sepeti dijanjikan...
jawapan kau dibawah utk soalan kau diatas
kejujuran kau dgn kenyataan diatas amat dihargai
bro, jawapan kat soalan atas ini kurang jelas lagi
boleh tak share camna kau jawab soalan itu supaya anak kau mudah faham
kalau tukar pendapat tentang memahami AQ, pada aku itu tiada masalah
tapi bab berguru utk memahami AQ, betul ker?
(maksud guru disini ialah ikut apa yg guru kata)
cuba kau fahamkan ayat dibawah yg aku underline itu
Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran dari Allah bagi umat manusia seluruhnya 12:104.
yg aku faham, AQ utk seluruh manusia (setiap individu)
tidak pulak aku nampak utk imam, kiyai, ustaz, tok kadi atau pun tok mudim di situ
ada ker ayat yg kita mesti berguru bila baca AQ, tolong tunjukkan bro?
tapi bro, ayat kat bawah ini pula tunjukkan sama macam aku faham
Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah 9:31
mana kau dapat ayat yg membolehkan kita berguru? heran pulak aku...
lagipun, ayat dibawah ini jawap soalan kau tentang berguru.
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. 55:2
takper bro, tunjukkan ajer ayat yg kita mesti berguru bila baca AQ
nanti kita sama2 kaji ayat itu
kita tackle satu persatu bro
tidak jadi rojak nanti
lagipun aku tidak tahu apa soalannya
tak per, soalan tu kita KIV dulu
kita bincang isu yg ada ini dulu
gua caya lu lah bro...
ayat yg kau berikan diatas, kita sama2 agree akan kewujudan kitab2Nya sebelum AQ
CASE CLOSED!!
post aku yg lalu, aku ada tunjukkan contoh cara penterjemah 'corruptkan' ayat Allah
dan apa kau buat sekarang dgn mudah kau ikut contoh yg aku tunjukkan itu
kefahaman kau dah dibawa penterjemah itu utk ikut andaian dan sangkaannya sendiri
perasan atau tidak kau telah jatuh kepada agenda yg disembunyikannya..wallahualam
dan kefahaman kau tentang maksud ayat itu sebenar telah jauh menyimpang
padahal 2 ayat yg kau berikan itu, confirmkan lagi akan kesahian kitab2Nya
aku tanya kau balek.
adakah AQ yg ada sekarang sama dgn apa yg diturunkan sebenarnya?
kalau kau boleh jawab soalan itu, kau telah juga jawab soalan kau sendiri.
Ok kita amek ayat yg kau berikan utk discussion kita
ayat 5:15 - siapa yg dimaksudkan Ahli Kitab atau Rasul disitu?
baca balek ayat yg kau bagi diatas dan kali ini buang semua dlm (kurungan)yg aku underline itu.
ayat itu juga akan confirmkan maksud aku yg nabi musa/isa/muhammad mesti terperanjat dgn adanya agama masing2.
aku tunjukkan (rujukan juga kepada ayat 6:91 yg kau beri) ;
bayangkan Ahli Kitab dimaksudkan ditujukan kepada kita semua (memamg utk kita)
kitab apa yg disembunyikan org yahudi sampai diambil kitab Talmud sebagai hukum?
kitab apa yg disembunyikan org nasrani sampai diambil kitab New Testament sebagai hukum?
dan kitab apa pula yg disembunyikan org Islan sampai diambil Hadis sebagai hukum?
Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah, yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon kemenangan atas kaum kafir musyrik. Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya, mereka mengingkarinya; maka, laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu. 6:152
Apa nama kitab yg dibawa oleh Nabi Muhammad dan Nabi sebelumnya?
Hadis? New Testament? Talmud?
persamaan tentang percanggahannya dah ditunjukkan diatas
persamaan tentang messageNya pula, aku tunjukkan dibawah;
Say: He is Allah, the One and Only;
Surat Al-'Ikhlāş:1
Hear, O Israel: The LORD our God, the LORD is One.
Deuteronomy 6:4
"The most important one," answered Jesus, "is this: 'Hear, O Israel, the Lord our God, the Lord is One.
Mark 12:29
messageNya konsisten antara satu dgn yg lain
kalau org yahudi twist ayatNya dan ambil Ezra sebagai anak Tuhan
org nasrani pulak ambik Jesus sebagai 3 in 1 macam kopi
tidak mahu ketinggalan, org 'islam' pun ambik Muhammad seperti Tuhan atau lebeh tinggi dari Tuhan naudzubillah...
kepada golongan dan puak yg menyekutukanNya, tempat dorang dah disiapkan.
dan Allah sifatkan org seperti itu sebagai org kafir.
Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim. 3:151
tidak takut???
Bahasa Arab sekarang bukan lagi bahasa AQ asalnya begitu juga bahasa Ibrani, matter of fact, semua bahasa pun tiada keasliannya lagi ditelan dek zaman.
ini disebabkan penghijraan manusia atau selainnya
bahasa telah banyak diubah suai mengikut keedaran masa dan tempat
eg. org melayu di South Africa menggunakan bahasa melayu yg kita pun tak faham
tak payah tengok jauh, BM org Brunei pun dah beza dgn kita disini
begitu juga dgn org Arab, org keliling yg berhijrah ke Arab Saudi
bahasa asalnya sudah tidak ada keasliannya lagi
tidak bermaksud pula bahasa asalnya terus hilang
masalahnya, dgn saper kita nak berhubungan dgn bahasa asal itu
penat belajar bahasa asal sebenarnya tapi tiada org yg faham apa yg kita cakapkan
kau faham tak apa yg aku cakap, aku harap begitu lah
penat siot aku nak terangkan..
dan berbalek kepada kitab Allah (AQ dlm perbincangan ini),
kepada kita yg tidak faham bahasa asalnya
camna nak faham maksud yg nak disampaikan kepada kita
bila kataNya AQ adalah petunjuk bagi sekalian manusia
akal bro, itu yg Dia hendak kita pakai
Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah "Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka; dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa mereka. Mereka itu - orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh 41:44
bersesuaian dgn ayat diatas;
kepada org yg tak beriman, bahasa kitabNya pun boleh dijadikan isu
kepada yg beriman pula, diterima kitabNya sedia-ada walaupun dlm bahasa terjemahan
agama yg aku faham
bukan 'uniform' yg direka utk semua mesti buat perkara yg sama
tetapi tentang perhubungan aku dgn Tuhan iaitu mentauhidkan Dia
cara dan pesananNya sudah diperjelaskan dikitabNya
dibuatkan mudah lagi utk aku faham dan ikut
jadi apa perlunya 2nd, 3rd party lagi atau golongan sekalipun
AQ telah diturunkan untuk mankind (aku)
kalau aku tidak ikut, kitab mana lagi yg nak aku ikut???
bro, kau ada kitab lain yg kau ikut ker??
ustaz ker, imam ker, kiyai ker atau semua yg sewaku dgn nya
kalau dorang nak tafsirkan AQ, itu hak dorang, kitab dorang sendiri
tapi kalau dorang nak 'impose' kefahaman dorang kat semua, itu sudah becanggah dgn pesanananNya yg AQ utk seluruh pelusuk manusia
kalau tafsiran dorang bagus dan sealiran dgn AQ, aku tiada masalah utk ambil sebagai kefahaman aku
tapi yg bercanggah camna pulak? nak ikut juga?
bayangkan yg parrrot main ikut jer
parrot2 itu dgn tuannya sekali kena bedal cukup-cukup
tiada maaf bagimu
jadi kalau nak berbahas dgn ulama, nak bahas pasal apa?
kalau ulama pandukan AQ sahja, aku tidak ada hak nak cakap ulama itu salah atau betul
kalau ulama pandukan hadis, nak bahas apa lagi?
dah 2 kefahaman berlainan
Lakum deenukum waliya deen 109:6 jawabnya
itu sebab aku cakap baca dari beberapa penterjemah dan lihat sendiri perbezaannya,
kalau ada belainan disitu kau kena buat kajian dan putuskan sendiri maksud ayat itu.
kalau DAN yg seharusnya dipakai kerana pendapat kau ia tidak lari dari konteknya,
itu hak kau pilih mana yg terbaik utk ayat itu, kitab kau bro
asalkan tidak lari dari AQ, kau tidak perlu takut betul atau salahnya.
faham cara kefahaman kau shaja, ini tentang keikhlasan kau mencari kebenaran
Dia lagi tahu apa yg kau fikirkan bro..
satu lagi, berlapang dada dan minda terbuka HARUS ada dlm memahami AQ.
AQ guideline utk kita ke jalan sebenar yg mana Dia shaja yg boleh tentukan jalan itu
yg betul dari kau tidak semesti betul utk aku.
tukar pendapat perlu utk ayat yg kau kurang faham.
dari buat thread yg hanya andaian dan sangkaan semata, kan baik gunakan platform disini utk kongsi sama ayat AQ, dapat juga manfaat bersama.
kita discuss mana yg ada dulu
Now you talking....
Dan ini sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang ada berkatnya.
Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah, mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. 6:155
kefahaman ini dari kitab aku sendiri, jika ada ayat lain yg boleh membetulkan lagi kefahaman aku ini, jutaan terimakaseh aku ucapkan.