itu menjadi tersangat sempit.

Jika dahulunya agama Islam mudah berkembang, pada hari ini malahan mereka yang berbangsa cina dan india tidak tertarik lansung untuk memeluk agama Islam walaupun telah ratusan tahun bermasyarakat dengan orang Islam. Agama Islam itu telah disempitkan, dan pada hari ini, agama Islam menjadi teramat sempit sehingga orang Islam sendiri tidak lagi dapat berpayung di bawah agama Islam.

Umat Islam dilarang sama sekali menggunakan akal dan akan dilabelkan sebagai kafir apabila mempersoalkan hadis. Ini kemudiannya cuba dikuatkuasakan oleh undang-undang. Akhirnya Islam berpecah-pecah menjadi puak dan madzhab mengikut tafsiran hadis masing-masing, yang mana tujuannya ialah untuk menyempitkan agama melalui peraturan-peraturan yang sangat ketat. Akhirnya umat Islam akan berperang sesama sendiri dan tidak dapat mempertahankan serangan orang kafir. Golongan-golongan yang kecil ini akan tewas dengan serangan orang kafir dan menjadi hamba kepada orang kafir.

Jika Islam bercirikan sebegini, maka semenjak dahulu lagi ianya tidak dapat dikembangkan kerana mengandungi peraturan-peraturan yang teramat ketat. Berbeza dengan cerita dongeng, Allah Taala memberikan kebebasan di dalam al-Quran dan agama Islam itu menjadi tersangat mudah dan luas. Pelbagai bangsa tanpa mengira latarbelakang masyarakat dapat menganuti agama Islam. Ini kerana mereka dapat melihat nilai-nilai kehidupan yang sama dan lebih baik terkandung di dalam agama Islam. Allah Taala malahan memaafkan mana-mana perbuatan salah yang tidak terkandung di dalam al-Quran supaya agama itu menjadi luas dan boleh dikongsi oleh pelbagai bangsa yang berlainan pemikiran dan cara hidup.

"...Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar..." (Al-Maidah:101)

AD20120621730999-2-A_handout_pictu.jpg

fire.jpg

DSC01732%2Bcopy.jpg

Hukuman yang bercanggah dengan al-Quran

Stoning-2.jpg

Hukuman di atas berdasarkan hadis dongeng oleh Penulis Novel Bukhari
Tetapi, apakah perintah di dalam Al-Quran?

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (2.256)

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka. Akan tetapi sesiapa yang berpaling serta ia kufur ingkar, - Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka, Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka. (88.21-26)

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami. (10.99-100)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk, maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan engkau bukanlah menjadi wakil yang menguasai mereka. (39.41)

Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang. (18.29)

Allah berkehendakkan kita berfikir mengenai penerimaan cerita dongeng ini dengan membangkitkan penentangan suara orang kafir ke atas cerita dongeng, tapi kita masih juga tidur....
 
Last edited:

Islam kalah di Asia tenggara sebab masyarakat asia tenggara ***** dan ***** walaupown ada pemimpin "beragama Islam" islam menang di eropah dan Amerika walaupown pemimpin kapir.. sebab nya kalah ada orang macam hang la.. geng anti hadis, syiah..... :)):)):))
 
Hakim wanita mesti suka dengan hadis ini..

Wanita setaraf anjing dan keldai

Disampaikan oleh Aisyah: Perkara-perkara yang membatalkan solat telah disebutkan kepada saya. Mereka berkata, "Solat menjadi batal oleh anjing, keldai dan wanita (jika menerusi di hadapan orang yang bersolat)." Saya berkata, "Kamu menyamakan kami (wanita) seperti anjing. Saya melihat Nabi bersembahyang ketika berbaring di katil di antara beliau dan kiblat. Apabila saya memerlukan sesuatu, saya akan lalu berjauhan kerana tidak suka melalui hadapan beliau."; Sahih Bukhari Volume 001, Buku 009, No 490

awat x bawak syarah hadis sekali.. jangan quote hadis saja.. bbawak skali dengan syarah dia..:):)
 
Wahabi aswj tak?

wahabi terkeluar daripada ASWJ. Ini bab akidah tak boleh main2. bab akidah/tauhid tolong jgn tanya di internet, lebih baik berjumpa tok2 guru pondok. jangan tanya nik aziz, dr. asri, rasul dahri, fathul bari. tanya tok guru pondok yang mengajar kitab kuning...
 
Beberapa cara yang boleh digunakan:

Jika ada seseorang atau sekumpulan yang membawa fahaman yang unik dan lain daripada kebiasaan maka kita harus melihat beberapa faktor seperti di bawah ini:

- Apakah akidah mereka? Tanya kepada mereka ini terlebih dahulu dan dapatkan penjelasan yang rapi dan menyakinkan kita semua untuk menghindar fitnah kepada diri kita dan Ulama? Amat peting!!
  • Adakah mereka merupakan Ahlus Sunnah Wal Jamaat(Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie', Hanbali)?
  • Adakah mereka merupakan pengikut Mazhab Syiah?
  • Adakah mereka merupakan golongan yang tidak percaya kepada hadith?
  • Adakah mereka merupakan golongan yang berpegang kepada fahaman Wahabi atau sedikit-sebanyak cenderung kepada Wahabi?
  • Adakah mereka merupakan golongan Melayu yang sudah murtad dan mempersoalkan Islam supaya menimbulkan keraguan kepada Umat Islam?
  • Adakah mereka merupakan penganut2 agama lain yang membenci Islam dan pandai bercakap bahasa Melayu walaupun dalam dialek Kelantan, Terengganu, Kedah dan sebagainya??
  • Adakah mereka merupakan agen2 perisikan yang beroperasi secara halus dalam menghancurkan perpaduan? Mereka sudah wujud lama dan terbukti. Sesiapa yang menafikan perkara ini, maka kamu memang lurus bendul dan tidak memahami politik antarabangsa(seumpama)
  • Adakah mereka baru sahaja belajar mengenai Islam kerana ketika mereka masih di tadika, sekolah, Universiti, mereka tidak mengambil tahu atau tidak ingin mengambil tahu pasal Islam? Mereka ini juga selalunya baru mengkaji Islam selama 1 - 3 tahun dan kemudian berkongsi dengan seluruh dunia mengatakan mereka berada dalam kebenaran?

- Adakah mereka mempunyai masalah mental/gila baru2 atau sebelum ini? Dalam hal2 yang melibatkan akidah agama , perlu ada doktor atau sekumpulan professional dan tidak professional yang boleh mengiktiraf sama ada mereka ini mempunyai masalah mental, gila dan seangkatan dengannya?

- Adakah mereka baru sahaja bercerai atau putus cinta? Mengikut pengalaman aku dalam menghadapi kes2 sebegini, memang ada golongan yang baru putus cinta atau bercerai dan mereka ini mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam hal2 sebegini? Tetapi, mereka akan reda selepas 1-7 tahun(mengikut pengalaman aku lah)

- Adakah mereka mempunyai kepandaian dan memahami Bahasa Arab?

- Apakah mereka tidak memberitahu mengenai umur mereka? Adakah mereka sudah akil baligh? Dari segi saintifik, memang ada yang lambat akil baligh. Jadi, perlu berhati-hati.

- Apakah mereka ini mempunyai masalah akhlak atau suka melakukan maksiat?

Jadi, sebab itu mereka yang membawa fahaman yang bercanggah dan berbahaya kepada perpaduan, maka mereka patut memenuhi kriteria di atas.

Jika ada pertambahan, aku akan update pada masa depan.(memang ada pun)

Yang Benar,
J.M.
 
mudah je nak buat justifikasi bg aku
kalau salah , kenapa , bagi bukti

kalau betul , kenapa , bagi bukti

tapi kalau betul sebab jiran2 aku mcm tu , mak bapak aku mcm tu dn org kmpung aku pn mcm tu , itu bukan hujah yg relevan dn tak boleh diterima utk jatuhkan hukuman
 
La Ikraha Fiddin.... Tiada Paksaan dalam agama. Menasihati itu boleh, mencegah itu boleh, meninggalkan pun boleh.. tapi siapa kita untuk menghukum? kalau diri sendiri pun belajar agama separuh tiang. tapi tang nak mengukum diala yg first... solat pon main skip2.. tang org semua bidaa'h. Btul2 manusia ****. btullah janji Allah di akhir zaman. Ilmu diangkat. Ke**** han berleluasa.. Fuh....
 
Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu.
(Al-An'aam 6:34)

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
(Al-An'aam 6:116)

Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan), dan Allah memang mengetahui akan apa yang Ia turunkan, - berkatalah mereka (yang kafir): "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta"; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.
(Al-Nahl 16:101)

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
(Al-Nahl 16:116)
 
Last edited:
syiah tu parasit,,prasit tu ape? parasit ,ialah,seperti ketuat pada kaki yang menyedut darah kaki untuk membesar dalam masa yang sama tuan badan akan rasa terseksa
 
Back
Top
Log in Register