Bayi berusia lima bulan koma dipercayai didera pengasuh
ALOR SETAR - Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan koma sejak hampir sebulan lalu dipercayai didera pengasuhnya di rumah pengasuh itu di Taman Kenari, Kulim.
Muhamad Taufiq Danial Amri Izwan dilapor mengalami pendarahan di kepala dan mata dan kini terpaksa bergantung hidup dengan alat bantuan pernafasan.
Ibunya Rosmira Ramli, 28, dari Taman Bagan, Kulim berkata kejadian itu berlaku pada 20 Jun lalu.
Menceritakan kejadian itu, beliau berkata waktu itu beliau sedang bekerja di sebuah pasar raya apabila menerima panggilan daripada pengasuh berusia 50-an itu mengenai keadaan anaknya, sebelum beliau bergegas pulang untuk membawa anaknya ke Hospital Kulim untuk mendapat rawatan.
"Ketika sampai di hospital, doktor cakap anak saya dah tak bernyawa, tapi doktor telah sedaya upaya menyelamatkan nyawa anak sulung ini saya sehingga dia bernafas semula," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
Rosmira berkata anaknya kemudiannya dirujuk ke HSB pada hari yang sama.
Anaknya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu setelah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala, tetapi masih koma.
Beliau berkata pihak doktor telah membuat laporan polis kerana selain tidak sedar dan berwajah kebiruan akibat kekurangan oksigen, terdapat kesan penderaan pada bayinya.
Suaminya, Amri Izwan Ibrahim, 29, turut membuat laporan polis sehari selepas kejadian bagi membolehkan polis menyiasat perkara tersebut.
Beliau turut merasa kesal kerana pengasuh tersebut tidak mahu bertanggungjawab dengan kejadan itu dan menafikan dia telah melakukan penderaan.
Sebaliknya pengasuh itu memberitahu doktor bahawa anaknya hanya tersedak susu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh mengesahkan menerima laporan dan pihaknya sedang menyiasat. - Bernama
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE