BTC USD 84,007.1 Gold USD 4,139.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keringnya Tasik Galilee = Turunnya Nabi Isa

berhenti bertelagah yang menyebabkan level kamu semakin rendah dari sebelumnya...
kebanyakan soalan kamu semua dah banyak dijawap di mukasurat belakang.....

malam ni kita masuk bab baru...
tamadun jin & tamadun manusia...
dan kaitannya dengan Perang Akhir Zaman.

Nota:
-baca balik artikel saya yang lepas2...
-anda adalah apa yang anda makan...
-sejauh mana sistem dajjal itu berjaya meresap dalam jiwa suci anda,
(sebegitu jugalah diri anda akan bertindak "melalui komputer anda" )

bagus tajuk nih..ada disebutkan dahulu bahawa tamaddun jin wujud dahulu berbanding tamaddun manusia..perang akhir zaman nanti, adakah jin akan berperang dengan manusia..seperti cerita lord of the rings?

ps:sekadar pertanyaan jer..tapi tajuk nih memang menarik..atau mungkin TT boleh buka thread baru utk tajuk nih..sekadar cadangan jer..
 
Last edited:
yg aku maksudkan, jgn sampai umat Islam lebih takutkan dajjal berbanding takutkan Allah SWT..

baca dan faham baik2 dulu sebelum melatah.. :p

bkn melatah or tak.. apesalahnya kita beringat antara umat islam... saya xsokong mane belah2 pihak mahupun u atau TT, sy tahu bro hebat.. tu sbb setiap perkara ade persoalan yg bro timbulkan.. igt bkn semua perkara dapat dicapai akal kita.. apesalahnya klau bro bincangkan sikit persoalan yg bro timbulkan.. xde la nmpk cam nk menhentam wlaupun bro mmg eclas..
tq
 
kalu berlawan kitab pun dorang akan menang..tapi kalu berlawan dengan isi kitab maka memang dorang kalah...

balik pada soklan asal aku..adakah melayu itu semestinya islam dan islam itu melayu?

ada gak orang kafir kata kita nih hasil klon makhluk asing..ko rasa lojik tak..kalu guna aqal laaa..

kitab alquran xkan akan kalah bro..
 
Tamadun Jin Vs Tamadun Manusia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ke hadrat Allah Pencipta Alam Semesta
Kepada Jin & Manusia
Makhluk Berakal Penghuni Dunia

Salam Keberkatan 1 Muharram 1431
Semakin Dekat Detik Yang Tak Mahu Dilihat Tapi Pasti Terlihat

Balasan yang pedih pada mereka yang mengungkapkan perkataan "poyo" pada Salam Peringatan ini.
Sikap anda ini serupalah dengan sikap manusia2 musrik yang berstatus munafik,
yang mengamalkan ajaran tetapi memperlekehkan,
sekiranya anda mengungkapkan perkataan "poyo" atas sebab Salam Peringatan ini hadir,
maka serupa dan selevel lah anda dengan manusia2 celaka,
yang membaling tahik, membaling batu,
ke arah insan termulia kita Nabi Muhammad S.A.W. .

Kepada mereka yang pernah dalam hatinya,
atau melalui mulutnya,
atau melalui jari2nya,
menzahirkan perkataan sindiran dan kutukan,
maka serupalah anda dengan kaum musrik sezaman Nabi,
awaslah kata2 mu itu,
kerana perbuatan mu itu sekarang,
sedang "live" ditayangkan di Padang Masyar,
oleh kerana anda masih hidup di Zon Dunia,
mohonlah ampun pada yang berhak,
semoga diampunkan dosanya kalau beliau memohon keampunan.

===================================================================

Tamadun Jin Vs Tamadun Manusia

templesolomon.jpg


Sesungguhnya,
dalam banyak2 Tamadun milik bangsa manusia,
dalam kebanyakan kecanggihan teknologi yang pernah bangsa manusia alami,
salah 1 yang terletak dalam status kelas tertinggi ialah,
Kerajaan Agung Sulaiman.

Pengenalan:
Sulaiman merupakan anak lelaki kepada Daud.
Sedangkan Daud menerima tahta kerajaan bani israel dari seorang Raja Yahudi akibat kepandaian Daud melawan musuh dengan hanya menggunakan batu yang berikat.
Daud merupakan seorang Nabi yang berpangkat Rasul,
kerana itu sesuailah baginda menaiki tahta dan menerima amanah mentadbirkan empayar yang luas ketika itu.

Sulaiman menjejak karier bapanya.
Ketika Sulaiman menaiki tahta,
ketika pemerintahannya itulah baginda dinaikkan martabat sebagai seorang Nabi dan berpangkat Rasul,
dan juga seorang Raja bagi jajahan empayarnya,
yang ketika itu meluas dari timur sampai ke barat,
dari mahkluk berakal sehingga binatang,
semua tunduk di bawah ketaatan pada baginda.

Istilah Moden (nama yang berbeza maksud yang sama):

Daud dalam bahasa sekarang dipanggil = David
Sulaiman dalam bahasa sekarang dipanggil = Solomon
Sulaiman digelar = Raja a.k.a Sultan a.k.a. President
di barat,
Sulaiman digelar = King Solomon

Masih ingat pesanan saya berkenaan amaran semua Nabi tentang fitnah Dajjal?
Ya...
di zaman kerajaan Sulaiman juga telah berlaku sesi amaran & menasihati kepada seluruh empayar jajahannya tentang betapa bahayanya fitnah Dajjal,
kalau2 ia berjaya meresap ke dalam minda rakyatnya,
tapi sayang Dajjal tidak keluar di zamannya...

1.
Perasankah anda,
semua ahli2 silap mata yang agung (di zaman kita hidup ini),
akan menggunakan nama penanya dengan permulaan nama iaitu,
dengan nama = David ?
(tugasan nama ini biar anda yang selesaikan supaya anda tahu betapa sistem Dajjal dah bersepah di depan mata anda)
amaran:
saya tak cakap Rasulullah Daud ini pencetus sistem2 Dajjal,
tetapi oleh kerana ketaksupan Yahudi Zionis kepada ilmu2 sihir yang wujud bermula di zaman itu,
dan mengharap terbinanya Kuil Sulaiman,
di pusat pemerintahan Daud,
yang letaknya betul2 di kawasan Masjid Al-Aqsa, di Batul Muqaddis.

STAR-OF-DAVID-OPAL-2-m.jpg


2.
Perasankah anda,
bintang apakah yang dilukiskan di hampir semua bayang2 sistem Dajjal di sekeliling kita?
ya...
bintang2 itulah yang dinamakan Star of David.
dengan nama lainnya = Bintang Daud
Bendera Yahudi = ada bintang ini
Star Bucks = ada bintang ini (duit untung bintang)
Matawang USA = ada bintang ini
dan banyak lagi...
sbux_logo_8792.jpg


Masih ingat lagi di muka surat belakang,
saya pernah berhujah,
Yahudi amat meminati bangsa Melayu,
kerana mereka memandang bangsa inilah yang kelak akan memerangi mereka di perang besar akan datang,
masih kamu ingat lagi Perhimpunan Umno ketika Mahathir memerintah,
tiba2 perhimpunan gamat seketika hanya disebabkan mendapat berita dari bahagian media,
iaitu traffic internet mendapat kederasan yang tinggi dari ip addres Israel ?
Masih ingat lagi kata2 Mahathir ketika itu pada Yahudi ?
Anda semua telah dilupakan....
ketahuilah,
anda sepatutnya sekarang tahu apa itu Kabalah...
tahukah anda Kabalah merupakan ritual peringkat tertinggi Sihir,
tetapi dapat dihalusi dengan mainan mata?
Bangsa Melayu mempunyai susurgalur dengan Ibrahim melalui isteri baginda yang ke-3 dari pandangan kitab kuno Yahudi.
Ini bukan lagi teori malahan realiti,
apabila professor UKM (anda carilah sendiri, takkan nak disuap sahaja),
telah membuktikan bahawa DNA bangsa Melayu,
hampir sama dengan bebenang simpul dari bangsa Jews (Yahudi),
ini telah membenarkan secara SAINS terhadap manuskrip silam itu,
yang hanya diketahui sejak 5 tahun ini.

david_copperfieldgif.jpg


Bahasan Pertama:
-Yahudi terkenal dengan Sihirnya (yang menjadikan Lucifer=Iblis sebagai sembahan)
-Melayu terkenal dengan Anti-Sihirnya (yang menjadikan Allah sebagai sembahan)
Pernah ingat lagi bagaimana David Copperfield cuba mengGHAIBkan jambatan Pulau Penang tapi gagal ?
Tahukah anda ketika itu, Yang Mulia Harun Din ada tak jauh dari situ ???
Masih ingat lagi bagaimana semua penjajah2 Barat yang dikuasai oleh ejen2 Dajjal,
telah menakluk seluruh dunia,
habis semua sistem beraja di negara2 terbabit dimansuhkan,
tapi gagal dilakukan pada Sultan2 Melayu ?
(sebab itulah Singapore sentiasa dibantu oleh Israel untuk mengintip pergerakan sulit MELAYU semenanjung)

(kerana Sultan2 di tanah Melayu mempunyai keturunan Ahlul-Bait)
(Ahlul Bait = darah keturunan Muhammad)
kerana itu kata2 Sultan adalah berdaulat,
sama hebatnya sumpahan ibu pada anak derhaka, begitu juga pada Sultan, tapi Sultan hanya akan menggunakannya bila zaman itu tiba,
daulat = keramat = perkara2 yang menghampiri level MUKJIZAT.

Apa yang saya ungkapkan di atas,
mempunyai kaitan yang amat rapat,
dengan tajuk di mukasurat belakang,
iaitu...
betapa rapat dan kukuhnya bukti...

[ 1 Hari Di Sisi Allah = 1000 Tahun Di Sisi Manusia]

dengan
kaitannya

[ 40 hari pemerintahan Al-Masih Dajjal ]

di mana,
era & fasa pemerintahan dajal akan beralih,
dari 1 minggu kepada hari2 biasa dalam perhitungan manusia...
bukan lagi bermula seperti 1 hari selama 1 tahun (kerana era ini dah pun berlaku ketika bangsa2 barat menjajah dunia atas alasan perdagangan rempah)
itulah sebabnya saya wujudkan forum ini,
untuk mendedahkan yang...
Dajjal dah lama keluar dari gua (tetapi belum munculkan dirinya)

Dan situasi ini,
amat berkait rapat dengan,
perang akhir zaman tak lama aje lagi,
iaitu pertembungan di antara,

[Iblis + Dajjal + Jin + Syaitan + Manusia] lawan [Bani Tamim + Mahdi + Isa + Manusia + Jin]

yang membabitkan 2 Tamadun dari bangsa Jin dan bangsa Manusia.
perang yang akan tiba adalah perang yang melibatkan:
-pegangan agama (kepercayaan kepada tuhan yang 1)
-makanan / minuman
-kehadiran mahluk2 yang belum terlepas semenjak berkurun2 (seperti yang digambarkan DAJJAL dalam Filem TLOTR)
-kemunculan binatang2 yang kelak akan berkata2
-gangguan ekosistem dunia (asbab alam semesta)
-perang super teknologi yang menjadi ASBAB musnahnya tamadun & kembalinya perang seperti perang2 Nabi.
-menjadi ASBAB dan pembuktian betapa benarnya hadis nabi tentang kemarau bertahun2 akan menimpa umat dunia.

200px-Modern-Knight.jpg


 
Perang Akhir Zaman = Perang Mahluk Berakal

crusades-300x235.jpg


Kitab Al-Quran,
Surah Al-Anfal
Ayat = 48
Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan:
"Tidak ada seorang manusia yang dapat menang terhadap kamu pada hari ini,
dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu."
Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan),
syaitan itu balik ke belakang seraya berkata:
"Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu;
sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat;
sesungguhnya aku takut kepada Allah.
Dan Allah sangat keras siksa-Nya.
Surah ini turun bersempena dengan kisah PERANG BADAR.

Jin pernah sama2 berperang melawan manusia,
dan manusia sama2 berperang dengan malaikat melawan manusia kafir & jin kafir (IBLIS),
dan peristiwa ini telah dirakamkan di dalam Al-Quran, Surah Al-Anfal, Ayat 48.

Jin yang dimaksudkan dalam Perang Badar ini ada 2 kumpulan:
1) Iblis itu sendiri
2) Syaitan

Malaikat yang dimaksudkan dalam Perang Badar ini pula ialah:
1) Jibril
2) dan barisan ribuan malaikat yang lain

Crusades2.jpg


Carilah tafsir dan terjemahnya kenapa ayat ini diturunkan dalam bentuk wahyu.
Tidak semua ulamak dalam TV dan RADIO mahu menyebutnya,
kalau ada pun beliau menyebut = (pasti anda tak terperasan),
kerana sistem FITNAH DAJJAL sudah sedia meracuni minda bawah sedar anda,

Dan perang ini namanya PERANG BADAR.
PERANG BADAR versi kedua pernah disebutkan oleh Nabi Muhammad,
iaitu baginda pernah menyebut,
bahawa pendamping2 Mahdi di akhir zaman nanti,
adalah terdiri dari pemuda2 Badar,
yang takkan terkalahkan oleh mana2 pun pasukan musuh,
yang jumlahnya 300 ++ orang sahaja...
dan sudah tertentukan setiap dari 300 orang ini,
mempunyai pengikut2nya yang beribu2 orang ramainya...

Anda akan dapat gambaran cerita ini dalam siri TLOTR Episod ke-2.
Betapa dajjal tahu perkara ini berlaku,
dan diluahkannya melaui ejen2nya di Hollywood,
untuk memberi kesempatan pada manusia yang ikhlas,
supaya mengambil kesempatan yang masih ada ini,
untuk keluar dari sistemnya...

=================================================================

Doa Nabi Sulaiman Bin Nabi Daud Untuk Kerajaan Tiada Bandingan
رَبِّ اغْفِرْ لى‏ وَهَبْ لى‏ مُلْكاً لا يَنْبَغى‏ لأَحَدٍ مِنْ بَعْدى‏ إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ

“Ya Tuhanku,
ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku,
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.”

Allah pun mewujudkan keinginan beliau dan menganugerahkan sebuah kerajaan tiada banding kepada beliau as.
Setelah ribuan tahun berlalu kisah kerajaan nabi Sulaiman masih tetap dibicarakan dan kebesaran dan keagungannya selalu diingat.
Sekiranya anda memikirkan anda bertuah kerana hidup di zaman serba lengkap lagi moden dan canggih,
bagaimana dengan doa Sulaiman ini ???
Masih ingat lagi tentang tamadun2 lepas yang saya katakan jauh lebih canggih dari tamadun hari ini ???
Masih ingat lagi kisah Permaisuri Balqis mengangkat skirt jubahnya sampai ke betisnya hanya menyangka kalau2 kainnya itu basah ???
Padahal lantai bangunan itu diciptakan dari kristal tercanggih ?


Di zaman Nabi Sulaiman,
ada 1 kisah pertarungan Ilmu Apungan,
antara 2 tamadun,
iaitu kedua2 nya di dalam genggaman Nabi Sulaiman...
1 tamadun diwakili oleh bangsa manusia,
1 tamadun diwakili oleh bangsa jin.
Pointnya ialah siapa yang dapat mengangkat kerusi Balqis yang berjarak jauh,
yang dapat membawa kerusi itu di depan mata King Solomon,
yang terpaling pantas tanpa sikit pun kerosakan.
Untuk pengetahuan anda,
Kerajaan Balqis itu letaknya di selatan semenanjung Arab,
sedangkan Kerajaan Sulaiman terletak di sebelah utara (meliputi timur & barat),
berita tentang kafirnya Princess Balqis ini telah dibawa masuk oleh seekor burung hijrah,
yang terserempak dengan aktiviti ritual di dalam kerajaan Balqis itu.

Cerita ini amat panjang,
dan bukan seperti jawapan = "sekelip mata" yang terdetik di hati mu sekarang...
Tapi kisah ini,
telah mengangkat martabat mahluk yang berakal,
yang terdiri dari bangsa manusia,
padahal Jin juga berakal,
tetapi akhirnya manusia juga yang memenanginya dan diakui oleh Jin.

bersambung...

ek9907.jpg

LUKISAN DARI GAMBARAN ORANG BARAT
 
adakah semestinya melayu itu islam dan islam itu melayu...?:-?

bro... saya da balas pm tu..
kite bincang kt sini jela.. bro pun pun lebih tahu dari sy.. ;)

p/s: bg la salam dulu, ni igt melodi ke... tgk care da tahu.. hehe.. sazzzz... :)
 
owh tu maksud ahli badar 300 org tu...perang badar ke 2 rupenya
 
bangsa MELAYU wujud ker? ianya hanya sekadar nama untuk menyatukan kesemua keturunan yang tinggal di MALAYSIA ini...
setiap asal keturunan orang di malaysia ini mempunyai bangsa2 tersendiri.. spt JAWA, BUGIS, MINANG, etc...
maka dilabelkan SEBAGAI MELAYU..
sebelum kedatangan cina dan india sesiapa sahaja yang tinggal di tanah melayu di panggil orang MELAYU..sedangkan keturunan orang yang tinggal dii tanah melayu bersepah dari merata-rata..
jika betul wujud siapa bangsa MELAYU ASLI?
dalam IC jer tulis MELAYU semasa pendaftaran tetapi HAQIQAT sebenar bangsa LAIN..
orang MELAYU lebih dikatakan ORANG-ORANG yang tinggal di TANAH MELAYU...
jika tidak kenapa orang-orang indon tidak dipanggil MELAYU walaupun satu keturunan? sebab mereka tidak tinggal di TANAH MELAYU...

sekian.. :)paid
 
kekadang orang kita ni suka sangat supersticious...
Malaysia ada Sultan...so? apa istimewanya?

istimewakah Sultan di Malaysia ni? tidak lebih daripada boneka kepada Perlembagaan Malaysia itu sendiri. pastu plak, kononnya jadi Raja Berperlembagaan di bawah perlembagaan yang dibuat oleh Lord Reid, orang kafir jugak.

so, apa istimewanya?

nothing...bangsa Melayu sekadar zuriat daripada keturunan Adam. tiada istimewa apa pun.


dalam hadis ada tapi secara kiasan...:)cgrock
p/s : sejahat-jahat bangsa Yahudi pun ada disebut dalam al-Quran, Melayu yang kononnya istimewa takde disebut pun...




dalam hadis ada tapi secara kiasan...:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register