xdo rojoki kito malam ni..haii..tgk td pun cam lomau yo main eh..
FT Kuala Lumpur FA 2-4 Sabah FA
FT Sarawak FA 3-1 Johor FC
FT Kedah FA 2-1 Terengganu FA
FT PBDKT T-Team 0-1 Felda United
FT PKNS FC 2-1 NEGERI SEMBILAN FA
Negeri Sembilan tersungkur, harapan untuk tangga ketiga kian jauh
30 Jun 2012 – Pasukan Negeri Sembilan terlepas peluang untuk menghidupkan kembali harapan mereka menamatkan saingan Liga Super 2012 di tangga ketiga. Permulaan cemerlang ditunjukkan pasukan Hobin Jang Hobin pada awal permainan gagal dikekalkan sehingga tamat perlawanan.
Mohd Fauzan muncul pemusnah harapan Negeri Sembilan menerusi jaringan beliau pada minit ke 59 perlawanan
Negeri Sembilan beraksi tanpa 3 pemain utama pada kesebelasan utama mereka yang sedang menjalani penggantungan, Di barisan hadapan, pendahulu senarai penjaring gol Liga Super 2012, Effa Owona tidak dapat beraksi kerana menjalani penggantungan.
Walaubagaimanapun, Negeri Sembilan terlebih dahulu mendahului perlawanan melalui jaringan Firdaus Azizul seawal minit ke-8. Gol itu memberi sedikit kelegaan kepada para penyokong Negeri Sembilan yang sememangnya mengharapkan kemenangan.
Namun begitu, aksi garang PKNS setelah ketinggalan akhinrnya membuahkan hasil setelah pemain pertahanan,Norhafizzuan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 37. Gol itu meragut keyakinan pemain Negeri Sembilan yang beraksi selesa sebelu itu. Aksi separuh masa pertama tamat dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Aksi garang PKNS diteruskan di babak kedua. Mohd Fauzan muncul wira pasukan PKNS apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 59. Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan dengan Negeri Sembilan gagal untuk kembali bangkit setelah ketinggalan.
Ketiadaan Effa Owona sememangnya dirasai oleh pasukan Hobin Jang Hobin yang gagal untuk menyerlah. Kekalahan Negeri Sembilan ini menyentap peluang pasukan tersebut untuk menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE