Allah akan memberikan ganjaran kepada mereka yang selalu berdoa.
Orang yang tidak berdoa digambarkan sebagai orang yang sombong.
Tidak semua doa akan dimakbulkan, dan kemungkinan semua doa tidak dimakbulkan. Tetapi masih lagi mendapat pahala kerana berdoa.
Jika orang merasakan bahawa semua doanya makbul, tentu ada sesuatu yang tidak kena...
Kenapa Allah Taala tidak makbulkan doa kita...
Sebab Dia Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui...
Contohnya: Jika Allah makbulkan doa kita untuk jadi kaya, apakah kita pasti dengan kekayaan itu kita tidak akan kufur kepada Allah. Jika Allah makbulkan doa kita sembuh dari sesuatu penyakit, apakah kita pasti dimasa sihat kita selalu beristighfar memohon keampunan dari pada Allah.
Berdoa, berusaha, dan bertawakkal adalah kerja kita dan perlu dilakukan secara istiqamah. Laksanakan kerja kita.
Manakala yang memakbulkan, memberi kita rezeki adalah kerja Allah. Jgn persoalkan kenapa kita x dapat apa yg kita usahakan. Allah Maha Esa. Kita hanya perlu laksanakan kerja kita shj.
Tp kita kena ingat Allah dah berjanji. Barangsiapa berusaha di akan mendapatnya. Satu lagi, barangsiapa yg berdoa kepada Ku, nescaya aku akan memakbulkannya.
Kepada semua, kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan. Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada ketikanya Allah SWT lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana DIA mahu memberikan kita suatu yang berlipat kali ganda kejayaannya.
da bertakung dah air mata aku ni... aku ni kira cita2 tak tercapai jugak la ni. ibarat burung merpati di tangan terlepas...
Kepada semua, kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan. Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada ketikanya Allah SWT lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana DIA mahu memberikan kita suatu yang berlipat kali ganda kejayaannya.
da bertakung dah air mata aku ni... aku ni kira cita2 tak tercapai jugak la ni. ibarat burung merpati di tangan terlepas...
....insyallah bro..tercapai satu hari nanti
__________________
“Aku ingin hidup seperti rama-rama..
Lahir sebagai beluncas yang hina..
Bergelut dengan kelaparan dalam kepompong kedewasaan.
Akhirnya terbang tinggi dengan sepasang sayap yang cantik."
Kadang tu Allah tak makbulkan hajat kita di dunia, sebab nak simpan 'bekalan' untuk kita di akhirat kelak... tapi kita selalu kutuk Allah macam-macam, Allah tak adil, Allah kejam, Allah pilih kasih.. kalaulah kita tahu, betapa sayangnya dan adilnya Allah pada kita, sehinggakan DIA masih mengizinkan kita bernafas di bumiNYA ini, walaupun kita sangat jahat, jahil dan hina, dan jarang berterima kepadaNYA dengan seikhlas hati...
Sedaya upaya berfikiran positif n bersyukur dgn anugerah dan dugaanNya. Masih berusaha utk jd yg terbaik.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE