Jangan percaya berita disiar di internet terutama media alternatif (blog)
Jangan mudah percaya berita yang disiar dalam internet
KUALA LUMPUR - Golongan belia di negara ini perlu berfikir secara matang dalam menilai setiap berita yang tersiar di Internet dan tidak terlalu mudah mempercayainya.
Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata ini kerana tuduhan dan fitnah yang tersebar di Internet semakin berleluasa dan membimbangkan.
"Saya berharap golongan remaja berfikiran terbuka apabila mendapat sesuatu maklumat dan jangan cepat percaya dengan berita yang disiar, terutama di media alternatif (blog).
"Tolong guna akal fikiran untuk menilai satu-satu isu kerana kalau adik-adik (remaja) main ikut saja, boleh salah tafsir, dan yang akan jadi rugi adalah kita sendiri," katanya ketika merasmikan Program Rahmat Ramadan Siri Tiga, hari ini.
Pada majlis itu, Syed Ali menyampaikan duit raya dan barangan keperluan harian kepada 30 penerima terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, anak yatim, dan pelajar Sekolah Tahfiz Al Yamani Kampung Baru.
Beliau berkata tahun ini, Umno Bahagian Cheras memperuntukkan RM400,000 sebagai bantuan kepada 3,000 penerima.
Program anjuran Pergerakan Puteri Umno bahagian Cheras dengan kerjasama Kelab Perintis Muda itu dihadiri 300 pelajar dari Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill, Kolej Segi, Kolej Profesional Baitulmal dan Kolej Polytech Mara. - Bernama http://www.sinarharian.com.my/politi...sEnabled=false
nak ikot saranan umno cheras yg pernah d serang pro shahrizat sekelurga lah
mulai saat nih ku tak percaya pada unit media baru(UMB) bawoh UMNO yg buat blogger UMNO bercakaran malah bertumbok berebut peruntukan sesama sendiri.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE