Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

CG Sponsors



CG Updates
0 Reverting back old theme
Last Post: CariGold
Posted On: 06-05-2017
Replies: 0
Views: 5,584
0 CariGold new theme version - and more features are coming!
Last Post: niagafx
Posted On: 06-05-2017
Replies: 538
Views: 16,367
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 22,009
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 30-12-2010, 03:52 PM
dazrul dazrul is offline
Regular

dazrul's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Posts: 384
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to dazrul
Default Misteri Lembah Kematian di Yakutia/Siberia - Lembah Ya'juj ?


"Di suatu kawasan luas yang jarang penduduk di Yakutia, Siberia terdapat struktur logam aneh dan bukti letupan nuklear pembawa kemusnahan besar yang ditafsirkan berlaku pada setiap enam atau tujuh abad"

Teruskan membaca maklumat Dr Valery Uvarov tentang "Misteri Lembah Kematian Siberia."

BAHAGIAN I

Di barat laut Yakutia, di hulu lembangan Sungai Vilyuy, terdapat satu daerah yang sukar dijangkaui, di mana terdapat tanda-tanda bencana dasyat pernah terjadi pada sekitar 800 tahun yang lalu, membawa kepada memusnahkan hutan belantara merangkumi lebih dari ratusan kilometer persegi & menyesarkan serpihan batu-batuan. Berselerakan di kawasan ini, objek logam misteri yang terletak jauh di bawah lapisan tanah yang sentiasa diliputi salji. Kewujudan kawasan aneh ini terungkap oleh kehadiran tompokan tumbuh-tumbuhan aneh. Nama kuno daerah ini adalah Uliuiu Cherkechekh, yang boleh diterjemahkan sebagai "Lembah Kematian".

Orang Yakut sudah sekian lama menjauhkan diri dari daerah terpencil ini, yang telah dan masih memainkan peranan khusus terhadap nasib bukan sahaja dari segi ketamadunan tetapi juga terhadap planet pada amnya.

Setelah berjaya mengumpul sejumlah besar laporan dan bahan dari pelbagai jenis secara sistematik, kami memutuskan untuk memberitahu anda tentang sesuatu yang boleh mengubah persepsi tentang dunia di sekitar kita bahkan tempat kita berpijak ini, jika umat manusia dapat mengambil pelajaran dari apa yang dinyatakan di sini.

Dalam rangka memberikan gambaran yang paling memungkinkan, kami telah membahagikan akaun (huraian) kami menjadi tiga bahagian. Yang pertama mengandungi fakta dan laporan dalam bentuk penyaksian mata yang telah disampaikan kepada kami. Yang kedua menyajikan legenda kuno masyarakat yang tinggal di kawasan-kawasan ini dan puisi epik masyarakat sekitarnya yang mengamati fenomena aneh. Hal ini penting agar anda boleh melakukan penyelidikan sendiri dan menghargai setiap perincian cerita. Akhirnya, kami membahas apa yang ada di balik semua ini [lihat Bahagian 2].

Laporan Saksi

Daerah tersebut dapat digambarkan sebagai kawasan berpaya bertanah keras-padat yang terbentang luas, berselang-seli dengan kawasan taiga yang amat sukar untuk direntasi, merangkumi lebih dari 100,000 kilometer persegi. Beberapa desas-desus yang cukup mencuri perhatian umum adalah tentang objek logam yang tidak diketahui asal-usulnya terdampar di hamparan daerah ini.

Dalam rangka untuk menjelaskan apa sahaja desas-desus yang hampir kita tidak difahami ini, kita harus pergi lebih jauh menelusuri sejarah kuno daerah ini untuk mencari - kepercayaan dan legenda. Kami berjaya mengusul kembali unsur-unsur tertentu dari palaeotoponymy (kajian tentang nama tempat-tempat kuno) tempatan dan kesesuaian intipatinya dengan legenda kuno amat menakjubkan. Semuanya menunjuk kepada satu arah bahawa legenda dan desas-desus sebenarnya merujuk kepada perkara yang spesifik.

Pada zaman kuno, Lembah Kematian adalah sebahagian daripada laluan nomad yang digunakan oleh orang Evenk, dari Bodaibo untuk ke Annybar dan ke pantai Laut Laptev. Sehingga tahun 1936, seorang pedagang bernama Savvinov yang sering berdagang di laluan ini, telah berhenti menjalankan perniagaannya, dari saat itulah penduduk secara beransur-ansur meninggalkan tempat tersebut. Akhirnya, pedagang yang sudah berusia itu dan bersama cucunya Zina memutuskan untuk pindah ke Siuldiukar. Bila tiba di suatu tempat, dalam kawasan di antara dua sungai yang dikenali sebagai Kheldyu ("rumah besi" dalam bahasa tempatan), pedagang berusia itu membawa cucu perempuannya ke satu pintu kecil yang berbentuk kubah yang agak mendatar & kemerah-merahan warnanya di mana, sebaik sahaja mereka turun melalui laluan bertangga bulat itu, terdapat beberapa bilik yang diperbuat dari logam dan di situ mereka bermalam. Datuk Zina mengatakan bahawa bilik-bilik itu tetap hangat walaupun di luar sana bercuaca sejuk beku.

Pada masa lalu, hanya para pemburu tempatan yang benar-benar berani sahaja yang akan tidur di bilik-bilik tersebut. Namun kemudiannya, sakit tenat mulai menghidapi mereka, dan bagi mereka yang telah menghabiskan beberapa malam berturut-turut akan meninggal. Peribumi Yakut mengatakan bahawa tempat itu "sangat celaka, berpaya, dan binatang pun tidak pergi ke sana". Lokasi semua binaan tersebut hanya dapat dikenalpasti oleh golongan tua yang telah pernah pergi memburu dan sering mengunjungi tempat-tempat tersebut pada usia muda mereka. Mereka yang hidup secara nomad sudah menjadi kemestian bagi mereka mempunyai pengetahuan khusus tentang daerah atau kawasan yang boleh pergi dan tempat-tempat yang mesti dijauhi. Kini generasi baru mereka telah mulai menjalani kehidupan secara menetap, jadi pengetahuan zaman silam telah pun lenyap.

Saat ini, satu-satunya perkara yang boleh menjadi petunjuk tentang kewujudan binaan tersebut adalah nama tempat-tempat kuno yang sebahagiannya masih bertahan dan juga segala macam desas-desus. Tetapi setiap satu nama tempat kuno itu merangkumi ratusan, mungkin juga ribuan kilometer persegi.




Pada tahun 1936, berhampiran Sungai Olguidakh ("tempat yang ada kawah"), seorang ahli geologi bersama penunjuk arah lanjut-usia dari kaum peribumi telah sampai di mana terdapat struktur logam mulus berbentuk separuh bulat, berwarna kemerahan, terbongkok dari tanah dengan keadaan hujungnya yang tajam itu seperti ingin "memotong kuku". Ketebalan dindingnya sekitar dua sentimeter dan yang tertonjol keluar dari tanah adalah kira-kira seperlima dari diameternya. Keadaannya bongkok tetapi ketinggiannya memungkinkan orang yang sedang menunggang rusa pun boleh memasuki tanpa masalah. Ahli geologi itu telah menghantar satu keterangan ke Yakutsk, pusat pentadbiran wilayah. Pada tahun 1979, sebuah ekspedisi arkeologi dari Yakutsk telah berusaha untuk mencari belahan yang beliau pernah ketemukan dahulu. Pasukan ekspedisi turut disertai seorang penunjuk arah yang telah melihat struktur itu beberapa kali pada masa mudanya, tetapi ia mengatakan bahawa daerah itu telah sangat berubah, sehinggakan mereka gagal untuk menemui apa-apa. Dapat dikatakan bahawa dalam lokaliti sebegitu anda mungkin telah melangkaui 10 jarak struktur tanpa anda menyedarinya. Jadi penemuan sebelum ini adalah satu penemuan yang begitu bernasib baik.

Pada tahun 1853, R. Maak, seorang penjelajah yang disegani di daerah tersebut, menulis:

"Ketika di Suntar [sebuah penempatan Yakut] saya diberitahu bahawa di hulu Sungai Vilyuy ada satu anak sungai yang dipanggil Timirbit Algy (yang diterjemahkan sebagai "Kawah Besar Yang Tenggelam ") yang mengalir masuk ke Sungai Vilyuy. Berhampiran tebing anak sungai tersebut ada hutan yang menyembunyikan kawah tembaga besar. Ukurannya tidak ditentukan kerana hanya bibirnya sahaja yang kelihatan di atas tanah, dengan beberapa pokok tumbuh di dalamnya ... "

Hal yang sama juga dicatat oleh ND Arkhipov, seorang penyelidik berkaitan budaya kuno Yakutia:

"Di kalangan penduduk lembangan Vilyuy terdapat lagenda zaman kuno tentang kewujudan kawah gangsa (olguis) di hulu sungai. Legenda ini harus diberikan perhatian kerana sememangnya sekitar kawah mitos terdapat beberapa anak sungai yang membawa nama Olguidakh (Anak Sungai Kawah).

Dalam satu bahagian daripada surat ditulis pada tahun 1996 oleh seorang lagi yang pernah mengunjungi Lembah Kematian. Mikhail Koretsky dari Vladivostok menulis:

"Saya berada di sana tiga kali. Pertama kali pada tahun 1933, ketika saya berumur sepuluh tahun - Saya mengembara bersama ayah saya, beliau ke sana untuk menjana pendapatan--kemudian pada tahun 1937, saya pergi tanpa ditemani oleh ayah saya. Kali terakhir pada tahun 1947 di mana saya menyertai sekumpulan anak-anak muda.

"Lembah Kematian' terletak di sepanjang sebuah anak sungai di sebelah kanan Sungai Vilyuy. Dalam kenyataannya, ia adalah merangkumi keseluruhan rangkaian lembah-lembah di sepanjang kawasan yang digenangi air. Ketiga-tiganya saya disertai oleh seorang penunjuk arah, seorang peribumi Yakut. Kami tidak pergi ke sana bukan kerana kehidupan kami bertambah baik, tapi kerana di sana sangat terpencil dan sukar direntasi, di mana anda boleh mendulang emas tanpa amaran tetapi pada akhir musim mendulang anda akan dirompak atau sebutir peluru akan terbenam di belakang kepala anda.

"Tentang benda-benda misteri, bermungkinan terdapat banyak di sana, kerana dalam tiga lawatan itu, saya melihat tujuh kawah. Semua membuat saya tertanya-tanya: dalam pada itu saiznya - berdiameter antara enam hingga sembilan meter."

"Kedua, ianya dibuat daripada beberapa logam aneh. Setiap orang telah menulis bahawa ianya dibuat dari tembaga, tapi saya yakin itu bukan tembaga. Ianya memberikan apa-apa kesan calar walaupun kami pahat logam panas (cold chisel) yang telah diasah (kami telah mencuba lebih dari sekali). Logamnya tidak retak dan tidak boleh dipalu dengan tukul. Kalau tembaga, paluan tukul pasti akan meninggalkan kesan kemek. Tapi 'tembaga' ini adalah dilapisi dengan saduran dari beberapa bahan yang tidak diketahui yang mungkin menyerupai emery (saduran aluminium oksida dan lain-lain logam). Namun ianya juga bukan lapisan oksida dan tidak berkerutu -- tidak boleh pecah ataupun tergores."

bersambung...

Last edited by dazrul; 03-01-2011 at 12:09 AM.. Reason: suntingan bahasa
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #2  
Old 30-12-2010, 03:54 PM
dazrul dazrul is offline
Regular

dazrul's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Posts: 384
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to dazrul
Default

"Kami tidak menemukan shaf (laluan) untuk turun ke bahagian bawah tanah yang berbilik. Tapi saya perhatikan bahawa tumbuh-tumbuhan di sekitar 'kawah' adalah luarbiasa - benar-benar berbeza dari apa yang tumbuh di jauh sari kawah itu. Ianya lebih subur: pokok burdock besar berdaun; sulur-sulur yang panjang; rumput aneh, satu setengah atau dua kali lebih tinggi dari manusia. Dalam salah satu 'kawah', kesemua enam orang ahli kumpulan kami bermalam di situ. Kami tidak menghidu apa-apa yang tidak baik, kami tenang meninggalkan tempat itu tanpa sebarang kejadian yang tidak menyenangkan. Tidak ada yang jatuh sakit parah sesudahnya. Kecuali tiga bulan kemudian, salah satu teman saya kehilangan semua rambutnya. Dan di sisi kiri kepala saya (sisi saya tidur), muncul tiga bintik-bintik kecil bersaiz kepala mancis yang perit. Saya sudah cuba untuk mengubati dan membuangnya seumur hidup saya, tapi ianya tetap ada pada diri saya sehingga hari ini."



"Tiada satu pun daripada usaha kami, untuk mengambil secebis dari bahagian 'kawah' yang aneh itu, berjaya. Satu-satunya benda yang berjaya dibawa balik adalah seketul batu. Ianya bukan batu biasa, bahagian tengah lilitan bulatnya begitu sempurna, berdiameter enam sentimeter. Batu itu berwarna hitam dan tiada kesan ianya telah dibentuk, namun kemulusannya memang terserlah seperti telah digilap. Ia saya kutip dari lantai dalam salah sebuah kawah kauldron di situ."

"Dalam tahun 1933, saya bawa pulang cenderamata dari Yakutia itu ke desa tempat tinggal ibu bapa saya di Desa Samarka, Daerah Chuguyevka, Wilayah Primorsky (Timur Jauh Russia). Disebabkan tiada apa keperluan terhadap batu itu, lalu saya simpan tanpa berbuat apa-apa, sehingga pada suatu hari nenek saya membuat keputusan untuk membina rumah. Kami perlu meletakkan kaca pada jendela namun tiada kami temui satu pun pemotong kaca di seluruh desa. Saya cuba mengguris tepi bahagian tengah batu pada kaca, dan ternyata ianya dapat memotong dengan teramat mudah. Setelah itu, batu yang saya jumpai itu selalu digunakan seperti berlian oleh semua teman dan kaum keluarga saya. Pada tahun 1937 saya hadiahkan batu kepada datuk saya, tetapi malangnya pada musim gugur tahun itu juga, beliau telah ditahan dan dibawa ke Magadan sehingga 1968 dan menghembuskan nafasnya dalam tahanan tanpa dibicarakan di mahkamah. Sampai sekarang saya tidak mengetahui ke mana perginya batu tersebut ... "

Dalam suratnya, Koretsky menekankan bahawa pada tahun 1933 seorang penunjuk arah peribumi Yakut mengatakan bahawa:

"... Lima atau sepuluh tahun yang lalu, beliau telah menemui beberapa kawah kauldron bulat (ianya benar-benar bulat) yang tinggi (lebih tinggi dari manusia) tertonjol dari tanah. Ianya nampak seakan-akan baru lagi. Kemudian pemburu itu datang melihat lagi, tetapi ainya sudah rosak dan berselerakan."

Koretsky juga mencatatkan bahawa ketika dia melawat satu kawah kauldron untuk kedua kalinya selang beberapa tahun selepas itu, namun kawah itu telah tenggelam dan tertimbus dek tanah.

A. Gutenev dan Yu. Mikhailovsky, dua penyelidik yang tinggal di bandar Mirny di Yakutia, melaporkan bahawa pada tahun 1971 seorang pemburu tua berbangsa Evenk telah mengatakan bahawa di suatu kawasan antara dua sungai yang dikenali sebagai Niugun Bootur ("Jaguh Yang Bengis") dan Atadarak ("Kawasan Tombak 3-Kepala "), tersembul dari tanah suatu benda yang benar-benar memberikan nama pada tempat tersebut - Tombak Besi 3-Kepala yang besar - manakala di kawasan antara dua sungai yang dikenali sebagai Kheliugur ("Orang Besi"), terdapat lubang besi yang menyerupai " Pemuda Bermata Satu Yang Hitam, Kurus & Berbaju Besi". Beliau mengatakan bahawa dia boleh menunjukkan jalan untuk ke sana, sesungguhnya tempat itu tidak jauh, tetapi tidak ada siapapun yang percaya padanya sampai akhir hayatnya.

Satu perkara lagi, kesemua kemunculan objek-objek tersebut lenyap selepas pembinaan sebuah empangan di Sungai Vilyuy, bawah sedikit dari Sungai Erbiie. Menurut laporan dari salah satu pembangun projek hidro-elektrik Vilyuy, ketika mereka sedang membina sebuah terusan pengubah aliran sungai untuk mengeringkan saluran utama, mereka mendapati di dalamnya sebuah binaan logam cembung. Kesuntukan masa begitu menekan, penemuan tersebut hanya melalui pemeriksaan singkat, lantas pengurus projek memberi arahan untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Terdapat sejumlah cerita dari orang-orang yang pernah terjumpa binaan-binaan yang serupa secara tidak sengaja, tapi tanpa panduan yang tepat sangatlah sulit untuk menjejakinya lagi di kawasan diancam kemusnahan.

Beberapa orang tua mengatakan bahawa yang mengalir di tempat yang bernama Tong Duurai ialah anak sungai yang disebut Ottoamokh ("Lubang-lubang Dalam Tanah") dan di sekitar dalamnya terdapat jurang yang sangat dalam dikenali sebagai "Jurang Tertawa". Nama yang sama juga muncul dalam kisah legenda yang menyatakan bahawa ia adalah tempat tinggal Gergasi Bengis yang menghancurkan segala sesuatu di sekitarnya. Dalam setiap enam atau tujuh abad, sebuah "bola api" mengerikan meletup di kawasan tersebut atau (dilihat dari segi sejarah dan legenda masyarakat lain)ianya terbang dari suatu yang jauh dan meletup di sana, atau terus meletup sebaik sahaja terbang keluar dari kawasan tersebut - dan mengakibatkan kawasan tersebut beratus-ratus kilometer menjadi padang jarak padang terkukur dengan kesan hangus dan selerakan serpihan batu.

Lagenda pribumi Yakut mengandungi banyak cerita tentang letupan, pusaran angin berapi dan bola besar sedang terbakar bergerak naik ke udara. Dan semua fenomena tersebut dan yang lain-lain yang berkaitan sedikit sebanyak ada kaitannya dengan binaan logam misteri yang ditemui di Lembah Kematian. Sebahagian dari rumah besi itu bulat dan bersaiz besar, berdiri di atas penyokong yang tegak. Ia tidak mempunyai tingkap atau pintu, hanya terdapat sebuah "lubang yang luas" di bahagian atas kubah.

Sebahagian kawah-kawah kauldron telah tenggelam dan tertimbus hampir sepenuhnya di dalam lapisan ais, kalau ada pun hanya sedikit dari kubah kawah tersebut namun ianya seperti hampir tidak kelihatan atau tersisa lagi di permukaan tanah. Saksi-saksi dari kalangan orang luar kawasan yang tidak mengenali antara satu sama lain turut menggambarkan "rumah logam gemilang" dalam nada yang sama. Selain daripada itu, turut tersebar di seluruh daerah tersebut adalah kepingan logam bulat yang leper seperti penutup yang tidak diketahui untuk menutup apa. Lagenda Yakut mengatakan bahawa bola besar berapi misteri itu dihasilkan oleh "sebuah cerobong yang mengeluarkan asap dan api" dan "penutup besi yang berkilauan."

Ini juga merupakan punca kehadiran pusaran angin berapi, dari keterangan ianya seakan-akan serupa dengan kesan daripada letupan atom zaman ini. Kira-kira satu abad sebelum setiap letupan atau siri-siri letupan, bola api terbang laju muncul dari "cerobong besi" tetapi tidak menyebabkan kerosakan besar, melonjak ke atas dalam bentuk api kecil yang bulat. Akhir sekali, bola api yang sangat besar muncul. Diikuti dengan empat gema guruh berturut-turut, dia meluncur ke paras yang lebih tinggi dan terbang meninggalkan "jejak asap dan api" yang panjang. Kemudian ledakan tembakan meriam kedengaran di kejauhan ...

Pada tahun 1950, tentera Soviet mula memberi perhatian ke atas wilayah ini, secara jelasnya disebabkan di bahagian pinggiran utara kepadatan penduduknya amat rendah, lantas mereka melakukan beberapa siri ujian atom di sana. Salah satu letupan membuatkan penduduk dalam keadaan tertanya-tanya, dan pakar asing masih berspekulasi tentang hal itu. Sebuah stesen radio Jerman Deutsche Welle melaporkan pada bulan September 1991 yang, ketika peranti 10-kilogram nuklear sedang diuji pada tahun 1954, untuk alasan yang tidak diketahui saiz letupan melebihi kadar pengiraan dengan faktor 2.000 sampai 3.000, mencecah 20-30 megaton , seperti yang dilaporkan oleh makmal seismik di seluruh dunia. Punca perbezaan signifikan (besar) tahap kekuatan letupan tersebut masih belum terjawab. Agensi berita TASS mengeluarkan pengumuman bahawa sebuah bom hidrogen kompak telah diuji dalam keadaan letusan di udara, tetapi kemudian dinyatakan bahawa ini adalah tidak tepat. Setelah ujian, zon terhad telah diwartakan di daerah tersebut dan kerja-kerja rahsia dilakukan selama beberapa tahun.

Bersambung...

Last edited by dazrul; 04-01-2011 at 04:36 AM..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #3  
Old 30-12-2010, 03:55 PM
dazrul dazrul is offline
Regular

dazrul's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Posts: 384
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to dazrul
Default




Mitos dan Legenda

Sekarang kita cuba untuk menyelam jauh ke dalam masa silam seperti yang diimbaskan dalam puisi epik. Sebagai legenda disampaikan dari mulut ke mulut menyatakan, pada tempoh terpencil ketika semuanya bermula, daerah itu dihuni oleh sebilangan kecil kaum nomad Tungus. Pada suatu waktu, tetangga jauh mereka melihat, bahwa tanah mereka tiba-tiba terbungkus dalam kegelapan yang tidak tertembus dan sekitarnya yang tergoncang oleh raungan yang memekakkan telinga. Sebuah badai kekuatan ghaib muncul dan tanah itu terbelah oleh pukulan kuat. Halilintar melintasi langit di segala penjuru. Setelah semuanya tenang dan kegelapan mula ditembusi cahaya, pemandangan yang belum pernah terjadi sebelumnya bertemu mata dengan kaum nomad'. Di tengah-tengah tanah yang hangus, bercahaya di bawah sinar matahari berdiri sebuah struktur tinggi menegak yang kelihatan pada jarak perjalanan beberapa hari '.

Lama kelamaan, bunyi yang kurang menyenangkan dab suara yang memekakkan telinga tidak lagi kedengaran dan sedikit demi sedikit ketinggiannya menyusut kemudian ia hilang terus di bawah permukaan bumi. Pada struktur tinggi itu ada cerobong yang begitu besar bermulut yang luas pada bahagian atasnya. Dalam kata-kata aneh legenda, ia terdiri daripada tiga tahap "jurang tertawa yang dalam". Kedalamannya seolah-olah terdapat negara bawah tanah dengan matahari sendiri, yang dalam keadaan bertambah lemah. Bau yang amat kurang menyenangkat terhambur keluar dari mulutnya, sehingga tidak ada seorangpun yang tegar untuk tinggal berhampiran. Dari kejauhan, kadang-kadang terlihat "pulau yang berputar" muncul di atas mulutnya, jelas terbukti ia adalah "tudung yang berkilau-kilauan". Mereka yang tergoda oleh rasa ingin tahu untuk melihat lebih dekat tak pernah kembali.

Berabad-abad telah berlalu. Kehidupan masih terus menerus seperti dahulu. Tidak ada yang sesiapa yang mengganggapnya sesuatu yang luar biasa, tetapi suatu hari gempa kecil terjadi dan langit telah serbu oleh "pusaran angin kecil yang menyala-nyala". Di atasnya, sebuah bola api yang menyilaukan muncul. Disertai dengan "4 dentuman yang berturutan" yang meninggalkan di belakangnya jejak-jejak api, bola meluncur ke atas dengan merentasi haluan yang condong ke bawah, setelah hilang dari pandangan mata, ia meletup. Kaum nomad merasa sedikit terganggu tetapi tidaklah sampai meninggalkan tanah tumpah darah mereka, kerana "syaitan" itu tidak mendatangkan bahaya kepada mereka sebaliknya meletup di kawasan jiran mempunyai permusuhan dengan mereka. Beberapa dekad kemudian, kejadian berulang lagi: bola api itu terbang dalam arah yang sama dan sekali lagi hanya menghancurkan tetangga mereka. Ternyata "syaitan" itu dalam banyak hal menjadi pelindung mereka dan mereka mula mencipta legenda tentang perkara itu, menyebutnya Niurgun Bootur, "Sang Juara Yang Bengis".

Namun beberapa waktu kemudian, peristiwa ngeri berlaku tidak sahaja ke atas orang-orang di sekitarnya bahkan juga ke atas mereka yang paling jauh. Sebuah bola api raksasa muncul dari sebuah lubang terbuka dengan disertai guruh, guruh yang memekakkan telinga dan kemudian meletup- seperti tidak jauh di atas kepala mereka! Disusuli sebuah gempa bumi besar berlaku. Beberapa bukit menjadi retak dan terbelah dengan kedalaman yang melebihi 100 meter. Berikutan dari letupan itu, "lautan api yang bergelora" terus mendebur (seakan-akan hempasan ombak) cakera yang kelihatan seperti "pulau yang berputar" di atasnya. Kesan dari letupan dapat dirasai dalam lingkungan lebih dari seribu kilometer. Suku-suku nomad yang selamat di pinggir kawasan itu melarikan diri dalam arah yang berbeza, berusaha untuk menjauhkan diri dari titik maut, demi menyelamatkan diri mereka dari kematian. Mereka semua dihidapi beberapa jenis penyakit aneh yang diwarisi hanya oleh keturunan mereka. Namun mereka meninggalkan di belakang mereka huraian tepat apa yang telah terjadi, bertitik tolak dari situ para pencerita Yakut mula menulis karangan indah yang penuh tragis.

Masa berlalu hampir 600 tahun. Banyak generasi kaum nomad datang dan pergi. Peringatan generasi lama telah jauh dilupakan dan orang kembali menetap daerah tersebut.

Sekali lagi sejarah mengulangi kisahnya. Bola api dari Niurgun Bootur muncul kembali di atas pusaran berapi itu, kemudian terbang meluncur dan meletup di luar cakerawala. Beberapa dekad kemudian, bola api kedua memenuhi ruang udara (sekarang disebut Kiun Erbiie - "pembawa khabar yang berkilauan" atau "utusan"). Lalu datanglah satu lagi letupan yang memusnahkan dan sekali lagi lagenda menimbulkan anthropomorphis (penceritaan berkenaan sesuatu kesan dari tindakan / ciri-ciri sesuatu objek). Ia diberi nama - uot Usumu Tong Duurai -, yang secara kasar dapat diterjemahkan sebagai "penjenayah asing yang menembusi bumi dan bersembunyi di dalamnya, menghancurkan sekitarnya dengan angin pusaran berapi".

Penting untuk dicatat bahawa sebelum ketibaan pesawat pahlawan jahat Tong Duurai, akan muncul di langit utusan langit Dyesegei - Sang Juara Kiun Erbiie yang melintasi cakrawala sebagai "bintang jatuh" atau "petir gagah" sebagai memberi amaran kepada Niurgun Bootur tentang pertempuran yang akan datang.

Acara yang paling signifikan dalam legenda adalah Tong Duurai meluncur keluar dari kedalaman bawah tanah dan melakukan pertempuran dengan Niurgun Bootur. Berikut kira-kira ianya terjadi:

"Pertama, satu angin pusaran berapi berupa seperti ular, bercabang-cabang, keluar dari "cerobong", di atasnya pula muncul bola api raksasa, selepas beberapa siri turutan guruh, tembakan tinggi ke udara terjadi. Ia diiringi penerbangan pengiring-pengiringnya-"seangkatan angin pusaran yang membawa kematian berdarah" yang mengakibatkan malapetaka di sekitarnya. "

Tapi ada kalanya Tong Duurai menghadapi Niurgun Bootur di atas tempat di mana ia berlepas, berikutan itu, kawasan itu berkeadaan tanpa penghuni untuk jangka waktu yang lama. Gambaran peistiwa itu mempunyai beberapa variasi : beberapa "Sang Juara Yang Bengis" mungkin muncul dari mulut lubang sekaligus, terbang dalam jarak tertentu dan meletup di satu tempat. Hal ini disertai oleh penerbangan Tong Duurai. Sebuah kajian dari lapisan tanah menunjukkan bahawa jarakmasa antara satu letupan dengan letupan yang lain tidak melebihi 600-700 tahun.

Legenda jelas menggambarkan peristiwa ini, tetapi sayang disebabkan tiadanya tradisi ini yang dicatatkan dalam versi bertulis, maka ia bererti bahawa mereka belum dapat disenaraikan dalam bentuk dokumentari. Walaupun begitu, nampaknya kekosongan ini dapat diimbangi oleh peristiwa-peristiwa bersejarah bangsa-bangsa lain.

Bersambung...

Last edited by dazrul; 05-01-2011 at 12:19 AM..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #4  
Old 30-12-2010, 03:55 PM
dazrul dazrul is offline
Regular

dazrul's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Posts: 384
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to dazrul
Default

Sambungan III


-::- An artist's rendering of the moment of impact of a massive meteorite at the end of the Cretaceous (at the end of the Mesozoic Era). Many scientists have concluded for decades that a meteorite four to six kilometers in diameter impacted the Earth at this time, resulting in a mass extinction of dinosaurs and many other life forms. Recent research suggests that perhaps massive volcanic eruptions may be been responsible for the extinction. -::-

:- Peristiwa-Peristiwa Bersejarah Bangsa-Bangsa Lain -:

Secara keseluruhan, dalam selang masa lebih kurang 600-700 tahun, beberapa letupan atau, lebih tepatnya, keseluruhan susunan peristiwa termasuk prekursornya (perkara yang hadir sebelum berlakunya perkara yang sama); berlaku. Semua kejadian tersebut dengan cermatnya dicatat dalam puisi epik tradisional, dan juga legenda. Ini adalah fakta yang aneh bahawa lagenda serupa muncul di zon khatulistiwa, di mana letupan atau "bola api raksasa" yang tiba-tiba muncul di langit memusnahkan beberapa pusat peradaban kuno.

Meninjau kepada hasil penyelidikan arkeologi yang dilakukan di kawasan-kawasan Hulu Vilyuy oleh SA Fedoseyeva, corak penempatan yang timbul-tenggelam seperti gelombang ini, dapat ditelusuri kembali secara kasarnya pada abad keempat Sebelum Masihi. Pada abad pertama Masihi, aliran perkembangan sejarah terencat - tetapi ianya ini tidak bertentangan dengan tarikh yang mungkin sesuai untuk letupan bersejarah terakhir adalah bulan September 1380. Awan itu berkumpul menutupi matahari yang menyinari Eropah selama beberapa jam. Di zon geo-aktif beberapa gempa bumi kuat berlaku.

Peristiwa ini tercatat dalam bahan-bahan bertulis. Dalam susunan peristiwa bersejarah Russia , ia bertepatan dengan Pertempuran Medan Kulikovo:

"... Kegelapan hanya mula dirasai pada separuh kedua hari tersebut. Tiupan angin begitu kencang, sehingga tembakan panah dari busur tidak boleh terbang merentasinya ... "

Faktor inilah yang memberikan sumbangan positif terhadap kemenangan Rusia.

Namun, letupan yang dinyatakan dalam legenda Tungus jauh lebih jelas daripada yang terdapat di dalam sumber-sumber lain. Dilihat dari segi huraian peristiwa, letusan itu berlipat kali ganda lebih buruk daripada letusan senjata nuklear moden.

Jika kita mengambil 1380 sebagai tarikh mula dalam perjalanan merentasi masa lalu, kita dapat menelusuri saat-saat seperti itu. Pada 830, misalnya, budaya bangsa Maya yang mendiami Semenanjung Yucatán di Mexico hancur. Banyak bandar-bandar mereka berselerakan menjadi runtuhan disebabkan oleh sebuah letupan yang mempunyai kekuatan yang amat hebat serta mengerikan.

Beberapa bahagian dalam kitab Bible ada yang mirip dengan legenda Yakut, misalnya, keterangan dari malapetaka Mesir dan hancur kaum Sodom dan Gomora (Ad & Thamud). Di salah satu oasis di Semenanjung Arab, sebuah bandar purba dihancurkan dan benar-benar menjadi abu. Menurut legenda, ini terjadi ketika sebuah bola api besar yang muncul di langit meletup.

Di Mohenjodaro di benua kecil India, para ahli arkeologi menemukan sebuah bandar yang hancur. Tanda-tanda bencana dahsyat -dinding batu menjadi cair- jelas menunjuk terdapat satu ledakan yang setanding dengan bom nuklear. Kejadian serupa juga dinyatakan dalam catatan peristiwa bersejarah China pada abad ke-14. Mereka mengatakan bahawa, jauh ke arah utara, sebuah awan hitam meluru ke atas cakerawala dan menutupi separuh langit, menyesarkan serpihan batu-batu besar. Hujan batu berlaku di Scandinavia dan Jerman, di mana kelihatan api marak di beberapa kota. Para cendikiawan mengatakan bahawa ia adalah batu biasa sahaja, dan menduga bahawa gunung berapi telah meletus di suatu tempat.

Mungkinkah penyebab malapetaka ini adalah benar-benar Tong Duurai yang telah meletup keluar dari bawah tanah selama berkurun-kurun? Sementara Niurgun Bootur hanya menampilkan dirinya pada separuh perjalanan, tetapi Tong Duurai yang jauh besar saiznya dari Niurgun Bootur naik ke langit, dan benar-benar menghilang dari pandangan.

Kami tegaskan bahawa di Lembah Kematian, kenaikan kadar radiasi dapat diperhatikan pada sela waktu tertentu - suatu fenomena yang mana pakar masih tidak dapat menjelaskannya.

Penulis: Dr Uvarov Valery. Jabatan N13 - Akademi Keselamatan Dalam Negara - St Petersburg - Russia. Diekstrak dari Nexus Magazine, Volume 11, Nombor 1, Disember 2003-Januari 2004.

Diterjemah dan disunting oleh: dazrul
Dibantu oleh: Google Translate & Online Oxford Dictionary
Selesai pada: 4 Januari 2011 bersamaan 28 Muharram 1432 Jam 18:05 (+8 GMT)
Sebarang cadangan / pandangan / kritik sila email ke: dazrul2009 [at] gmail.com
Wassalam

Last edited by dazrul; 05-01-2011 at 01:20 AM.. Reason: keterangan gambar
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5  
Old 30-12-2010, 03:56 PM
dazrul dazrul is offline
Regular

dazrul's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Posts: 384
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to dazrul
Default

http://www.metacafe.com/watch/250241...ving_evidence/

Last edited by dazrul; 06-01-2011 at 04:39 AM..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #6  
Old 30-12-2010, 03:56 PM
dazrul dazrul is offline
Regular

dazrul's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Posts: 384
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to dazrul
Default



Quote:
جزك الله كل خير وبارك فيك ونفعك الله‏ buat Cocorex yang telah menyumbangkan peta di atas di post # 65
Fakta yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat ulasan / kenyataan:

Quote:
1. AL QU'RAN
Al Kahfi [90]Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
[91] Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
[92]kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
[93]Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

قَالُوا يَا ذَا القَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجاً عَلَى أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَداًّ
[94]Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
[95]Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
[96]Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.
[97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
[98](Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.
[99] Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.

الأنبياء آية رقم ( 96)

حَتَّى إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ
[96] (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok Yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat Yang tinggi.

:- Hanya 2 kali sahaja "Yakjuj & Makjuj" disebut dalam Al Qu'ran -:

Quote:
2. AL HADITH
[Sahih Bukhari] Dari Zainab binti Jahsyi r.a. bahawa dia berkata: Pada suatu kali Nabi saw. bangun dari tidurnya dengan muka merah. Beliau mengucapkan: "Tiada Tuhan selain dari Allah. Malang bangsa Arab, disebabkan bahaya yang hampir terjadi. Di hari ini telah terbuka tembok Yakjuj dan Makjuj, serupa ini." Sufyan yang meriwayatkan hadis mengisyaratkan dengan jarinya sembilan puluh atau seratus. Ada orang bertanya: "Binasakah kami, sedang di antara kami masih ada orang-orang yang baik?" Jawab Nabi: "Ya, binasa! Apabila banyak yang buruk."

Rasulullah s.a.w bersabda: (( Kamu semua berkata : Tiada (sudah) musuh, dan sesungguhnya kamu akan sentiasa memerangi musuh sehingga datang Yakjuj dan Makjuj; lebar wajahnya, kecil (sepet) matanya, rambutnya tidak begitu hitam (berubah warnanya) ; dari setiap tanah tinggi mereka turun dengan lajunya ; seakan-akan wajah mereka perisai yang ditempa)). [Riwayat Imam Ahmad]

Quote:
3. SEJARAH / ANTROPOLOGI
Ibnu Hajar berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada yang mahir dalam sektor perkilangan, pemerintahan dan sebagainya, dan anggota kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat bahawa mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga peralatan-peralatan.

Quote:
4. GEOGRAFI
Pengeluar Besi Utama Dunia 2006:
1.China, 2.Australia, 3.Brazil, 4.India, 5.Russia

Pengeluar Tembaga Utama Dunia 2003:
1.Canada 2.Chile [B]3.China/B], 4.Indonesia 5.Kazakhstan 6.Mexico 7.Peru 8.Poland 9.Russia


Quote:
5. ENTOLOGI
Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu Amru bin Aus daripada datuknya, bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima' secara bebas dengan perempuan dari kalangan mereka (maksudnya mereka menjima' sesuka hati) dan ikatan perkahwinan mereka dibentuk mengikut kehendak mereka sendiri.

Quote:
6. PALAEOTOPONYMI (KAJIAN NAMA TEMPAT KUNO)
Terdapat 2 bandar di Siberia yang hampir-hampir sebutannya
(1) Yakjuj/Gog = Yakutsk = 62° 2′ 0″ N, 129° 44′ 0″ E
(2) Makjuj/Magog = Magadan = 59° 34′ 0″ N, 150° 48′ 0″ E

Quote:
7. FAKTA-FAKTA LAIN
-::- Sumbangan Pelesit Api Malaya di post #84 -::-جزك الله كل خير وبارك فيك ونفعك الله‏
1. Russia mengesan pergerakan objek misteri di ruang udara sekitar Yakutsk, Siberia. Sumber dilepaskan pada tahun 2010.

2. Saintis NASA menjumpai sejenis bakteria di mana dapat memanjangkan hayat manusia. Sebabnya bakteria tersebut hidup di kawasan Yakutsk, Siberia di mana suhunya agak lampau sejuk (-70 dajah celcius) dan hampir mustahil bakteria tersebut hidup lama. Saintis juga melakukan ujian ke atas tikus dan mendapati tikus tersebut hidup lebih lama berbanding jangka hayat biasa bagi seekor tikus. Sumber juga dilepaskan pada tahun 2010.



:- Taburan mineral berharga di Yakutsk & Magadan juga sekitarnya -:

Last edited by dazrul; 05-01-2011 at 01:09 AM..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #7  
Old 30-12-2010, 03:59 PM
zamreda zamreda is offline
CG Top Poster Club

zamreda's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Sep 2008
Posts: 31,398
Thanks (Received): 47
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

mungkin nie adalah tempat yakjuj dan makjud...
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8  
Old 30-12-2010, 04:00 PM
brozul brozul is offline
Super Active

brozul's Avatar
 
Trader Rating: (25)
Join Date: Jun 2008
Location: KL
Posts: 8,340
Thanks (Received): 20
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

aadoi...bm takdak ka?
__________________
Gagal dlm Trade? Tak Pandai Trade? Malas Trade? Tiada Masa utk Trade?

Jom join COPYTRADE TOP10 TRADER DUNIA bersama di FOREX4YOU Utk Pertanyaan Call/SMS/Wasap : 017-5822651 Bro Z
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #9  
Old 30-12-2010, 04:03 PM
dazrul dazrul is offline
Regular

dazrul's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Posts: 384
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to dazrul
Default


Kawasan yang dikatakan ada aktiviti bawah tanah
Sumber: http://www.davidicke.com/forum/showthread.php?t=143141

-[Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk pada Surah Al-Anbiya' Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam: "Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: "Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik". Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat ramai.

- Sheikh Abdul Karim Khatib menyatakan bahawa tidaklah diketahui sama ada Yakjuj dan Makjuj punya perbezaan ketara dari sudut tubuh, mungkin ada kelainan dari segi warna kulit, akhlak dan adat, tapi mungkin dari sudut kekuatan dan membentuk kerajaan.

- setakat yang saya faham, Tembok Zulkarnain itu dibina untuk mengepung kaum Yakjuj dan Makjuj dari keluar ke atas muka bumi, bukan mengepung dari satu kawasan atas bumi ke satu kawasan yang lain.

Sumber: http://www.megasutra.com/modules.php...rint&sid=1927-



Lubang misteri di Russia...dikatakan dikorek dari bawah.
Sumber: http://www.abovetopsecret.com/forum/thread285020/pg1

Last edited by dazrul; 01-01-2011 at 01:03 AM..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #10  
Old 30-12-2010, 04:06 PM
dazrul dazrul is offline
Regular

dazrul's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Posts: 384
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to dazrul
Default

Berbagai pendapat telah dikemukakan mengenai asal-usul kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut Imam Al-Alusi, Wahab bin Munabbih, dan ramai ulama termasuk pada masa kini, Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalangan anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Al-Kisai menyatakan dalam kitab Al-Ara'is bahawa Yafith ada lima anak iaitu Jumar, Banras, Asyar, Askuwail dan Mayasheikh, dan Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan Asyar. Hadis dari Ibnu Abi Hatim dan Hakim melalui Abu Hurairah menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sesetengah ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith iaitu bapa kepada bangsa Turki, dan mereka menamakannya sebagai bangsa Turki kerana Yakjuj dan Makjuj itu "terpisah atau tinggal" pada satu arah di belakang tembok. Ada juga yang berpendapat bahawa Yakjuj berasal dari Turki sementara Makjuj pula berasal dari Al-Gel dan Ad-Dailam.

Dari segi sifat Yakjuj dan Makjuj pula, banyak pendapat yang berbeza-beza telah dikemukakan oleh para ulama. Sebahagiannya dianggap terlalu aneh, pelik dan menyimpang dari realiti dan telah dianggap sebagai dongeng Isra'iliyat. Para pengkaji percaya bahawa Yakjuj dan Makjuj digambarkan oleh sebahagian ulama sedemikian rupa semata-mata untuk menarik minat pembaca. Sepatutnya Yakjuj dan Makjuj tidak digambarkan sewenangnya hingga boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam. Ibnu Jarir ada meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih secara terperinci mengenai kisah Zulkarnain dan pembinaan tembok, tetapi tidak menyentuh mengenai sifat-sifat Yakjuj dan Makjuj. Para pengkaji berpendapat bahawa hadis-hadis ganjil berkaitan sifat Yakjuj dan Makjuj ini tidak sah dari segi sanadnya. Secara umumnya kini para pengkaji berpegang pada prinsip bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah manusia, anak-anak Adam, dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sheikh Abdul Karim Khatib menyatakan bahawa tidaklah diketahui sama ada Yakjuj dan Makjuj punya perbezaan ketara dari sudut tubuh, mungkin ada kelainan dari segi warna kulit, akhlak dan adat, tapi mungkin dari sudut kekuatan dan membentuk kerajaan.

Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu Amru bin Aus daripada datuknya, bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima' secara bebas dengan perempuan dari kalangan mereka (maksudnya mereka menjima' sesuka hati) dan ikatan perkahwinan mereka dibentuk mengikut kehendak mereka sendiri. Ibnu Hajar berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada yang mahir dalam sektor perkilangan, pemerintahan dan sebagainya, dan anggota kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat bahawa mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga peralatan-peralatan.

Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk pada Surah Al-Anbiya' Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam: "Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: "Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik". Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat ramai.

Apakah jenis kerosakan yang dilakukan oleh Yakjuj dan Makjuj? Sesetengah ulama berpendapat bahawa mereka ini melakukan kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang merangkak, liar dan ganas. Mereka juga memakan ular, kala dan semua yang bernyawa. Al-Kalbi berpendapat: "Mereka ini keluar ke bumi pada musim bunga dan memakan semua yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang kering. Mereka juga membawanya masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa dengan mereka nescaya akan disiksa dan dibunuh." Sesetengah ulama lain berpendapat bahawa mereka memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka keluar.

Doktor Al-Butiy berkata "Apa yang dikatakan oleh sesetengah mereka hanyalah merupakan satu pendapat atau ijtihad semata-mata bahawa (Yakjuj dan Makjuj) adalah orang-orang Tartar dan Mongol.." Ada pendapat yang menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah dari bangsa Yahudi atau beragama Yahudi. Kaum Yahudi dikatakan pernah menduduki kawasan timur dan kemudiannya berpindah ke Eropah melalui Dariel Pass yang berada di banjaran gunung Caucasus. Dalam sebuah artikel oleh Colonel R.G. Pearse berjudul The National Message, banyak bukti telah dikemukakan bahawa kabilah Yahudi telah melalui kawasan Pergunungan Caucasia masuk ke Eropah pada kurun-kurun awal sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Colonel Pearse dikatakan telah tinggal di kawasan ini beberapa tahun. Ada dua jalan melalui gunung-ganang Caucasia ini. Satu darinya bernama Jalan Georgia, dan satu lagi adalah denai keldai, pada masa silam jalan ini dikenali sebagai "Lorong (Bani) Israel". Diceritakan bahawa bila 10 kabilah (Bani) Israel berpindah dari Guta di Media ke Arsareth, mereka (dalam bilangan yang ramai) perlu melalui banjaran Caucasia ini. Banjaran ini panjangnya beratus batu.. Mereka kemudiannya sampai ke (kaki) Gunung Kazbek, kemudian masuk ke siri gaung yang berbatu-batu, yang dinamakan Gaung Dariel, atau Gaung Darius... Kemudian melepasi kaki bukit, hingga muncul di dataran Eropah di Gerbang Caucasus.

Saya berpendapat bahawa walaupun kabilah Yahudi ini dikatakan telah berpindah melalui Lorong Dariel, belumlah dapat dipastikan sama ada mereka ini telah berpindah kesemuanya sebelum Tembok Zulkarnain dibina. Dan satu perkara lagi, hingga masa kini pun, sebenarnya Lorong Dariel boleh dilalui oleh sesiapa yang mengikut jalan di atas bumi. Maksud saya ialah, setakat yang saya faham, Tembok Zulkarnain itu dibina untuk mengepung kaum Yakjuj dan Makjuj dari keluar ke atas muka bumi, bukan mengepung dari satu kawasan atas bumi ke satu kawasan yang lain. Kemungkinan bahawa sebahagian dari kaum Yahudi inilah yang dinamakan kaum Yakjuj dan Makjuj dan mereka telah melakukan kerosakan yang besar di muka bumi mengatasi bangsa Mongol tapi kebanyakan dari peristiwa itu telah "dipadamkan" dari sejarah oleh bangsa Yahudi yang berada di atas bumi. Saya berpendapat demikian kerana antara banyak bangsa-bangsa di dunia ini, bangsa Yahudi adalah bangsa yang dianggap paling bongkak, kejam dan tidak berperi-kemanusiaan. Mereka ini menganggap bangsa-bangsa lain seperti binatang ternak yang "halal" disembelih. Lihatlah apa yang telah mereka lakukan ke atas rakyat Palestin pada masa sekarang.

Dalam kitab Al-Badu Wa At-Tarikh: "Semua ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj tinggal di sebelah timur muka bumi." Imam Al-Masudi berkata: "Mereka tinggal di bandar terpencil di sebelah timur jauh diantara sempadan negara China dan di hujung Mongolia. Di situ Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok yang besar bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj daripada keluar ke muka bumi untuk membuat kerosakan." Tantawi Jauhari berkata: "Di dalam risalah-risalah terdahulu yang dikarang sekitar kurun ke 3 dan ke 4 telah menjelaskan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah penduduk yang berada di sudut yang maju di utara China. Dihadkan negara mereka sekitar 27 darjah ke utara hingga 50 darjah. Negara ini sekarang merupakan bahagian yang besar di China dan ianya (lokasinya) sekarang merupakan ibu negaranya iaitu Beijing...

...Pada hemat saya kaum Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai teknologi yang tinggi (mungkin yang diwarisi dari kaum yang telah musnah ketika taufan Nuh a.s.) dan masih membangunkan teknologinya hingga saat ini. Mengenai siapakah mereka ini sebenarnya, sama ada Mongol atau Tartar atau dari keturunan Yahudi adalah pendapat-pendapat yang hingga kini belum dapat disahkan. Mengenai di manakah Yakjuj dan Makjuj sekarang ini, saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung di bawah bumi, bukan di atas bumi dan bukan pula di dimensi yang lain. Bolehlah diputuskan bahawa mereka ini adalah anak-anak Adam dan ciri-ciri mereka adalah sebagaimana manusia di atas muka bumi juga. Para sarjana Islam telah menolak kemungkinan bahawa mereka ini berupa seperti binatang atau berbentuk ganjil dan hodoh.

Satu perkara yang elok dicatat ialah ada sarjana berpendapat bahawa pada akhir zaman nanti kaum Yakjuj dan Makjuj ini keluar dari banyak tempat, bukan hanya dari Tembok Zulkarnain yang telah ditebuk. Keadaan mereka keluar itu ialah secara pantas, berpusu-pusu atau berlumba-lumba, iaitu suatu keadaan keluar dari tempat yang sempit. Saya berpendapat bahawa pada akhir zaman mereka ini akan meluru keluar dari tempat yang tinggi mungkin bermaksud bahawa mereka keluar dari kawasan pergunungan, bukan saja dari pergunungan Caucasus (Tembok Zulkarnain) tapi kawasan-kawasan tinggi yang lain seperti Himalaya. Kemungkinan mereka juga menebuk bekas kawah gunung berapi yang telah mati juga tidak mustahil. Apa pun, ini hanyalah pendapat saya yang serba tidak tahu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui bagaimanakah keadaan Yakjuj Makjuj kini dan ketika ia keluar nanti...

Sumber: http://www.megasutra.com/modules.php...print&sid=1927

Last edited by dazrul; 01-01-2011 at 03:45 AM..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 08:53 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you