BTC USD 84,559.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enjin F-5E TUDM dijual pada syarikat di AS

Cuba tanya Menteri Pertahanan sebelum ni....
Mungkin dia tahu kat mana......
 
Bahaya nih beb.... Nih baru 1 kes yg dpt didedahkan kt media, belum lg kes2 yg lain yg mgkin rakyat x tau, yg aku suma tools dlm ATM mmg kene jaga baik2 coz nih suma Aset bernilai negara... Huhuhuh, mungkin ade sesuatu yg kita x tau, Cousin aku TUDM pernah ckp yg pesawat Hornet lama TUDM pun still Amerika pantau..huhuhuh
 
Go

Rilex la beb.Kita banyak lagi jet pejuang..lepas ni enjin kapal selam pulak akan di curi..kah kah kah INi baru kes berat ni.. :)):)):)):))
________
Star craft replays
 
Last edited:
BALIK PULAU, 19 Dis (Bernama) -- Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 apabila enjin yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasi yang dihantar, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kehilangan enjin itu disedari pada tahun 2007 dan beberapa tindakan serta siasatan dilakukan secara dalaman terlebih dahulu, yang turut membabitkan polis.

"Siasatan mendapati bahawa sistem penghantaran yang digunakan TUDM cukup baik, tetapi mungkin ia dilakukan oleh kumpulan bawahan, cukup terancang dengan (bantuan) pihak luar," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kompeni askar wataniah Pulau Pinang dan Kedah Selatan di sini pada Sabtu.

Menurutnya Kementerian Pertahanan sedang meneruskan siasatan berhubung kes itu, dan memandangkan ia masih dalam siasatan pihak berkuasa, TUDM tidak dapat memberikan maklumat secara terperinci mengenainya kerana ia melibatkan aspek perundangan.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu.

Zahid berkata sistem yang terdapat di ATM dirombak sepenuhnya sejak kehilangan enjin pesawat itu disedari, dan aspek pemantauan turut ditingkatkan terhadap prosedur, inventori serta kawalan terhadap setiap pergerakan aset.

"Saya juga ingin pastikan bahawa sistem yang ada dalam inventori di ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dipantau dan dikemaskan mengikut kehendak semasa," tambahnya.

-- BERNAMA

kesihan ... org bawahan gak yg kene .... :-? x logik langsung ... enjin tu saiz dia saiz kotak mancis ke ? senang2 leh seludup keluar
 
banyak lagi ni penyelewengan....antara tau dan x je...
 
Back
Top
Log in Register