BTC USD 84,458.3 Gold USD 4,275.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Soalan Yang Biasa Ditanya Kepada Umat Islam

its past midnight now. so i like to write a bed time story. a minister went to visit a hospital for for the mentally disorder people. as he was walking he saw a man fishing in a bucket of water. the minister went near to the man and ask "ada ikan ke dalam baldi itu?". the man answered " awak gila ke! mana ada ikan dalam baldi ini". He was shocked and walk away and said to himself "payah juga layan orang gila ni". Salam.
 
sy tidak fikir kamu berlandaskan kitab2 tersebut, apakah kamu seorg free thinker?

sy juga amat perasan bahawa kamu sgt2 mencurigai Al-Quran, sy percaya tiada umat Islam yg mencurigai Al-Quran sungguhpun bagi org2 yg baru mendalaminya.

Belajar adalah melalui pemahaman bukan melalui penentangan. Kerana penentangan akan berlaku penolakan. Suka menentang (degil) juga merupakan sikap org2 kafir.

profesor suka melabel orang. dengan kata lain, menjatuhkan hukum.:)
mmg dari awal lagi soalan saya berkisar kepada kesahihan quran (dan juga kitab-kitab lain jika ada yg sudi menjawab). tapi kamu yg melabel saya secara tidak langsung sebagau kristen.:) dgn menanyakan kenapa isi kandungan injil diubah.:)
 
jadi terjemahan mana yang paling tepat?

"qurrirath" dan "khadarath"... itulah perkataannya.
Jika kita sedar yg diri kita memiliki kelemahan untuk memahami hakikat yg sebenar maka perkataan itulah yg dikekalkan. Sebagaimana org2 pada zaman sebelum sains mengekalkan "falaq" yg akhirnya difahami sebagai "orbit"...
Saya tidak mampu nak katakan mana yang terbaik. untuk membantu proses pemahaman sesuai dengan kemampuan :
"qurrirath" - shrouded in darkness
"khadarath" - lose their light
Tetapi pada masa yang sama saya iktikad bahawa "qurrirath" dan "khadarath" hanya Tuhan yang tahu sebab pengetahuanku amat terbatas.
 
ada perkara yg sy tidak perlu jawab kerana soalan berulang. sy sudah biasa menjawab soalan kamu, maka sy juga tahu yg kamu tidak membaca dgn teliti setiap hujah yg diberikan oleh sy dan rakan2.

tiada paksaan untuk profesor menjawab.:) saya baca jawaban profesor. cuma saya tak nampak apa yang cuba profesor sampaikan.
 
sebelum ilmu sains berkembang dengan pesat seperti yg dapat kita saksikan pada hari ini... sememangnya ahli tafsir alguran mengalami kesukaran untuk memahami apakah sebenarnya orbit itu... yg dinyatakan dalam alquran adalah falaq... adakah ia berupa besi??? adakah ia berupa silinder yg melengkung??? memang tidak dapat diterjemahkan ke bahasa lain selain mengekalkan 'falaq'. Terjemahan hanyalah bagi membantu sesorang individu memahami alquran mengikut keupayaan diri masing2. Tetapi pada ketika itu 'falaq' hanya Tuhan yang tahu. Setelah sains berkembang akhirnya kita memahami apakah sebenarnya 'falaq' itu. Ternyata ia adalah medan daya yg wujud antara dua objek sehingga membolehkan objek tersebut mengorbit. Ternyata tidak sia2 keimanan orang2 sebelum zaman sains. Dan setelah zaman sains adakah kita sudah menyangka bahawa kita telah mengetahui semua perkara... dan menterjemahkan perkataan alquran dengan sesuka hati? kenapa alquran perlu dikekalkan dengan bahasa asal? Tidak seperti bible yg dah diketepikan bahasa asalnya.

Teruskan berfikir... itu adalah sesuatu yang positif.

Adakah Matahari mempunyai orbit? Kenapa tidak? kan kita dah memahami apa itu 'falaq'... Galaksi kita memuatkan sejumlah besar bintang2 dimana gugusan bintang2 pada bahagian tengah adalah lebih 'tebal' jika dibandingkan dengan gugusan bintang yg berada ditepi lingkaran galaksi. Galaksi berputar mengikut paksinya dimana matahari kita menempati salah satu sudut dalam sistem tersebut. Jawapannya anda sendiri pasti tahu... dan teruskanlah berfikir tentang kejadian alam.

Ini adalah transliteration at-tawir ayat 1 dan 2 :
1. "Izas syamsu qurrirath"
2. "Wa izannujuumu khadarath"

sememangnya lain tafsir lain terjemahan... sebagaimana yg saya katakan terjemahan hanyalah untuk membantu pemahaman individu mengikut keupayaan masing2. Hakikatnya setiap perkataan alquran memiliki maksud yg mendalam.

Sebahagian menterjemahkan
1. HEN THE SUN is shrouded in darkness
2. and when the stars lose their light

Ref : http://www.islamicity.com/QuranSearch/

Dan sebahagian lagi menterjemahkan :
1]
Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
[2]
Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;

Ref : http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/


Dari sekian banyak ayat yang membicarakan soal itu, saya pilih dua ayat saja, yaitu:

“Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, Matahari dan Bulan. Masing-masing beredar pada garis edar (orbit)-nya”. (Q.S. 21: 33)
“Tidaklah mungkin Matahari mendapatkan Bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya”. (Q.S. 36: 40)


Kedua ayat tersebut berbunyi Kullu fii falakin yasbahun yang berarti “masing-masing beredar pada orbitnya”.

Fakta apa yang dapat kita peroleh dari ayat tersebut? Paling tidak, ada tiga hal penting yang dapat diungkapkan.

Pertama, dari kata falak. Kita terjemahkan kata itu sebagai “orbit”. Ayat itu jelas menyatakan bahwa Bulan mempunyai orbit yang berbentuk ellips dengan Bumi sebagai titik fokusnya. Akan tetapi, ayat itu juga menyatakkan bahwa Matahari pun ada orbitnya, beredar pada falaknya, dan mengelilingi sesuatu.
Hal itu berarti bahwa konsep Matahari sebagai pusat alam semesta ataupun pusat galaksi Bima Sakti tidak dapat dipertahankan. Dengan pengertian lain, teori heliosentrik Copernicus dengan tegas disangkal oleh Al-Qur’an. Ini terjadi delapan abad sebelum Copernicus lahir ke dunia fana ini. Padahal dalam kenyataannya, sampai awal abad XX M tetap berkembang pandangan bahwa Matahari adalah pusat galaksi. Jangan hairan, pada masa itu seolah-olah Al-Qur’an bertentangan dengan ilmu pengetahuan.
Barulah pada tahun 1918, Harlow Shapley berhasil menentukan pusat galaksi Bima Sakti. Ternyata Al-Qur’an benar. Dialah orang pertama yang mengetahui -melalui perhitungannya bahwa Matahari tidak terletak di pusat Bima sakti. Seperti halnya Bumi, Matahari ternyata tidak menempati tempat utama dalam kosmos. Ia bersama planet-planet lain bergerak mengarungi angkasa menuju rasi Cygnus dengan kecepatan 250 kilometer per detik letaknya kira-kira 30.000 tahun cahaya dari pusat galaksi dan beredar pada orbitnya yang sekali putaran memerlukan waktu sampai 250 miliun tahun.

Kedua, dari kata yasbahuun yang diartikan ‘beredar’. Kata ini berasal dari kata kerja asbaha yang lebih tepat diertikan “pergeseran gerak sejati” atau proper motion. Ayat ini mempertegas bahwa Matahari tidak diam dan bukan pusat galaksi Bima Sakti. Yang benar adalah Matahari seperti juga bintang-bintang yang lain bergerak dengan cara tertentu yang betul-betul gerak sejati (proper motion). Kenyataan itu tidak aneh lagi dalam dunia Astronomi moden sekarang ini.

Ketiga, dari pernyataan bahwa malam dan siang, Matahari dan Bulan bergerak sangat teratur tak dapat saling mendahului ini dapat disimpulkan bahwa pasti ada “penyebab” hingga bisa terjadi demikian. Secara implisit, penyebabnya adalah graviti, yang baru disedari oleh Newton pada tahun 1687 M dalam bukunya yang amat terkenal Principia. Memang, untuk menangkap makna implisit ini, kemampuan observasi dan intelegensi yang dianugerahkan Allah mutlak diperlukan. Namun yang jelas, Al-Qur’an mampu menstimulasikan “syaraf-syaraf intelegensi” untuk kemudian diwujudkan dalam wujud riset, observasi, dan penelitian lain.
 
Last edited:
kalau dengan kun fa ya kun alam semesta boleh terbina dengan sekelip mata, mengapa perlu 6 hari, dan dalam injil pula mengatakan rehat pada hari ketujuh. bukankah itu lebih menunjukkan kepada sifat kemanusiaan. kalau kitab2 ini dari sumber yg 'sempurna', bukankah perkara seperti yg tersebut tadi sudah diambil kira. Akal yg dikurniakan kepada makhluk manusia ini adalah terhad dan tidak pula semuanya setara. Jadi perkara2 yg memerlukan 'keyakinan tanpa bukti' seharusnya tidak wujud. kerana pada akhirnya, roh manusia itu sendiri akan diadili berdasarkan pertimbangan 'akal' yang terhad ini.

syurga dan neraka. semua makhluk termasuk manusia. begitu juga syurga dan neraka. mengapa perlunya syurga dan neraka? manusia itu ciptaan Allah. Segala kekurangan pada manusia itu bukankah menunjukkan kekurangan pada penciptanya. seperti yg dinyatakan diatas, akal manusia adalah terhad dan tidak semuanya setara. ada yang cerdik/cerdas/pintar dan sebagainya, dan ada pula yg sebaliknya. dari segi sudut pemikiran itu sendiri sudah berbilang tetapi akhirnya sebahagian akan di anugerahkan syurga, manakala sebahagian lagi dihukum ke neraka. dan semuanya berdasarkan penggunaan akal oleh makhluk manusia yg hidup dalam purata 60 tahun, berbanding dengan hadiah/hukuman selama infiniti di akhirat.

syaitan juga adalah ciptaan Allah. dan syaitan ini dicipta dan diberikan sifat-sifat tertentu. bukankah apa yg bakal terjadi sudah diketahui oleh pencipta. malah sebelum ianya dicipta lagi kesudahannya sudah diketahui. jadi apa perlunya penciptaan itu sendiri. mengapa tidak terus sumbatkan syaitan ke neraka sejak azali. manusia macamana pula?

gambaran syurga dan neraka lebih menyerupai keadaan dibumi. dengan sungai2 dan pokok2 dan sebagainya. bezanya syurga beribu kali lebih cantik, lebih selesa, lebih segala lebih daripada keadaan di bumi. neraka pula sebaliknya. tapi asasnya masih serupa bumi. cuma dibezakan dengan gandaan positif ataupun gandaan negatif. gambaran ini lebih seperti bila seseorang yg mendakwa melihat alien dan disuruh memberi gambaran rupa fizikal alien tersebut. hampir kesemuanya memberi gambaran humanoid - iaitu alien tersebut akan ada kepala, badan, 2 tangan dan 2 kaki sebagaimana manusia. perubahannya mungkin dari segi mata yg besar sedikit ataupun badan yg rendah dan berwarna hijau dan sebagainya, tetapi secara asasnya masih bentuk manusia. Gambaran alien ini adalah sedimikian kerana akal manusia itu sendiri yg terhad. memberi gambaran yg lebih kepada apa yg pernah dilihat atau dialami. takkan gambaran syurga dan neraka pun sedemikian. ianya lebih merupakan kepada gambaran daripada makhluk manusia itu sendiri.

Satu soalan: Kenapa kita minum air?

Bayangkan bagaimana caranya seornag saintist menerangkan jawapan tersebut, kepada;

1) Budak tadika
2) Budak sekolah rendah
3) Budak sekolah menengah
4) Pelajar universiti
5) Pekerja Makan Gaji
7) Pekerja sendiri
8) Penganggur

Saya tak ambil pusing kepada jawapan "Kenapa kita minum air", tetapi saya lebih suka berfikir dimanakah kedudukan saya dalam 8 jenis diatas. Kerana kedudukan tersebut akan menentukan jenis jawapan yang akan saya terima dari saintist tersebut.

So.. bagaimana dengan anda? :)
 
profesor,
wahyu pertama diterima ketika nabi saw berusia 40 tahun. dan siapa kata orang yg buta huruf tak dapat belajar. sedangkan yang buta atau yang pekak lagikan dapat belajar. dan nabi saw adalah pedagang yg selalu pergi dari satu tempat ke tempat yang lain.

baginda berkahwin dgn siti khadijah diusia sekitar 25tahun.

Setelah pengalaman luar biasa di Gua Hira tsb, dengan rasa ketakutan dan cemas Nabi Muhammad SAW pulang ke rumah dan berseru pada Khadijah, "Selimuti aku, selimuti aku." Sekujur tubuhnya terasa panas dan dingin berganti-ganti. Setelah lebih tenang, barulah ia bercerita kepada istrinya. Untuk lebih menenangkan hati suaminya, Khadijah mengajak Nabi Muhammad SAW datang pada saudara sepupunya, Waraqah bin Naufal, yang banyak mengetahui kitab-kitab suci Kristen dan Yahudi.

dan seperti petikan diatas, Waraqah adalah orang yang arif tentang kristen dan yahudi. jadi, sepanjang perkahwinan nabi saw dari usia 25 tahun sehingga umur 40 tahun (ketika pertama kali menerima wahyu), mereka tidak pernah bersemuka??? bukankah disekitar makkah itu sendiri ramai yg menganut agama nasrani maupun yahudi??? 40 tahun dikelilingi masyarakat nasrani dan yahudi profesor????????:)

Maka sila nyatakan pada siapa Nabi SAW belajar? dimanakah tempatnya? apakah Nabi SAW belajar secara sembunyi2? Berapa ramai guru Nabi SAW? Ilmu yg terkandung di dalam Al-Quran meliputi segala ilmu yg ada. Jika benar Nabi SAW pernah belajar, sudah pasti Nabi SAW mempunyai ramai guru.

Jika benar Waraqah bin Naufal merupaka seorang alim (berilmu) bidang apa yg dia ketahui? Siapa lagi guru2 Nabi SAW? Bukankah sudah diketahui pada ketika zaman sebelum Nabi SAW dilantik menjadi Rasul, makkah itu dipenuhi dengan berhala? Apakah kaum Quraish menganut agama yahudi atau nasrani? Atau sebenarnya kamu ni jalil ttg sejarah.

Mengapa tiada yg berani tampil menolak kebenaran Al-Quran yg mana ilmu tersebut merupakan diplagiat oleh Nabi SAW dpd sumber2 lain?

Jika kamu tidak berikan sebarang fakta, kamu sebenarnya seorang penipu dan pendusta. Sama spt yg diceritakan dalam Al-Quran bahawa org2 kafir merupakan golongan yg ingkar dan menolak kebenaran Al-Quran. Sesungguhnya keterangan Al-Quran amat benar tentang sikap org2 kafir.
 
Last edited:
baginda berkahwin dgn siti khadijah diusia sekitar 25tahun.

Setelah pengalaman luar biasa di Gua Hira tsb, dengan rasa ketakutan dan cemas Nabi Muhammad SAW pulang ke rumah dan berseru pada Khadijah, "Selimuti aku, selimuti aku." Sekujur tubuhnya terasa panas dan dingin berganti-ganti. Setelah lebih tenang, barulah ia bercerita kepada istrinya. Untuk lebih menenangkan hati suaminya, Khadijah mengajak Nabi Muhammad SAW datang pada saudara sepupunya, Waraqah bin Naufal, yang banyak mengetahui kitab-kitab suci Kristen dan Yahudi.

dan seperti petikan diatas, Waraqah adalah orang yang arif tentang kristen dan yahudi. jadi, sepanjang perkahwinan nabi saw dari usia 25 tahun sehingga umur 40 tahun (ketika pertama kali menerima wahyu), mereka tidak pernah bersemuka??? bukankah disekitar makkah itu sendiri ramai yg menganut agama nasrani maupun yahudi??? 40 tahun dikelilingi masyarakat nasrani dan yahudi profesor????????:)


Apa kata Waraqah ? :)
 
Apa kata Waraqah ? :)

soalan tambahan:

1) Siapa murid Waraqah yg lain?
2) Apa agama yg dianuti oleh Waraqah ketika itu?
3) Apakah Waraqah benar2 seorang ilmuan? Bidang apa?
4) Siapa guru2 Nabi SAW yg lain pula?
5) Jika benar ramai penganut agama yahudi dan nasrani pada ketika itu mengapa mereka menyembah berhala?


raisya84: Jika kamu seorang yg bijak sudah pasti kamu berpegang pada fakta yg benar dan tidak mengada2kan andaian melainkan kamu merupakan sebaliknya.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register