Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tuan Papabaik.
Sebenarnya ada kena mengena dengan Al-Quran. Seperti yang saya cakap. Kalau Tuan Papabaik jawab, saya akan huraikan. Tapi Tuan Papabaik memilih untuk tidak mahu menjawab. Walhal ianya berkenaan dengan Al-Quran dan Hadith . Sangat sesuai dengan tajuk thread yang Tuan Papabaik cipta ni.
Berlapang dada lah Tuan Papabaik.. Tuan meminta orang lain berlapang dada, tetapi diri sendiri menyempitkan dada. Saya belum pernah menyerang peribadi sesiapa pun selama ini.
Tapi kalau Tuan Papabaik tak mahu jawab, itu hak Tuan..Sebelum ni pun banyak soalan saya yang Tuan tak jawab,. Tapi yang pasti persoalan yang ingin saya kemukakan tidak lari dari tajuk perbincangan Al-Quran dan Hadith..Wallahhuaklam..
Quran panduan hidup utk SEMUA UMAT.... sangat mendalam kata2 ini.
SEMUA UMAT. Bukan umat Ulama. Bukan umat Islam. Tetapi utk semua.
Ulama2 yg pandai bahasa arab dah tolong kita yg tak faham bahasa arab.
Mereka menterjemahkan Quran itu dan bukukan dah. Tinggal kita, atau
org asli mana2, atau org Cina, atau orang India, Kadazan dan semuanya
utk membacanya saja dengan tujuan yang betul.
Tapi setengah2 pihak, mungkin dalam ketaksuban terhadap seseorang
ulama, atau sesuatu hadith, berhempas pulas tak benarkan umat Islam
sendiri membaca dan mengkaji Quran dalam bahasa yg difahaminya.
Macam saya kata dulu:
ORG BUKAN ISLAM baca terjemahan Quran = faham, terpegun, dan nampak
keindahan Islam.
ORG ISLAM SENDIRI baca terjemahan Quran = sesat.
Kita tengok mat saleh ni dgr org tgh solat membaca surah dari Quran (iaitu Fatihah),
sebelum dia dgr tu dia dah belajar makna Fatihah.... cube tgk apa perasaan dia dan apa dia kata.
Ye betullah tu papa buat la tafsiran sendiri sebab tu kat amerika aminah wadud boleh jadi imam solat jumaat, kat malaysia jangan cerita macam2 ada kahwin 10 isteri ada, mengaku rasul melayu ada, imam mahadi ada,mengaku tuhan pun ada..banyak la sangat bilangan yang tersasar ni...
Papa kena faham walaupun kita boleh tafsir sendiri Al-Quran tetapi kita kena ikut orang-orang terdahulu dari kita bukan ikut apa yang kita faham semata-mata. Inilah syarat untuk berada di jalan selamat (sirat al mustaqim). Isyarat ini jelas tuhan dah bagi di akhir surah al-fatihah (jalan orang-orang yang engkau berkati - ertinya jalan para nabi, sahabat dan salafus soleh terdahulu dari kita). Bila sebut jalan ertinya jalan tu dah ada maka ikutlah jalan itu dan jangan nak buat lebuhraya baru pulak lepas tu nak kutip tol

Faham la kot?
Kau tertingal satu golongan...Imam Imam Ahlul Bait
Bukan susah pun. Saya pilih yg mana banyak.
Allah kan endorse supaya kita banyakkan ibadat.
Dan saya bukan solat 5 waktu je sehari, tetapi lebih dari tu.
Sambung semula persoalan hari tu...
Jawapan papa ini cukup membuat aku rasa terharu.
Tetapi sayangnya tatacara perlaksanaan ibadah khusus seperti solat, puasa dan haji bukanlah aku atau papa yg menentukan... melainkan berdasarkan nas yg memiliki autoriti semata2 iaitu dari Allah dan RasulNya...
Seandainya jawapan papa itu adalah atas dasar
Mengubahsuai, menambah atau mengurangkan tatacara perlaksanaan ibadah khusus sesuka hati
Atau meyakini bahawa cara solat itu adalah dari ASWJ semata2 lalu papa menganggapnya baik lalu mengikutinya
maka sebenarnya papa tidak memenuhi keperluan ayat di bawah dan papa cuba mendahului Allah dan RasulNya.
Quote:
Originally Posted by BlueDream
“Dan barangsiapa yang menyalahi Rasul itu sesudah jelas dan nyata baginya petunjuk dan mengikut orang-orang yang bukan jalan orang-orang yang beriman, nescaya Kami akan palingkan dia ke mana dia berpaling dan akan kami panggang dia di neraka Jahanam, padahal neraka itu sejelek-jelek tempat kembali.”
[An-Nisa’:115]
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekalian mendahului Allah dan Rasul-Nya dan takutlah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Mendengar lagi Mengetahui.”
[Al-Hujurat:1]
Melainkan jika papa mengakui bahawa perbuatan solat itu adalah benar merupakan perkhabaran dari Nabi saw yg direkod dalam hadis... yang dituruti perlakuannya oleh orang2 yg beriman selepasnya... maka barulah boleh dikatakan papa tidak melakukan bidaah dan tidak bertujuan untuk mendahului Allah dan Rasulnya.
Last edited by BlueDream; 08-08-2012 at 10:09 PM..
[size=3]
Ye betullah tu papa buat la tafsiran sendiri sebab tu kat amerika aminah wadud boleh jadi imam solat jumaat, kat malaysia jangan cerita macam2 ada kahwin 10 isteri ada, mengaku rasul melayu ada, imam mahadi ada,mengaku tuhan pun ada..banyak la sangat bilangan yang tersasar ni...
kawin 10 isteri? Quran suruh ketepikan syahwat UTAMANYA. Dan kalau susah sgt, dibenarkan kawin, 2,3,atau 4. Bukan campur 1+2+3+4. Tu memutarbelikan ayat Quran utk nafsu sendiri.
Mengaku rasul- kenapa dia jadi angkuh mengaku rasul sedangkan Allah dah kata dalam Quran Nabi Muhammad penutup Nabi?
Imam mahdi- TIADA dlm Quran pun. Itu boleh terima kasih kepada Hadith2 Nabi.
Mengaku Tuhan- Kalau baca Quran dah tau kisah Firaun yg mengaku dia Tuhan maka dia kena balasan seteruk2 balasan. Dan dalam Quran Allah sudah bagi warning jgn menyekutukan Allah.
Saudara nampaknya main tembak saja. Tak fikir pun apa yg menyebabkan mereka sesat. Bukan sbb baca terjemahan Quran.
Quote:
Papa kena faham walaupun kita boleh tafsir sendiri Al-Quran tetapi kita kena ikut orang-orang terdahulu dari kita bukan ikut apa yang kita faham semata-mata. Inilah syarat untuk berada di jalan selamat (sirat al mustaqim). Isyarat ini jelas tuhan dah bagi di akhir surah al-fatihah (jalan orang-orang yang engkau berkati - ertinya jalan para nabi, sahabat dan salafus soleh terdahulu dari kita). Bila sebut jalan ertinya jalan tu dah ada maka ikutlah jalan itu dan jangan nak buat lebuhraya baru pulak lepas tu nak kutip tol
Faham la kot?
Betul, kita kena ikut jalan org2 yg Allah beri NIKMAT - iaitu orang2 yg ikut apa Rasul bawa. Apa yg Rasul bawa? Quran. Ikut Quran.
kawin 10 isteri? Quran suruh ketepikan syahwat UTAMANYA. Dan kalau susah sgt, dibenarkan kawin, 2,3,atau 4. Bukan campur 1+2+3+4. Tu memutarbelikan ayat Quran utk nafsu sendiri.
Mengaku rasul- kenapa dia jadi angkuh mengaku rasul sedangkan Allah dah kata dalam Quran Nabi Muhammad penutup Nabi?
Imam mahdi- TIADA dlm Quran pun. Itu boleh terima kasih kepada Hadith2 Nabi.
Mengaku Tuhan- Kalau baca Quran dah tau kisah Firaun yg mengaku dia Tuhan maka dia kena balasan seteruk2 balasan. Dan dalam Quran Allah sudah bagi warning jgn menyekutukan Allah.
Saudara nampaknya main tembak saja. Tak fikir pun apa yg menyebabkan mereka sesat. Bukan sbb baca terjemahan Quran.
Betul, kita kena ikut jalan org2 yg Allah beri NIKMAT - iaitu orang2 yg ikut apa Rasul bawa. Apa yg Rasul bawa? Quran. Ikut Quran.
Papa kata saya main tembak ? mengucap papa. Abdul Kahar atau rasul melayu kata dia baca dalam Al-Quran tuhan sebut tiap-tiap kaum tuhan akan hantar rasul sebab tu dia mengaku rasul melayu tetapi bila kena tangkap dia pun letak jawatan sebagai rasul melayu. Begitu juga ayah pin papa dia tafsir al-quran ikut faham dia maka akhirnya dia mengaku tuhan (penjelmaan tuhan) - saya lupa ayat mana ayah pin tafsir tapi alasan dia bagi tu logik pada akal tapi tidak pada iman. Aminah wadud kata dalam Al-Quran tuhan tak larang perempuan jadi Imam jumaat. Betul la apa dia kata tapi memang salah la perbuatan dia tu.Kalau papa rajin pergi ke Jakim tengok file ajaran sesat kebanyakan menggunakan ayat-ayat al-quran sebagai dalil kepada ajaran mereka. Ini bukan main tembak papa ini fakta..pi cari sendiri

Saya dah tengok video tu, malah saya masih ingatlah masa cerita tu keluar kat TV3.
Saya dah jawap pun kes Kahar ni dalam page2 blkg. Kalau saudara dengar apa dia kata... Bila org TV3 tanya, dia kata "Surah Yasin tu ditujukan utk dia... dan bukan utk orang lain"...... kat situ je dah nampak kesilapan kerana dia baca Quran utk tujuan2 yg salah.... Bukan Surah Yasin je, malah keseluruhan Quran itu ditujukan UTK SEMUA UMAT manusia yg ada skrg. Takde spesifik kpd mana2 orang. Malah ianya bukan ditujukan utk Nabi Muhammad saja jugak. Nabi Muhammad cuma penyampainya sahaja.
Jadi, tu lah, nak jadikan sebab2 mereka2 ini jadi begitu kerana baca terjemahan Quran mmg tak patut sama sekali. Tak tengok pulak contoh2 yg berapa ramai lagi yg masuk Islam kerana membaca terjemahan Quran itu?
Tu lah, akhirkata, kalau rasa baca terjemahan Quran itu mmg mati-mati akan sesat.... silakanlah jgn baca... TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM.
Thread ini bagi yg nak mencari ketenangan, ketaqwaan, ketakutan pdNya, pengajaran2..... dan utk mengingati hari yg pasti... iaitu Kiamat.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE