BTC USD 84,550.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbincangan berkaitan Perniagaan Enterprise dan Sdn. Bhd

Jika 1 perniagaan contohnya mempunyai modal berbayar 50k. ada seorang pelabur hendak melabur 100k. Adakah perubah ketara berlaku dalam penguasaan syarikat oleh pengarah pertama@pengasas sykt mengikut situasi berikut;

1. Pelabur menjadi meminta untuk jadi pengarah? (adakah mesti kita menerangkan akan hak2 seorang pelabur baru yg bukan background bisnes tentang boleh atau tidak dia jadi pengarah?)

2. Pelabur telah diberitahu oleh pegawai sykt supaya tidak menjadi pengarah@ tidak terlibat dengan pengurusan?.

Persoalan diatas sebenarnya lebih kepada menjaga kepentingan pengasas yang mahu supaya sykt yg dibangunkan tidak terlepas ketangan orang lain sedangkan dlm masa sama sykt perlu modal tambahan untuk mengembangkan perniagaan? adakah cara ini termasuk dalam menolak@menafikan hak pemegang saham baru itu?. harap dapat sedikit panduan.:-?

bro ni dari segi account la aku jawab.. kena tau dia ni as a partner aktif or pasif.. kerana dalam company akaun bila ade partnership.. profit return diberi berdasarkan capital yang disumbangkan oleh semua partner..kebiasaanya kalau aktif partner dia ade gaji dan profit sharing.. pasif partner pulak dia hanya ade profit sharing sahaja.. dan company liability juga bergantung pada jumlah owner equity.. which means main share holder will get higher liability.. kalau nak menjaga kepentingan pengasas syarikat.. better mintak investor to tak payah involved in company operation.. just be one of the company director.. dan sebagai company director tidak bermakna dia lepas tangan macam tu je.. setiap cheq yang kuar masuk perlukan tandatangan both parties unless ade clause lain.. harap membantu
 
syarikat enterprise ni biasanya milikan tunggal.. takde paid up capital atau modal berbayar dan normally depa tak buat audit.. dan kebiasaanya tak submit tax ke irb.. kalau sdn bhd depa kena submit tax and audit ke irb..kebiasaanya enterpise company/milikan tunggal/sole proprioter bisnes kecil-kecilan.. company secetary pun takde.. jadi bila milikan tunggal segala kerugian ditanggung owner.. owner liability besar gaban.. kalau sdn bhd owner liability dia limited..pendaftaran syarikat enterprise lebih murah berbanding sdn bhd.. 250 je di ssm.. sdn bhd pulak boleh menjangkau ke 2k++.. dari segi account pulak syarikat enterprise ni tak perlu sakit kepala nak buat audit every financial year.. buat je akaun sendiri2..tu je la kot info skit2 yang aku masih ingat dari zaman blaja dulu..

terima kasih
 
Salam sdr radzi.

Jika pemegang saham minoriti dalam sesebuah perniagaan dimiliki oleh contohnya 40 orang(bukan pengarah) dgn jumlah 45%, saham majoriti (55%) pula dimiliki oleh seorang pemegang saham juga seorang pengarah, bolehkah pemegang saham majoriti ini mengawal bilangan pemegang minoriti yang ramai ini. supaya segala urusan syarikat berjalan lancar tanpa ada masalah besar yg boleh ditimbulkan oleh kumpulan pemegang saham minoriti ini yg bilangannya agak ramai. sebagai pemegang saham walaupun minoriti, mereka tetap mempunyai hak yg sama dengan pemegang saham lain, jadi apakah bermakna bilangan yg ramai ini boleh menjejaskan sykt? harap mendapat sedikit penjelasakn dari saudara...

Salam rosly82,
Kesimpulan soalan:
- Minoriti Shareholders = 45% @ 40 orang @ Not Directors
- Major Shareholders = 55% @ 1 orang @ Dierctors

Betul...Minoriti Sharehoders mempunyai hak yg sama dgn Pemegang Saham yg lain seperti hak untuk mengundi, hak untuk menghadiri Mesyuarat Agung dsb. Pemegang2 saham boleh mengambiltindakan samada di dalam Mesyuarat Agung mahupun mahkamah sekiranya hak2 mereka diketepikan mahupun telah ditindas.

Setiap Pengarah terikat dengan terma2 Piagam Syarikat yg terkandung dalam Memorandum & Artikel Syarikat. Pengarah2 bertanggungjawab dalam hal-urus Syarikat dan menetapkan pekara2 yg berkaitan dengan dasar Syarikat. Pengarah2 boleh dilantik atau digantikan pada Mesyuarat Agung.

Lembaga Pengarah bertindak dan menjalankan tugas mereka dalam urusan seharian, pemegang2 saham tidak mencampuri urusan mereka selagi Pengarah2 tidak melanggar apa kesalahan Akta Syarikat atau diluar bidang kuasa yg telah ditetapkan oeh piagam Syarikat. Kuasa Pengarah ini telah diberikan seperti termaktub di M&A. Bila pihak Lembaga Pengarah bertindak secara 'suci hati' dan untuk kepentingan Syarikat keseluruhannya, pemegang saham minoriti tidak mempunyai kuasa untuk masuk campur dalam urusan perniagaan Syarikat.

Siapa yg mengawal syarikat adalah mereka yg mengawal majoriti saham (Major Shareholders). Bilangan majoriti shareholders tidak boleh berbuat apa2 dan tidak memberi impak yg besar selagi hak2 mereka tidak ditindas atau diketepikan.
 
Jika 1 perniagaan contohnya mempunyai modal berbayar 50k. ada seorang pelabur hendak melabur 100k. Adakah perubah ketara berlaku dalam penguasaan syarikat oleh pengarah pertama@pengasas sykt mengikut situasi berikut;

1. Pelabur menjadi meminta untuk jadi pengarah? (adakah mesti kita menerangkan akan hak2 seorang pelabur baru yg bukan background bisnes tentang boleh atau tidak dia jadi pengarah?)

2. Pelabur telah diberitahu oleh pegawai sykt supaya tidak menjadi pengarah@ tidak terlibat dengan pengurusan?.

Persoalan diatas sebenarnya lebih kepada menjaga kepentingan pengasas yang mahu supaya sykt yg dibangunkan tidak terlepas ketangan orang lain sedangkan dlm masa sama sykt perlu modal tambahan untuk mengembangkan perniagaan? adakah cara ini termasuk dalam menolak@menafikan hak pemegang saham baru itu?. harap dapat sedikit panduan.:-?

Isu diisi adalah 'Persetujuan Bersama'. Apabila wujudnya pemegang saham baru dan memegang saham 100k iaitu 67% daripada saham syarikat, maka beliau telah menjadi Major Shareholder. Seperti yg saya terangkan diatas tadi...sesiapa yg memegang saham majoriti dialah yg mengawal syarikat.

Risiko menjadi minoriti shareholders perlu difahami oleh pemegang saham yg sedia ada. Pada kebiasaanya terdapat sekatan terhadap penerbitan saham baru dimana saham baru ini perlulah mendapat kelulusan Para Pengarah atau Pemegang Saham. Setiap pemegang saham yg ada diberi peluang dahulu untuk membeli saham yg baru terbit ini dan barulah diberikan kepada bakal pemegang saham.

Mengenai hak menjadi Pengarah oleh Pemegang Saham baru ini...sekiranya ianya berkehendakan....sudah pasti ianya berhak..kerana beliau/mereka adalah Majoriti Shareholders yg baru.

Option untuk menambahkan modal melalui penambahan saham syarikat perlu dipertimbangkan semula sekiranya Pengasas takut kehilangan kawalan keatas Syarikat diasaskan. Kalau diteruskan pasti pekara2 diatas akan terjadi. Secara rasionalnya...Bagi para pelabur baru mereka akan cuba memastikan pelaburan mereka selamat sebaik mungkin dan mendapat pulangan yg tinggi hasil dari pelaburan mereka.

Bagi Syarikat mereka mempunyai pilihan yg lain yg tidak menjejaskan penguasaan pemilikan saham. Antaranya :
1. Pengeluaran Saham Keutamaan. Pemegang saham ini bukan pemilik Syarikat dan tidak mempunyai hak untuk mengundi. Mereka juga tidak boleh campur dalam urusan dan pentadbiran Syarikat. Namun mereka berhak mendapat dividen tetap dan terjamin dan tidak mengira samada Syarikat tsbt rugi ataupun untung.
2. Pengeluaran Bon atau Debentur. Merupakan satu sekuriti yg diterbitkan untuk mendapatkan pembiayaan j/panjang yg besar.
3. Pinjam2 dari Bank atau Badan2 Kewangan

Makluman : Setiap pembiayaan atau pinjaman mempunyai syarat2 dan peraturan2 yg tertentu. Kena faham betul2 akan kesan dan implikasinya.
 
Salam young and dangerous,

Apa yg bro tulis tu betul...cuma ada sikit tambahan untuk makluman bersama.

a.
kalau nak menjaga kepentingan pengasas syarikat.. better mintak investor to tak payah involved in company operation.. just be one of the company director.. dan sebagai company director tidak bermakna dia lepas tangan macam tu je.. setiap cheq yang kuar masuk perlukan tandatangan both parties unless ade clause lain.. harap membantu

Merujuk kepada konsep Syarikat Sdn. Bhd.
1. Liabiliti adalah terhad. Ianya terhad kepada Syarikat sahaja melainkan terdapat tambahan perjanjian yg melibatkan Pengarah sekali. Contohnya...(Guarantee by the Directors)
2. Menjadi Company Directors atau lebih dikenali sebagai Director Shareholdings.

b.
bro ni dari segi account la aku jawab.. kena tau dia ni as a partner aktif or pasif.. kerana dalam company akaun bila ade partnership.. profit return diberi berdasarkan capital yang disumbangkan oleh semua partner..kebiasaanya kalau aktif partner dia ade gaji dan profit sharing.. pasif partner pulak dia hanya ade profit sharing sahaja.. dan company liability juga bergantung pada jumlah owner equity.. which means main share holder will get higher liability..

Merujuk kepada konsep Partnership (Perkongsian)
Kalau dalam Partnership
a. Liabiliti tak terhad. Ianya kan ditanggung oleh perniagaan dan seterusnya Pengkongsi.
b. Tiada wujudnya share hoders kerana tiada saham diterbitkan di dalam Perkongsian.

p/s : sekadar berkongsi pendangan
 
Salam rakan2,

Ingin bertanya kpd Bro Radzi – Saya ada baca tulisan bro berkenaan pelepasan cukai jika membeli kenderaan atas nama sykt. Cuma masih kurang paham. Utk lebih mudah saya beri scenario begini;-

Sykt ABC Sdn Bhd membeli kenderaan (cth Toyota Camry) berharga RM150K. Deposit sebanyak RM30K. Loan sebanyak RM120K. Misal kata ansuran sebulan sebanyak RM2K. Deposit, ansuran bulanan, road tax, insurans, maintenance kereta dan petrol masuk akaun sykt (bayar oleh sykt), kira all in one lah!. Apakah DAN berapakah anggaran pelepasan cukai yg boleh dinikmati oleh sykt ABC?

Kalau ada perkara berkaitan perkara diatas, Bro tolong highlightkan juga walaupun saya tak sebutkan. Terimakasih bro!
 
Salam rakan2,

Sekali lagi Bro Radzi…soalan berikutnya;-

Senario - Sykt ABC Sdn Bhd mendapatkan bantuan kewangan daripada kawan dan keluarga untuk dijadikan modal tunai. Sebagai balasan sykt ABC akan membayar wang yang dipinjam tadi berserta sedikit keuntungan dalam bentuk bulanan. Cth pinjam RM500K, bayar balik kepada kawan dan keluarga sebanyak RM700K dalam tempoh 12 bulan dan dibayar secara bulanan. Apakah transaksi sebegini dibenarkan atau salah? Apakah transaksi yang boleh dinyatakan dalam akaun/penyata kelak? Adakah sebagai modal atau pinjaman dsbnya?

Bolehkah kita katakan RM500K modal tunai yang dipinjam dari individu dan dibayar balik secara bulanan sebanyak RM700K selama 12 bulan. Jika projek bernilai RM1m maknanya kita untung RM300K. Adakah RM700K boleh dinyatakan sebagai pembayaran balik pinjaman kewangan berserta faedah@untung kpd pemberi pinjaman.

Tulisan bro Radzi di blog beliau ada menyentuh soal ini tapi kurang paham plak dahhh…
Ini macam kes susah nak dpt pinjaman bank ler…

Terima kasih bro….
 
Salam rakan2,

Soalan terakhir untuk hari ini bro…

Bolehkah sesebuah sykt memperuntukkan atau membelanjakan jumlah wang besar untuk `entertainment’ dan bayaran komisen. Apakah kesan kepada audit@cukai@penyata kewangan nanti? Adakah bentuk2 `entertainment’ dan `komisen’ yang dibenarkan dan tidak dibenarkan ATAU yang kena cukai atau sebagai kos sykt?

Maaf bro…soalan saya pun dah berbelit kot…tapi lebih kurang begitulah…pasal entertainment dan komisen.

Frankly speaking lah kan, biz projek besar ni biasanya ada bagi komisen dgn `orang perantara’…orang kata rasuah tapi bagi saya ia subjektif. Ia umpama kita nak jual rumah gunakan agen hartanah. Mungkin perumpamaan ini kurang atau tidak tepat tapi komisen sebegini adalah hakikat berniaga.

Terimakasih bro….
 
Salam young and dangerous,

Apa yg bro tulis tu betul...cuma ada sikit tambahan untuk makluman bersama.

a.

Merujuk kepada konsep Syarikat Sdn. Bhd.
1. Liabiliti adalah terhad. Ianya terhad kepada Syarikat sahaja melainkan terdapat tambahan perjanjian yg melibatkan Pengarah sekali. Contohnya...(Guarantee by the Directors)
2. Menjadi Company Directors atau lebih dikenali sebagai Director Shareholdings.

b.

Merujuk kepada konsep Partnership (Perkongsian)
Kalau dalam Partnership
a. Liabiliti tak terhad. Ianya kan ditanggung oleh perniagaan dan seterusnya Pengkongsi.
b. Tiada wujudnya share hoders kerana tiada saham diterbitkan di dalam Perkongsian.

p/s : sekadar berkongsi pendangan


tq bro.. betul cakap bro dalam bab tidak wujud share holder kerana tiada saham diterbitkan.. cuma dari segi company account akan ade partnership account yang mana profit sharing is based on capital provided by the owner..
 
Back
Top
Log in Register