BTC USD 84,550.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbincangan berkaitan Perniagaan Enterprise dan Sdn. Bhd

Salam mrsmarter,
Pada tahun taksiran 2001 sebarang ke atas pembelian kereta baru persendirian yg melibatkan kos keseluruhan :
a. Tidak melebihi RM150,000 ----> perbelanjaan dibenarkan (Qualified expenditure) adalah RM100,000
b. Melebihi RM150,000 ----> perbelanjaan tidak dibenarkan (Unqualified expenditure) adalah RM50,000 sahaja

Bagi pembelian kenderaan perdagangan kesemua amaun pembelian mendapat perbelanjaan dibenarkan.



Salam bro Radzi,
Kos pembelian kenderaan persendirian dan perdagangan ini yang dibenarkan (QE) adalah untuk sebuah kenderaan. Maksudnya kalau cth 2 buah (RM150K sebuah) QE adalah RM100K (RM50K sebuah)...betul tak?

Thanks
 
......................

Dalam isu berniaga ni...antara pekara yg saya tekankan kepada mereka...jangan lupa bayar ZAKAT...ini bagi saya teramat2 penting...mungkin dengan LHDN atau KASTAM atau sesiapa boleh menipu...tapi dengan Tuhan tidak boleh....

Bro Radzi & sahabat CG,

Saya setuju. Zakat amat penting. Ramai org bisnes mengabaikannya. Almaklumlah tak kena dakwa...macam LHDN, kena buru...Tapi zakat akan dihitung di kemudian hari...

By the way, macam individual income tax...kalau bayar zakat, kita boleh rebat..Rasanya sama juga dgn sykt kot? Betul tak? Pada saya, lebih baik bayar zakat...bayar zakat kita tunaikan tgjwb dunia dan akhirat. Kalau sykt boleh dpt rebat dgn bayar zakat, baguslah kita bayar zakat...2.5% saja!

Wassalam...
 
Salam rosly82,

Payah nak cakap bab ni...pandai2 lah...fikirkanlah yg terbaik ... saya sebenarnya pun no komen...cuma apa2 hal ...pandangan saya...rujuklah kepada agama ... semoga Allah memberi kita petunjuk untuk diri kita.

Dalam isu berniaga ni...antara pekara yg saya tekankan kepada mereka...jangan lupa bayar ZAKAT...ini bagi saya teramat2 penting...mungkin dengan LHDN atau KASTAM atau sesiapa boleh menipu...tapi dengan Tuhan tidak boleh.

Jatuh bangun sesebuah Syarikat/Perniagaan juga kalau kita perhatikankan berkait juga juga dengan Zakat. Jangan lupa...rezeki datang dari Tuhan..tunaikan kewajipan kita sebaik mungkin.
p/s: sekadar pandangan

Terima kasih kerana memberi pandangan, dalam hal ni memang sy akui zakat adalah 1 perkara yg penting dalam apa jua pendapat yg kita perolehi. cuma di thread ni sy cuma ingin sesiapa yg mengunjungi thread ni dapat berkongsi2 pendapat dan pengalamn agar dapat juga dimanfaatkan oleh org lain.
 
Salam rosly82,

Payah nak cakap bab ni...pandai2 lah...fikirkanlah yg terbaik ... saya sebenarnya pun no komen...cuma apa2 ...
...lupa...rezeki datang dari Tuhan..tunaikan kewajipan kita sebaik mungkin.
p/s: sekadar pandangan

Dividen diberi kpd pemegang syer sekiranya sykt ada keuntungan, bagaimana pula halnya kepada pengarah yg tidak diperuntukkan gaji untuk mendapatkan bayaran dari sykt?, adakah melalui dividen juga atau boleh diberi melalui persetujuan yg boleh dipersetujui bersama semasa pelantikan?
 
Salam mrsmarter,
Pada tahun taksiran 2001 sebarang ke atas pembelian kereta baru persendirian yg melibatkan kos keseluruhan :
a. Tidak melebihi RM150,000 ----> perbelanjaan dibenarkan (Qualified expenditure) adalah RM100,000
b. Melebihi RM150,000 ----> perbelanjaan tidak dibenarkan (Unqualified expenditure) adalah RM50,000 sahaja

Bagi pembelian kenderaan perdagangan kesemua amaun pembelian mendapat perbelanjaan dibenarkan.

Salam bro Radzi,
Kos pembelian kenderaan persendirian dan perdagangan ini yang dibenarkan (QE) adalah untuk sebuah kenderaan. Maksudnya kalau cth 2 buah (RM150K sebuah) QE adalah RM100K (RM50K sebuah)...betul tak?
Thanks

Salam mrsmarter,

Betul..
... wah semakin advanced saudara mrsmarter ni...

Terima kasih juga kerena menunjukkan typing error statement tsbt.
b. Melebihi RM150,000 ----> perbelanjaan tidak dibenarkan (Unqualified expenditure) adalah RM50,000 sahaja

Sepatutnya:
b. Melebihi RM150,000 ----> perbelanjaan dibenarkan (Qualified expenditure) adalah RM50,000 sahaja

...semakin cekap mrsmarter ni ...
...nanti saya edit balik...:)cgrock

Kenderaan Persendirian (Tak kira baru atau lama)

a.Harga bawah RM50,000
----> Perbelanjaan Dibenarkan RM50,000 sebuah
Harga lebih RM50,000
----> Hanya layak mendapat Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM50,000 sebuah sahaja. Lebih amaun beli tsbt tak layak.

Kenderaan Persendirian (Baru) dan Tak melebihi RM150,000
----> Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM100,000 sebuah sahaja.
----> Lebih amaun beli tsbt tak layak.
Harga lebih RM150,000
----> Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM50,000 sebuah sahaja. Lebih amaun beli tsbt tak layak.

Kereta perdagangan
----> Semua amaun beli mendapat Perbelanjaan Dibenarkan (QE)...Contoh Bas, Lori dsb.
Kereta Recond
----> Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM50,000 sebuah sahaja sebab bukan status baru.

p/s: harap ini membantu
 
Last edited:
Dividen diberi kpd pemegang syer sekiranya sykt ada keuntungan, bagaimana pula halnya kepada pengarah yg tidak diperuntukkan gaji untuk mendapatkan bayaran dari sykt?, adakah melalui dividen juga atau boleh diberi melalui persetujuan yg boleh dipersetujui bersama semasa pelantikan?

Salam rosly82,
Terdapat beberapa bentuk Ganjaran Pengarah (Directors Remunerations):
a. Gaji
b. Elaun
c. Bonus
d. Ganjaran (samada bentuk tunai atau sebaliknya)

Untuk makluman Dividen hanya diberikan kepada Pemegang Saham sahaja.

Sekiranya tiada perjanjian bertulis, maka Pengarah tidak boleh menuntut apa ganjaran. Pada kebiasaanya Ganjaran Pengarah dipersetujui bersama dengan Pemegang Saham dan Lembaga Pengarah. Bagi Syarikat2 kecil seperti Family Business...isu Ganjaran bukanlah pekara besar. Bagi Syarikat yg besar iaitu mempunyai ramai Pemegang Saham dan juga Pengarah terutama Syarikat berstatus Berhad...ianya merupakan isu penting. Dan secara professionalnya Ganjaran Pengarah akan dinyatakan dalam bentuk perjanjian dan dipersetuju bersama.

...Bahasa mudahnya...kalau tak ada gaji atau ganjaran..tiada siapa yg nak bekerja. Apatah lagi Pengarah yg tak memegang apa2 saham.
Terdapat juga Pengarah dan ia juga merupakan Pemegang Saham tidak menuntut atau menerima apa2 Gajaran ataupun gaji. Terdapat beberapa sebab, antaranya :
a. Beliau mempunyai Syarikat2 lain yg mana menerima ganjaran dari Syarikat2 tsbt.
b. Bagi mengawal cukai individu mereka. Mungkin sudah terlalu tinggi (maksimum).
c. Bagi mengawal Cash Flows. mungkin sesebuah Syarikat tsbt mengalami masalah aliran tunai dsb.

p/s: harap ini membantu
 
Bro Radzi & sahabat CG,
By the way, macam individual income tax...kalau bayar zakat, kita boleh rebat..Rasanya sama juga dgn sykt kot? Betul tak? Pada saya, lebih baik bayar zakat...bayar zakat kita tunaikan tgjwb dunia dan akhirat. Kalau sykt boleh dpt rebat dgn bayar zakat, baguslah kita bayar zakat...2.5% saja!
Wassalam...

Just want to share....actually polisi kerajaan kita membenarkan pembayaran zakat (Perniagaan) ditolak dalam pengiraan cukai perniagaan. Pelepasan diberi setakat 2.5% dari Pendapatan Agregate (Agregate Income).

Kat sini yg kurang seronok sikit...

Katakan Company bayar zakat 2.5% bersamaan RM20,000...tapi Agregate Income (Pendapatan Agregate) Syarikat adalah RM60,000...maka pelepasan yg diberikan hanyalah setakat 2.5% dari Agregate Income (Pendapatan Agregate) tu sahaja iaitu : 2.5% x RM60,000 = RM1,500....so dri segi percukaian dan kewangan..anda telah rugi RM18,500...bayangkan kalau amaun zakat dibayar lagi besar...errmmm...
namun dari segi agama...anda dapat pahala...

Mengikut Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) Subsyeksen 44 (11A).ZAKAT PERNIAGAAN :Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat.

a. Pelepasan diberi tidak melebihi 2.5% daripada Agregate Income(Pendapatan Agergate). Selepas ditolak daripada Agregate Income baru dapat Chargeable Income..so cukai dikira atas Chargeable Income...iaitu selepas ditolak zakat baru cukai dikira...
b. Sekiranya amaun 2.5% atas Agregate Income ini lebih kecil daripada Zakat dibayar...amaun 2.5% sahaja yg diambilkira (konsepnya..mana yg paling rendah).
c. Amaun yg terlebih tu...lagi tak bestnya tak bole carried forward untuk tahun taksiran akan datang.

So..harap kerajaan bagi ler tolakan cukai untuk zakat ni selepas cukai yg kena bayar...

Kita kena buat perancangan sebaiknya..bagaimana boleh kita gunakan peruntukkan zakat dalam isu Zakat dan juga Cukai Pendapatan Perniagaan...mahupun Cukai Individu...ada cara nya...

* ... dulu saya pernah post statement ini kat CG dulu...hanya untuk mengingatkan kembali sahaja...

p/s: hanya sekadar pandangan
 
Last edited:
Salam sdr mohdradzi,

terima kasih... kenapa boleh ada syer belum berbayar? katakan sykt ada 2 org pemegang syer, salah seorang belum lagi memberikan sebahagian nilai saham kepada sykt sedangkan semasa penubuhan syer telah ditentukan 50k setiap seorang. kenapa ini terjadi, adakah modal masih kurang, atau memang belum dijelaskan, kenapa tidak syer diterbit mengikut modal semasa yg ada dalam simpanan pemegang?... adakah syer belum berbayar ini dibolehkan dan apa kesan kepada pengauditan sekiranya syer modal masih belum dijelaskan?... harap dapat beri panduan...
 
Salam,

Bro Radzi, saya pernah mendengar tentang cukai individu (income tax) segelintir pekerja esp. top management sesebuah syjt yg ditanggung oleh pihak sykt. Maybe ia dinyatakan dlm offer letter a.k.a perjanjian sebelum menerima kerja. Bgmanakah ini dilakukan dan impak kpd sykt esp. akaun etc.

Thanks
 
Back
Top
Log in Register