Salam semua...
Aku follow dari 1st page, ingat nak intai ajer tapi sampai sini dah tak bleh tahan...nak komen juga..
Aku amat setuju sangat2 dgn statement mounaire.
Kita nak gak rasa faedah & manfaat atas apa yg kita labur masa kita idup
Sebenarnya dlm idup kita ni boleh dikatakan bahawa sakit adalah pasti cuma tak tahu bila dan sihat insyaAllah saja:-?
Sapa yg idup atas dunia ini yg tak pernah sakit?:-?
betul tu dollarkey.. kita sebenarnya ada pilihan.. pilihlah yang mana kita nak.. lebih2 lagi dengan cara hidup orang kita yang kurang penjagaan kesihatan ni..
secara logik kita boleh pikiaq.. yang mana satu selalunya nak pakai duit banyak.. terus mati ker atau terlantar sakit kat hospital.. kalau terus mati senang citer.. tak menyusahkan orang yang hidup.. tapi kalau dok atas katil kat hospital bebulan2 tu yang menyusahkan waris.. kalau waris duit banyak tak pa laa..
jadi.. kepada ejen2 bagilah solution yang betul untuk client.. dan client pula pilihlah solution yang betul dari ejen yang betul.. jangan pilih ejen2 yang hanya suka kondem produk company lain saja.. jadilah pengguna yang bijak..
Kat semua yang duk dengar company masing2 nak offer VSS beramai-ramai, ha baik korang signup medical card Takaful Health sekarang!
Memang la kaya dapat duit VSS tu, tapi masa tu you all BUKAN pekerja lagi. Siapa nak cover medical cost? Kalau kena buat intracranial pressure surgery and treatment kos RM200 ribu, siapa nak tanggung? Tak pasal2 habis duit VSS kat situ je. Itu pun kalau duit VSS RM200 ribu le.
aku nak tanya ko:
1. premium yg kita contribute bulan2 tu ekceli pegi mana?
2. Pada masa bila co. takaful announce wujud adanya surplus pengkongsian untung mudharabah tersebut?
3. Pada masa bila peserta akan menerima bonus atau NCD?
kalau ko boleh jwb yg ni, soalan ko akan terjwb..tak payah jumpa org atasan pun, aku pun boleh jwb bg pihak diorg, jumpa aku personally pun boleh..
1. Premium yang dibayar itu akan dimasukkan ke dalam tabung untuk malapetaka atau donation fund.
2. Selepas cukup setahun/anivesary year.
3. Bila donation fund tidak digunakan sepenuhnya dan perkongsian keuntungan dari segi mudharabah.
Bro...masih tak terjawab persoalan asas yang tidak ditimbulkan. Persoalan yang ditimbulkan oleh saudara untuk menjawab soalan saya semua orang pun boleh jawab.
Yang saya nak tahu ialah macam mana perkiraan NCB sekiranya tabung donation fund itu telah diakadkan untuk mudharabah/murabahah. Yakni dari akad yang dipersetujui, baki dari keuntungan tabung adalah hak bersama pemilik fund. Hak bersama ini merupakan keuntungan bagi semua peserta.
So, persoalan saya ialah sumber bagi membayar NCB Takaful Heatlh ni datang dari dana yang mana satu? Adakah dari dana donation atau dana syarikat (saya sedar bahawasanya sumber kedua-dua dana ini adalah dari sumbangan peserta)?
Sekiranya dari donation fund, persoalan lain yang timbul ialah kenapa peserta takaful health sahaja 'yang diberikan NCB' tetapi bukannya semua peserta product takaful seperti yang tercatat dalam akad untuk donation fund.
pandai..pandai..yg NCB hanya wujud pd annivesary year tarikh policy holder lulus hanya utk org yg tak claim saja
eg. dia start policy 1 oct 2009, maka dia sehat sehingga 1 oct 2010..then dia pt bonus
mcm NCD kete takaful gak..dpt msa renew annivesary
While surplus mudharabah (jika ada) hanya wujud pd setiap end on year..di beri pd semua peserta
sume duit ni dtg dr risk/tabbaru' fund..which is ekceli come from our premium la..
takpe, nanti boleh blaja dlm RFP module 2..register dlm LMS..
aku pun not a best person tu answer in detail kene jumpa BNM n panel2 mereka..& query mereka mcm mana mende ni boleh approved..:-?
I think, kalau ada yang dapat beri penjelasan lanjut...ia merupakan bonus bagi saya yang nak belajar lebih dalam lagi tentang struktur pembahagian sumbangan (division of premium) bagi Prudential Takaful.
KERAJAAN MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2009
PERATURAN PERMOHONAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan peraturan permohonan perbelanjaan bagi kemudahan perubatan yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan.
.......................
12. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan yang diperolehi di hospital/ klinik swasta adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut:
(i) mendapat rawatan di hospital/ klinik swasta yang paling hampir dengan tempat kejadian kecemasan kerana tiada hospital/ klinik Kerajaan yang lebih hampir dengan tempat kejadian kecemasan tersebut; dan
(ii) rawatan yang diperolehi merupakan rawatan yang diperlukan secara serta-merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening); dan
(iii) perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh Pakar Perubatan hospital/ klinik swasta mengenai perkara di perenggan (ii) di atas; dan
(iv) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 2/09 seperti di Lampiran A; dan
(v) permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.
Hmm, orang gomen pun dah boleh masuk hospital swasta bila kecemasan dan akan dibiayai oleh gomen. Pekeliling baru.
Yang saya nak tahu ialah macam mana perkiraan NCB sekiranya tabung donation fund itu telah diakadkan untuk mudharabah/murabahah. Yakni dari akad yang dipersetujui, baki dari keuntungan tabung adalah hak bersama pemilik fund. Hak bersama ini merupakan keuntungan bagi semua peserta.
Tak semua org dpt, hanya peserta yg amik Medical Card takaful Health under Caruman Manfaat Tambahan Pilihan (rider)
While Mudharabah jika ada, semua akan dpt sama
So, persoalan saya ialah sumber bagi membayar NCB Takaful Heatlh ni datang dari dana yang mana satu? Adakah dari dana donation atau dana syarikat (saya sedar bahawasanya sumber kedua-dua dana ini adalah dari sumbangan peserta)?