bro mana satu kita wajib ikut....AL QURAN atau USTAZ ???
tolong jelaskan konpius ni ?
kenapa Jibrail as dijadikan pengantara dalam penyampaian wahyu dari Allah kepada Sayyidina Muhammad Saw?
ustaz itu di ibaratkan org yg lebih luas ilmu berbanding diri kita yg lembab lagi lemah(sifat merendah diri)...
adakah tuan mengenal huruf alif tanpa melalui ustaz atau mana2 guru?
PERINTAH ALLAH UNTUK BERTUDUNG Surah Al-Nur:31
Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung sehingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara-saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya aga diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang yang beriman, agar kamu beruntung.
HUKUM ALLAH TERHADAP MEREKA YANG ENGGAN BERTUDUNG Surah Al-Nisa:150-152
Sesungguhnya orang yang ingkar kepada Allah dan rasul-rasulNya, dan cuba hendak mebeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasulNya, dengan mengatakan:"Kami beriman kepada sebahagian dan kami mengingkari sebahagian (yang lain)", serta bermaksud mengambil jalan tengah (antara iman atau kafir).
Merekalah orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami sediakan untuk orang kafir itu azab yang menghinakan.
Adapun orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya dan tidak membeza-bezakan di antara mereka (para rasul), kelak Allah akan memberikan pahala kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
Yang aku nak reply ialah Siggy TT. Maknanya Harun Din tak bolehlah amik rawatan kat sepital ye pasal dia amalkan Syifa' sebab syifa (al-Quran) penyembuh segala penyakit? Begitu?
Kalau semua orang berfikir macam ni alamat habislah Malaysia. Al-Quran jadi penyembuh dengan izin Allah jua hendaknya. Al-Quran mengambil tempat mantera atau pengucapan perubatan lama (dukun, atau bomoh) dan boleh juga diniatkan bacaan sebagai ubat. Tidak juga mustahil untuk dijadikan media menelusuri sesuatu penyakit. Akan tetapi yang paling aula maksud al-quran sebagai penyembuh ialah sembuhnya akal manusia daripada kesyirikan terhadap Allah SWT, dengan iman dan taqwa sebagai urusan jual-beli dengan Allah SWT maka ganjarannya "rahmat" itulah kesembuhan hakiki.
Rahmat ilmu pengetahuan berkembang, ekonomi subur, pertanian menjadi tungggak kehidupan manusia sejagat. Justeru sudah pasti penyakit ditemui ubatnya.
Surah Al-Nisa:17-18
Sesungguhnya taubat yang diterima Allah hanya (layak) bagi mereka yang melakukan kejahatan kerana kejahilan, kemudian segera bertaubat. Taubat mereka itulah yang diterima Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Dan taubat itu tidaklah (diterima Allah) dari mereka yang melakukan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka:"Saya benar-benar bertaubat sekarang."Dan tidak (pula diterima taubat) daripada orang yang mati di dalam kekafiran. Bagi mereka itu telah Kami sediakan azab yang pedih.
__________________
Kembalilah kepada Al-Quran. Di hari akhirat kelak Allah akan tanya kita seorang-seorang tentang apa yg kita dah perbuat dan faham tentang isi Al-Quran. Macamana nak jawab kalau tak pernah tahu isi Al-Quran?
Berkali-kali paksu tegaskan di sini, tiada langsung tafsiran dari paksu. Semua ayat yang dipaparkan adalah kata-kata Allah dari Al-Quran.
Terimalah dengan hati yang terbuka.
Wallahu'alam.
__________________
Kembalilah kepada Al-Quran. Di hari akhirat kelak Allah akan tanya kita seorang-seorang tentang apa yg kita dah perbuat dan faham tentang isi Al-Quran. Macamana nak jawab kalau tak pernah tahu isi Al-Quran?
Berkali-kali paksu tegaskan di sini, tiada langsung tafsiran dari paksu. Semua ayat yang dipaparkan adalah kata-kata Allah dari Al-Quran.
Terimalah dengan hati yang terbuka.
Wallahu'alam.
salam.. paksu, ayat al Quran yg kedua paksu terus nisbahkan hukum 2 kepada org yg xpakai tudung.
blh x paksu selitkan skali asbabul nuzul ayat 2 utk kita sama2 bljr
salam.. paksu, ayat al Quran yg kedua paksu terus nisbahkan hukum 2 kepada org yg xpakai tudung.
blh x paksu selitkan skali asbabul nuzul ayat 2 utk kita sama2 bljr
Ni dari pandangan saya... tiada paksaan ke atas sesiapa pun pandangan ini ye.
Kita tak perlu fikir banyak2 tentang konteks makna kafir ataupun munafik ataupun fasik.
Sebab jawapan kepada kesemua kafir, munafik, fasik... adalah NERAKA.. kalau tak sempat taubat, duduk le dalam NERAKA selama-lamanya. Nauzubillah.
Tu je.
Al-Baqarah:26
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya, iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.
__________________
Kembalilah kepada Al-Quran. Di hari akhirat kelak Allah akan tanya kita seorang-seorang tentang apa yg kita dah perbuat dan faham tentang isi Al-Quran. Macamana nak jawab kalau tak pernah tahu isi Al-Quran?
Ilmu asbabun nuzul adalah ilmu yang wujud lebih kurang 300 tahun selepas baginda Rasulullah SAW wafat.
Dan jika dibaca keseluruhan ayat-ayatNya dan dari hadis sahih, tiada pula disuruh belajar ilmu asbabun nuzul untuk membaca Al-Quran.
Fikir-fikirkan.
__________________
Kembalilah kepada Al-Quran. Di hari akhirat kelak Allah akan tanya kita seorang-seorang tentang apa yg kita dah perbuat dan faham tentang isi Al-Quran. Macamana nak jawab kalau tak pernah tahu isi Al-Quran?
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE