BTC USD 83,850.6 Gold USD 4,139.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enjin F-5E TUDM dijual pada syarikat di AS

nih sorang lagi..hari2 online CG..eboos yang letak dalam CG nih..tak payah baca paper pon..CG news kan ade..adoyai..~X(~X(

awat nama aku naik lak ~X(
 
awat nama aku naik lak ~X(

pasal ini la boos :D
BALIK PULAU, 19 Dis (Bernama) -- Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 apabila enjin yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasi yang dihantar, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kehilangan enjin itu disedari pada tahun 2007 dan beberapa tindakan serta siasatan dilakukan secara dalaman terlebih dahulu, yang turut membabitkan polis.

"Siasatan mendapati bahawa sistem penghantaran yang digunakan TUDM cukup baik, tetapi mungkin ia dilakukan oleh kumpulan bawahan, cukup terancang dengan (bantuan) pihak luar," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kompeni askar wataniah Pulau Pinang dan Kedah Selatan di sini pada Sabtu.

Menurutnya Kementerian Pertahanan sedang meneruskan siasatan berhubung kes itu, dan memandangkan ia masih dalam siasatan pihak berkuasa, TUDM tidak dapat memberikan maklumat secara terperinci mengenainya kerana ia melibatkan aspek perundangan.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu.

Zahid berkata sistem yang terdapat di ATM dirombak sepenuhnya sejak kehilangan enjin pesawat itu disedari, dan aspek pemantauan turut ditingkatkan terhadap prosedur, inventori serta kawalan terhadap setiap pergerakan aset.

"Saya juga ingin pastikan bahawa sistem yang ada dalam inventori di ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dipantau dan dikemaskan mengikut kehendak semasa," tambahnya.

-- BERNAMA

err...yg ni pun lagi satu...mcm mana org tau jet tu p overc?siap tau kawasan mana ek?sy ni x baca paper..malas..huhuhu

ps:sori la fido1..aku tengok ko hari2 online..pun masih tak tahu isu semasa..patut la ada orang panggil ko badut :))..sori 2 say
 
huhu..patut kasi satu malaysia tahu saper dalang yang buat onar tu...bia semua org kenal...pastuh siasat semua sekali...army ngan navy sekali...hehe
 
Nothrop+F5E+tiger+II.jpg

Engine%203.jpg

Macama mana boleh terlepas kesana..:-?:-?:-?
Ni baru betul Dilebel PENGKHIANAT NEGARA..
:D:D
*atas ni bukan pic Penyangak tu..sekadar gambar hiasan jer..:D:D
Siapa menteri PERTAHANAN masa tu yer..:-?:-?:-?


Dis 19, 09 8:17pm
Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

"Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah untuk melarikan enjin itu ke luar negara.

"Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Alam Sekitar di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid mengesahkan semua dokumen mengenai penjualan enjin itu telah diperoleh oleh polis.

"Syarikat antarabangsa itu berminat membeli enjin itu kerana harganya yang murah, kerana ia merupakan alat ganti yang dikategorikan sebagai rosak yang akan diperbaiki," katanya.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu.- Bernama
 
Last edited:
Jual pakai timbang kati kot????

Menteri Pertahanan masa tu patut di pertanggungjawabkan!!!.... besar kemaluan!!
 
bukan dah ade ker thread nih..??:-?
 


emas
1 gram=rm120
1kg=rm120 000
230kg=rm 27 600 000(rm 27.6juta)

enjin jet F5E=rm50juta

kalau depan mata kamu ada enjin jet F5E dan emas 230kg,yang mana kamu pilih?(bukan curi ye...)
 
emas
1 gram=rm120
1kg=rm120 000
230kg=rm 27 600 000(rm 27.6juta)

enjin jet F5E=rm50juta

kalau depan mata kamu ada enjin jet F5E dan emas 230kg,yang mana kamu pilih?(bukan curi ye...)


"...emas emas mas mas haku kaya aa hahahahaha!:)):)):))"

kalu da reta hok kerAjaan, usahkan enjin jet feter...tilambburuk brcop "HAK KERAjAAn" pong x leh jual tao!!.:))
 
jual kat besi buruk, bapa je laku??
dlm 50k je kot dapat.ekekek
 
Back
Top
Log in Register