Salam mrsmarter,
Pada tahun taksiran 2001 sebarang ke atas pembelian kereta baru persendirian yg melibatkan kos keseluruhan :
a. Tidak melebihi RM150,000 ----> perbelanjaan dibenarkan (Qualified expenditure) adalah RM100,000
b. Melebihi RM150,000 ----> perbelanjaan tidak dibenarkan (Unqualified expenditure) adalah RM50,000 sahaja
Bagi pembelian kenderaan perdagangan kesemua amaun pembelian mendapat perbelanjaan dibenarkan.
Salam bro Radzi,
Kos pembelian kenderaan persendirian dan perdagangan ini yang dibenarkan (QE) adalah untuk sebuah kenderaan. Maksudnya kalau cth 2 buah (RM150K sebuah) QE adalah RM100K (RM50K sebuah)...betul tak?
Thanks
Salam mrsmarter,
Betul..
... wah semakin advanced saudara mrsmarter ni...
Terima kasih juga kerena menunjukkan typing error statement tsbt.
b. Melebihi RM150,000 ----> perbelanjaan tidak dibenarkan (Unqualified expenditure) adalah RM50,000 sahaja
Sepatutnya:
b. Melebihi RM150,000 ----> perbelanjaan dibenarkan (Qualified expenditure) adalah RM50,000 sahaja
...semakin cekap mrsmarter ni ...
...nanti saya edit balik...
Kenderaan Persendirian (Tak kira baru atau lama)
a.Harga bawah RM50,000
----> Perbelanjaan Dibenarkan RM50,000 sebuah
Harga lebih RM50,000
----> Hanya layak mendapat Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM50,000 sebuah sahaja. Lebih amaun beli tsbt tak layak.
Kenderaan Persendirian (Baru) dan Tak melebihi RM150,000
----> Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM100,000 sebuah sahaja.
----> Lebih amaun beli tsbt tak layak.
Harga lebih RM150,000
----> Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM50,000 sebuah sahaja. Lebih amaun beli tsbt tak layak.
Kereta perdagangan
----> Semua amaun beli mendapat Perbelanjaan Dibenarkan (QE)...Contoh Bas, Lori dsb.
Kereta Recond
----> Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM50,000 sebuah sahaja sebab bukan status baru.
p/s: harap ini membantu